You are on page 1of 88

1.

Pengenalan

Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin moju dan serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalamandan juga luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah orgamisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah orhganisasi itu tidak mempunyaiu komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek komunikasi .

1.1

Definisi komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris communication. yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar Mohammad (1996), di dalam bukunya Kelakuan Organisasi. Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Maksud ini adalah perpindahan menerusi medium misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau perbincangan.

Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan terus-menerus tanpa berhenti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu, komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta dikongsi oleh individu dengan individu yang lain. Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini. Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan atau penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan

1.2 Bagaimana Manusia Berkomunikasi

Kesemua usaha dalam mewujudkan komunikasi adalah bergantung kepada penggunaan simbol-simbol.Seseorang yang ingin berkomunikasi dengan orang lain perlulah menghasilkan simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak.Simbol-simbol boleh didefinasikan sebagai satu lambang yang mengandungi maklumat yang digunakan sebagai gantian kepada benda,idea atau proses(Ramli Mohamed,1984).Terdapat tiga jenis simbol asas yang digunakan,gerakgeri(komunikasi bukan lisan), suara atau tulisan dan tulisan atau lukisan.

2.0

Komunikasi Dalam Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan komunikasi yang bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan suatu hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian idea,nilai,sikap antara individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang disampaikan.Bagi mewujudkan perkongsian yang berkesan ini murid perlu diberi ruang yang secukup untuk berkomunikasi. Murid boleh berkomunikasi melalui percakapan,mendengar,melihat menulis,membaca,melukis dan gerak badan(body contex).Untuk itu dalam pendidikan punca-punca yang menjadi saluran komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlu memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini. Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for meaning),menulis(Writing for meaning),mendengar(Active listening) dan pembacaan(reading for meaning).Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

a.Bercakap/Ta lking

d.Menulis/W ritting

Pemahaman/ Comprehension

b.Pembacaan/R eading

c.Mendengar/Lis tening

Petikan Sutton,C

(a).

Percakapan Bagi menghasilkan perbicaraan yang bermakna kaedah perbincangan yang

bersistematik perlu dilaksanakan.Soalan-soalan daripada guru kepada

murid perlu

diperbanyakkan.Murid juga diberi ruang yang secukupnya untuk mengutarakan pandangan dan pendapat supaya konsep,idea tentang sesuatu subjek dapat difahami oleh murid. Ini bermakna komunikasi berlaku dengan maksima.

(b).

Pembacaan Setiap murid akan mendapat makna hasil komunikasi mereka melalui

pembacaan.Pembacaan yang baik adalah apabila murid melakukan siasatan dengan aktif tentang apa yang dibaca.Mereka akan mendapat maklumat,idea dan konsep hasil dari proses pembacaan.Melalui pembacaan murid melihat gambar,ayat dan simbol.Ini digunakan untuk memahami apa yang dipelajari.

(c).

Mendengar Untuk menghasilkan maklumat,murid perlu mendengar dengan baik.Mendengar

adalah proses persoalan mental(mental questioning) di mana apa yang didengar hasil dari komunikasi ini menyebabkan mereka akan cuba menghubungkan dengan

pengalaman mereka seharian

(d).

Penulisan Penulisan merupakan satu alat bagi murid untuk berkomunikasi.Apa yang

dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru.Guru perlu menyediakan

tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid supaya murid dapat menzahirkan pandangan mereka melalui penulisan.

2.11

Apakah alat yang digunakan untuk komunikasi dalam bilik darjah?

Fokus utama alat komunikasi yang digunakan dalam bilik darjah dibahagikan kepada empat .

(a).

Bahasa Bahasa merupakan alat yang sangat penting untuk berkomunikasi.Melalui bahasa

murid

akan

mudah

untuk

berkomunikasi

melalui

penyampaian

idea

secara

berperingkat.Bahasa dibahagikan kepada bahasa formal(rasmi) dan bahasa tak formal.Komunikasi yang berkesan sepatutnya mengambil kira kedua-dua bentuk bahasa ini.Guru perlu mengaitkan bahasa tak formal murid dengan bahasa formal(yang digunakan di sekolah) di samping membetulkan salah guna bahasa yang kadang-kadang memberikan konotasi yang berlainan bagi sesetengah istilah yang digunakan (Hanselman,C.A.1997)

(b).

Bahan manipulatif Bahan manipulatif boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu idea yang

abstrak.Hasil komunikasi murid dengan bahan ,mereka akan ada idea tentang sesuatu

konsep.Bila murid menggunakan kotak mereka akan memahami bentuk,ciri dan seterusnya akan memudahkan guru mengaitkan dengan sesuatu konsep yang akan diajar didalam kelas seperti sifat kubus.

(c).

Gambar Gambar adalah bentuk separuh konkrit di mana murid hanya melihat apa yang

digambarkan dan mengaitkan dengan sesuatu perkara.Penggunaan gambar amat berkesan dalam pendidikan.Alat audio-visual boleh digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajaran.Hasil komunikasi murid dengar gambar ini memudahkan sesuatu idea disampaikan.

(d).

Simbol Simbol adalah alat komunikasi yang abstrak.Murid akan dapat memahami sesuatu

simbol sekiranya mereka pernah melalui atau pernah diperkenalkan dengan sesuatu idea.Dalam pembelajaran, simbol merupakan peringkat yang terakhir diperkenalkan kepada murid.Kebolehan menghasil dan mentafsirkan simbol-simbol adalah penting dalam mewujudkan komunikasi tetapi perlulah diingat bahawa simbol-simbol yang digunakan hendaklah menimbulkan makna yang hampir sama di kalangan murid yang berkomunikasi.Kedua-dua pihak yang berhubungan(guru-murid dan murid-murid) hendaklah mempunyai tafsiran yang sama ke atas simbol-simbol yang digunakan dalam proses komunikasi di bilik darjah.

2.2

Peringkat-Peringkat Proses Pemahaman Simbol

Pada dasarnya terdapat lima peringkat dalam proses pemahaman simbol.

2.21

Penerimaan Simbol-simbol yang dihantar dalam sesuatu komunikasi akan diterima dengan

cara mendengar,melihat dan sebagainya atau penanggapan simbol dengan menggunakan pancaindera..Sekiranya pancaindera tidak berupaya ,maka komunikasi tidak dapat bermula.

2.22 Perbandingan Apabila sesuatu simbol diterima, perbandingan akan dibuat terhadap simbolsimbol yang diketahui,yang pernah dipelajari atau dialami sebelumnya.Apabila sesuatu simbol itu asing maka kemungkinan untuk menolaknya akan berlaku kerana ianya tidak dapat dipecahkan. Sekiranya simbol yang diterima yang tidak pernah dialami itu dalam konteks dan struktur yang diketahui,kemungkinan untuk membandingkannya dalam konteks yang diketahui itu ada dan penganalisaan akan dibuat pada peringkat berikutnya.

2.23 Pengakuan Apabila ternyata ada kesamaan antara simbol yang baru diterima dengan simbolsimbol yang pernah dialami,maka proses membuat pengakuan ke atas

penerimaannya.Iaitu proses menerima simbol dan penafsiran simbol ini boleh dilakukan.

2.24 Pentafsiran Apa yang diterima ,dibandingkan dan diperakui ,seterusnya akan

ditafsirkan.Tafsiran dibuat berdasarkan kaitan simbol dengan pengalaman.Sekiranya simbol-simbol itu pernah dialami sepertimana yang dilambangkan oleh simbol itu,maka pentafsiran akan dilakukan dengan mudah dan pantas.Sekiranya simbol itu datang dalam konteks dan struktur yang boleh ditafsirkan maka proses penafsiran akan berlaku.

2.25

Pemahaman. Jika sekiranya ada kaitan yang baik antara simbol-simbol dan pengalaman maka

akan timbullah makna dan pemahaman.Apabila timbul makna dalam diri penerima maka berjayalah proses komunikasi yang dijalankan.Terdapat dua makna, denotatif dan konotatif(Mansor 1984).Denotatif ialah makna am atau makna kamus manakala konotatif merupakan makna dalaman atau makna peribadi.Boleh dikatakan semua perkataan mempunyai makna denotatif dan konotatif.Sesetengah perkataan oleh kerana penggunaannya telah membawa makna konotatif yang jauh bezanya dari makna konotatifnya.Contohnya, perkataan barang telah digunakan untuk maksud dadah.Oleh

itu keperluan memilih simbol dan perkataan dalam sesuatu komunikasi untuk menimbulkan makna adalah penting.

2.3

Komunikasi Dalam organisai sekolah Hoy dan Miskel (1978) telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi dan telah mengemukakan beberapa kesimpulan tentang teori komunikasi: 1. Komunikasi mempunyai tujuan. 2. Makna komunikasi adalah di dalam diri individu dan tidak semestinya di dalam mesej yang ditujukan. 3. Maklum balas adalah penting untuk kefahaman. 4. Saluran komunikasi formal dan tidak formal adalah saling melengkapi. 5. Maklumat yang disalurkan secara lisan dan bukan lisan hendaklah selaras supaya kefahaman yang berkesan mungkin diperolehi.

3.0 3.1

KONSEP Menurut Schran & Robert (1971), komunikasi boleh disifatkan sebagai sesuatu yang dilakukan. Apabila seseorang individu itu mempelajari komunikasi, ini menunjukkan bahawa seseorang itu mempelajari tentang manusia dan bagaimana mereka berhubung di antara satu sama lain.

3.2

Emry(1973), pula mendefinisikan komunikasi sebagai satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap seseorang kepada orang lain.

3.3

Menurut Lamberton and Minor(1995) , di dalam bukunya Human Relations Strategies Sucess, mentakan komunikasi sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada

individu/sekumpulan individu yang lain. 3.4 Mengikut Johnson(1977), komunikasi adalah satu proses untuk menyatupadukan individu yang berada di dalam kelompok atau kumpulan. 3.5 Menurut Jane Whitney Gibson(1986), mendefisikan komunikasi di dalam organisasi ialag pemindahan maklumat dan pengetahuan di antara organisasi ahli bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan organisasi. 2.6 Menurut Mohd. Mansur Abdullah, (1998), mengatakan komunikasi organisaai ialah satu proses mengumpul maklumat tepat oleh ahli ahli tentang organisasi dan perubahan yang terjadsi dalam organisasi itu sendiri. 2.7 Menurut Hoy dan Miskel (1991) dalam National Policy Board for Educatinal Administrations (NPBEA) Principles for our Changing schools(1993, 16-4):

Kesimpulannya, komunikasi mendasari semua keadaan dalam orhganisasi dan pentadbiran dan ia penting bagi membuat keputusan dan kepimpinan yang efektif Komunikasi menjadi kunci utama bagi peluang menyelesaikan percanggahan, ,mematahkan khabar angina, memberi penenteraman dan yang

penting adalah memberi makna pada tugas dalam pendidikan uyang kompleks tetapi menarik (Natinal Leadership Network, 1991). 4.0 Tujuan komunikasi Setiap hari kita berkomunikasi adalah untuk tujuan tertentu. Antaranya adalah: Untuk Memberitahu Maklumat yang hendak disampaikan mestilah tumpukan kandungan yang bernas dan logik, soal dasar disiplin. Contohnya, Sila hantar Laporan Prestasi kepada Pejabat Pentadbiran sebelum 20 Januari, 2009 Untuk Menghibur/Mententeramkan Khalayak/Organisasi Biasanya, komunikasi dengan tujuan ini dijalankan sebelum jamuan, keramaian, ada unsur light & easy Contohnya, Hadirin dijemput menikmati hidangan yang disediakan Keadaan banjir masih terkawal, proses pemindahan barangan di sekolah akan dilaksanakan sekiranya perlu. Untuk Mencapai Hasrat (Perundingan)

Salah satu sebab berkonukasi ialah mendapat persetujuan terhadap sesuatu sama ada bersetuju/tidak bersetuju/puas hati dan sebagainya.

Semasa akhir mesyaurat, pengetua berkata kepada semua yang haadir Kita memang berpuas hati dengan kata sepakat yang dipersetujui oleh semua kakitangan sekolah.

Untuk Mempengaruhi Mempengaruhi juga merupakan salah satu tujuan berkomunikasi iaitu dengan tujuan untuk mengubah sikap, ambil tindakan seperti menyakinkan kelebihan, akibat, untuk merangsang, kempen, dan lain-lain. Contoh, Menurut kajian, secara puratanya rakyat Malaysia membaca tidak sampai satu muka surat setiap tahun. Mulakan tabiat membaca

5.0

Kepentingan Komunikasi Sekiranya komunikasi anda berkesan, maka kita dapatlah memperoleh status dalam kerjaya, diberi pengiktirafan/respect, senang mengurus orang lain, menyebar ilmu. 5.1 Memperoleh status dalam kerjaya, Contohnya, jikalau seseorang itu boleh berkomunikasi dengan berkesan maka adalah sangat membantu dalam pengurusannya dengan guru lain.

Secara tidak langsung , dia akan mendapat status dalam kerjayanya. Ini Adalah penting bagi seseorang pengetua. 5.2 Diberi pengiktirafan/respect Contohnya, seseorang kaunselor mestilah mempunyai teknik

berkomunikasi yang baik agar boleh dihormati oleh yang lain terutamanya murid-murid yang bermasalah agar mereka berani untuk berjumpa dengan guru tersebut dan bersama-sama menyelasaikan masalah. Contohnya, Guru disiplin yang berkomunikasi dengan berkesan adalah mereka yang memberikan arahan dengan tepat dengan bahasa yangg tepat dan betul. Guru displin jenis inilah akan dihormati dan disanjungi. Contoh, Pengetua sekolah yang berkomunikasi berkesan dapat dihormat oleh semua warga sekolah mahupun komuniti. Dia mesti seorang yan peramah, pendengar yang baik dan menyampaikan maklumat dengan baik serta cuba membantu menyelesaikan masalah. 5.3 Senang mengurus orang lain, Jika seseorang pengetua dapat berkomunikasi dengan baik maka dia akan senang berurusan dengan warga sekolah yang lain terutamanya kerani kerani dan giru-guru serta ibubapa. Ini amat penting untuk kelancaran program atau aktiviti sekolah.

5.4

Menyebar ilmu. Seseoarng yang ingin menyebar maklumat mestilah mempunyai teknik

komunikasi yang berkesan suapaya mesej yang disampaikan mesti diterima oleh penerima dengan tepat. Kementerian ingin menyebar maklumat berkaitan sukatan baru matapelajaran Sivik maka kursus-kursus diadakan supaya ilmu baru itu dapat disampaikan kepada guru-guru yang akan mengajar subjek tersebut. 6.0 Actor dan perlakuan komunikasi

Dlam proses komunikasi ini, terdapat lima elemen yang penting iatu, pengirim, mesej yang dipindah, penngunaan mesium yang menghantar mesej, penerima mesej dan pentafsiran yang dibuat ke ats mesej yang diberikan oleh pengirim. Dalam permindahan maksud daripada pengirim kepada penerima, terdapat terdapat tiga fungsi yang perlu ada iaitu pertama sekalii mesej yang ada mestilah dienkod dan

diubahkan ke satu bentuk yang l;ebih mudahdifahami oleh penerima. Kedua ianya mestilah dipindahkan melalui medium dan saluran yang sesuai. Ketiga pula adalah ianya mestilah didekohkan atau ditafsirkan dengan baik dan betul secara terus kepada individu. PENGIRIM Seseorang yang mempunyai maklumat, keinginan dan tujuan bagi menyampaikannya kepada orang lain

PENGKODAN (ENCODES) Pengirim menukar maklumat menjadi satu siri simbol (perkataan, tulisan, isyarat, gerak badan) MESEJ Kandungan maklumat (tersurat/tersirat) yang ingin disampaikan dan yang diterima SALURAN Kaedah penghantaran yang digunakan seperti memo, surat, telefon, bersemuka, mesyuarat PENERIMA Orang yang ditujukan simbol oleh pengirim dan menerima simbol berkenaan PENTERJEMAH KOD (DECODES) Mentafsir simbol, menterjemahkannya menjadi maklumat dan kemudian memahami mesej MAKLUMBALAS Reaksi penerima terhadap mesej yang diperolehi GANGGUAN

Penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh penyampai.

7.0

Proses komunikasi

PENGIRI M MESEJ DIHASRA T GANGGUA N

PENERIM A MESEJ DITAFSI R

MESEJ DI ENCODE S

SIMBOL DIHANTA R SALURAN KOMUNIKAS I MAKLUMBALA S DIPERIKSA

SIMBOL DITERIM A

SIMBOL DI DECODE S

MAKLUMBALA S DIHANTAR

Sumber komunikasi Pengekodan sumber

mesej

Saluran komunikasi

Penghuraian kod

Peneriamaan komunikasi

a. Sumber komunikasi idea, keperluan, niat, maklumat,tujuan, nota b. Pengekodan sumber Mesej yang nyata dan jelas(bahasa /kod yang diprogramkan) Contoh: power point c. Mesej Simbol yang boleh diubah kepada bentuk makna atau maksud d. Saluran Alat menghantar mesej.lisan atau tanpa lisan(memo, surat, telegram)

e. Penghuraian kod Tranformasi isyarat yang diterima kepada bentuk mesej yang menjadi output.

8.0

Bentuk KOMUNIKASI

Komunikasi mengambil bahagian dalam pelbagai cara. Cara-cara ini menyediakan potensi yang takterhingga untuk sesebuah organisasi. Komunikasi juga berbentuk sehala atau dua hala, dan adalah penting kita memahami kedua dua bentuk ini. SEHALA Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima Merupakan arahan atau maklumat yang berhubung dengan dasar dan peraturan organisasi yang telah ditetapkan. contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah DUA HALA Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim

Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul Dikatakan aktif, kerana kedua-dua pihak , pengirim dan penerima saling bertindak antara satu sama lain. contoh : majlis dialog, pidato dan debat

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan berhubung dengan komunikasi sehala dan dua hala, beberapa penemuan telah diperolehi. Antaranya adalah seperti: i. Komunikasi sehala mengambil massa yang lebih singkat atau masa yang sedikit diambil daripada komunikasi dua hala yang memerlukan masa yang agak lama. ii. Namun terdapat kelemahan pada komunikasi sehala iaitu kurang tepat walaupun kurang tepat komunikasi sehala kelihatan lebih teratur daripada dua hala kerana diganggu oleh berbagai masalah danpendapat. Hakikatnya pemilihan penggunaan terhadap bentuk komunikasi yang hendak digunakan bergantung kepeda sesuatu situasi atau keadaan. Tiap-tiap bentuk tersebut mempunyai kelebihan tertentu:

i.

Komunikasi dua hala lebih tepat daripada komunikasi sehala sebabnya bagi kedua-dua pihak cuba memperjelaskan seberapa tepat yang boleh mengenai arahan dan gerak laku masing-masing.

ii.

Para penerima adlah lebih yakin terhadap diri sendiri kerana mereka dibenarkan mengemukakan soalan yang membantu bagi meningkatkan keyakinan diri dan juga menjelaskan sebarang bentuk keraguan yang mengkinakan dihadapi.

iii.

Para pengirim atau pengurus akan mudah menglami tekanan apabila menggunakan komunikasi dua hala, sebabnya penerima atau subordsinat akanmmembangkitkan kakaburan dan kesilapan yang mungkin terdapat pada maklumat yang diberikan atau disampaikan.

Pemilihan dalam bentuk komunikasi adalah bergantung kepada sesuatu tempat atau keadaan. Komunikasi sehala misalnya mempunyai kelebihan pada sudut politik seperti dapat mengurangkan kemungkinan kesilapan pengirim akan didedahkan secara terbuka. Sesuatu arahan yang rumit diterima adalah sesuai bentuk komunikasi dua hala bagi mendapat kepuasasn kedua-dua pihak. Ketidakadaan maklum balas daripada penerima juga akan menjejaskan kelancaran pergerakan organisasi. Oleh yang demikian, pihak pengurus perlulah mewujudkan gabungan bagi kedua-dua bentuk komunikasi ini kerana mereka dapat mengatasi kelemahan antara satu dengan yang lain. 9.0 Jenis-jenis komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi iatu secara lisan (verbal) dan bukan lisan)non-verbal). Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupun tidak formal. Pengurusa perlu menerima dan menghantar maklumat. Akibatnya, peranan dan status pengurus di sekolah memerlukan kiu secara lisan bagi pasukan dan rakan sekerja.

i.

Komunikasi lisan ialah satu proses Komunikasi yang melibatkan Suara.

Contoh: Mesyuarat, perhimpunan, syarahan.

Kominikasi jenis ini menitikberatkan kepada nada Suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan . Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pererakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Contoh, Pengetua dengan ikhlasnya meminta guru-guru menghadiri kursus yang dianjurkan oleh sekolah pada hari Sabtu. Walaupun, terdapat ketidakinginan dalam hati setaip guru untuk menghadiri tetapi apabila melihat keikhlasan pengetua maka semua guru menghadiri kursus terseut kerana mereka percaya bahawa pengetua sendiri un mesti hadir.

ii. Kiu jenis bukan lisan termasuk: BERTULIS Contoh 1, Pengetua menulis pesanan bahawa petang hari Selasa ada mesyuarat. kepada semua guru di papan kenyataan yang terletak di bilik guru. Contoh 2: Pengetua menulis satu memo dan meletakkannya di atas meja kerani. Pergetua terpaksa buat begitu tanpa bersemuka jabatan dan tiaa masa menungu kerani. dengan kerani kerana dia hendak ke

BERCETAK Contohnya, Peraturan sekolah disediakan dalam satu buku kecil yang dimiliki oleh setiap guru dan pelajar. Maka setiap warga sekolah sepatutnya, memahami peruturan peraturan sekolah selepas memiliki buku peraturan tersebut.

PENGGUNAAN ISYARAT/SYMBOL

Contoh,

Sekolah X mengadakan satu kursus kepmpinan yang melibatkan semua pengetua seluruh daerah. Ahli kadet polis diaturkan berdiri di pintu sekolah sehinnga ke tempat parking kereta untuk memberi isyarat kepada pengetua lain ke arah tempat letak kereta. Simbol-simbol anak panah ke tempat kursus juga disediakan agar pengetua-pengetua dapat ke tempat kursus dengan tepat dan tidak membazirkan masa. Isyarat isyarat tanpa lisan ini juga merupakan salah satu komunikasi berkesan yang menyampaikan maklumat.

PERGERAKAN ANGGOTA BADAN Contoh,

Dalam masyaurat agung PIBG, disebabkan terlalu ramai ibu bapa datang. Keadaan menjadi bising. Untuk mengawal keadaan begini, biasanya guru disiplin dan pengetua akan mengangkap jari petunjuk di atas mulut. Wlaupun tiada mengunakan komunikasi lisan tatapi maksud yang hendak disampaikan dapat disampaikan kepada penerima (ibubapa).

Terdapat beberapa cara kominikasi bukan lisan yang perlu dititiberatkan iaitu: POSTURE cara duduk, berdiri, lentok badan GESTURE isyarat tangan, mata, angkat bahu, memek muka PROXIMITY jarak, kedekatan SUARA tinggi, rendah

APPEARANCE kekemasan, cara berpakaian, jenis pakaian MASA cepat, lambat

Perkara di atas adalah penting bagi penerima mesej. Apabila memberi dan menerima mesej, pengurus harus menjadi pendengar yang aktif. Kebolehan mendengar secara efektif memerlukan kemahiran yang dapat dibentuk dan diamalkan dalam setiap situasi yang baru, sama ada dalam mesyuarat , rundingan , perbualan melalui telefon ataupun secara kebetulan berjumpa di koridor. Mendengar sahaja tidak bermakna; apa yang penting adalah mengerti apa yang didengar. Pengetahuan boleh didapati melelui mendengar secara aktif. Ini membawa kepada maklum balas yang sesuai. Kemahiran mendengar secara efektif melibatkan : mendengar isi kandungan mesej, mengenal halangan, mendengar dan mendapatkan perasaan, bertindak balas(kiu secar tidak berlisan), menyemak bagi mengelakkan percanggahan, memujuk dan membuat refleksi. Selain daripada fakta, adalah penting bagi menumpukan perhatian pada tema am dan kelincinan mesej. Cuba bersikap positif sambil mencari sisi yang dapat dipersetujui dan memahami perasaan orang lain. Akhir sekali, pengurus harus menyemak kefahamanya dengan membuat rumusan ringkas pada akhir perbualan.

9.0

Pola-pola komunikasi 9.11 Komunikasi Dari Atas Ke bawah(Downward Communication) Autoritatif (kuasa dan autoriti) Contoh, Pejabat Pendidikan dengan sekolah, Kementerian dengan sekolah Menurut Kartz dan Kahn, (1996), terdapat lima tujuan umun komunikasi antara ketua dan kakitangan dalam organisasi: 1. 2. Untuk memberi arahan kerja yang spesifik berkenaan tugas. Untuk menberi maklumat berkenaan prosedur dan amalan organisasi. 3. Untuk mengadakan/memperuntukkan maklumat yang rasional sesuatu tugasan. 4. 5. Untuk menjelaskan kepada kakitangan tentang prestasinya. Untuk menyediakan maklumat cara-cara mencapai matlamat. Sesuatu sistem komunikasi yang menupukan kepada memberi arahan dan kerja dan prosedur kerja sahajatidak akan berjaya melainkan tujuan-tujuan lain juga memberi perhatian sewajarnya. Begitu juga dengan pengaliran autoriti dari ketua kepada kakitangan. Menurut Chester Bernard, makna dan kefahaman

hendaklah difahami terlebih dahulu sebelum autoriti boleh dikomunikasikan dari atas ke bawah. Bernard menjelaskan tujuh faktor penting yang boleh mengekalkan autoriti objektif dalam organisasi. 1. 2. Saluran komunikasi hendaklah diketahui. Sepatutnya mendapat satu saluran komunikasi yang tetap untuk setiap organisasi. 3. Pengaliran komunikasi hendaklah secara langsung dan seringkas mungkin. 4. 5. Pengaliran komunikasi secara formal hendaklah digunakan. Orang yang dipertanggungjawabkan sebagai pusat komunikasi hendaklah mempunyai kebolehan. 6. Pengaliran komunikasi seboleh-bolehnya jangan diganggu semasa organisasi sedang berfungsi. 7. Setiap komunikasi hendaklah merupakan sesuatu yang asli atau tulen.

Komunikasi yang lemah mungkin membawa kegagalan organisasi. Tanpa komunikasi, autoriti tidak dapat disalurkan dengan berkesan. Autoriti yang

dikomunikasikan dengan berkesan merupakan unsur asas sesuatu organisasi. Untuk memperbaiki hubungan komunikasi ketua dan kakitangan, perhatian hendaklah diberi kepada penerimaan dendan menggunakan pelbagai teknik komunikasi, seperti menggunakan komunikasi lisan dan tulisan dan mendapatkan maklum balas dari atas ke bawah adalah seperti berikut: 1. Menghasilkan interprestasi komunikasi yang lebih mudah ditendang. 2. Kakitangan lebih menerima maklumat yang sesuai dengan keperluan, kepercayaan dan nilai mereka sahaja. 3. 4. mesey yang selaras dengan nilai akan diterima. Hanya maklumat yang membantu kepada pencapaian kepuasan kendiri akan diterima. 5. Kakitangan lebih terbuka kepada penerimaan mesej-mesej yang baru muncul. 6. Keseluruhan situasi mempengaruhi komunikasi, sesuatu imej yang mungkin sesuai dengan situasi tertentu, mungkin tidak sesuai dengan situasi yang lain. untuk

Contoh, Di sekolah sekiranya pengetua memahami kesan komunikasi ke atas kakitangan dan mengambil langkah-langkah tertentu, komunikasi boleh menjadi lebih berkesan. Komunikasi yang mengalir ke bawah sahaja tidak boleh menjamin keberkesanan dalam organisasi. Komunikasi dari bawah ke atas juga memainkan peranan penting.

9.12

KOMUNIKASI Communication) contoh :

DARI

BAWAH

KE

ATAS(Upward

komunikasi dalam keluarga, anak buah dengan boss, guru-guru dengan pengetua

Dalam komunikasi dari atas ke bawah sifatnya lebih memberi arahan, menjejaskan prosedur, menerangkan maklumat kerja dan memberi tunjuk ajar, tetapi komunikasi dari bawah ke atas pula merangkumi maklumat yang lain dari yang berbentuk arahan. Keadaan pengurusan yang bercorak patisipatif adalah penting untuk mengalakkan komunikasi dari kakitangan kepada ketua. Contoh,

Di sekolah, pengetua bukan sahaja memberi arahan,tetapi juga sepatutnya mendengar pandangan dan sungutan dari guru-guru , kakitangan am atanpun pelajar-pelajar. Melalui komunikasi dari bawah ke atas , pengetua-pengetua aka dapat memahami masalahmasalah yangdihadapi semasa tugas dilaksanakan. Ini akan dapat membantu pengetua memperbaiki keadaan, membuat penilaina yang tepat dan mengatasi kelemahan-kelemahan dasar yang telah dirancang. Keputusan hendaklah diambil berdasarkan maklum balas dari orang-orang yang melaksanakan tugas-tugas yang ditentukan. Tetapi para kekitangan hendaklah membuat laporan sebenar dan lengkap kepada pengetua supaya keadaan sebener difahami, mereka tidak sepetutnya menyampaikan maklumat yang ditapis sahaja semata-mata takut pengetua tidak mahu mendengar dan mempercayainya. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan komunikasi dari bawah ke atas: 1. Prosedur ketidakpuasan. Untuk membenarkan kakitangan

membuat rayuan atau permohonan. Ia melindungi individu dari tindakan melulu ketuanya dan akan mengelakkan sungutan. 2. Dasar buka pintu. Ini bermakna ketua sentiasa menerima pandangan kakitangan. Kakitangan digalakkan untuk berjumpa pengetua di biliknya untuk membincang sesuatu masalah yang

mereka hadapi. Tetapi kadangkala pengetua yang sengaja menutup pintu supaya tidak diganggu oleh kakitangan. Dia tidak suka didatangi oleh mereka dan membuatkan hubungan menjadi tegang dan kakitangan susah untuk memberi pandangan dan meruahkan rasa tidak puas hati. 3. Teknik patispatif.Teknik ini memberi perhatian kepada membuat keputusan secara patisipatif, dan kakitangan diberi peluang pendapat dan pandangan terutama tentang diri sendiri dan tugas masing-masing. Keseluruhannya kakitangan boleh menyalurkan dua jenis

maklumat. Pertama, maklumat diri sendiri seperti idea, sikap dan prestasi. Keduanya, merupakan maklum balas berkenaan tugastugas dari aspek teknikalnya. Contoh-contoh maklumat yang boleh disalurkan oleh kakitangan kepada pengetua adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Apa yang dia telah lakukan. Apa yang pihak di bawahnya telah lakukan. Apa yang kawan-kawanya telah lakukan. Apa yang mereka fakir patut dilakukan. Apa masalah yang mereka hadapai.

6. 7.

Apa masalah yang timbul di peringkat unit. Apkah dasar dan amalan organisasi yang patut diteliti semula.

9.13

KOMUNIKASI MENDATAR (Lateral Communication) sesama rakan sejawat

Contoh, Pengetua sama pengetua, guru dengan guru, rakan sekerja Komunikasi interaktif atau komunikasi mendatar perlu untuk mendapatkan kordinasi usaha bagi mencapai metlamatkeseluruhan organisasi. Komunikasi interaksi lebih sesuai untik memindahlkan maklumat-maklumat yang kurang berbentuk arahan atau tunjuk ajar tetapi perlu untuk dikomunukasikan antara kakitangan dan rakannya atau dengan mereka yang mempunuyai status yang sama atau yang memegang jawatan di aras yang sama dalam struktur organisasi. Seseorang akan berasa lebih selesa kalau mendapat sokongan social dari teman sejawat daripada ketua atau pengetua. Selalunya mereka yang berkomunikasi di peingkat yang sama akan bercakap secara bebas tetapi gagal untuk menyalurkan komunikasi mreka kepada pihak atas atau bawah.

Terdapat empat sebab utama mengapa komunikasi interaksi diperlukan. 1. Kordinasi kerja. Ketua-ketua jabatan/ unit boleh berjumpa sebulan sekali atau seminggu sekali untuk membincangkan bagaimana jabatab atau unit masing masing dengan memberi sumbangan kepada matlamat sistem. 2. Penyelesaian masalah. Ahli-ahli daripada setipa jabatan atau unit berrsedia untuk berbinvcangakan masalah masing-masing dan mencari penyelesaian yang timbul dengan beberapa peraturan perlu diikuti: (a) jelaskan masalah kepada semua pihak agar difahami. (b) Bentangkan data yang diperlukan. (c) Timbulkan suasana perbincangan yang riang dan mesra. (d) Semua ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk mengambil bahagian secara bergilir-gilir. (e) Setiap ahli mempunyai sekali peluang dalam satu pusingan . (f) Semua pendapat perlu diambil kira dan dicatat. (g) Dilarang daripada mengkritik pendapat ahli ahli yang lain.

3.

Perkongsian maklumat. Ahli-ahli sesuatu jabatan atau unit mungkin berjumpa ahli-ahli dari jabatan atau unit lain untuk mendapatkan data atau maklumat baru.

4.

Penyelesaian konflik. Ahli-ahli dari jabatan atau unit lain mungkin boleh berjumpa untuk membincangkan sesuatu konflik yabg wujud dalam unit tersebut. Contoh komunikasi interaksi ini ialah perbincangan atau mesyuarat yang diadakan di peringkat jabatan atau unit . Kegagalan untuk menyempurnakan informal. keperluan komunikasi kumpulan secara

9.2

INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 9.21 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi

kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan muridmurid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 9.22 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang

menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru dan mendampingi murid, mengenakan denda dan

apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid Enggan menerima langsung cadangan dari murid

Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) , mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau

komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani)

10.0

Halangan terhadap komunikasi yang Efektif: Halangan permindahan maklumat di antara pengirim dan penerima dianggap sbagai satu rintangan terhadapn komunikasi yang berlaku. Halangan yang wujud

di dalam organisasi adalah biasa ndan bergai bentuk yang mana melibatkan perkara yang mudah kepada perkara yang peling rumit atau sukar. Komnkasi penting jadi halangan patut dikenalpasti . Pemahaman yang jelas dan baik oleh pihak pengurus dalam memahami jenis rintangan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah. Wujud beberapa bentuk rintangan atau halangan paling umum terhadap komunikasi efektif adlah seperti yang berikut: a). Tanggapan yang berbeza Perbezaan individu merupakan salah satu punca rintangan

komunikasi.Individu-individu yang memiliki tahap pengetahuan dan pengalaman yang berbezamengangap keadaan yang sama dari sudut pandangan yang berbeza. Misalnya, seorang pengurus memuji kecekapan, ketelitian dan ketekunan En. Lim dalam menjalankan tugasnya. Bagi pihak pengurus, pujian itu adalah ikhlas terhadap En. Lim dan seterusnya menggalakkan pekerja lain mencontohi sikap En. Lim. Namun, pekerja lain beanggapan En.Lim cuba hanya untuk mendapat perhatian pengurus yang baru untuk mendapat sesuatu tujuan yang lain misalnya naik pangkat.

b)

Bahasa yang berbeza

Bagi penyampaian sesuatu mesej atau maklumat dengan wajarnya, perkataan-perkatan yang digunakan mestilah sama maknanya bagi pengrim dan mana bagi penerima. Misalnya, pereka perisian yang hendak menunjukkan kebijakkan mereka tidak sedar bahawa ramai orang tidak memahami istilah-istilah khusus dan rumit yang mereka gunakan. c) Kebisingan Kebisingan merupakan satu factor yang boleh mengganggu,

mengelirukan, atau menghalang komunikasi . Misalnya, apabila berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabila situasi seseoran sedang berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan penerimaan maklumat dengan jelas. d) Emosi Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan marah, sayang, benci , cemburu, malu dan sebagainya yang mana bolh mempenrgaruhi keberkesan mesej yan diterima. Misalnya, guru yang mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akan menerima mesej dengan kurang tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, maka guru perlu belajar menerima emosi sebagai ebahagian daripada proses komunikasi dan cuba memahami masalah dan mengatasinya apabila mengalami masalah.

e)

Kecurigaan Sesuatu mesej itu boleh dipercayai oleh penerime sekiranya pengirim yang mengahantar mesej tersebut dipercayai. Dalam sesetangah situasi, penerima juga boleh diragukan, misalnya dalam perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan guru , sering didapati guru bersifat curiga terhadap pengetuanya.

f)

Mendengar Kadang -kala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat kerana pendengar tidak memberikan tumpuan yang epenuhnya. Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada para guru tetapiterdapat guru yang sibuk nerborak masa taklimat dan mendapat mesej yang dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.

g)

Komunikasi lisan dan bukan lisan Walaupun bahasa merupakan satu medium untuk berkomunikasi , tetapi mesej yang dihantar dan diterima kuat dipengaruhi oleh factor-faktor bukan lisan misalnya, pergerakan badan, pakaian, gerakan tangan , perawakan muka, gerakan mata, sentuhan badan dan sebagainya. Misalnya, seorang guru lelaki mengajar dengan gerakan mata yang tidak membawa apa maksud telah didakwa oleh murid perempuan bahawsa guru itu melakukan perkara yang tidak sopan terhadapnya.

h.

Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas , tepat , padat dan betul. Jangan wujud mesej yang terlalu rumit, panjang dan tidak senang difahami. Misalnya, seorang pengetua memberi maklumat yang tidak mencukupi mengenai sesuatu program baru akibatnya guru-guru tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Punca utama adalah disebabkan oleh maklumat yan diberikan oleh pengetua tidak mencukupi maka maklumat sampaian mestilah mencukupi.

i.

Perkataan yang mempunyai banyak makna Sesetengah perkataan membawa maksud yangg berbeza-beza. Ini akan juga membawa kesan berbeza-eza jika disampaikan. Misalnya, Selain itu terdapat banyak juga halangan yang merupakan halangan minor seperti: Kurang minat, Prasangka, Sekatan emosi, Penyampaian kurang menarik, Memikirkan sesuatu yang lain, Persekitaran yang tidak sesuai, Tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan, Wujudnya pelbagai gangguan, Bimbang bos marah, Takut- bos black-list jika banyak cakap, Anggapan- bos yang dapat kredit, Percaya- bos sibuk dan tiada masa, Prejudis- bos ada anak emas

11.1

Kaedah berkomunikasi:

Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan bagi mewujudkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Ianya adalah seperti berikut: 1. Kemahiran mendengar yang aktif Mengahayati sesuatu yang diperkatakan. Intensiti Seseorang pendengar yang aktif akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan dan meringkaskan apa yang diperkatakan. Empati Pendengar meletakan dirinya pada pengirim dan cuba memahami apa yang disampaikan.

2. Membina kemahiran mendengar secara efektif Ciri-ciri pentng untuk member kesan kepeda cara medengar adalah sepeti berikut: i. Mengadakan interaksi secara berdepanan

ii. iii.

Menhghindarkan daripada membuat halangan dari segi gerak badan Menunjukan tanda pemahaman atau persetujuan seperti angguk kepala, raut wajah berubah dan sebagaintya.

iv. v.

Menghindar daripada menyampuk kata penyampai Mewujudkan aliran maklukmat yang lengkap agar segala yang diperkatakan tidak terganggu

vi.

Mengemukakan soalan secara ikhlas.

3. Cari masa dan lokasi yang sesuai Masa dan lokasi menyampaian mesej adalah sangat penting agar mesej yang disampaikan itu tepat dan betul daripada pengirim kepada penerima. 4. Membina kemahiran bertindak balas Tindak balas yang dimaksudkan adalah tindak balas yang positif yang mana perlu dilakukan dengan sempurna dengan teraturdan nbersungguh-sungguh. Terdapat 6 cadangan bagi membina kemahiran tindak balas positif iaitu: i. Menumpukan gelagat atau kelakuan tertentu dan bukannya secara umum. Misalnya, pelajar yang membuat kerja dengan baik diberikan pujian malah pelajar yang melakukan kesilapan diberi teguran.

ii.

Tidak secara membabi buta mengkritik seseorang

akibat sesuatu

kegagalandalam tugas kerana ianya akan memberikan kesan ke atas emosi seseorang dan pada kerjanya. Misalnya, iii. Menjadikan tindak balas berorientasi matlamat organisasi. Ini

bermatlamat bagi mengelakkan daripada tindakbalas yang berupa kepentingan peribadi. Misalnya,

11.2

Petua komunikasi berkesan 1. Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanan dan kehalusan budipekerti 2. Menggunakan perkataan yang tepat, ringkas serta tekanan suara yang jelas 3. Mengawal pergerakan diri daripada boleh memberi makna yang bertentangan

dengan maksud 4. Menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberi kerjasama

5. Cuba memahami masalah dan memberi pertolongan, 6. Mengelak daripada menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain 7. Mendengar dengan baik

11.3

7k Petua Komunikasi Berkesan 1. KEPERCAYAAN Penyampai perlu memperolehi kepercayaan dari pendengar pendengar perlu bersikap positif DAPAT TARIK PERHATIAN DAN TUMPUAN PENDENGAR DAPAT MEMBANTU KELANCARAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT PENYAMPAI AKAN LEBIH BERKEYAKINAN dan

2. KEBENARAN Mesej hendaklah mempunyai kebenaran/kesahihan

TERUTAMA DALAM KONTEKS YANG TERTENTU

3. KEFAHAMAN Kandungan mesej hendaklah difahami selaras dengan hasrat penyampai HENDAKLAH MEMPUNYAI MAKNA MAKNA AKAN MEMPENGARUHI PENDENGAR UNTUK BERTINDAK

4. KEJELASAN Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah dan tidak mengelirukan untuk mempastikan kejelasan mesej MESEJ SEHARUSNYA TIDAK MENGELIRUKAN PEMILIHAN KATA-KATA ATAU SIMBOL-SIMBOL YANG DIGUNAKAN KETIKA BERKOMUNIKASI HARUSLAH JELAS

5. KEUPAYAAN MENDENGAR Penyampai perlu memahami keupayaan pendengar untuk memahami mesej. TAHAP KEUPAYAAN PIHAK PENDENGAR AKAN MENENTUKAN KEKESANAN KOMUNIKASI

JIKA TINGGI TAHAP PEMAHAMAN PENDENGAR, PENYAMPAI HARUS GUNA AYAT YANG SESUAI DENGAN ILMU PENDENGAR LEBIH SESUAI JIKA DIGUNAKAN AYAT-AYAT YANG MUDAH DIFAHAMI

6.KAEDAH Pemilihan wacana (medium) komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan mesej dan juga sasarannya KOMUNIKASI HARUS MELALUI BEBERAPA SALURAN YANG DIPILIH KOMUNIKASI HENDAKLAH SESUAI DENGAN TUJUAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT PENYAMPAI HARUSLAH MEMPERTIMBANGKAN TENTANG APAKAH KUMPULAN SASAR BERAPAKAH SAIZNYA

7. KESINAMBUNGAN Idea hendaklah ada kaitan dan urutan antara satu sama lain KOMUNIKASI ADALAH SATU PROSES YANG BERTERUSAN

KOMUNIKASI PERLU BERULANGAN UNTUK MENARIK PERHATIAN PENDENGAR

SUSUNAN

AYAT-AYAT

MESTI

ADA

HUBUNGKAIT

UNTUK MELICIN PENERIMAAN PENDENGAR INI AKAN MENGUATKAN FAKTA-FAKTA YANG TELAH DISEBUTKAN

11.4

13 Rukun Komunikasi Dari Sudut Islam 1. RANCANG IDEA SEBELUM BERKOMUNIKASI Serulah ke jalan tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik

(An.Nahl : Ayat 125) 2. ANALISIS PENDENGAR - Siapa - Akademik - Pangkat - Bilangan - Pekerjaan

Berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing (Riwayat Muslim) 3. ISI BICARA HENDAKLAH BENAR

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. (Al Ahzab : Ayat 70) 4. GAYA BAHASA HENDAKLAH BERSESUAIAN Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka

mengucapkan perkataan yang baik. (Al Isra : Ayat 53) 5. NADA PERCAKAPAN PERLU DIKAWAL & SESUAI ..dan lunakkanlah suara engkau. ialah suara himar (keldai). (Luqman : Ayat 19) 6. SUSUNAN MAKLUMAT PERLU JELAS Dan wajibkan kepada Rasul, hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata. (An Nur : Ayat 54) 7. BAHASA BADAN PERLU MENYOKONG LISAN Apabila Rasulullah s.a.w berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit bagai seorang Panglima Sesungguhnya seburuk-buruk suara

perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya. (Riwayat Muslim & Ibnu Majah) 8. BERHUJAH DENGAN WARAS Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.

(Riwayat At Tabrani) 9. AMBILKIRA PENDAPAT ORANG LAIN Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu (Al Imran : Ayat 159) 10. PERLAKUKAN APA YANG DITUTURKAN Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Saff : Ayat 2-3) 11. MENINGGALKAN CELAAN DAN MENGUMPAT Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.

(Al Humazah : Ayat 1) 12. MENJAUHI TANGGAPAN BURUK PADA ORANG LAIN Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. (Al Hujurat : Ayat 12) 13. MENDENGAR DENGAN BERKESAN

11.3

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN DALAM KELAS 1. Maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat 2. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang maksudnya 3. Menggunakan alat bantu sekiranya perlu 4. Memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan dan waktu 5. Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan menerima maklumat

11.4

CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994). Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997). Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsurunsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai

matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu. Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

12.0 12.1

Model komunikasi Model Shanon & Weaver

The Shannon-Weaver Mathematical Model, 1949

Sumber maklumat, menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang lain.Utusan tersebut mungkin berbentuk lisan,tulisan,gambar atau nota

muzik.Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar ke dalam bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima.Penerima akan mengubah semula isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber.Setelah utusan diubah semula ia akan disampaikan kepada destinasi,iaitu individu atau sesiapa sahaja yang mana utusan ditujukan.Model ini juga memperkenalkan gangguan

yakni isyarat yang disampaiakan melalui saluran akan terjejas dengan adanya gangguan ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim dan yang diterima berbeza.Untuk mengatasi masalah ini beliau mencadangkan supaya utusan yang disampaikan itu diulang beberapa kali.

Back in 1949 Claude Shannon, an electrical engineer with Bell Telephone, and Warren Weaver, of the Rockefeller Foundation, (Figure 1) published their book, The Mathematical Theory of Communication 3.

12.2

Model Newcomb Theodere Newcomb(1953) ialah seorang ahli psikologi sosial. Modelnya lebih menekankan bagaimana utusan disampaikan daripada sumber kepada

penerima.Ianya bertujuan menerangkan bila dan bagaimana komunikasi antara individu akan berlaku iaitu situasi yang akan mewujudkan komunikasi.

Model NewComb Model ini ,menggunakan contoh dua individu iaitu A dan B yang proses komunikasinya akan dipengaruhi oleh objek X. Komunikasi di antara A dan B akan berlaku sekiranya terdapat pertelingkahan orientasi antara mereka terhadap objek X.Semakin besar jurang pertelingkahan,maka semakin keraplah komunikasi antara mereka.Tujuan mereka berkomunikasi adalah untuk mengurangkan jurang pertelingkahan tersebut agar mereka mempunyai orientasi yang sama terhadap X.Apabila terdapat persamaan orientasi,maka komunikasi sudah tidak perlu lagi.

12.3

Tingkap Johari (Johari Window)

Tingkap johari merupakan satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham. Ia merupakan satu cara bagaimana melihat diri sendiri . Tingkap Johari menunjukkan satu cara melihat diri sendiri. Keempat-empat bahagian di dalam rajah Tingkap Johari menunjukkan sifat-sifat diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah ia akan melibatkan tingkaptingkap yang lain. Apa perkara-perkara yang anda sedari tentang diri anda dan ada juga perkara-perkara yang anda tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain.

OPEN(kita tahu dan orang lain juga tahu) Hubungan manusia dengan manusia lain pada pertama kali berjumpa sepertimana ketulan air batu yang timbul dipermukaan air. Di mana 1/10 timbul manakala 9/10 lagi tenggelam. Demikianlah pada pertama kali berjumpa kita mengenelai rakan kita hanyalah sifat-sifat yang umum sahaja iaitu 1/10 sahaja daripada sifatnya yang sebenar. Apabila berlaku interaksi dan pendedahan diri. Bahagian timbul semakin besar dan kita lebih mengenali rakan kita tadi.

Tingkap 1 (bebas) mewakili diri anda yang anda perlihatkan kepada orang lain seperti nama, keluarga, tempat tinggal dan lain-lain. Maklumat-maklumat yang anda kongsi dengan orang lain adalah selamat dan tidak mengancam anda. Contoh:

Seorang pengetua mengetahui semua nama guru yang mengajar di sekolahnya. Selain daripada nama, pengetua itu juga tahu tentang apakah opysen guru-guru secara spesifik, nombor telefon, subjek-subjek serta kelas mana yag diajarnya. Ini secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa tidak wujud satu jurang perbezaan di antar penegtua dengan guru-guru yang mengajar di sekolahnya. Selain daripada itu juga, hubungan di kalangan guru-guru yang mengajar di seklah dengan pengetuanya adalah baik. Kewujudan komunikasi yang baik di antara kedua-dua pihak apat dibuktikan dengan pengumpulan data-data yag dinyatakan di atas secara spesifik.

Blind(kita tak tahu ttp orang lain tahu) Tingkap 2 (Tidak disedari) mewakili diri anda yang anda tidak tahu (nafas busuk) dan tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain seperti tingkah laku anda, kesan suara atau bahasa yang anda gunakan. Gaya berjalan dan lain-lain. Anda tidak dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain akan menilai anda daripada apa yang mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan anda. Contoh: Seorang pengetua dapat mngenalpasti kelemahan yang dimiliki oleh beberapa guru yang mengajar di sekolahnya. Adakala pengetua itu terpaksa meluahkan perasaan hatinya mengenai guru-guru tesebut did ala mesyuarat yang dijalankan secara terus. Namun demikian, niat di sebalik teguran tersebut adalah baik demi kecemerlangan di kalangan guru yang melengkapkan organisasi pendidikan. Berdasarkan teori ini kita dapat lihat bahawa kelemahan yang dilihat oleh orang lain dapat diatasi jika

hubungan manusia di dalam organisasi tersebut baik dan buka bersifat dendam di antara sesama insan.

Hidden (kita tahu ttp orang lain tak tahu) Tingkap 3 (Tersembunyi) mewakili diri anda yang andatidak mahu diketahui oleh orang lain dan anda jaga dengan rapi. Anda tidak suka apabila orang cuba mencungkil. Perasaan anda terhadap seseorang atau sesuatu. Rahsia yang

dipendam. Keinginan anda, angan-angan dan lain-lain. Anda berasa terancam apabila rahsia atau perasaan yang anda pendam cuba dicerobohi oleh orang lain. Anda rela berkongsi maklumat sulit ini jika telah ada kepercayaan.

Contoh 1, Ketika sukan tahunan di sekolah. Mungkin ada di antara guru-guru yang memang tidak berminat dalam aktiviti sukan secara natural sejak kecil lagi. Sewaktu sukan tahunan, semua guru akan diberi tanggungjawab untuk dilaksanakan. Dalam keadaan demikian, guru yang tidak berminat itu terpaksa melibatkan diri dalam sukan tahunan. Jika guru tersebut memberi alas an yang dia tidak suka atau berminat kemungkinan pengetua atau guru yang bertugas sebagai setiauasaha sukan itu akan menegernya. Demi mengelakkan situasi tesebut, guru ini akan mendiamkan diri kerana tidak mahu dirinya ditegur atau disingkirkan daripada aktiviti sukan tahunan tersebut. Contoh 2:

sebilangan daripada guru-guru di sekolah tidak suka menghadiri kursus di dalam perkhidmata khususnya pada hujug minggu. Ini adalah membosankan, membazirkan masa, tenaga, wang serta mengurangkan waktu berehat bersama keluarga. Namun demikian, guru-guru yan terbabit terpaksa menghadirinya takut diterima oleh rakan sekerja. Contoh 3:

Di dalam sesuatu mesyuarat akan memberitahu maklumat-maklumat formal berkenaan matlamat, strategi-strategi, arahan, prosedur, polisi dan maklumbalas prestasi berkenaan guru-guru di sekolah. Mesyuarat ini diadakan berdasarkan konsep komunikasi ke bawah iaitu daripada pentadbir kepada stafnya. Setiap orang guru yang menghadiri mesyuarat itu hanya akan mendengar setiap maklumatang diberikan tanpa sebarang reflesi atau bantahan. Guru yang tidak bersetuju biasanya tidak akan menunjukkan perasaan ketidakselesaan mereka takut pihak pentadbir tidak menerimanya. Oleh yang demikian, guru berkenaan tidak akan meluahkan perasaanya. Unknown (kita dan orang lain tak tahu) Tingkap 4 ( Tidak Diketahui Langsung ) mewakili diri yang anda tidak ketahui. Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawah sedar dan mungkin timbul melalui mimpi, gerak hati dan hipnosis (hypaoses). Hanya Allah yang tahu. Contoh:

Satu program yang disertaikan oleh beberapa guru. Tiba tiba sesuatu masalah wujud dan tiada sesiapapun tahu apa yang telah berlaku. Maka, dalam keadaan inilah memerhatian amat diperhatikan. 12.4 Model Islam

13.0

TEKNOLOGI KOMUNIKASI ELEKTRONIK teknologi telah menyediakan pelbagai kaedah untuk

Perkembangan

menyampaikan mesej. Antara kaedah terkini adalah e-mail, mesin faksimili, teleconferencing (telepersidangan), telefon selular dan videocoferencing (videopersidangan) Perkembangan teknologi ini bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan kaedah penyampaian mesej tetapi juga menyebabkan pemilihan saluran komunikasi menjadi lebih sukar. Apakah sebenarnya kaedah terbaik bagi menyampaikan mesej ? Walaupun komunikasi secara bersemuka membolehkan lebih banyak maklumat disampaikan kepada penerima (lisan, nada suara, gesture dan maklumbalas yang segera), kaedah yang efektif dan efisien untuk menyampaikan mesej sebenarnya bergantung kepada situasi. Seorang pengurus harus mengambil kira faktor masa dan kos, sensitiviti sesuatu isu, keperluan untuk merekodkan komunikasi tersebut, keperluan mendapat maklumbalas dan juga keupayaan penerima sebelum bertindak untuk memilih kaedah yang sesuai. Virtual Teaming

Ahli kumpulan yang secara geografinya tersebar luas Bekerjasama dengan berkomunikasi antara satu sama lain melalui komputer menerusi internet (ISP Internet Service Provider) dengan kaedah e-mail, videoconferencing Telecommuting Sesuai untuk tugasan yang tidak memerlukan kehadiran seseorang secara fizikal Komunikasi dalam era internet TEKNOLOGI maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus

sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah.

Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan

maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis. Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan.

Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT. Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.

Pengetua sebagai pengurus sekolah perlu membuat keputusan yang adil, bijak dan menyenangkan staf dan guru-guru sekolah. Umpamanya dalam menentukan prestasi, kecemerlangan, dan peluang-peluang kenaikan pangkat, suatu rekod dan maklumat yang lengkap dan kemaskini amatlah diperlukan supaya keputusan penilaian itu tepat dan tidak diragui. Rekod-rekod sumbangan, penglibatan dan penghargaan yang diterima dan tindakan proaktif yang positif boleh diperoleh dengan mudah melalui sistem maklumat staf yang ada yang membantu pengurusan sekolah membuat keputusan yang tidak membuta tuli.

Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. Sistem Sokongan Keputusan (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan. Reigelath (1987) berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya ICT harus disesuaikan dengan arus

perkembangan

terkini.

Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk

menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan

pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti perisian e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, persembahan dan lain-lainnya.

Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan

membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.

Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.

Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan

peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan

menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini.

Selain itu satu aplikasi

komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku.

Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria ( 1998 ) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah.

Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penguasaan kemahiran komunikasi yang berasaskan teknologi terkini amat penting untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan sekolah kerana ianya lebih memberi sumber maklumat yang boleh diakseskan secara global di samping ianya lebih cepat, lebih jelas dan menarik.

Proses-proses komunikasi boleh dikembangkan dan dipertingkatkan dengan bantuan peralatan teknologi komunikasi tersebut. Maklumat boleh diulang-ulang, boleh dihantar dalam pelbagai keadaan dan bentuk seperti gambarajah dan carta serta diikuti dengan kesan audio. Sebagai contohnya, penggunaan e-mail berasaskan web memudahkan

pengurusan sekolah menerima mesej dan maklumat daripada pihak yang berkepentingan dengan sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sebagainya dengan lebih lancar, jelas dan sempurna.

Di samping mendapat maklumat dengan cepat, maklumat-maklumat itu boleh merangkumi bukan sahaja teks, malahan gambar, animasi, grafik dan audio juga boleh diperoleh. Maklumat-maklumat boleh segera diperolehi melalui penggunaan internet

menerusi File Transfer Protocol , World Wide Web dan sebagainya yang dapat membantu organisasi sekolah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan terkini. Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat

meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah.

Contoh, Program E-SEKOLAH merupakan program pembangunan komuniti bagi sekolahsekolah di Malaysia. Program ini diperkenalkan oleh ENOV8 Infostructure Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan kerajaan negeri yang bertujuan untuk mendekatkan sekolah kepada komuniti (bringing schools closer to the community).

Pada keadaan di mana negara sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, keperluan untuk membangunkan sumber manusia menjadi semakin penting. ICT telah terbukti menjadi bahan yang penting dan efektif di dalam proses pengurusan pengetahuan, dari tahap rekaan kepada perkongsian, penyampaian dan perolehan pengetahuan oleh generasi muda. Salah satu objektif utama Program E-SEKOLAH ini adalah untuk menghasilkan satu suasana pendidikan yang berguna untuk kitar hayat pengurusan pengetahuan yang lengkap (dari tahap rekaan kepada perkongsian, penyampaian dan perolehan pengetahuan) melalui penggunaan pendekatan ICT yang praktikal, di mana ianya akan menggabungkan sekolah, para guru dan pelajar serta ibu bapa ke dalam satu sistem maklumat berpusat. Dengan menawarkan satu sistem maklumat berintegrasi berasaskan web, melalui Program E-SEKOLAH ini, sekolah dan guru-guru akan berupaya untuk merekod, mengakses, melapor dan menguruskan maklumat para pelajar serta rekod pencapaian mereka di mana sahaja dan bila-bila masa. Ini akan memberikan satu penyelesaian pengurusan komprehensif yang berkesan, cekap, dan menguntungkan pihak sekolah. Objektif teknologi diaplikasi di sekolah adalah untuk: i) Menggalakkan Pengetahuan Perkembangan Komuniti Berteraskan

Di dalam dunia komunikasi masa kini yang pesat berkembang, aktiviti capaian maklumat dengan kerap merupakan proses yang penting di dalam keseluruhan sektor ekonomi. Kini, masyarakat lebih berpengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka hanya dalam masa yang singkat. Pendidikan juga tidak terkecuali dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan untuk memastikan perkembangannya bersesuaian dengan perkembangan komuniti. Ibu bapa pada masa kini mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menumpukan lebih perhatian kepada pendidikan anak-anak mereka dan menginginkan kualiti yang terbaik daripada institusi pendidikan. Secara tidak sedar, keinginan ini

menyebabkan mereka mengharapkan sekolah untuk menawarkan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada komuniti. Oleh kerana itu, ibu bapa menjadi lebih memilih di dalam hal menentukan sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka dan berdasarkan faktor inilah kini sekolah-sekolah perlu bertanding di antara satu sama lain untuk menarik para pelajar ke sekolah mereka. ii) Menyediakan Satu Situasi Sistem Maklumat Berasaskan Web Bagi Pengurusan Pengetahuan. iii) Hhh

Keunikan Program E-SEKOLAH

Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam Program E-SEKOLAH akan mendapat akses ke satu set aplikasi berasaskan web yang unik yang diintegrasikan ke dalam satu kumpulan penyelesaian. Penyelesaian 8 dalam 1 yang pertama seadanya akan membekalkan para guru dengan pendekatan terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia akan memberikan sumbangan kepada cara pengetahuan dihasilkan, disampaikan, dikuasai dan dikongsi di antara para guru dan pelajar di dalam komuniti E-SEKOLAH. Penghantaran maklumat melalui Internet atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Meningkatkan Produktiviti dan Kecekapan Guru Alat komunikasi yang berkesan dan efisien- Penghantaran e-mel kepada ibu bapa, pelajar, guru lain dan pentadbir sekolah . Meningkatkan Produktiviti dan Tahap Kecekapan Sekolah

Memperbaiki

pengurusan

maklumat

sekolah.

Pentadbir sekolah boleh mendapatkan akses kepada maklumat pengurusan, staf dan pelajar dengan mudah. Capaian secara terus kepada setiap maklumat terkini, membenarkan pentadbir menganalisa sumber masalah dengan tepat seperti kecurian dan pembaziran sumber. Mereka pelbagai jenis laporan dengan segera dengan capaian yang mudah. Mendedahkan Pelajar Kepada Teknologi Pembelajaran Yang Terkini

Menyalurkan masa dengan melakukan aktiviti komputer yang berguna Contoh: Berkongsi pendapat atau pandangan.

Interaksi antara guru dengan guru Interaksi antara pengetua dengan guru Interaksi antara pengetua dengan kakitangan Interaksi antara kakitangan sekolah dengan ibubapa dan masyuarakat

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa. 6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranansaranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

14.0

KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

Istilah komunikasi kerap diperkatakan dan disebut apabila individu mengaitkan sesuatu dengan perhubungan. Sama ada perhubungan tersebut berbentuk dua hala mahupun sehala. Selain itu, ramai yang keliru apakah sebenarnya istilah komunikasi dalam

konteks perhubungan masyarakat. Ianya sering berkonflik dengan displin lain yang seakan mempunyai maksud yang serupa tetapi lain pengertian. Justeru, sukar bagi seseorang mengukur, menilai, menterjemah makna yang tepat bagi pengertian komunikasi yang sebenar. Umum mengetahui perhubungan sosial dalam masyarakat terbentuk dalam komunikasi. Komunikasi juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan merangkumi

pelbagai aspek kehidupan. Dalam kehidupan juga terbentuk pelbagai macam dan tatacara komunikasi bergantung pada budaya yang dianuti oleh individu. Individu juga tidak terikat dengan pelbagai bentuk komunikasi yang boleh membelenggui kehidupannya. Namun, dalam tingkat kehidupan ada hieraki tertentu memisahkan tahap-tahap komunikasi antara budaya. Budaya juga mencorakkan bentuk komunikasi sesuatu kaum sehingga mereka menjelmakan satu kaedah bagi memisahkan antara komunikasi kemasyarakatan, keorganisasian dan lain-lain. Begitu juga terjadi bentuk komunikasi keagamaan yakni di antara hamba kepada penciptanya iaitu manusia berkomunikasi kepada tuhannya iaitu Allah s.w.t. Garis penentu dan halangan komunikasi bergantung kepada pemakaian dan cara mana diaplikasikan oleh individu tersebut sama ada ianya berjaya mahupun sebaliknya. Dalam komunikasi mempunyai halangan yang mana tahap-tahapnya tidak serupa tetapi tetap berlaku dan terjadi. Ini bergantung pada cara mana ianya disampaikan dan cara mana pula ianya disalurkan kepada khalayak. Khalayak tidak mempunyai minda yang serupa boleh menceduk setiap pengertian yang disampaikan melalui medium komunikasi itu. Justeru, halangan inilah yang perlu diketahui dan dipelajari supaya komunikasi yang dibentuk jelas, memberi manfaat dan menemui sasarannya. Mengikut kamus Merriam Webster mengenai komunikasi sebagai: a process by which information is exchanged between individuals through a common system signs, or behavior, or exchange of information personal rapport or a technique for expressing ideas effectively

Ini jelas menunjukkan komunikasi adalah satu proses yang berterusan sebagai satu pertukaran maklumat melalui pelbagai sistem lambang, tingkahlaku dan satu teknik menyatakan pemikiran secara berkesan.

Lampiran
Adakah anda pengucap yang efektif?

Tiada/Jarang Bertentang mata berkommunikasi semasa 1 1

KadangKadang 2 2

Kebiasaan 3 3

Menunjukkan minat mendengar apa yang diperkatakan dengan manganggukkan kepala. Tidak mangganggu semasa selepas rakan anda bercakap atau

1 1

2 2

3 3

Adakah anda menyoal soalan yang menarik menunjukkan anda berminat dengan apa diperkatakan? Suara and ajelas, mudah didengari dan difahami oleh semua. Adakah anda memberi perhatian kepada yang tidak bersuara? Adakah anda pasti percakapan anda melibatakan dua hala atau hanya anda yang bercakap dan

1 1 1

2 2 2

3 3 3

mendengar? Adakah lain? anda menghargai orang 1 1 2 2 3 3

Anda cuba mengelak daripada menunjukkan tanda-tanda tidak menggemari percakapan seperti menguap walaupun percakapan tidak diminati. Adakah anda mendapat kepastian terhadap sesuatu yang tidak pasti seperti yang deperkatakan?

**************hasni, tey here. Pls put all d model as d appendix cz I lost d file tht u forward 2 me.. thanks.Norhan said bibiografi very important, v hv 2 put it in as many as possible..

You might also like