You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MINGGU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU 2010 (PERTANDINGAN MEMASANG LITAR ELEKTRONIK) Tarikh Masa : 29 Julai 2010

(Selasa) : 7.00 9.00 pagi 3.00 5.00 petang Tempat : Bengkel Elektrik

1.0 PENGENALAN Pematerian litar elektronik merupakan salah satu kerja kursus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Pemarkahan kerja kursus ini merangkumi beberapa aspek seperti kekemasan pematerian, ketepatan meletakkan komponen-komponen elektronik dan kemahiran menggunakan pemateri elektrik. Sempena penganjuran Minggu Kemahiran Hidup Bersepadu pada tahun ini, penganjur mengharapkan pertandingan ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam membuat projek pematerian.

2.0 MATLAMAT Untuk merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah kepada para pelajar SMK Lutong.

3.0 OBJEKTIF Supaya pelajar dapat menghasilkan projek litar elektronik yang berfungsi dan kemas. Supaya pelajar dapat meletakkan komponen-komponen elektronik pada tempat betul. Supaya dapat mewujudkan semangat kerja secara berkumpulan dengan baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar sesi pagi dan petang SMK Lutong

5.0 PENYELARAS PERTANDINGAN 1. Encik Henry Ho (Sesi Pagi) 2. Puan Sanurita ( Sesi Pagi) 3. Encik Mohd Hasbi bin Mohamad (Sesi Petang)

6.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI Pertandingan ini dibahagikan kepada sesi pagi dan sesi petang Setiap kumpulan hanyalah tiga orang sahaja Penyertaan hanya terhad kepada empat kumpulan sesi pagi dan empat kumpulan sesi petang Semua pelajar dikehendaki memakai baju GERKO Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kekemasan litar, litar yang berfungsi, kreativiti dan kerjasama antara ahli kumpulan. Setiap penyertaan akan diberikan 10 mata merit Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga

BORANG PEMARKAHAN Litar yang berfungsi (15%) Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kekemasan (15%) Kreativiti (10%) Kerjasama JUMLAH (10%)

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMASANG LITAR ELEKTRONIK MINGGU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU 2010

Nama kumpulan:_________________________________

NAMA AHLI

KELAS

Syarat-syarat penyertaan: Pertandingan ini dibahagikan kepada sesi pagi dan sesi petang Setiap kumpulan hanyalah tiga orang sahaja Penyertaan hanya terhad kepada empat kumpulan sesi pagi dan empat kumpulan sesi petang Semua pelajar dikehendaki memakai baju GERKO Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kekemasan litar, litar yang berfungsi, kreativiti dan kerjasama antara ahli kumpulan. Setiap penyertaan akan diberikan 10 mata merit Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Puan Sanurita dan Encik Henry Ho untuk sesi pagi dan Enciuk Mohd Hasbi untuk sesi petang

You might also like