You are on page 1of 15

BAB 7 ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Membezakan di antara makroekonomi dan mikroekonomi. 2. Mendefinisikan konsep-konsep asas makroekonomi. 3. Menjelaskan tentang matlamat makroekonomi. 4. Memahami konsep keseimbangan pendapatan negara dalam makroekonomi. 5. Menilai kepentingan analisis makroekonomi kepada kerajaan. 7.1 PENGENALAN

Bidang ilmu ekonomi berasaskan kepada dua teori yang sangat penting serta perlu difahami dan digunakan secara teratur oleh semua pelajar, iaitu melalui makroekonomi dan mikroekonomi. Dalam bab-bab sebelum ini telah dijelaskan secara mendalam mengenai teori dan konsep asas mengenai bidang mikroekonomi dan dalam bab ini akan membincangkan secara luas pula mengenai bidang makroekonomi. Secara umumnya, mikroekonomi dan makroekonomi mempunyai kesinambungan dan pertalian yang sangat rapat. Hanya beberapa aspek sahaja yang membezakannya seperti fokus analisis yang dapat menunjukkan perbezaaan yang jelas di antara kedua-duanya. Analisis-analisis dalam mikroekonomi pada amnya menumpukan kepada unit-unit kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi, contohnya penumpuan kepada gelagat individu atau pengguna dan gelagat pengeluar berhubung dengan konsep permintaan dan penawaran barangan dalam sesuatu pasaran. Konsep permintaan dan penawaran ini akan membentuk pilihan kepada orang ramai atau pengguna mengenai sesuatu barangan berdasarkan penetapan harga dan jumlah barangan yang ditawarkan. Manakala analisis-analisis makroekonomi lebih menyeluruh sifatnya, iaitu dalam makroekonomi konsep permintaan dan penawaran barangan dalam sesebuah pasaran tidak hanya difokuskan kepada individu pengguna sahaja kerana ianya perlu melibatkan lebih daripada itu. Sebagai contohnya, dalam makroekonomi yang difokuskan ialah
127

gelagat pengguna dan gelagat pengeluar yang dilihat secara keseluruhan termasuk setiap perubahan-perubahan dalam kegiatan ekonomi juga dilihat secara keseluruhan. Berdasarkan kepada perbezaaan tersebut, ahliahli ekonomi telah membahagikan teori-teori dasar dalam bidang ilmu ekonomi ini kepada teori mikro dan teori makro. 7.2
DEFINISI MAKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI

Makroekonomi didefinisikan sebagai satu ilmu yang mengkaji ekonomi dengan cara menyeluruh terhadap faktor-faktor ekonomi seperti pendapatan dan perbelanjaan negara, pelaburan, penggunaan, tabungan, guna tenaga dan tingkat harga umum. Faktor-faktor ini lebih bersifat faktor domestik meliputi faktor dalam negara yang akan mempengaruhi sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perubahan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, faktor globalisasi, iaitu melalui interaksi antara sesebuah negara dengan negara-negara lain, contohnya negara Malaysia dengan negara-negara serantau Asia Tenggara dan Benua Asia, atau dengan negara-negara maju dan sebagainya akan menyebabkan pengaruh berkaitan dengan kadar pertukaran asing, import, eksport dan imbangan pembayaran akan terjadi dalam ekonomi makro. Faktor-faktor domestik dan antarabangsa akan mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, ahli-ahli makroekonomi dapat membentuk beberapa cadangan dan tindakan yang perlu diambil bagi menangani dasar ekonomi supaya wujud kestabilan dan peningkatan prestasi ekonomi yang berterusan. Mikroekonomi pula dapat didefinisikan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji kelakuan dan fungsi unit-unit individu yang kecil dalam ekonomi. Unit-unit ini termasuk unit isi rumah dan unit firma. Analisisanalisis dalam mikroekonomi diasaskan kepada pandangan bahawa faktor-faktor pengeluaran atau sumber-sumber ekonomi yang dimiliki oleh masyarakat adalah terbatas, manakala keinginan atau kehendak manusia adalah tidak terbatas. Terdapat satu pertembungan yang bertentangan dalam sesuatu kelompok masyarakat yang menyebabkan setiap masyarakat perlu membuat pilihan. Pertentangan dalam pemilihan ini berpunca daripada dua perkara utama, iaitu dalam kegiatan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, dan dalam kegiatan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Pertembungan pilihan ini adalah berdasarkan kepada dua pihak utama dalam pasaran, iaitu pengguna dan pengeluar. Bagi seseorang pengeluar (firma) motif utama penyertaannya dalam pasaran adalah untuk mencapai keuntungan yang paling maksimum mengikut struktur pasaran dan sumber-sumber yang sedia ada, iaitu barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dapat memberi pulangan keuntungan yang paling maksimum mengikut kuantiti dan harga yang ditawarkan. Seterusnya, gelagat seseorang pengguna (isi
128

rumah) pula merujuk kepada usaha mencapai kepuasan dalam penggunaan atau pembelian barangan walaupun terdapat batasan seperti sumber perbelanjaan yang terhad. SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan perbezaan makroekonomi.

antara

mikroekonomi

dan

Semak jawapan anda di akhir bab ini. 7.3 MATLAMAT MAKROEKONOMI

Menurut ahli-ahli ekonomi, pengkajian mengenai makroekonomi ini sangat penting bagi membantu pihak kerajaan atau pembuat-pembuat dasar (policy makers) menggunakan konsep-konsep ekonomi bagi menangani beberapa isu ekonomi yang sering dihadapi. Konsep-konsep dan cadangan-cadangan makroekonomi dilihat dapat membantu pihak kerajaan atau pembuat dasar untuk memlih keputusan yang terbaik bagi mencapai beberapa matlamat penting dalam membangunkan ekonomi negara, iaitu Matlamat pencapaian tingkat guna tenaga penuh. Matlamat pencapaian kestabilan tingkat harga umum (kadar inflasi yang rendah). (iii) Matlamat pencapaian pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang pesat. (iv) Matlamat pencapaian pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan memuaskan. 7.3.1 Matlamat Pencapaian Tingkat Guna Tenaga Penuh (i) (ii)

Negara Malaysia yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah meneruskan pengurusan pembangunan sosioekonomi dengan bermatlamatkan kepada pencapaian guna tenaga penuh. Sehubungan itu, banyak usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam pelaksanaan dasar-dasar penting negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dengan lebih produktif bagi menangani masalah kemiskinan dan kemunduran yang berterusan dalam sosioekonomi negara. Malaysia telah mempamerkan
129

prestasi yang cemerlang dalam mengubah struktur ekonominya yang berasaskan kepada pertanian di awal-awal kemerdekakan kepada sektor perindustrian dan pembuatan pada awal tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an.
Jadual 7.1 Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Kadar Pengangguran
Tahun 1970 1971 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1995 1996 1997 1998 1999 2000 Tenaga Buruh (000) 3,610 3720 3599 3735 3877 4020 4177 4340 4542 4700 4816.9 5009.7 5142.5 5250.4 5382 5624.6 5706.5 5880.8 6087.5 6350.9 6621.0 6848.9 7147.8 7915.4 8641.0 8641.0 9038.0 9010.0 9066.2 Guna Tenaga (000) 3340 3467 3599 3735 3877 4020 4177 4340 4542 4700 4816.9 5009.7 5142.5 5250.4 5382.0 5624.6 5706.5 5880.8 6087.5 6350.9 6621.0 6848.9 7147.8 7915.4 8024.0 8417.0 8805.0 8563.0 9066.2 Kadar Pengangguran (%) 7.5 6.8 6.3 5.7 5.2 4.9 6.1 6.1 5.4 5.2 5.3 5.0 5.1 6.0 6.3 6.9 8.3 8.2 8.1 7.1 6.0 4.3 3.9 2.8 2.6 2.6 3.2 3.0 2.8

Sumber: Laporan Ekonomi pelbagai tahun.

Daripada Jadual 7.1 dan Rajah 7.1 ini, secara keseluruhan dapat dilihat tentang corak jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga yang sedia ada dalam negara serta kadar pengangguran di negara kita. Pengukuran pencapaian kadar guna tenaga penuh ialah berdasarkan kepada nilai kadar pengangguran yang kurang daripada empat peratus. Malaysia mencapai tingkat guna tenaga penuh pada tahun-tahun 1992 hingga tahun 2000. Walau bagaimanapun, sebelum tahun 1992, iaitu dari tahun 1970 hingga tahun 1991, kadar pengangguran negara sangat tinggi, iaitu melebihi empat peratus dan paling tinggi pada tahun 1986 yang mencapai kadar 8.3 peratus.
130

Rajah 7.1 Kadar Pengangguran di Malaysia (1970 2000)

9 8 7 6 5 4 3 2 1 0
1970 1972 1974 1976 1978 1980 1982 1984 1986 1988 1990 1992 1996 1998

Peratusan (%)

Tahun Kadar Pengangguran

7.3.2

Kestabilan Tingkat Harga Umum

Matlamat berikutkanya ialah berkaitan dengan usaha untuk mencapai kestabilan dalam tingkat harga umum (harga barang dan perkhidmatan) atau usaha untuk memastikan supaya kadar inflasi berada di peringkat yang rendah dan terkawal. Jika tingkat harga umum meningkat secara berterusan, akan menyebabkan kos kehidupan (cost of living) rakyat turut meningkat. Peningkatan kos kehidupan akan menyulitkan kehidupan rakyat terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana taraf hidup (living cost) mereka akan jatuh. 7.3.3 Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa telah berlaku sejak berabad lamanya. Ia menjadi satu kaedah yang memudahkan setiap negara di dunia ini menikmati faedah perdagangan melalui pertukaran barangan di antara sesebuah negara. Dalam pasaran ekonomi terbuka, kebanyakan negara di dunia membuka peluang perdagangan antarabangsa kepada negaranegara lain untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Penglibatan aktif serta peningkatan dalam jumlah perdagangan antarabangsa dipercayai dapat membantu sesebuah negara itu untuk mencapai tingkat pengeluaran yang tinggi di samping peningkatan kebajikan ekonomi yang lebih baik. Malaysia merupakan salah sebuah negara ekonomi yang terbuka dan aktif serta menjadi antara yang mempunyai prestasi perdagangan antarabangsa yang paling pesat
131

2000

berkembang. Keadaan ini boleh dirujuk melalui peningkatan nilai perdagangan antarabangsa menerusi nilai eksport dan import kasar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.
Rajah 7.2 Jumlah Eksport Kasar dan Import Kasar Malaysia (1990-1999)
(RM ) 350000 300000 250000 200000 150000 100000 50000 0 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 Tahun

Eksport Kasar
Sumber: Laporan Ekonomi pelbagai tahun.

Import Kasar

7.3.4

Pertumbuhan Ekonomi

Perkembangan aktiviti-aktiviti sosioekonomi negara yang meliputi penambahan pengeluaran dan perkhidmatan merupakan satu kaedah yang boleh digunakan sebagai satu ukuran pertumbuhan ekonomi negara. Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa sebelum berlakunya kegawatan ekonomi yang disebabkan serangan mata wang di rantau Asia telah menunjukkan pencapaian pertumbuhan melebihi daripada 7 peratus dari tahun 1987 hingga 1997. Ini menunjukkan bahawa negara Malaysia telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonominya melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pelaksanaan beberapa dasar dan rancangan-rancangan negara yang penting. Rajah 7.3 menunjukkan corak pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diukur berasaskan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP). Berdasarkan Rajah 7.3, ia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak tetap, iaitu terdapat tempoh yang menunjukkan pencapaian yang sangat baik hingga kepada nilai melebihi 8 peratus setahun seperti tahun 1988 hingga 1991 dan 1993 hingga 1996.

132

Rajah 7.3 Jumlah Eksport Kasar dan Import Kasar Malaysia (1990-1999)
12 10 8 6

4 2 0 -2 -4 -6 1980 1983 1986 1989 1992 1995 1998

Tahun
Nilai Pertumbuhan KDNK
Sumber: Laporan Ekonomi pelbagai tahun.

Walau bagaimanapun, keadaan ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor domestik dan antarabangsa yang akan mempengaruhi prestasi pertumbuhan ekonomi. Terdapat juga keadaan pertumbuhan ekonomi yang negatif seperti pada tahun 1985 pada kadar -1% dan pada tahun 1998, iaitu kepada negatif satu peratus 15%. Keadaan ini berpunca daripada keadaaan ekonomi antarabangsa atau faktor luaran negara. Contohnya, kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia melalui serangan nilai mata wang yang berlaku di Thailand pada penghujung tahun 1996 telah memudaratkan juga pertumbuhan ekonomi negara ini. 7.4 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI

Terdapat beberapa konsep asas yang perlu difahami dalam mempelajari makroekonomi. Ia meliputi aliran pusingan pendapatan yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Selain itu, konsep permintaan dan penawaran agregat, pendapatan negara, guna tenaga, pengangguran dan inflasi juga akan diterangkan bagi memudahkan anda untuk memahami dengan lebih baik dalam menganalisis teori makroekonomi. 7.4.1 Aliran Pusingan Pendapatan

Konsep aliran pusingan pendapatan dapat memberi satu gambaran dan kefahaman yang mudah mengenai aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sesuatu ekonomi. Kebiasaannya, aktiviti-aktiviti ekonomi ini dikenali sebagai ekonomi dua sektor. Kedua-duanya merupakan sektor yang paling dominan dalam ekonomi, iaitu sektor isi rumah dan sektor firma.
133

Interaksi di antara sektor isi rumah dan sektor firma dalam pasaran memerlukan banyak sokongan atau campuran seperti pasaran buruh, pasaran barangan dan pasaran kewangan. Rajah 7.4 menunjukkan satu aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor yang menjadi asas untuk memahami sesebuah ekonomi.
Rajah 7.4 Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi
Pasaran
Penerimaan gaji, upah, sewa dan untung Pembayaran gaji, upah, sewa dan untung

Sektor Isi Rumah


Membeli barangan dan perkhidmatan

Pasaran Barangan
Bayaran terhadap barangan dan perkhidmatan

Sektor

Tabungan/ simpanan

Pelaburan

Pasaran Kewangan

Secara ringkasnya, Rajah 7.4 menunjukkan satu aliran pusingan interaksi di antara sektor isi rumah dan sektor firma. Andaikan aliran pusingan tersebut bermula dengan sektor isi rumah. Sektor ini akan berusaha untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan harian dan untuk menggerakkan aktiviti hariannya. Sektor isi rumah akan membeli barangan dan perkhidmatan daripada pasaran barangan yang dihasilkan oleh sektor firma. Sektor firma pula memerlukan buruh bagi menggerakkan aktiviti menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sektor firma perlu membayar gaji, upah, sewa dan akan memperolehi keuntungan daripada transaksi urus niaga tersebut. Seterusnya, pasaran buruh akan datang daripada sektor isi rumah yang memerlukan pekerjaan untuk memperolehi pendapatan seperti gaji dan upah. Bagi sektor isi rumah yang terlibat dalam pasaran buruh, hasil penerimaan gaji, upah, sewa dan untung yang berlebihan boleh ditabungkan atau dijadikan simpanan. Apabila tabungan dilakukan oleh sektor isi rumah, maka pasaran kewangan akan wujud bagi menguruskan simpanan serta melaburkan wang tersebut bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik.
134

Oleh itu, aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor merupakan satu model asas dalam ekonomi yang harus difahami dalam mempelajari makroekonomi. Model ekonomi dua sektor ini juga merupakan model pengenalan yang mengandaikan tiada campur tangan sektor kerajaan dan sektor negara asing. Walau bagaimanapun, perbincangan-perbincangan seterusnya akan melibatkan model ekonomi tiga sektor dan ekonomi empat sektor bagi lebih memahami dan mendalami makroekonomi ini. SOALAN DALAM TEKS

2. Bolehkah sektor isi rumah wujud tanpa sektor firma yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sektor isi rumah? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 7.4.2 Permintaan dan Penawaran Agregat

Perbincangan mengenai permintaan agregat dan penawaran agregat ini bertujuan untuk menjelaskan konsep asas yang harus difahami dalam menganalisis makroekonomi. Konsep permintaan dan penawaran agregat adalah berbeza dengan konsep permintaan dan penawaran dalam teori mikroekonomi. Ini kerana dalam mikroekonomi tumpuan analisis adalah kepada gelagat pengguna yang berkaitan permintaan dan penawaran sesuatu jenis barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh isi rumah dan ditawarkan oleh firma dalam sesuatu pasaran tertentu. Namun begitu, dalam makroekonomi, permintaan agregat dan penawaran agregat adalah berkaitan dengan tingkat keluaran dan pendapatan sesuatu negara. Permintaan agregat ialah permintaan bagi barangan dan perkhidmatan secara keseluruhan (total) yang dilakukan oleh semua unit dalam semua sektor sesebuah ekonomi. Ia juga dikenali sebagai perbelanjaan agregat. Permintaan agregat ini dapat didefinisikan sebagai satu hubungan antara kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang hendak dibeli oleh orang ramai pada masa dan harga tertentu yang ditetapkan. Rajah 7.5 menunjukkan keluk permintaan agregat yang berbentuk mencerun ke bawah yang menggambarkan hubungan negatif antara tingkat harga dengan keluaran negara.

135

Rajah 7.5 Keluk Permintaan Agregat AD

AD

Y (Keluaran Agregat)
Keluk permintaan agregat berbentuk mencerun ke bawah. Pada tingkat harga yang rendah, kesan penggantian telah menyebabkan harga barangan akan jatuh dan menyebabkan peningkatan nilai kekayaan daripada aset kewangan negara. Keadaan ini menyebabkan ekonomi akan meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan permintaan kepada barangan dan perkhidmatan.

Keluk penawaran agregat pula merujuk kepada jumlah keluaran atau output yang dihasilkan oleh semua unit dalam sektor firma atau pengeluar sesebuah ekonomi pada satu tingkat harga tertentu. Istilah penawaran agregat juga dikenali sebagai keluaran negara atau pendapatan negara. Rajah 7.6 menunjukkan kombinasi keluk permintaan agregat dan penawaran agregat dalam ekonomi negara. Dalam sesebuah ekonomi makro, wujud interaksi yang aktif di antara permintaan agregat dan penawaran agregat berdasarkan kepada mekanisme harga yang dicapai pada satu tingkat keseimbangan dalam ekonomi. Perkara ini dapat difahami dengan merujuk kepada Rajah 7.6. Pada tingkat harga P1, wujud lebihan penawaran dalam ekonomi. Lebihan penawaran tersebut akan berkurangan dan akhirnya hilang apabila interaksi pasaran akan menghasilkan satu tekanan penurunan pada tingkat harga kesan daripada permintaan yang semakin berkurangan dalam ekonomi. Akhirnya, tingkat harga akan semakin berkurangan sehingga mencapai titik Y0, iaitu titik kesimbangan dalam ekonomi apabila permintaan agregat adalah sama dengan penawaran agregat. Begitulah juga jika berlaku keadaan apabila tingkat harga (P2) berada di bawah daripada titik keseimbangan asal. Interaksi pasaran akan menyebabkan keluaran agregat akan semakin berkurangan dan memberi tekanan kepada tingkat harga untuk meningkat. Akhirnya lebihan pengguna yang wujud akan hilang apabila kesimbangan permintaan agregat dan penawaran agregat mencapai titik keseimbangan di Y0.
136

Rajah 7.6 Keluk Permintaan dan Penawaran Agregat

AD P1 P0 P2

Lebihan penawaran

AS0

Lebihan permintaan Y0

AD0 Y (Keluaran Agregat)

Keseimbangan dalam makroekonomi wujud apabila keluk permintaan agregat (AD0) bersilang atau sama dengan keluk penawaran agregat (AS0). Tingkat harga (P0) dan tingkat keluaran agregat (Y0) merupakan titik keseimbangan pada titik berbentuk mencerun ke bawah. P1 => Tingkat harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan. P0 => Tingkat harga keseimbangan pasaran. P2 => Tingkat harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan. Y0 => Keluaran agregat keseimbangan.

SOALAN DALAM TEKS

3. Kenapa keluk permintaan agregat (AD) bersifat mencerun ke bawah? 4. Kenapa keluk penawaran agregat (AS) bersifat mencerum ke atas? Semak jawapan anda di akhir bab ini.

137

7.4.3

Pendapatan Negara

Istilah pendapatan negara juga merupakan satu konsep yang harus diketahui dalam mempelajari makroekonomi. Ia juga dikenali sebagi keluaran negara, iaitu mengambil kira jumlah nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dalam jangka masa tertentu. Secara ringkasnya, kita perlu mengetahui dua konsep asas yang sangat popular tentang keluaran negara, iaitu Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Gross National Product (GNP). Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP). Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluran yang dimiliki oleh penduduk sesebuah negara dalam satu tahun. Ia mengambil kira faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara dari negara yang pendapatan negaranya dikira sahaja, sama ada faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara tersebut terdapat di negara itu sendiri ataupun di luar negara, semua nilai pengeluaran yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang digunakan di luar negeri juga dihitung dalam KNK. Contohnya, pendapatan pekerja-pekerja Malaysia yang berada di luar negara seperti di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan sebagainya adalah dikira termasuk dalam KNK Malaysia. Namun begitu, bagi pendapatan daripada warga asing seperti daripada Indonesia dan Bangladesh yang bekerja di Malaysia tidak diambil kira dalam KNK Malaysia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang terletak dalam sesebuah negara bagi tempoh satu tahun tertentu. Perbezaaan antara KDNK dan KNK ialah KNK mengambil kira semua barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perusahaan atau syarikat milik penduduk negara (warga negara Malaysia) dan juga penduduk negara lain (bukan warga negara Malaysia) yang beroperasi di Malaysia. Contohnya, jika terdapat satu sayarikat multinasional daripada Jepun dan Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia, syarikat-syarikat ini akan mengeluarkan modal, teknologi dan kepakaran Malaysia. Syarikat-syarikat multinasional tersebut akan beroperasi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Malaysia dan secara tidak langsung akan meningkatkan juga jumlah eksport barangan. Operasi tersebut dikira sebagai satu sumbangan yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun pemilik syarikat tersebut ialah warganegara asing.

138

Secara ringkasnya, perbezaan di antara KDNK dan KNK dapat dinyatakan seperti persamaan berikut:

KDNK = KNK FBL iaitu FBL ialah pendapatan faktor bersih luar negeri yang diperolehi dengan mencampurkan pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang diterima dari luar negeri dan selepas itu ditolak dengan pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang dibayar ke luar negeri. Selain daripada dua konsep asas tentang keluaran negara yang merujuk kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Gross National Product (GNP), dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP), kita juga sering melihat keluaran negara bersih digunakan sebagai ukuran kepada keluaran negara atau pendapatan negara. Keluaran Negara Bersih pada harga faktor (KNBhf) ditakrifkan sebagai jumlah nilai pasar semua barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran sesebuah negara dalam satu tahun setelah ditolak dengan susut nilai. Susut nilai ini merujuk kepada penyusutan atau pengurangan dari semasa ke semasa nilai barangan modal seperti kilang, mesin dan lain-lain. 7.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini memperkenalkan konsep makroekonomi serta perbezaannya dengan konsep asas mikroekonomi yang telah dipelajari dalam bahagian pertama (bab-bab yang terdahulu). Pengetahuan mengenai makroekonomi boleh membantu kita untuk memahami aktiviti-aktiviti pertumbuhan dan pergerakan ekonomi yang berlaku di sekitar kita secara makro. Pengetahuan ini juga membolehkan kita memahami mengenai keadaan ekonomi yang berlaku terutamanya apabila pendedahan dan pengetahuan mengenai matlamat dan konsepkonsep asas makroekonomi dipelajari. Justeru, bab ini menjadi bab pengenalan mengenai asas makroekonomi yang berlaku di dalam sektor awam.

139

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Apakah perbezaan di antara Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? Dua matlamat penting makroekonomi ialah untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mencapai pertumbuhan perdagangan antara bangsa yang pesat. Betul/Salah Jika berlaku peningkatan tingkat harga umum (harga barang dan perkhidmatan) secara berterusan, maka kos kehidupan (cost of living) rakyat akan semakin menurun. Betul/Salah Konsep permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS) dalam makroekonomi adalah sama dengan konsep permintaan dan penawaran dalam teori mikroekonomi. Betul/Salah Berikan penjelasan ringkas mengenai pendapatan negara. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Mikroekonomi - Satu bidang ilmu yang mengkaji kelakuan dan fungsi unit-unit kecil dalam ekonomi. Makroekonomi - Satu bidang ilmu yang mengkaji ekonomi dengan cara menyeluruh terhadap faktor-faktor ekonomi seperti pendapatan dan perbelanjaan negara, pelaburan, penggunaan, tabungan, guna tenaga dan tingkat harga umum. 2. Tidak boleh, kerana sektor isi rumah memerlukan sektor firma sebagai memenuhi pusingan interaksi untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor firma. Sebaliknya, sektor firma juga memerlukan sektor isi rumah untuk memastikan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan olehnya mendapat permintaan. Selain itu, sektor isi rumah memerlukan pekerjaan dan tingkat upah yang boleh diperolehi
140

3.

4.

5.

juga daripada sektor firma. Sektor firma juga memerlukan tenaga buruh untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu, wujud pusingan interaksi di antara kedua-dua sektor tersebut. 3. (i) Keluk permintaan agregat (AD) bersifat mencerun ke bawah kerana hubungan yang negatif di antara tingkat harga dengan keluaran negara. Semakin tinggi harga, semakin rendah tingkat keluaran negara dalam sesebuah negara. Keluk penawaran agregat (AS) bersifat mencerun ke atas kerana hubungan positif yang wujud antara tingkat harga dengan keluaran negara. Semakin tinggi harga, semakin tinggi keluaran negara dalam sesebuah ekonomi.

(ii)

141

You might also like