You are on page 1of 1

Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak, disamping memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masingmasing. Kanak-kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasil kraftangan, membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.

Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri-ciri bakat seni yang terdapat dalam kretiviti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehan gunaan bilik darjah yang berdasarkan kepda analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam seni sangat penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat seni.

You might also like