You are on page 1of 4

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat menyiapkan kerja kursus MTE 3110. kami

Di sini dengan rasa penuh rendah hati, kami berdua mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kami kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus kami ini.

Ucapan terima kasih ini kali pertama-tamanya dikalungkan kepada Tuan Haji Abdul Samat Bin Taib, pensyarah kursus ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan pencetus semangat dalam kami mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar yang masih berbaki 3 semester lagi ini.

Seterusnya, terima kasih juga kepada keluarga dan rakan setugas kami kerana memberikan senantiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Terima juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus masingmasing. Bantuan kalian dari perbincangan dan perkongsian ilmu amat kami hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan MTE 3110 ini. Sesugguhnya banyak

pengalaman yang dapat saya timba sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, banyak masalah yang saya hadapi terutamanya pada tugasan kedua kerana kekurangan pengetahuan berkenaan bagaimana untuk menyelesaikan soalan membuktikan kebenaran sesebuah persamaan . Namun begitu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat perbincangan bersama rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya juga membuat beberapa rujukan di buku-buku di perpustakaan mengenai kaedah Gauss dan juga beberapa laman sesawang yang lain.

Kesulitan yang lain yang turut saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini adalah semasa hendak memastikan pengiraan saya betul. Sebagai contoh, dalam kaedah Gauss, tidak boleh ada sebarang nilai di bawah nilai satu yang mengikuti tertibnya dan saya perlu memastikan nilai dibawah sekali adalah kesemuanya sifar. Untuk mencari jalan penyelesiannya adalah sedikit rumit. Namun, hasil dan berkat kesabaran saya dan ahli kumpulan saya, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini setakat yang termampu oleh kami.

Saya berharap, ilmu yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini akan berguna pada masa akan datang. Saya juga berharap ilmu ini dapat saya kongsi dengan masyarakat di sekeliling.

Sekian, terima kasih.

Nama : JULIANA MOHD RADIN

REFLEKSI
Bagi kursus MTE 3110, saya telah diberikan satu tugasan secara berpasangan dan tugasan tersebut terbahagi kepada dua iaitu Tugasan 1 : Nota dan soalan berkaitan kaedah Gauss dan Tugasan 2 : Nota dan soalan berkaitan kaedah petua Cramer.

Dalam memulakan proses menyaipkan tugasan ini, saya telah mencari beberapa maklumat berkenaan dengan Linear algebra berkaitan dengan tajuk persamaan dan ketaksamaan linear. Di bawah tajuk Sistem Persamaan Linear, terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikannya dan saya telah membuat pembacaan melalui beberapa sumber seperti buku, melalui laman sesawang internet dan modul pembelajaran. Saya dapati kaedah-kaedah ini sangat menarik dan berguna bagi saya bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan linear algebra.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapati bahawa banyak buku yang dengan linear algebra ini berada pusat sumber IPG. Namun demikian, sumber daripada internet pula tidak banyak yang relevan dengan tajuk kerana kebanyakan input yang didapati dari internet adalah sangat terhad. Sesungguhnya, melalui tugasan 1 ini, saya dapat memahami tajuk persamaan dan ketaksamaan linear dengan lebih mendalam kerana saya harus meneroka sendiri berkenaan dengan tajuk ini dan membuat peta minda.

Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa kerana terdapat beberapa kerja kursus yang harus diselesaikan bersama-sama dengan tugasan ini, namun saya berjaya membahagikan masa dan menyiapkan kesemua tugasan dalam tempoh yang diberikan. Bagi tugasan 2 pula, bagi saya ianya gak sukar untuk diselesaikan. Oleh yang demikian, saya dan rakan berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan tugasan ini. Kami telah mebuat beberapa pembacaan mengenai kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan soalan tersebut dan kami juga turut berbincang kepada rakan-rakan yang lain. Namun demikian, saya dan pasangan saya tidak dapat berbincang

bersama dan berkolaborasi dengan pensyarah dengan lebih kerap ini kerana faktor jarak dan masa serta komitmen kami sebagai seorang guru sepenuh masa.

Saya bersyukur kerana sepanjang tugasan ini dijalankan, saya telah dapat belajar pelbagai perkara baru yang tidak dapat saya pelajari hanya dari teori yang diajar di dalam kuliah. Saya dan pasangan telah belajar bagaimana untuk menyelesaikan soalan persamaan linear agak sukar dengan menggunakan kaedah Gauss, penggantian, penghapusan dan bermacam lagi. Sesungguhnya, ilmu yang kami pelajari ini bukanlah hanya untuk digunakan di dalam peperiksaan sematamata namun kami juga boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru matematik.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menjalankan tugasan ini dan telah banyak membantu saya dalam proses untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang lebih berdedikasi dan berjaya di masa akan datang. Saya berharap agar segala ilmu yang telah saya peroleh melalui tugasan ini akan dapat saya amalkan kelak.

Sekian, terima kasih

Nama : NURULHUDA BINTI JAAFAR

You might also like