You are on page 1of 75

ISU DAN CABARAN DALAM PAKK

Oleh:Nurlaili Binti Ghazali KDPM PAKK JUN 2011

ISU DAN CABARAN DALAM PAKK


Hak asasi kanak-kanak Isu Berkaitan Akta 611 Isu berkaitan Akta 308 dan 550 Penderaan Kanak-kanak Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak Kepelbagaian Budaya Implikasi kepelbagaian budaya dalam P&P

HAK ASASI KANAK-KANAK

SIAPA KANAK-KANAK ?

UMUR BAWAH 18 TAHUN

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK


(Convention on the Rights of the Children).

PENGENALAN
Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai.

PENGENALAN
Pada Feb. 1995, Malaysia telah menerima Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dengan beberapa reservasi Konvensyen ini telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Disember 1994

APAKAH KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK ?

Merupakan satu dokumen memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada : Pengabaian Penderaan Eksploitasi Menjamin kanak-kanak mendapat haknya.

Melalui Konvensyen ini, buat kali pertamanya kanak-kanak di akui sebagai individu dengan hak membesar secara fizikal, mental dan sosial dengan potensi yang ada pada mereka dan mengeluarkan pandangan mereka secara bebas.

KENAPA CRC DIPERLUKAN


Banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanak-kanak. Perkembangan sihat kanak-kanak amat penting Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa

Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa yang


dilakukan atau tidak dilakukan Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak

mempunyai pengaruh politik dan ekonomi

CRC adalah unik kerana: COMPREHENSIVE UNIVERSAL UNCONDITIONAL HOLISTIC

PRINSIP-PRINSIP KONVENSYEN
Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan.

Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.


Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan. Kanak-kanak harus diberi peluang melibat diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan menyuarakan pendapat mereka.

PELAKSANAAN KONVENSYEN
Kerajaan-kerajaan negara, setelah menyokong Konvensyen, bertanggungjawab memastikan hak-hak asasi kanak-kanak direalisasikan. Perkembangan akan dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi khusus, seperti UNICEF telah diundang untuk mengemukakan pemerhatian dan pandangan mereka.

PRINSIP AM Hendaklah menhormati dan menjamin hakhak kanak-kanak dari apa-apa jenis diskriminasi tanpa mengira warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal-usul kebangsaan, kaum atau sosial, hartabenda, kecatatan, kelahiran atau lainlain status kanak- kanak itu atau ibubapa atau penjaga sahnya.

STRUKTUR

Konvensyen ini mengandungi mukadimah dan 54 perkara 41 perkara merangkumi hal yang berkaitan dengan hak kanak-kanak 4 perkara merangkumi hal penguatkuasaan 9 perkara meliputi pengesahan dan penguatkuasaan

Mukadimah dalam CRC


Memperakui setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status.

Memberi penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan mengesyorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan yang perlu untuk mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka

Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya. Ianya handaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman

Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan pelindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undangundang yang sewajarnya

Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas

Menekankan pentingnya nilainilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak

Mengiktiraf pentingnya kerjasama antarabangsa bagi memperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara, khususnya negara membangun

TIGA PRINSIP UTAMA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK


Kanak-kanak ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan kepada prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child )

HAK-HAK KANAK-KANAK
Hak Kehidupan Hak Perlindungan

Hak Perkembangan
Hak Penyertaan

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak


Hak Kehidupan Hak kehidupan didefinisikan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukan CRC ini merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Ini merangkumi hak untuk hidup dan hak untuk mendapat standard kesihatan dan perubatan yang tinggi. (Perkara 6 dan 12)

Hak Kehidupan
Memastikan keperluan asas : makanan tempat tinggal air minuman bersih jagaan kesihatan

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak


Hak Perlindungan Perkara ini termasuk perlindungan dari diskriminasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan untuk kanak tanpa keluarga dan perlindungan kepada kanak-kanak pelarian.

(Perkara 16, 19, 20, 22, 32, 34, 35 dan 36)

Hak Perlindungan
Perlindungan daripada : penderitaan seksual , fizikal dan exsploitasi pengabaian penyalah gunaan Dadah diskriminasi

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak


Hak Perkembangan Ini termasuk semua jenis pendidikan (formal dan nonformal) dan hak kepada standard of living yang mana meliputi fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial melalui pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang baik, peluang untuk turut serta (opportunity to participate) dalam aktiviti sosial, ekonomi, keagamaan dan politik dan bebas dari diskriminasi (Perkara 6, 7, 12, 13, 14, 17, 24, 28 dan 29)

Hak Perkembangan
persekitaran yang selamat pendidikan constructive play kemudahan kebebasan daripada diskriminasi

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Hak Penyertaan
Ini merangkumi hak kanak-kanak kepada maklumat, mengemukakan pandangan dalam semua hal yang melibatkan / memberi kesan kepada mereka, bertemu dengan kawan-kawan dan menyertai atau menubuhkan pertubuhan (Perkara 12, 13, 15, 17 dan 18)

Hak Penyertaan
Semua Kanak-kanak berhak : berjumpa dengan kanak-kanak lain dan berkawan , menyertai kelab atau persatuan, memberi pandangan mereka , Konvensyen ini mengiktirafkan kanak-kanak sebagai individu dengan hak untuk berkembang secara mental, fizikal dan sosial.

HAK KANAK-KANAK BERDASARKAN PANDANGAN ISLAM

HADIS NABI S.A.W.


Setiap orang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih), maka kedua ibubapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

34

PERINGKAT UMUR 2 6 TAHUN


Kesuburan aqal yang pantas Berkembangnya paru-paru dengan meluas Potensi menerima latihan amat tinggi Kanak-kanak cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat Muncul naluri ingin tahu, sekiranya dia tidak menemui sesuatu yang boleh memuaskannya, maka naluri ini akan pudar dan padam yang akhirnya menjadi punca kepada sikap liar.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK PANDANGAN ISLAM


IMAM Al-GHAZALI Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanakkanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:


Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK PANDANGAN ISLAM


1- Pilihlah tempat meletak benih kamu kerana keturunan itu berjangkit , Elakkan perempuan cantik yang dibesarkan di tempat kotor (Hadis) 234Menyampaikan kepada kanak-kanak suara iman ketika dia dilahirkan. Mengkhatan dan menyembelih aqiqah untuknya pada hari ketujuh dia dilahirkan. Memilih nama untuknya kerana nama ditujukan kepada tuannya.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK PANDANGAN ISLAM


5Penyusuan penting kerana ia mampu mengubah perangai si anak. 6Memberi didikan akhlak dan membekalkannya dengan adat kebiasaan yang baik. 7Tidak membebankannya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olenya. 89Berlaku adil dengan anak-anak. Melatih anak dengan kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK PANDANGAN ISLAM


10- Berbelanja dengan murah hati terhadap mereka. 11- Memilih guru-guru dari kalangan orang yang baikbaik. 12- Percayakan kanak-kanak dan menghormatinya.

13- Menyediakn keperluan hidup seberapa yang


mampu. 14- Memberi pelajaran yang benar kepada mereka. 15- Memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak dan merawat mereka.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM


16- Bergembira mendapat anak perempuan dan

jangan bersedih dengan kelahirannya.


17- Membenarkan anak-anak bermain dan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka. 18- Mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan. 19- Mendidik anak-anak bercakap benar. 20- Mengajar anak-anak apa yang boleh mendatangkan faedah untuknya.

AKTA 611

ISU BERKAITAN AKTA 611


Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlidungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Akta 611
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) (selepas ini dirujuk sebagai Akta 611) hanya mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002, walaupun ia telah diluluskan pada tahun 2001. Akta 611 telah memansuhkan tiga statut[1] yang lain, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dan telah menggabungkan undang-undang berkenaan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.

Akta 611 telah mendefinisikan kanakkanak dalam seksyen 2 sebagai


a) seseorang yang di bawah umur 18 tahun; dan b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Oleh itu Akta 611 terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, selain daripada dalam sesuatu prosiding jenayah.

Ini adalah selaras dengan Akta Umur Dewasa


1971[2] yang menetapkan umur dewasa sebagai 18 tahun. Definisi kanak-kanak berbeza dari satu Akta ke Akta yang lain. Misalnya:-

a) Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang


(Perkahwinan dan Perceraian) 1976[3] (selepas ini dirujuk sebagai AMU) memberi takrifan kanak-kanak sebagai

seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.


b) Takrif kanak-kanak di bawah Akta Pengangkatan 19524 ialah seorang yang belum berkahwin dan di bawah umur 21 tahun. c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961[5] pula membahagikan tafsiran kanak-kanak kepada dua, iaitu bagi kanak-kanak Islam, umur dewasa adalah 18 tahun, manakala bagi kanakkanak bukan Islam, umur dewasanya adalah 21 tahun.

AKTA 308 DAN 550

ISU BERKAITAN AKTA 308 DAN 550


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.

Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada; (a) Pendidikan prasekolah (b) Pendidikan rendah (c) Pendidikan menengah (d) Pendidikan lepas menengah (e) Pendidikan tinggi Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. (2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk


melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila


disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu

tahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA


Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasabahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di

tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan


bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menteri boleh membuat peraturanperaturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

PENDERAAN KANAK-KANAK

Makna:Penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Jenis-Jenis Penderaan
Penderaan fizikal Penderaan seksual Penderaan emosi Pengabaian

Penderaan Fizikal
Penderaan fizikal adalah satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak. Tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan anggota badan, kecederaan otak,kerentakan tulang dan meninggalkan kesan-kesan di tubuh badan seperti parut dan lebam akibat dipukul atau dikenakan

benda-benda panas.

Penderaan Seksual
Penderaan seksual pula merujuk kepada perbuatan yang memaksa, mengugat dan memperdaya kanak-kanak untuk berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu seks orang dewasa. Penderaan ini boleh dilakukan melalui gambar, video, pornografi atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Perbuatan mereka yang tidak berhati perut ini telah menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dicabut kehormatan, dirogol dan dipaksa melacur.

Penderaan emosi
penderaan emosional membawa erti kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya dari segi mental dan emosional, sama ada diabai, didera, dianiayai, dikutuk dan dihina oleh ahli keluarga. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi dan mental dalam proses pembesaran mereka akibat daripada kekurangan kasih sayang, tidak dihiraukan dan dilayan oleh ahli keluarga, pergaulan mereka disekat dan tidak mempunyai kebebasan misalnya tidak dibenarkan bermain, sering dimarah, ditengking dan dipandang rendah oleh ahli keluarga mereka.

pengabaian
Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanakkanak tidak mendapat keperluan asas dari orang dewasa seperti makanan berkhasiat, tempat perlindungan, pendidikan, keselamatan, rawatan emosi dan fizikal. Contohnya, kanak-kanak tidak menerima pendidikan pada umur yang ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kanak-kanak yang dipaksa bekerja juga adalah satu jenis penderaan pengabaian.

Langkah-langkah menangani kes penderaan .


Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.

Talian Nur 15999 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan masalah tidak bermoral ini. Talian Nur menerima 28,359 panggilan, di mana kes terbesar membabit kes di bawah JKM dengan 2,346 panggilan diikuti KPWKM (2,104), LPPKN (170), dan masing-masing satu panggilan Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-negara Berkecuali Negara (NIEW).

Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan program atau kempen bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap ibu bapa serta penjaga agar mereka sedar permaslahan ini. Pihak-pihak seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri haruslah meletakkan tajuk Pendidikan Anak-Anak ini dalam kursus pra perkahwinan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anakanak.

Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanakkanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, penderapendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini.

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Kepelbagaian budaya
DEFINISI
o

- Kamus Dewan (2005) edisi keempat. kepelbagaian : perihal berbagaibagai jenis merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya : cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar

CIRI-CIRI BUDAYA
Boleh dipelajari Boleh dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Sentiasa berubah Simbolik Pandangan semesta

CADANGAN MENANGANI KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sekolah kebangsaan sebagai peneraju Kelayakan pelajar jadi penentuan Pindaan akta Tingkatkan kemudahan Tingkatkan mutu pendidikan guru Peluang latihan Biasiswa kepada yang berkelayakan Kuasai pelbagai bahasa

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA Guru mewujudkan interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan. Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid

mengikut kebolehan dan sifat mereka yang


berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya. Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid. Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid.

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik


dalam kelas.

Mari Kita tonton dan fahaminya

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like