You are on page 1of 31

PEMBANGUNAN LESTARI

Nur Baiti Mohd Othman

pertanian

perlombongan

Jenis ekonomi

perikanan

perhutanan

Perubahan lanskap 1. Perubahan langskap akibat kegiatan pertanian seperti kawasan hutan yang terdiri daripada tumbuhan semulajadi diganti dengan kelapa sawit,getah atau teh. 2. penanaman secara berteres di cerun bukit menghasilkan lurah kecil. Pencemaran tanih 1. berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang tidak mudah larut meninggalkan bahan toksik seperti plumbum dan zink di dalam tanih. 2. kesuburan tanih terjejas kerana kadar kemasinan meningkat akibat penggunaan baja kimia yang berterusan. 3. edaran nutrien terjejas kerana kulat dimusnahkan oleh racun.

Pencemaran sungai 1. berlaku disebabkan oleh bahan toksik seperti nitrat yang mudah dilarutkan ke dalam sungai. Hakisan tanih berlaku 1. pembukaan tanah untuk penanaman getah secara ladang pada peringkat awal mendedahkan tanah dan hakisan mudah berlaku. 2. bahan terhakis mengalir masuk ke dalam sungai. Akibatnya, sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar


Sebelum tahun 1970an, aspek pengurusan persekitaran tidak merupakan agenda bagi kerajaan walaupun masalah berkaitan dengan pencemaran sungai akibat daripada hakisan tanah dan pengendapan telah pun berlaku dan dikenalpasti.

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar

Hakikatnya masalah ini sebenarnya telah berlaku semenjak bermulanya pembukaan tanah untuk perlombongan timah and pertanian pindah ketika penjajahan (i.e. sebelum merdeka). Keadaan ini menjadi bertambah teruk kemudiannya dengan munculnya ladang-ladang getah dan sawit seperti yang kita dapati sekarang.

Semenjak 1970an
Dasar Ekonomi Baru telah membawa kepada kepesatan pertumbuhan industri atau kilang-kilang terutama yang berkaitan dengan pertanian. Aktiviti yang pesat ini telah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar terutama dari segi pencemaran sungai, pencemaran marin, pencemaran udara, buangan pepejal dan buangan toksik atau berbahaya.

Isu-isu Utama Alam Sekitar


Penipisan lapisan ozon Kesan rumah hijau Kehilangan kepelbagaian biologi Pencemaran udara Pencemaran air Hujan asid Bahan kimia toksik Penyusutan sumber semulajadi Pencemaran tanah Kemerosotan kualiti kehidupan
9

Masalah Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran atmosfera/udara
Pelepasan gas-gas karbon seperti CO, CO2, NOx dan SOx kesan rumah hijau, hujan asid. Penggunaan CFC penipisan lapisan ozon Pembakaran hutan Jerebu

10

Pencemaran Air
Semua jasad air mengandungi pelbagai komponen (pencemar) yang terbit daripada proses hakisan, larut resap dan luluh hawa. Di samping kesan daripada aktiviti semulajadi, jasad air juga menerima pencemar berupa buangan domestik dan buangan industri.

11

Hdupan liar kehilangan habitat (Akibatnya kepupusan flora dan fauna) Kehilangan kayu keras berharga akibat daripada penebangan hutan yang tidak terkawal. Keseimbangan gas dalam atmosfera terjejas. Kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat. Rantai makanan di kawasan hutan terjejas kerana tumbuhan merupakan pengeluar pertama. menyebabkan penipisan lapisan ozon akibat daripada asap yang terhasil daripada pembakaran hutan

Penggunaan pukat tunda, pukat harimau, dan pukat Apollo memusnahkan ikan kecil. Akibatnya, ikan berkurangan. Penggunaan pukat tunda juga menjejaskan hidupan laut seperti penyu di persisir pantai di Terengganu. Pencemaran laut berlaku akibat daripada penggunaan kelong seperti di Kukup, Johor. Ia juga disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal nelayan dan tumpahan minyak dari kapal tangki Pencemaran laut menjejaskan pembiakan plankton dan terumbu karang. Akibatnya, hasil ikan berkurangan. Hutan paya bakau ditebang untuk projek penternakan ikan menggugat ekosistem hutan paya seperti di Sungai Pulai,Johor. Kawasan pinggir pantai terdedah kepada hakisan ombak

Kegelongsoran tanah berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong, Kampar dan Ipoh. Tanih pada kawasan bekas lombong menjadi tandus (Serdang, Selangor) Kawasan bekas lombong mudah terhakis kerana kurang liputan tumbuhan. Bahan terhakis dimendapkan ke dalam sungai dan mencetekkan sungai

pemprosesan

Sektor sekunder

pembinaan

pembuatan

Gangguan kesihatan 1. gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu, pencemaran air, pencemaran bunyi, hujan asid, dan sebagainya. 2.kawasan kilang akan membebaskan dengan banyak bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur, gas kloroflorokarbon, dan lain-lain yang boleh menyebabkan penyakit gatal, barah kulit, penyakit asma, bronkontis dan lain-lain. Pencemaran udara 1. Meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, sulfur oksida, karbon dioksida dan partikel-partikel terampai dalam atmosfera. 2. Terjadi hujan asid disebabkan kualiti air hujan terjejas melalui tindakbalas antara bahan pencemar dengan wap air dalam udara. 3.Pembakaran arang batu dan peleburan bijih besi secara meluas menghasilkan sulfur oksida, debu dan nitrogen oksida yang boleh mencemarkan udara.

Pencemaran sungai dan laut 1. Air hujan asid yang turun akan disusupkan ke dalam tanah dan akan menjejaskan kualiti sumber air tanah. 2. Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, kolam, paya, muara dan laut melalui pembuangan pelbagai bahan enap cemar dan sisa industri. 3. Menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat,air menjadi keruh, air berubah warna, berbau busuk, beracun, dan bertoksid. 4. kawasan pinggir laut yang ditebus guna untuk dibina kilang mengalami hakisan ombak. Suhu meningkat 1. Meningkatkan kejadian pulau haba atau pemanasan setempat. Suhu akan meningkat disebabkan kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera. 2. Terjadinya kesan rumah hijau dan menyebabkan persekitaran menjadi panas

pelancongan

Penyelidikan dan pembangunan

pengangkutan

Teknologi maklumat dan komunikasi

Sektor tertier
Perdagangan dan perniagaan

Utiliti

Perkhidmata n awam dan swasta

Pelancongan
1. Masalah hakisan di tanah tinggi dan pantai akibat pembinaan hotel, resort, padang golf, jalan pengangkutan dan lain-lain kemudahan untuk kawasan pelancongan. 2. Aktiviti penarahan dan perataan cerun bukit atau kawasan tanah tinggi seperti di tanah tinggi cameron akan mendedahkan permukaan cerun secara langsung kepada hakisan percikan air hujan dan hakisan larian air permukaan. 3. Menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil. 4. Fungsi ekosistem hutan seperti habitat, rantai makanan, membekalkan oksigen,mengimbangi karbon dioksida akan musnah apabila ia ditebang untuk aktiviti pelancongan. 5. Perubahan iklim mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi. Kawasan ini tidak sesejuk sebelumnya akibat pemusnahan hutan secara berleluasa.

Pengangkutan
1. Berlakunya tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk dibina jaringan pengangkutan.

2. Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan untuk dibina llebuhraya. Walaupun kawasan yang terlibat kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu. 3. Sesetengah spesies kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.
4. Kesesakan jalan raya yang berlaku khususnya pada musim perayaan menyebabkan pencemaran udara.

Perkhidmatan awam dan swasta


1. Pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi 2. Beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN DASAR ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

DASAR ALAM SEKITAR ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA DI MALAYSIA PEMBENTUKAN DASAR ALAM SEKITAR PELAKSANAAN DASAR ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

DASAR ALAM SEKITAR


Alam Sekitar Sebagai Isu Dasar Awam

Manusia adalah makhluk biologi yang hidup dalam satu persekitaran yang kompleks dan saling berkaitan Analisis merentas sempadan negara Wujud ruang masa yang perlu diambilkira Dasar alam sekitar adalah bersifat antara kerajaan

DASAR ALAM SEKITAR


Konteks Kewujudan Dasar Alam Sekitar

Institusi dalam dasar alam sekitar Strategi asas dalam dasar alam sekitar Pemegang watak dasar alam sekitar

PEMBENTUKAN DASAR ALAM SEKITAR


Tujuan pembentukan dasar berkaitan alam sekitar:

Pengawasan alam sekitar menghormati dan berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia. Penggunaan lestari sumber-sumber asli menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

PEMBENTUKAN DASAR ALAM SEKITAR


Membuat keputusan bersepadu mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor. Peranan sektor swasta - memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar. Komitmen dan kebertanggungjawaban memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, penggunapengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti masing-masing. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

PELAKSANAAN DASAR ALAM SEKITAR DI MALAYSIA


Langkah-langkah Untuk Pelaksanaan Dasar Alam Sekitar 1 Pendidikan dan kesedaran 2 Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar 3 Perancangan pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu 4 Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar 5 Pengukuhan mekanisma pentadbiran dan keinstitusian 6 Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar sejagat, dan 7 Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-Pelan Tindakan

Apabila tahap pencemaran bertambah i.e. melebihi keupayaan pulih semula, sifat daripada jasad air itu akan berubah dan dengan itu kesesuaiannya bagi kegunaan tertentu akan terganggu. Oleh itu kefahaman terhadap kesan pencemaran dan kaedah pengawalannya adalah sangat penting bagi pengurusan sumber air yang cekap.

28

Antara sumber utama pencemaran air

Pelarutresapan mineral dan nutrien e.g. nitrit, nitrat & fosfat dari kawasan pertanian eutrofikasi Hakisan tanah & larian permukaan Penkayaan bahan organik Kenaikan BOD, penyusutan DO Pembuangan efluen industri, buangan toksik dan berbahaya

29

Sumber pencemaran
Sumber pencemaran biasanya boleh dikelaskan kepada dua iaitu: 1. Sumber titik / sumber tetap - sumber yang dapat dikenalpasti (e.g. dari segi lokasi tertentu), senang diurus e.g. discas industri atau pusat rawatan kumbahan. 2. Sumber bukan titik / sumber tidak tetap - sumber yang meresap dari kawasan yang luas e.g. kawasan pertanian, pembukaan tanah dll, mungkin juga terdiri daripada banyak sumber titik pada satu kawasan yang luas.

30

Antara kesan pencemaran air


Berbahaya terhadap kesihatan manusia sumber air minum, rekreasi, dll Berbahaya kepada atau pun menghalang hidupan akuatik Merosakkan kualiti air bagi pelbagai kegunaan berfaedah Penurunan nilai kegunaan berfaedah air

31

You might also like