You are on page 1of 25

Puding Roti Karamel Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 3 sb gula pasir 1 sb air panas Cara cara: Masak

gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan. Bahan bahan Puding: 4 keping roti gardenia carik carik 1 cawan air suam 1 cawan susu cair cawan susu pekat 3 biji telur pukul sedikit 1 sk esen vanilla Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi. Tuang ke dalam loyang berisi gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.

Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

Puding Roti Karamel Sumber: Dapur CT Bahan-bahan: 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan 1 sk esen vanilla Cara-cara: Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam). Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Puding Karamel - Resepi II Oleh: Azie Kitchen Untuk: 20 bekas 1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis) 1 tin susu cair 1 tin air 5 - 6 telur - buang mata Esen vanilla 1 1/2 cawan gula pasir 3 cawan air Cara cara: Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil. Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.

Puding Buah buahan Kastard sumber: Dapur CT Bahan untuk Puding: 1 cawan tepung kastard 4 cawan air 1/2 cawan gula pasir (guna 3/4 cawan) Cara-cara membuat pudingnya: 1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard. 2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).

4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk. Bahan Untuk Kuah: 1 tin susu cair 1 tin besar mix fruits cocktail 1 1/2 tin air masak 4 sudu besar gula pasir 1 sudu teh esen vanila (optional) Cara-cara membuat kuahnya: 1. Campurkan semua bahan kedalam periuk. 2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih). 3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk. 4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

Untuk menghidangkan, masukkan puding ke dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya. Hidangkan sejuk sejuk.

Puding Kastard Jagung sumber: Dapur CT Bahan utk Puding: 1 cawan tepung kastard 1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin) 3/4 cawan gula pasir 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair Bahan Tambahan: 1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak) Cara-cara: Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail. Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.

Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.

Enjoy ....

Puding Jagung Bahan-bahannya: 1 cawan tepung kastad. 3/4 cawan gula pasir 1 cawan santan kotak+ air jadikan 4 1/2 cawan. secubit garam. 1 cawan jagung dalam tin (jagung cream) Cara-caranya:) Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur. Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul. Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkilat dan likat. Hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong

PUDING ROTI PELANGI source: hana memories Bahan-bahan 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 10gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - boleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml). pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2) Cara-cara Didihkan 3 cawan air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah dididih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding bergerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas warna hijau pula. ulang semula warna merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding@agar2 nih mudah sejuk membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Puding Tembikai sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan-Bahan:(loyang 8 atau 7 inci lagi cantik) 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm/agar agar serbuk 10gm 2 keping roti gardenia * 6 cawan air (4cwn air) 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula) 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) * 1 cawan susu cair (sy tambah) * 2 sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila cincau dipotong kecil (atau bijan hitam) sedikit pewarna hijau/merah Cara-Cara: Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil 1 cawan adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai. Biar hingga keras sedikit. Ambil pula 3/4 cawan warna asal dan curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Puding Batek 20 - 25 gram agar agar, 4 mug air, 1 1/2 cawan gula, 1 tin susu cair, 1 sudu besar butter, 2 sudu besar tepung kastard, 2 biji telur, 1/4 cawan serbuk koko.

Masak agar agar dg air hingga hancur, masukkan gula. Masak hingga gula hancur. Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masuk bahan di blend dalam agar agar dan kacau hingga agak pekat. Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dg serbuk koko yang dibancuh dg air suam. Tuang dalam acuan berselang seli hingga habis. Sejukkan

Puding Permata Bahan-bahan (Loyang 7in x 7in) Bahan untuk agar-agar: 300ml air 200ml susu cair 125gm gula pasir 2 sb serbuk koko 1 sb serbuk agar-agar Bahan untuk kastad: 500ml air 400ml susu cair/susu segar 250gm gula pasir (kurangkan sebab agak manis) 10gm serbuk agar-agar 1 1/2 sb tepung kastad - dibancuh dengan 3 sb air

Cara-cara Untuk agar-agar: Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.

Untuk kastad: Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Puding Susu Koktail Sumber: Ummi Bahan 1 paket serbuk agar-agar (11 gm) 2 biji telor 4 cawan air 1/2 tin susu cair 1 cawan gula pasir 2 - 3 sudu besar tepung kastad 1 tin fruit cocktail Cara-Cara Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Puding Cheese sumber: AlongRoz@HomeKreation Saiz 8" persegi Bahan bahan: 13gm serbuk Agar-Agar 1 liter air 120g gula 3 biji telur 120-150g biskut cheese - blend halus 1 sb tepung kastad 400ml susu cair/susu segar 200gm susu pekat 50gm mentega

Cara cara: Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.

Agar-Agar Tembikai Bahan bahan: 1 paket serbuk agar agar (10 gram) 4 - 4 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml) - guna 4 cawan jer 3/4 cawan gula pasir 1 sk esen vanilla 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih ) Pewarna merah, kuning dan hijau Sedikit kismis Cara cara: Masak agar agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar agar hingga suam suam kuku (anggaran 15-20 minit). Pukul putih telur hingga betul betul kembang (jika terbalikkan bekas, adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu. Tuang 1 senduk adunan agar agar dalam satu masa (yg dah suam suam kuku tu) ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga suam dan rata. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Ulang sehingga habis. Jangan masukkan adunan agar agar suam sekali gus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar agar. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi atau chopstik. Kacau dgn berhati hati supaya warna tidak terkena dasar bekas.

Letakkan kismis di permukaan agar agar (sebagai biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.

Apabila agar agar sudah beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan pewarna mengering sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.

Nota: Bekerja dengan putih telur perlu dilakukan dengan cepat kerana ianya cepat membeku.

Puding Kasih Bertaut sumber:

Yatie

Bahan-bahan A : 1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar) 300 ml air 200 ml santan 1/2 cawan gula 1 biji telur 2 sudu kecil sirap Rose 2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau + pewarna oren Cara Bahan A:Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih dengan api perlahan. Setelah mendidih, tutup api.Bahagi larutan agar-agar kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian dan perisa oren pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan masukkan dalam acuan yang comel comel dan biarkan ia mengeras. Kalau tak ada acuan, boleh juga dipotong menjadi kiub kiub kecil. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah keras, masukkan kesemua puding yang terbentuk comel tu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B : 1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga) 500 ml air 1/4 cawan gula 50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan) Cara Bahan B:Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar. Cara Menyediakan Puding:Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais

Masak bahan A

Acuan yang baru dikeluarkan dari peti sejuk

Comey kan

Masakkan bahan B

Susun dalam acuan besar

Tuang bahan B

Tunggu disejukkan

dah siap ..

enjoy ...

Dipotong dan hidang sejuk sejuk

Ya ampuuun, sedapnya ...

Puding Roti Pandan Kukus sumber: Dapur CT

Bahan-bahan: 12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi) 15 helai daun pandan 200 ml santan kotak 2 1/2 cawan air 2 biji 3/4 cawan gula pasir 1/2 sudu teh esen vanila sedikit pewarna hijau sedikit garam

telur

Cara-cara: 1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti). 2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan. 3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula.Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi. 4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti. 5. Taburkan kismis sebagai hiasan. 6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding. 7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best. Selamat mencuba ....

Bahan bahan diperlukan

Gula dan jus pandan

Rendam roti dengan bahan di blend

susun dalam acuan yang dilenser mentega

Tuang adunan selebihnya

Tutup dg foil supaya air tak menitis

Siap dikukus dalam 20 minit

Sejukkan dahulu sebelum dipotong

Potong dan hidang sejuk sejuk .. best

Selamat menjamu selera

PUDING TRIFLE LAGI

Sempena majlis keluarga di rumah kami pada hari Isnin lalu yang juga jatuh pada hari cuti sempena Hari Malaysia, saya sediakan 2 jenis pencuci mulut. Selain Puding Karamel di SINI, saya juga membuat Puding Trifle. Saya telah dibantu oleh Kak Long dengan Nelly dalam menyiapkan puding ini yang disediakan dari sebelah malamnya lagi. Pagi keesokannya tinggal di buat kastard dan whipping cream sahaja.

Saya masih menggunakan resepi yang sama di SINI. Resepi ini saya ambil dari video omputih. Memang mudah resepi ini dan pada saya, ianya sangat sedap terutama bila dimakan sejuk sejuk. Jom saya nak tayangkan gambar gambar penyediaan Puding Trifle kali ini. Jika mahu melihat resepi, boleh klik di link di atas. Mula mula kita potong kek secara dadu. Kemudian tuangkan sedikit air dari buah buahan campuran ke atas kek tadi sebelum dituangkan dengan jeli merah. Kemudian disusun buah buah koktel sebelum dituang baki jeli selebihnya sehingga menenggelami buah buah koktel tadi.

Ulang proses di atas untuk lapisan kedua dari kek sehingga kepada lapisan jeli dan biarkan sehingga jeli set di dalam peti sejuk.

Tuangkan kastard di atas jeli sehingga agak agak sedikit mengeras sebelum diletakkan whipping cream.

Setelah kastad agak mengeras, bolehlah dituangkan whipping cream. Ratakan permukaan untuk dihias seterusnya.

Hias dengan menyusun jelli berwarna merah dan hijau secara berselang seli di sekeliling dan dihiaskan dengan buah strawberry segar di tengah tengahnya.

Sedia untuk dihidang sejuk sejuk. Senduk ke dalam mangkuk kecil.....

Enjoy....

You might also like