You are on page 1of 19

Topik

Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. 2. 3. 4.

Menjelaskan konsep perniagaan; Mengenal pasti sumber mencari idea perniagaan; Menerangkan cara memulakan perniagaan; dan Mengenal pasti sumber-sumber pembiayaan perniagaan.

PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan. Antaranya ialah pengenalan kepada perniagaan, memulakan perniagaan dan keperluan kewangan dan kemudahan.

1.1

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Perniagaan juga menjana keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan perniagaan serta sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka. Ia seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat ganda.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.1.1

Konsep Perniagaan

Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan tujuan mendapat keuntungan. Tahukah anda bahawa perniagaan meliputi empat perkara penting? Berikut adalah perkara-perkara tersebut: (a) Barang atau perkhidmatan Barang dikenali sebagai produk atau keluaran fizikal seperti baju, laptop, telefon, kereta dan lain-lain. Perkhidmatan merupakan produk bukan fizikal yang dapat memberi kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna seperti perhotelan, perbankan, perhubungan dan pengangkutan. Pertukaran nilai Pertukaran nilai merujuk kepada nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk wang yang diterima antara penjual dan pembeli. Keuntungan perniagaan Keuntungan merupakan matlamat bagi setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada peniaga daripada perniagaan yang mereka jalankan. Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna Pengguna akan membeli sesuatu barangan jika ia memberi kepuasan maksimum atau nilai faedah kepadanya. Oleh itu, sekiranya peniaga mahukan keuntungan, peniaga harus dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

(b)

(c)

(d)

Perniagaan masa kini semakin mencabar dan peniaga perlu bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Perniagaan kini bergantung penuh kepada kecekapan, pengurusan, kreativiti dan inovasi seseorang peniaga. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta kemajuan teknologi amat penting untuk menghasilkan produk yang lebih berdaya saing secara global. Jika kita lihat pada masa kini, kebanyakan peniaga berlumba-lumba menggunakan teknologi moden seperti teknologi robotik dan jentera terkini untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan produktiviti. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memudahkan dan meningkatkan lagi aktiviti perniagaan serta perdagangan di dalam mahupun di luar negara. E-dagang misalnya membolehkan peniaga di Malaysia untuk berdagang dengan orang di seluruh dunia menerusi jaringan Internet dan rangkaian komputer yang baik.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.1.2

Mencari Idea Perniagaan

Sekiranya anda sanggup menghadapi saingan yang semakin sengit dalam dunia perniagaan, anda harus berani membuat sesuatu yang berbeza untuk mengatasi pesaing yang mempunyai pelanggan tetap bagi menjamin kedudukan anda. Idea-idea baru atau idea-idea inovatif sangat perlu untuk menunjukkan kelainan dan membantu anda menghadapi persaingan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkara di sekeliling anda yang boleh membantu anda mendapatkan idea tersebut. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai sumber untuk menjana sesuatu idea? Antara sumber yang paling kerap digunakan ialah melalui pengguna, syarikat sedia ada, saluran pengedaran, penyelidikan dan pembangunan dan dasar-dasar kerajaan. (a) Pengguna (i) Bakal usahawan dan peniaga perlulah memberi tumpuan kepada sasaran akhir dalam menjana idea bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan, iaitu pengguna. Ini boleh dilakukan secara tidak formal iaitu menghasilkan idea-idea yang menjurus kepada keperluan pengguna akhir. Usahawan boleh dapatkan idea yang menjurus kepada sasaran akhir dengan memberi peluang kepada pengguna memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan kepada mereka. Usahawan biasanya menjalankan kajian tinjauan menerusi edaran borang soal-selidik bagi mendapatkan maklumat tentang sikap pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan yang disediakan.

(ii)

(iii) Idea atau keperluan yang akan dihasilkan nanti dapat mewakili sejumlah besar pasaran usaha teroka baru yang dapat bertahan lama. (b) Syarikat Sedia Ada (i) Bakal usahawan hendaklah membentuk kaedah formal untuk mengawasi dan menilai produk atau perkhidmatan yang kompetitif di pasaran. Kebiasaannya, analisis ini akan mendedahkan cara memperbaiki penawaran di pasaran, seterusnya menghasilkan produk yang mempunyai daya tarikan di pasaran. Contohnya, pada masa kini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai produk yang canggih dan terkini seperti telefon android, ipad, iphone dan android tablet.

(ii)

TOPIK 1 PERNIAGAAN

(c)

Saluran Pengedaran Ahli-ahli saluran pengedaran merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan idea baru kerana mereka ini peka dengan keperluan pasaran. Golongan ini bukan sahaja boleh berikan cadangan produk baru, malahan mereka boleh turut membantu memasarkan produk baru berkenaan. Penyelidikan dan Pembangunan (i) Penyelidikan dan pembangunan merupakan sumber idea baru yang terbesar. Penyelidikan boleh dilakukan secara formal mahupun tidak formal. SIRIM, MIMOS, dan PORLA merupakan contoh agensiagensi penyelidikan formal. Sebaliknya, penyelidikan yang dijalankan secara sendirian di rumah adalah contoh penyelidikan secara tidak formal. Penyelidikan dan pembangunan makanan dingin beku dari aspek perubahan rasa, ketahanan dan rupa boleh dilakukan oleh bakal usahawan di rumahnya sendiri. Dasar kerajaan meliputi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ia boleh menjadi sumber idea perniagaan yang baik. Contohnya, satu idea produk boleh dihasilkan akibat penguatkuasaan peraturan kerajaan seperti Akta Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja. Peniaga yang berani merebut peluang keemasan ini sudah pasti akan terfikir produk yang memenuhi keperluan di atas seperti peti pertolongan cemas yang mengandungi ubatan asas bagi kemalangan ringan boleh dikeluarkan. Begitu juga bila kerajaan menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang di belakang, maka di situlah wujudnya peluang untuk merealisasikan idea perniagaan.

(d)

(ii)

(e)

Dasar-dasar Kerajaan (i)

(ii)

(iii) Dasar kerajaan seperti menjadikan Malaysia sebagai lebuh raya laluan maklumat dalam projek MSC juga banyak memberi peluang idea perniagaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Begitu juga dengan pembukaan Wilayah Pembangunan Iskandar menjadi pemandu arah pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. Ia mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangun sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia. Secara tidak langsung, ia telah membuka seluas-luasnya idea dan peluang kepada peniaga dan usahawan untuk bersaing di persada antarabangsa.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

Seseorang usahawan juga boleh menggunakan kumpulan fokus, sumbangsaran, dan analisis inventori masalah bagi membantu menjana dan menguji sesuatu idea perniagaan baru. Marilah kita lihat kaedah ini secara lebih jelas lagi. (a) Kumpulan Fokus (i) Kumpulan fokus merupakan sekumpulan individu yang memberi maklumat secara formal dan berstruktur. Kaedah ini menggunakan individu dan pelbagai latar belakang sosioekonomi. Terdapat orang tengah yang akan mengetuai perbincangan secara terbuka dan terperinci bagi mengenal pasti produk baru. Orang tengah ini akan fokuskan perbincangan ini secara terarah atau tidak terarah. Kumpulan ini terdiri daripada 8 hingga 14 orang peserta yang akan dirangsangkan dengan komen-komen daripada kumpulan lain secara kreatif. Tujuannya adalah untuk menghasilkan idea produk baru yang memenuhi keperluan pasaran.

(ii)

(iii) Kaedah ini merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea-idea dan konsep-konsep baru. (b) Sumbangsaran (i) Sumbangsaran ialah satu kaedah mendapatkan idea dan penyelesaian baru dalam kumpulan. Kebanyakan idea yang dihasilkan tidak mempunyai asas untuk pembangunan seterusnya. Namun, kerapkali kebanyakan idea baru dapat dihasilkan terutamanya, apabila usaha difokuskan ke atas produk atau pasaran yang khusus. Apabila usahawan menggunakan kaedah ini, terdapat empat peraturan yang perlu diikuti iaitu: (c) (i) Tiada seorang pun dibenarkan mengkritik secara negatif dalam kumpulan. Idea perlu dilontarkan secara bebas. Kuantiti idea dipentingkan. Kombinasi dan penambahbaikan idea digalakkan.

(ii)

Analisis Inventori Masalah Analisis inventori masalah merupakan satu kaedah mendapatkan idea dan penyelesaian baru berfokuskan masalah. Biasanya, pelanggan diberikan senarai masalah umum bagi kategori produk tertentu. Mereka diminta mengenal pasti dan membincangkan produk dalam kategori yang mempunyai masalah tertentu. Kaedah ini lebih berkesan kerana ia lebih mudah untuk mengaitkan produk yang telah dikenal pasti dengan masalah yang dicadangkan.

(ii)

TOPIK 1 PERNIAGAAN

Seterusnya, memperolehi idea produk yang baru. Analisis inventori masalah ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru. (iii) Hasil keputusan analisis inventori produk ini hendaklah dinilai dengan berhati-hati kerana tidak semua hasil keputusan ini menggambarkan peluang perniagaan baru. (iv) Contoh pendekatan ini dalam industri kosmetik ditunjukkan di dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Analisis Inventori Masalah Dalam Industri Kosmetik
Psikologikal (a) Cantik - wangi - tiada bau - bau kuat (b) Keselesaan - kulit - badan (c) Kesihatan - berasid - rosak kulit - bau kuat Deria (a) Bau - wangi - tiada bau - bau kuat (b) Rupa - warna - bentuk - menarik (c) Tekstur - keras - kering - berminyak - melekit - kasar - halus Aktiviti (a) Santai (b) Bekerja (c) Majlis keraian (d) Majlis rasmi (e) Rehat (f) Tidur (b) Stok - di luar musim - jualan langsung - mudah didapati (c) Kerosakan - senang rosak - hilang bentuk - cepat berbau - senang patah (d) Penggunaan Beli-guna (a) Kos - mahal - murah Psikologikal/ Sosial (a) Imej diri (b) Pakai sendiri

Secara umum, peniaga perlu mencari idea yang inovatif supaya boleh memberikan peluang dan kelebihan sewaktu menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan. Tidak perlu fikir untuk memulakan perniagaan yang besar kerana ianya memerlukan modal yang banyak.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

AKTIVITI 1.1
Bentuk beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 hingga 4 orang. Setiap kumpulan layari Internet dan dapatkan maklumat mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar. Setelah membaca bahan maklumat tersebut, lakukan sumbangsaran dalam kumpulan untuk menjana sekurang-kurangnya 6 idea perniagaan yang dapat diwujudkan daripada Wilayah Pembangunan Iskandar, Negeri Johor mengikut Flagship Zon.

1.2

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Kejayaan dalam sesebuah perniagaan kecil tidak boleh dicapai tanpa perancangan yang teliti dan pengetahuan asas tentang menguruskan perniagaan. Usahawan harus cuba memperoleh sebanyak maklumat yang boleh tentang perniagaan tersebut termasuk selok-belok operasi perniagaan, pasaran serta pesaing-pesaingnya. Perancangan yang teliti amat perlu bagi mengelak kegagalan dalam perniagaan. Perkara-perkara yang patut diketahui oleh seorang usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan merupakan perkara yang akan disentuh dalam bahagian ini.

1.2.1
(a)

Langkah-langkah Memulakan Perniagaan

Mari kita lihat langkah-langkah dalam memulakan sesebuah perniagaan. Modal Usahawan harus memastikan mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan. Beliau harus menyediakan anggaran modal termasuk pecahan-pecahan kos terlibat, dari mana sumber modal boleh diperolehi untuk membeli stok dan kelengkapan perniagaan. Jumlah modal yang diperlukan adalah berdasarkan jenis, saiz dan lokasi perniagaan. Semasa membuat anggaran, usahawan boleh merujuk kepada rekod dan data perniagaan sedia ada, buku-buku rekod jualan dan belian, maklumat daripada majalah atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau Agensi serta membuat pemerhatian dan temu bual.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

(b)

Memilih lokasi Pemilihan lokasi penting dalam menjanjikan kejayaan sesuatu perniagaan. Lokasi perniagaan yang sesuai dan strategik akan menentukan kejayaan perniagaan tersebut. Lokasi yang strategik bermaksud tempat yang mudah dikunjungi oleh pelanggan, menjadi tempat tumpuan orang ramai, berhampiran dengan pembekal, serta mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti telefon, elektrik, air dan jalan raya. Usahawan perlu mengambil kira faktor-faktor lain seperti kos menyewa premis yang berpatutan berdasarkan saiz modal yang dilaburkan, kadar upah tempatan, persaingan sedia ada, kuasa beli penduduk di kawasan tersebut dan peraturan kerajaan tempatan. Memastikan sumber bahan mentah Sumber bekalan meliputi bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran sesuatu produk atau stok barang yang dibeli untuk dijual semula. Bagi menjamin operasi perniagaan yang licin, usahawan perlu memastikan bekalan yang berterusan dan mudah diperoleh. Beliau perlu mengetahui tempat-tempat untuk mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah serta mengetahui pembekal yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Merancang strategi Usahawan juga mesti memikirkan dan merancang strategi tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti bilangan pesaing-pesaing, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka. Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Walaupun begitu, jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk ke kedainya. Demi memenangi persaingan, usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk menarik pelanggan ke kedainya. Mendaftar perniagaan Terdapat empat perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan; (i) Pertama Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun, sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain, mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

(c)

(d)

(e)

TOPIK 1 PERNIAGAAN

(ii)

Pertama Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun, sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain, mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

(iii) Kedua Usahawan perlu memilih bentuk perniagaan. Bentuk perniagaan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka. Perniagaan yang kecil mudah ditubuhkan serta diurus, manakala perniagaan besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak mudah dikendalikan. (iv) Ketiga Usahawan hendaklah mendaftarkan perniagaan tersebut. Semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yang hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa. Pendaftaran perniagaan in adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan serta saiz perniagaan itu. (v) Keempat Usahawan perlu mengetahui undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Antara lain, usahawan seharusnya mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara agar tidak melanggar undang-undang, peraturan atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan. Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasankawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

(f)

Menyediakan rancangan perniagaan Usahawan digalakkan membuat rancangan perniagaan sebelum memulakan perniagaan supaya ia dapat menjadi garis panduan dalam menguruskan perniagaan. Dengan itu, sumber-sumber yang terhad dapat diagihkan dengan lebih baik dan boleh menilai atau mengkaji sama ada perniagaan yang akan ditubuhkan berdaya maju dan praktikal. Ia juga dapat meyakinkan pelabur terhadap idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

10

TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.2.2

Cara Menjalankan Perniagaan

Apabila menjalankan perniagaan, pengendalian atau pengurusan perniagaan yang cekap dan berkesan amat penting bagi menjayakan perniagaan yang diceburi, memperoleh bahagian pasaran dan seterusnya menikmati keuntungan. Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberikan perhatian dalam menjalankan perniagaan. (a) Pengurusan stok Stok memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan sebagai aset terpenting yang menjadi nadi dan nyawa kepada kesinambungan operasi. Stok bermaksud barang-barang atau bahan-bahan yang disimpan oleh sesebuah organisasi. Ia adalah bekalan pelbagai item yang disimpan bagi kegunaan pada masa akan datang dan sudah tentu dijual semula. Bagi perniagaan yang berbentuk pembuatan atau pengeluaran barangan, barangan yang dihasilkan untuk dijual dinamakan stok. Manakala, perniagaan yang bersifat perdagangan, barangan yang dibeli untuk dijual semula itulah yang dikatakan stok. Pegangan stok membolehkan organisasi itu mengendalikan perubahan dan ketidaktentuan dalam bekalan dan permintaan. Usahawan yang bijak, mampu untuk mendapatkan bekalan stok yang paling baik dari segi harga, kualiti, syarat kredit dan perkhidmatan. Selain itu, penyemakan stok perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kecurian dan kehilangan serta memastikan bekalannya sentiasa cukup apabila diperlukan. Maklumat tentang stok juga perlu direkodkan dengan tepat dalam buku rekod atau komputer. Kesemua stok perlu disimpan di dalam gudang yang selamat dengan jumlah yang optimum iaitu tidak berlebihan atau berkurangan. Peragaan stok juga amat penting, di mana stok tersebut harus disusun dengan rapi di atas para bertingkat atau almari supaya mudah dicari dan diambil. (b) Pengurusan masa Pengurusan masa yang baik ialah apabila usahawan dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti perniagaan. Disiplin yang dimaksudkan adalah mesti melakukan perancangan menurut keutamaan agar semua urusan dapat diselenggarakan dalam masa tertentu. Buku perancangan dan diari boleh membantu dalam pengurusan masa supaya setiap saat digunakan dengan produktif. Pengurusan risiko Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis dan pengawalan risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah perniagaan. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara

(c)

TOPIK 1 PERNIAGAAN

11

yang tidak diingini diinsuranskan. (i) (ii)

dalam

perniagaan,

yang

sebelum

itu

telah

Terdapat tiga jenis risiko dalam perniagaan; Risiko yang pertama adalah risiko yang boleh diinsuranskan. Manakala risiko kedua adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan dan tidak dapat dikawal seperti risiko akibat peperangan dan bencana alam.

(iii) Risiko terakhir pula adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan dan boleh kawal; contohnya, kerugian berpunca daripada spekulasi pelaburan saham, kelemahan pengurusan, hutang lapuk dan persaingan pasaran. (d) Pemasaran Pemasaran adalah satu proses yang menyatukan kemampuan sesebuah perniagaan dengan permintaan pelanggan atau pengguna. Ia mementingkan proses perhubungan dengan pelanggan dan mempunyai kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan perkhidmatan atau produk sehinggalah kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan. Proses ini memerlukan analisis terperinci tentang sifat sesebuah perniagaan dan persekitaran atau pasarannya dalam perspektif yang lebih luas. Ia penting bagi merancang, mereka bentuk dan menyediakan perkhidmatan yang optima dan peraturan serta prosedur yang sesuai bagi menyesuaikan diri kepada pasaran yang lebih luas. Pengurusan kewangan Pengurusan kewangan yang baik dalam perniagaan membolehkan perancangan dibuat dengan lebih sempurna untuk pembesaran dan pelbagai operasi, dan untuk apa jua aktiviti di masa hadapan, bagi memanfaatkan kemajuan-kemajuan dalam teknologi dan pasaran. Dalam pengurusan kewangan, bukan sahaja perbelanjaan wajib akan dapat dirancang, tetapi akan ada pula lebihan-lebihan daripada pendapatan yang boleh ditabung dan dijadikan pelaburan. Perancangan kewangan yang berdisiplin, dan pengurusan kewangan secara beramanah, akan membolehkan perniagaan memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan mengelak daripada berlaku kejadian-kejadian seperti pecah amanah, lebih belanja dan pembaziran. Pengurusan kewangan melibatkan menyimpan rekod perakaunan dengan baik, menganalisis prestasi perniagaan berdasarkan rekod yang disimpan dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan dan meningkatkan kedudukan perniagaan.

(e)

12

TOPIK 1 PERNIAGAAN

(f)

Pengurusan sumber manusia Usaha untuk membangunkan perniagaan yang berjaya bukan satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan perubahan minda, emosi dan juga sikap. Oleh itu, sebagai pemilik yang mengurus, usahawan pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya yang paling sukar untuk ditangani adalah apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah yang berpunca daripada gelagat pekerja. Bagi menggerakkan usaha ini, usahawan itu perlu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, dihormati dan menunjukkan jalan dan contoh yang cemerlang. Beliau perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan pekerja dengan memberi latihan dan motivasi yang sesuai bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Kebajikan pekerja juga mesti dijaga untuk memupuk semangat dedikasi dan semangat bekerja di kalangan mereka. Kebajikan ini termasuklah gaji, bonus, perubatan percuma dan lain-lain. Selain daripada itu, suasana bekerja yang harmonis dan selesa perlu diwujudkan dengan membina hubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Usahawan juga perlu mematuhi undang-un dang kerajaan yang berkaitan dengan hak pekerja. Perkhidmatan pelanggan Pelanggan adalah raja kepada perniagaan. Pelanggan yang ramai akan meningkatkan jualan dan menambah keuntungan perniagaan. Dengan itu, keupayaan usahawan untuk menarik pelanggan akan menentukan kejayaan perniagaan. Usahawan perlu memahami sifat-sifat pelanggan, mengenal pasti pelanggan tetap, pelanggan sekali sekala atau pelanggan baru, dan melayan pelanggan dengan muka yang manis, memberi layanan yang mesra, menyediakan perkhidmatan lepas jualan, bersopan santun dan bersikap adil kepada mereka. Pengurusan maklumat Pengurusan maklumat dengan menggunakan komputer membolehkan usahawan merekod dan menyimpan pelbagai maklumat perniagaan. Komputer dapat membantu usahawan untuk merekod dan menyimpan maklumat berkenaan stok, pelanggan atau pembekal, dan kewangan. Jaringan Internet pula merupakan kemudahan yang membolehkan usahawan mendapatkan dan menyalurkan maklumat dengan pantas serta menggunakan peluang perniagaan yang terdapat dalam Internet seperti membina laman sesawang sendiri.

(g)

(h)

TOPIK 1 PERNIAGAAN

13

1.3

KEPERLUAN KEWANGAN DAN KEMUDAHAN

Seterusnya, kita akan lihat pada keperluan kewangan dan kemudahan yang boleh didapati oleh peniaga.

1.3.1

Pengenalan

Banyak kajian dan penulisan telah mengenal pasti faktor kegagalan sesebuah perniagaan ialah kegagalan usahawan menyediakan modal yang mencukupi. Minat yang tinggi, kelulusan yang baik, pengetahuan dan pengalaman luas sahaja tidak menjamin seseorang usahawan itu dapat menubuhkan perniagaan jika tidak dibekalkan dengan modal yang mencukupi. Tahukah anda bahawa pemilihan sumber modal yang sesuai dengan perniagaan adalah sama penting dengan memilih jenis pemilikan perniagaan atau lokasinya? Pemilihan ini akan mempengaruhi sesebuah perniagaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, seseorang usahawan hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap pemilihan sumber kewangan yang sesuai dengan perniagaannya. Pertama sekali, para usahawan perlu mengenal pasti tiga jenis modal asas yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan iaitu: (a) Modal tetap Modal yang diperlukan untuk membeli aset tetap perniagaan. Aset ini digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan dan bukan untuk dijual. Modal ini akan beku di situ dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Modal kerja Modal ini mewakili dana semasa perniagaan yang menyokong operasi biasa perniagaan dalam jangka masa pendek. Modal ini digunakan untuk membeli inventori, membayar bil dan gaji dan membiayai perkara kecemasan di luar jangkaan. Modal pertumbuhan Modal pertumbuhan diperlukan apabila perniagaan berkembang atau perniagaan ingin menukar arah tujuan asal perniagaannya.

(b)

(c)

1.3.2

Pembiayaan dan Sumber Modal

Dalam tajuk ini, kita akan bincangkan tentang alternatif yang boleh dipertimbangkan oleh usahawan bagi memperoleh sumber modal.

14

TOPIK 1 PERNIAGAAN

(a)

Pembiayaan Modal Ekuiti (i) Ia mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan. Kadangkala, modal ekuiti dikenali sebagai modal berisiko kerana pelabur menanggung risiko kehilangan wang mereka sekiranya perniagaan itu gagal. Sebaliknya, jika usaha teroka berjaya, mereka akan berkongsi keuntungan. Kebaikan modal ekuiti ialah modal tidak perlu dibayar semula sebagaimana pinjaman. Pelabur diberi jaminan haknya untuk bersuara dalam operasi perniagaan dan peratusan pendapatan yang diperoleh daripada operasi perniagaan.

(ii)

(iii) Bentuk modal yang disumbangkan adalah dalam bentuk tunai atau aset tetap. Pembiayaan ini tidak perlukan sandaran.

(b)

Pembiayaan Modal Hutang (i) Pembiayaan modal hutang ialah kaedah pembiayaan melibatkan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman tersebut bersama-sama dengan faedah. Ia boleh dilakukan melalui hutang daripada pihak ketiga iaitu orang perseorangan, rakan atau ahli keluarga. Sumbangan modal dalam bentuk tunai atau aset tetap daripada rakan kongsi yang berminat untuk melabur dalam perniagaan yang bakal dijalankan.

(ii)

(iii) Pinjaman jangka panjang atau jangka pendek daripada institusi kewangan atau bank. Terdapat banyak institusi kewangan atau bank yang menawarkan pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang menarik. Jangka waktu pinjaman melebihi lima tahun dan biasanya berasaskan sebahagiannya kepada hayat aset yang dibiayai. Pembayaran balik pada lazimnya dibuat secara ansuran bulanan atau suku tahunan. Pinjaman jangka pendek pula adalah kemudahan overdraf yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan sejumlah wang melebihi daripada baki akaun yang tinggal. Walau bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi kerana berasaskan kadar harian. Usahawan boleh memilih untuk menggunakan pinjaman berdasarkan pembiayaan konvensional atau lunas-lunas Islam. (c) Pembekal dan Peminjam Berasaskan Aset Sebagai Sumber Pembiayaan (i) Melalui sewa beli kelengkapan dan pengangkutan, mesin, jentera dan peralatan lain. Kelengkapan yang beli dengan sistem sewa beli boleh digunakan sebaik sahaja wang pendahuluan dijelaskan dengan menandatangani satu perjanjian untuk membayar bakinya secara

TOPIK 1 PERNIAGAAN

15

ansuran. Walau bagaimanapun, hak milik barang hanya berpindah setelah semua ansuran dijelaskan. Sekiranya gagal menjelaskan ansuran, barang itu akan ditarik balik. (ii) Membuat pajakan bangunan atau ruang niaga, mesin jentera dengan pemberi pajak. Pajakan adalah satu perjanjian yang dilakukan antara pemajak dengan pemberi pajak. Ia adalah suatu cara untuk membeli peralatan tanpa perlu membuat bayaran penuh dahulu. Pemberi pajak akan membenarkan pemajak menggunakan aset miliknya bagi satu jangka masa tertentu dengan kadar sewa pajakan tertentu mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pemajakan ialah cara yang paling lazim digunakan untuk memperolehi kenderaan dan jentera.

(iii) Pihak pembekal menawarkan kemudahan kredit jangka pendek kepada peniaga. Pembekal akan mengeluarkan invois yang menyatakan tempoh kredit yang diberikan. Jika hutang dibayar atau diselesaikan dalam tempoh yang diberikan, diskaun akan diberikan.

1.3.3

Kemudahan dan Bantuan dari Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan di negara ini. Walaupun negara ini mengamalkan sistem pasaran terbuka, peniaga perlu mematuhi dasar dan undang-undang yang ditetapkan. Peniaga harus merebut peluang yang ada hasil daripada usaha kerajaan bagi memajukan perniagaan masing-masing. Secara amnya, dasar dirancang berlandaskan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat ini boleh dicapai sekiranya kegiatan ekonomi di negara ini berkembang dengan pesat. Bagi memenuhi matlamat dan wawasan negara, kerajaan memainkan peranan penting dalam perniagaan. Peranan tersebut adalah seperti berikut: (a) Pembiayaan Jadual 1.1 menunjukkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kewangan dalam bentuk pembiayaan, nasihat dan sebagainya.

16

TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.1: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.


Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perbadanan Usahawan Berhad (PUNB) Nasional Peranan Memberi bantuan teknikal, nasihat, kewangan dan insentif tertentu Memberikan bantuan kredit dan subsidi kepada usahawan, terutamanya, usahawan Bumiputera Memberi bantuan kewangan untuk membeli saham biasa, saham keutamaan, bon boleh tukar dan pembiayaan ekuiti. Kemudahan-kemudahan di bawah Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian Memberi pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada sektor perdagangan dan perindustrian Memberi pinjaman dan pendahuluan jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Malaysian Industrial Development Fund (MIDF) Bank-bank dan institusi kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Pembangunan Malaysia, Maybank, CIMB Bank

(b)

Khidmat Promosi dan Pemasaran Jadual 1.2 pula menunjukkan khidmat promosi dan pasaran yang disediakan agensi-agensi berikut.
Jadual 1.2: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.
Agensi Peranan Membantu kegiatan membeli, memproses dan memasarkan hasil pertanian di samping mengadakan kempen penggunaan hasil keluaran tempatan Merangka dan laksanakan strategi pemasaran dan aktiviti promosi untuk galakan eksport Malaysia, membuat penyelidikan pemasaran, dan memberikan khidmat nasihat berkaitan aktiviti perdagangan antarabangsa Membantu memasarkan hasil keluaran di dalam dan di luar negara Mengadakan ekspo dan pertunjukan untuk memperkenalkan hasil keluaran Memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara Membantu memasarkan produk hasil keluaran industri yang berasaskan makanan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa (MATRADE) Pusat Perdagangan Eksport Malaysia (MEXPO)

Karyaneka Besta Distributor

TOPIK 1 PERNIAGAAN

17

(c)

Khidmat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Seterusnya, khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga disediakan kerajaan. Agensi-agensi yang terlibat boleh dilihat dalam Jadual 1.3.
Jadual 1.3: Agensi-agensi bagi khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Agensi Peranan Penyelidikan dan pembangunan untuk IKS berasaskan makanan dan herba Penyelidikan dan pembangunan dalam industri berasaskan perkayuan seperti perabot dan herba Industri berasaskan produk kelapa sawit Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi untuk industri kejuruteraan ringan Membangun dan memodenkan industri getah, memberi khidmat nasihat dan membuat kajian tentang pembangunan produk getah

MARDI Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) SIRIM Lembaga Getah Malaysia (MRB)

(d) Khidmat Latihan dan Pengurusan Kerajaan juga menyediakan khidmat latihan dan pengurusan. Sila lihat Jadual 10.4.
Jadual 1.4: Agensi-agensi bagi khidmat pengurusan Agensi MARA Peranan Memberi latihan keusahawanan seperti kursus kesedaran keusahawanan, kursus pembangunan usahawan dan kursus peningkatan keusahawanan Memberi latihan dalam peningkatan kualiti dan produktiviti seperti kursus untuk industri kejuruteraan, jualan dan pemasaran, pengurusan hotel dan pelancongan, pengurusan kewangan dan kawalan mutu Memberi latihan dan khidmat rundingan seperti kursus pembangunan usahawan, kursus peningkatan pengurusan perniagaan dan perakaunan berkomputer

Perbadanan Produktiviti Pengeluaran Negara (NPC)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

(e)

Khidmat Infrastruktur dan Ruang Niaga Bagi khidmat struktur dan ruang niaga, Jadual 1.5 menunjukkan agensiagensi yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

18

TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.5: Perkhidmatan untuk Infrastruktur dan ruang niaga. Agensi MARA Peranan Penyediaan rumah kedai, bazar, arked, kompleks pejabat dan membeli belah Membangunkan bandar baru serta membina bangunan pejabat, kompleks perniagaan, bangunan kilang, rumah kedai dan rumah kediaman untuk dijual dan disewa kepada peniaga, pengusaha dan orang perseorangan Penyediaan tapak kilang bimbingan terutama kepada usahawan yang membuat pinjaman melalui BPIMB Menyediakan kemudahan multimedia dan telekomunikasi bertaraf dunia, membina bandar baru dan taman teknologi, kompleks perniagaan dan kemudahan penyelidikan dan mewujudkan pusat inkubator bidang multimedia Penyediaan tapak dan bangunan kilang untuk industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan perusahaan IKS Menyediakan tapak perindustrian, membina bandar baru, membangunkan pusat perdagangan dan perniagaan. Penyediaan ruang pameran, dewan persidangan, pusat teknologi maklumat dan multimedia, pusat pembelajaran bestari dan auditorium. Ia juga mengendalikan penyelidikan dan gedung inovasi, pusat inkubator dan pusat perdagangan.

UDA Holdings Berhad (UHB)

Bank Pembangunan Malaysia (BPIMB)

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)

Malaysian Industrial Extension Berhad (MIEL) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Taman Teknologi Malaysia ( TPM)

AKTIVITI 1.2
Berikan satu contoh seorang usahawan yang telah berjaya. Huraikan bagaimana agensi yang terlibat telah menyumbang kepada kejayaannya.

TOPIK 1 PERNIAGAAN

19

Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan.

negara

Orang ramai mula menyedari bahawa keusahawanan adalah sumber rezeki yang lebih meyakinkan. Walau bagaimanapun, seseorang harus bersedia dari segi kemahiran untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. Usahawan perlu berusaha mendapatkan maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan bukanlah sebagai jaminan yang kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.

Dasar-dasar kerajaan Modal Pembiayaan

Pengguna Perniagaan

1. 2. 3. 4.

Senaraikan langkah-langkah untuk memulakan sesebuah perniagaan. Bagaimanakah seseorang boleh mencari idea perniagaan yang baik? Bagaimanakah sumber pembiayaan modal boleh diperolehi? Nyatakan 6 agensi kerajaan dan swasta yang boleh dihubungi untuk mendapatkan sumber pembiayaan.

You might also like