You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

LAPORAN DAN DOKUMENTASI

FOLIO KUMPULAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 PPG/AMBILAN FEBRUARI 2012 KUMPULAN PRASEKOLAH KOHORT 2

TEMPAT

: SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HJ. WAHAB TANJUNG PIANDANG, PERAK TARIKH : 07 SEPTEMBER 2013 HARI : SABTU NAMA MENTOR : EN. AZMI BIN ABDUL HAMID NAMA PENYELIA : EN. KHAIRUL ALBAR BIN MASROR

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT di atas segala limpah kurniaan

rahmat Nya dapat juga kami menyiapkan program Bina Insan Guru, fasa ke-3 yang telah diberikan dengan jayanya. Oleh itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Parit Hj Wahab di atas kesudian mereka menerima kedatangan serta memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan Program Pengukuhan Kendiri dan Klinik Pengucapan Awam di sekolah mereka. Alhamdulillah kedatangan kami telah disambut dengan baik oleh pihak sekolah. Program ceramah yang bertajuk Pemimpin Pelajar Membentuk Budaya Cemerlang di Sekolah banyak memberi input yang berguna kepada kami di dalam mendidik anak bangsa. Semua guru serta murid-murid memberikan komitmen yang baik terhadap ceramah yang disampaikan oleh En. Mohd.Naufal b. Hj.Aziz selaku kaunselor di JPN Perak. Tidak lupa juga kepada pensyarah bimbingan Bina Insan Guru iaitu Encik Khairul Albar bin Masror yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menyempurnakan program Bina Insan Guru fasa ke-3 ini dengan lancar. Segala bimbingan,dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh perancangan dan pelaksanaan program ini kepada Allah jualah yang boleh membalas segala kebaikan tuan. Selain itu, kami juga merakamkan penghargaan kepada pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber Sekolah Kebangsaan Parit Hj.Wahab yang memberi kerjasama kepada kami di dalam menjayakan program ini. Penghargaan juga diberi kepada suami dan anak-anak yang memahami dan memberikan sokongan padu kepada kami semasa menyiapkan tugasan ini. Segala pengorbanan kalian amat dihargai. Akhir sekali, kepada sesiapa juga yang telah memberi sumbangan kepada kami secara langsung atau pun secara tidak langsung terima kasih diucapkan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan lemah itu daripada diri kami sendiri. Sekian, terima kasih i PENGENALAN Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG yang telah bermula di dengan Peringkat 1 ,iaitu aktiviti di IPG dan

perkhemahan 3 hari 2 malam yang dilaksanakan pada semester dua hingga tiga dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan , berterusan di Peringkat 2 dan 3

ceramah, seminar, bengkel, lawatan bench-marking dan kembara sosial . Program Bina Insan Guru fasa ke-3 pada kali ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Parit Hj.Wahab Tanjung Piandang, Perak. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah ceramah Pemimpin Pelajar Membentuk Budaya Cemerlang di Sekolah yang disampaikan oleh En.Mohd.Naufal b. Hj.Aziz selaku kaunselor dari JPN Perak.Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi fokus mengenai cara menjadi pemimpin yang berwibawa. Ini kerana murid-murid yang terlibat adalah pemimpin di sekolah iaitu Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Aktiviti yang kedua yang dijalankan adalah Klinik Pengucapan Awam yang dikendalikan oleh pelajar PPG. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan berserta dengan tiga orang fasilitator bagi setiap kumpulan.Tajuk yang diberi adalah Budi Bahasa Budaya Kita.Seorang daripada ahli kumpulan akan dipilih untuk membuat pengucapan awam mengenai tajuk tersebut. Murid-murid memberi kerjasama serta menunjukkan minat di dalam tersebut. menjayakan aktiviti

ii

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

i PENGHARGAAN PENGENALAN ISI KANDUNGAN 1.0 Laporan bertulis 1.1 Laporan Sebelum 1.2 Laporan Semasa 1.3 Laporan Selepas 2.0 Laporan bergambar ISU / MASALAH ANALISIS SWOT PENUTUP LAMPIRAN 1-3 4-10 11 12-18 19 20 21 ii iii

iii

You might also like