You are on page 1of 7

Ruang lekatkan setem hasil RM 10 (PPM/BM.

1/99-Pin-3) PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERJANJIAN ini dibuat pada ......................................................... tahun ............................................................................................... FATHIN MARDHIAH BINTI JAMALUDIN haribulan............................ ( ............................... ) ANTARA

No. K/P 951222115350

yang beralamat di 12547 JALAN KETAPANG 2/5 KG. TELUK KETAPANG 21300 K. TERENGGANU TERENGGANU dan yang dilahirkan pada 22/12/1995 ( kemudian daripada ini dipanggil PELAJAR )

sebagai pihak yang pertama DENGAN KERAJAAN MALAYSIA diwakili oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia beralamat di Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6-7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, ( kemudian daripada ini dipanggil KERAJAAN) sebagai pihak yang kedua, DAN ........................................................................................ (Nama Penjamin/Ibubapa) No.K/P........................................................... (No.K/P Penjamin/Ibubapa)

yang beralamat di ........................................................................................................................................ (Alamat tetap Penjamin/Ibubapa) ...................................................................................................................................................................... dan dilahirkan pada ..........................................(kemudian daripada ini dipanggil PENJAMIN,) sebagai pihak yang ketiga adalah MENYAKSIKAN seperti berikut: BAHAWASANYA KERAJAAN telah bersetuju mengadakan suatu Program Matrikulasi ( kemudian daripada ini dipanggil PROGRAM) bagi PELAJAR ini dan PELAJAR ini telah bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat. DAN BAHAWASANYA penjamin ini telah bersetuju menjamin penyempurnaan kewajipan-kewajipan PELAJAR ini.

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN 1. PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju: akan memulai dan dengan sesungguhnya meneruskan Program Matrikulasi dan menduduki semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan dalam kursusnya di mana-mana kolej atau institut yang diluluskan oleh KERAJAAN dan ia hendaklah menyempurnakan kursus tersebut dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh KERAJAAN. 2. Sebagai balasan bagi hal-hal yang tersebut di atas, maka KERAJAAN dengan ini bersetuju: a membayar belanja pengajian dan penginapan/asrama sepanjang pengajian PELAJAR. Semua elaun / pembiayaan akan diuruskan oleh Bahagian/Institusi Pengajian berkenaan yang akan membuat pembayaran / pemotongan yang sewajarnya mengikut peraturan Institusi. akan membayar jumlah elaun wang saku sebanyak RM1250.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh sahaja) satu semester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KERAJAAN bagi PELAJAR yang layak. (Sekiranya PELAJAR ini gagal menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan di atas apa-apa sebab sekalipun, maka pelanjutan atau tambahan masa berkursus dan pembayaran elaun adalah bergantung kepada budi bicara dan kelulusan KERAJAAN); akan membayar atau membayar balik atau dengan jalan lain menanggung belanja, sebagaimana yang ditetapkan oleh KERAJAAN atau oleh wakilnya, akan tambang kapal terbang kelas ekonomi, sekali sahaja pada awal dan akhir pengajian iaitu dari lapangan terbang terdekat dengan Institusi Pengajian ke lapangan terbang terdekat dengan tempat tinggal dan sebaliknya, bagi PELAJAR dari Semenanjung yang mengikuti Program Matrikulasi di Sabah dan Sarawak, atau dari Sabah atau Sarawak yang mengikuti Program Matrikulasi di Semenanjung. Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika sekiranya pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini masih berkuat kuasa, PENJAMIN itu mati atau tidak lagi bermastautin di Malaysia ataupun berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan kalendar berturut-turut ataupun menjadi bangkrap atau menerima suatu perintah pentadbiran pemakan gaji, maka bagi tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR ini atau penjamin yang masih ada, hendaklah mendapatkan seorang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan penjamin yang mula-mula tersebut itu; dan tiada seorang jua boleh menggantikan penjamin itu melainkan orang itu boleh diterima oleh KERAJAAN dan ia bersetuju menjadi seorang penjamin mengikut syarat-syarat Perjanjian ini. Jika sekiranya tiadalah seorang jua seperti yang tersebut di atas didapati dapat menggantikan penjamin yang tersebut dalam perenggan kecil (3a) maka KERAJAAN boleh menurut pilihan, pada bila-bila masa, menamatkan Perjanjian ini dan kemudiannya PELAJAR ini tidaklah lagi mempunyai tuntutan-tuntutan atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

b.

c.

3. a.

b.

Selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh kursusnya, PELAJAR: a. hendaklah tertakluk dan menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalam kursusnya; Pelajar yang gagal dalam peperiksaan atau tidak memperoleh syarat minimum yang ditetapkan akan diberhentikan daripada pengajian; hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh KERAJAAN dan/atau institut berkenaan, dalam mana-mana kegiatan kolej atau institut tersebut yang ia dikehendaki menghadirinya atau di tempat lain di bawah arahan kolej atau institut tersebut yang kursus itu mungkin dijalankan; hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan panduan peraturan tatatertib yang ditetapkan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau sebarang yang menutup muka semasa menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dan sebagainya; tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik KERAJAAN; tidak boleh menduduki peperiksaan selain peperiksaan yang bersabit dengan kursusnya atau peperiksaan lain yang dipersetujui secara bertulis oleh KERAJAAN; tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau menjalankan sebarang pekerjaan sama ada yang berpendapatan atau tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan KERAJAAN secara bertulis. hendaklah menjelaskan yuran (selain yuran pengajian dan yuran penginapan) yang dikenakan oleh Institusi Pengajian dan KERAJAAN. (Pelajar yang gagal menjelaskan yuran sepenuhnya yang ditetapkan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan). hendaklah tinggal di asrama seperti yang telah ditetapkan. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian. Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap PELAJAR yang melanggar peraturan. hendaklah menghadiri kuliah, tutoran, amali dan semua aktiviti rasmi. tidak boleh mengikuti sebarang tawaran pengajian atau kursus lain tanpa persetujuan bertulis daripada KERAJAAN.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i. j.

5.

Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini berkuat kuasa, iaitu dalam tempoh kursusnya dan kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pengajiannya di bawah Fasal 1 Perjanjian ini PELAJAR TIDAK BOLEH: a. mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan; menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan suatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh pertubuhan, badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan; menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedar atau menayang atau mengambil dengan apa-apa bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan; membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN MALAYSIA atau sesuatu institut pendidikan. mengambil bahagian dalam kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan KERAJAAN MALAYSIA, dan apabila PELAJAR diberitahu oleh KERAJAAN bahawa apa-apa kegiatan yang diceburi oleh PELAJAR tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan negara, maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada mengambil bahagian selanjutnya; memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau kumpulan yang tujuan atau kegiatan itu pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN, dan KERAJAAN mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; berkahwin semasa tempoh pengajiannya, (PELAJAR yang berkahwin sebelum mendaftar bagi kursus ini, secara automatik tidak layak mengikuti kursus ini dan akan diberhentikan).

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

6.

a.

Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana had atau syarat dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, KERAJAAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. Penamatan Perjanjian ini menurut perenggan (6a) ini adalah muktamad.

b. 7.

Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR a. meninggalkan kursusnya sebelum sempurnanya kursus ini tanpa persetujuan KERAJAAN secara bertulis; atau menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian ini; atau dibuang dari kolej atau institut oleh KERAJAAN atas sebab kelakuan dan tatatertib, kegiatan atau enggan atau oleh kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai meneruskan pengajian selama tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian ini, atau dibuang daripada kursus kerana salah laku, kecuaian atau tidak mengendahkan kewajiban-kewajiban dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian ini; atau pada bila-bila masa berkuatkuasanya Perjanjian ini didapati telah diterima mengikut kursus ini dengan memberi keterangan-keterangan yang salah, mengemukakan dokumen palsu, menyembunyikan hal-hal dan butir-butir keterangan atau dengan melakukan tipu daya dalam apa cara jua; atau menimbulkan masalah kes tatatertib di bawah Akta 174 atau yang melibatkan kes-kes mahkamah akan ditahan elaun wang saku mereka sehingga selesai proses perbicaraan. telah melanggar syarat-syarat perjanjian yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh KERAJAAN di bawah Fasal 6 Perjanjian ini;

b. c.

d.

e.

f.

g.

maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak mereka, membayar ganti rugi kepada KERAJAAN, apabila diminta dalam tempoh enam puluh hari wang sejumlah RM1250.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) satu semester bagi jurusan sains dan jurusan perakaunan atau sejumlah wang yang ditetapkan oleh KERAJAAN.

8. Dengan ini dipersetujui dan diakui walau apapun syarat yang tersebut di atas, KERAJAAN boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada sebulan kepada PELAJAR ini dan kemudiannya segala faedah dan tanggungan PELAJAR dan PENJAMIN DI BAWAH Perjanjian ini adalah terhenti. 9. Dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Rujukan Nombor KP (BM) 45265 bertarikh 25 April 2013 dan Syarat Tawaran Program Matrikulasi hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat percanggahan antara Surat Tawaran dan Syarat Tawaran Program Matrikulasi dengan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini hendaklah terpakai. PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah MEMBACA DAN MEMAHAMI dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas. Ditandatangani .........................................................................................................................oleh (Tandatangan Pelajar) FATHIN MARDHIAH BINTI JAMALUDIN PELAJAR tersebut di hadapan

Nama Saksi .............................................................................................................................. (Huruf Besar) No. K/P Saksi .......................................................................................................................... Pekerjaan Saksi ........................................................................................................................ Alamat Tetap Saksi .................................................................................................................. .................................................................................................................................................. Tandatangan Saksi ................................................................................................................... Cap Jawatan & Jabatan:

PENJAMIN Ditandatangani ......................................................................................................................................... oleh (Tandatangan Penjamin) ............................................................................................................PENJAMIN TERSEBUT di hadapan (Nama Penjamin dengan Huruf Besar) Nama Saksi .............................................................................................................................................. (Huruf Besar) No.K/P Saksi ........................................................................................................................................... Pekerjaan Saksi ........................................................................................................................................ Alamat Tetap Saksi .................................................................................................................................. .................................................................................................................................................................. Tandatangan Saksi .......................................................................Cap Jawatan & Jabatan

Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh: ........................................................................................ Cap Jawatan & Jabatan: (Tandatangan) ........................................................................................ (Nama dengan Huruf Besar) di hadapan Nama Saksi KERAJAAN ............................................................................................................................... No. K/P ..................................................................................................................................................... Pekerjaan Saksi Kerajaan ......................................................................................................................... Alamat Saksi Kerajaan ............................................................................................................................. ................................................................................................................................................................... Tandatangan Saksi Kerajaan ........................................................Cap Jawatan & Jabatan:

You might also like