You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN TEL/FAX: 04-5981731

Ruj. Kami Tarikh : SKSS 1000-3/1( 4 ) : 08 April 2013

Kepada, Semua guru SKSS dan Kakitangan terlibat

Tuan/Puan

KURSUS PENULISAN SURAT RASMI (LDP 04/2013) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Butiran lengkap kursus adalah seperti berikut: Tarikh Hari Tempat Masa : 12 April 2013 : Jumaat : Bilik Mesyuarat SKSS : 3.15 5.15 Petang

3. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta hadir ke kursus tersebut seperti yang telah ditetapkan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah,

_______________________________ (HUDZAIRI BIN ABDUL GHANI, PJK) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Setar 14310 Nibong Tebal Pulau Pinang

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP 04/2013)

NAMA KURSUS: KURSUS PENULISAN SURAT RASMI BAGI GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 2013

HARI: JUMAAT 12 APRIL 2013

BERTEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SEK.KEB. SUNGAI SETAR

RASIONAL:

Rasional kursus ini diadakan kerana memandangkan masih terdapat kelemahan dan kekurangan
bagi guru-guru dan kakitangan dalam format penulisan surat rasmi dan memo berkualiti dikebanyakan sekolah. Salah satu puncanya ialah apabila guru-guru jarang diberi pendedahan dan mengaplikasikan format penulisan yang betul dalam urusan rasmi.

OBJEKTIF: Di akhir kursus ini, diharapkan guru-guru dapat:

1. Memperbetulkan format penulisan surat rasmi dalam urusan rasmi sekolah. 2. Mengaplikasikan format penulisan surat rasmi yang betul. 3. Idea dan corak penulisan surat rasmi yang biasa digunapakai dalam sesebuah organisasi.

SASARAN PESERTA 47 orang guru termasuk kakitangan sekolah yang lain.

PENCERAMAH En. Hudzairi Bin Abdul Ghani, PJK Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Setar

METODOLOGI Ceramah dan bengkel

JAWATANKUASA KURSUS PENULISAN SURAT RASMI LDP 04/ 2013 SKSS

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha LDP Pen. Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : : : :

En. Hudzairi Bin Abdul Ghani Pn. Hasimah Bt. Osman En. Mohamad Azhari Bin Mohamad Zaki Guru Data Pn. Jura Binti Haji Hamid En Mohd Rosli Bin Ahmad En Mohd Roslee Bin Che Rose Pn Wan Suhaila bt Saad

You might also like