You are on page 1of 6

www.lamanbahasa..wordpress.

com

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA

02/2

,
I

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHASA MELAYU Kertas 2 2jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2.

Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 mini! untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 mini! untuk Bahagian C dan 10 mini! untuk Bahagian D. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

3.

4.

Kertas soalan ini rnengandungi 6 halarnan bercetak dan 2 halarnan tidak bercetak [Lihat halaman sebelah SULIT

02/2

2013 Hal< Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

www.lamanbahasa..wordpress.com

SULIT

02/2

Bahagian A (i) - Ringkasan


[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mempelajari sejarah kepada masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Sejarah merupakan mata pelajaran yang dianggap membosankan sebilangan pelajar pada peringkat menengah atau universiti. Bagi mereka mata pelajaran sejarah merupakan peristiwa silam yang hanya boleh difahami dengan membaca serta menelaah buku. Hakikatnya sejarah amat relevan kerana sejarah mendukung dan membentuk keperibadian sesebuah masyarakat. Pada masa yang sarna kita dapat memahami sejarah negara bangsa kita. Misalnya, sejarah kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 mencetuskan perasaan untuk mempertahankan negara. Sejarah juga perlu dipelajari secara berterusan untuk membina tamadun bangsa yang gemilang. Contoh yang jelas dapat digambarkan dalam kegemilangan sejarah Islam semasa pemerintahan Khulafah' AI-Rasyidin. Dengan mempelajari sejarah, generasi muda akan menghargai bakti perjuangan tokoh pada zaman dahulu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Mat Kilau. Belajar sejarah juga amat reievan kerana sejarah menjadi panduan dan iktibar untuk generasi kini dan akan datang. Tambahan pula, ilmu dalam sejarah dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat melalui peristiwa bersejarah seperti Hari Kemerdekaan. Malah sejarah juga mendidik manusia lebih mengerti tentang nilai kemanusiaan seperti nilai keberanian dalam peristiwa Bukit Kepong. Dalam usaha melestarikan warisan budaya sesebuah bangsa, mata pelajaran sejarah ialah wadah yang paling sesuai digunakan. Tidak dapat dinafikan kesan tinggalan sejarah masih dapat dilihat sehingga hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sejarah mempunyai bukti yang konkrit termasuklah artifak, sumber lisan, monumen, surat perjanjian dan manuskrip. Tuntasnya, kerelevanan sejarah dalam konteks kehidupan manusia tidak dapat disangkal sampai bila-bila kerana sejarah merupakan peristiwa silam yang banyak meninggalkan kesan positif serta dikenang sepanjang zaman.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana 'Kerelevanan Sejarah', Ridzuan Kamis, Dewan Siswa, Oktober 2011

02/2 2013 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

SULIT

www.lamanbahasa..wordpress.com

SULIT

02/2

Bahagian A(ii) - Pemahaman


[ 10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berikan maksud rangkai kata peristiwa silam.

[2 markah]

Berdasarkan petikan, nyatakan dua sebab pelajar tidak menyukai mata pelajaran Sejarah. [4 markah]

Pada pendapat anda, apakah langkah-Iangkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah [4 markah] untuk memupuk minat pelajar mempelajari sejarah?

02/2 2013 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

[Lihat halaman sebelah SULIT

www.lamanbahasa..wordpress.com

SULIT

4
Bahagian B

02/2

[20 markah]
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah-langkah menyayangi alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang langkah-Iangkah menyayangi alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KEMPEN EARTH HOUR

SAMBUTAN HARI BUMI

BEG KITAR SEMULA KETIKA MEMBELI-BELAH

DIDIKANAK MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT YANG BETUL

02/2 2013 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

SULIT

--------

"'l

www.lamanbahasa..wordpress.com

SULIT

5
Bahagian C

02/2

[40 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

Baru-baru ini anda telah menyertai satu program khidmat masyarakat anjuran sekolah anda. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang anda lakukan semasa program tersebut berlangsung.

Sempena Hari Koperasi Sekolah, anda akan menyertai pertandingan syarahan bertajuk 'Kebaikan Koperasi Sekolah'. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak untuk membentuk keluarga bahagia.

Bincangkan pernyataan di atas.

Orang Kelainan Upaya (OKU) pada hari ini seolah-olah dipinggirkan oleh segelintir masyarakat. Huraikan langkah-langkah untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).

Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh membawa maksud persefahaman dalam masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

02/2 2013 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

[Lihat halaman sebelah SULIT

www.lamanbahasa..wordpress.com

SULIT

6
Bahagian D

0212

[ 10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

ISTANA MENANTI

Karya Abd LatifTalib

SUKARMEMBAWA TUAH

Karya M.Z.Erlysha
PENGAJARAN BUKAN DUNIAKU

Karya Aida Shahira

HIKMAH

Karya Mohd Faris Ikmal

Berdasarkan senarai novel di atas, huraikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada novel tersebut.

KERTASSOALANTAMAT

02/2 2013 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah, MARA

SULIT

You might also like

  • Kedah BM K2 (A)
    Kedah BM K2 (A)
    Document6 pages
    Kedah BM K2 (A)
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Modul Latihan
    Modul Latihan
    Document6 pages
    Modul Latihan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Cerpen N Prosa Klasik
    Cerpen N Prosa Klasik
    Document33 pages
    Cerpen N Prosa Klasik
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Tenik Menjwb Rumusan
    Tenik Menjwb Rumusan
    Document6 pages
    Tenik Menjwb Rumusan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Dua Geliga Hikmat
    Dua Geliga Hikmat
    Document7 pages
    Dua Geliga Hikmat
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Modul HR
    Modul HR
    Document70 pages
    Modul HR
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Latihan 1
    Latihan 1
    Document17 pages
    Latihan 1
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet
  • Puisi
    Puisi
    Document39 pages
    Puisi
    Shuhainor Abdul Rahman
    100% (1)
  • Latihan
    Latihan
    Document3 pages
    Latihan
    Shuhainor Abdul Rahman
    No ratings yet