You are on page 1of 12

Pendahuluan HIV (Human immunodeficiency Virus) adalah sejenis virus daripada kumpulan retroviru yang menyebabkan jangkitan sepanjang

hayat Virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit secara pelahan-pelahan. HIV Berjangkit daripada mereka-mereka yang telah dijangkiti kepada orang yang sihat melalui 3 cara: Hubungan seks Perpindahan Darah dan Hasil Darah Ibu Kepada Anak Dalam kandungan

Jangkitan HIV/AIDS melalui hubungan seks. Virus HIV bejangkit melalui hubungan seks tidak selamat dengan pembawa HIV atau AIDS.Hubungan seks secara rambang dan bertukar-tukar pasangan adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV.Kebanyakan pesakit HIV di dunia mendapat jangkitan melalui hubugan seks. Virus HIV yang mendapat di dalam darah pesakit HIV/AIDS akan dipindahkan melalui : Perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah Menerima darah atau hasil darah yang tidak disaring Menerima organ yang tidak disaring

Cara jangkitan yang paling efisien tetapi bilangan pesakit yang mendapat jangkitan melalui pemindahan darah di Negara ini sangat kecil keranan Kementerian Kesihatan Malaysia mengamalkan tatacara pemindahan darah yang kemas dan teliti.

HIV juga boleh berpindah daripada ibu kepada anak melalui : Semasa dalam kandungan Semasa melahirkan Melalui penyusuan ibu selepas dilahirkan.

Ibu yang positif boleh menurangkan risiko jangkitan dengan mengambil rawatan semasa mengandung, melahirkan anak melalui pembedahan dan tidak menyusu anak dengan susu badan selepas kelahiran anak Risiko jangkitan tanpa rawatan ialah 30% atau 1 dari 3 anak yang dilahirkan akan dijangkiti. I. Virus HIV memusnahkan system pertahanan badan manusia II. Virus HIV akan menyerang sel yang merangsang imuniti dalam manusia. III. Virus HIV melekat pada dinding sel sasaran kemudian masuk ke dalam sel. IV. Virus HIV yang tidak membiak dangan sendiri (virus RNA) akan mencari bahan genetic sasaran sel. V. Virus HIV akan melakukan replikasi mengunakan DNA sel sasaran. VI. Virus HIV baru akan terhasil dan proses ini akan berulang dan terhasil beribu-ribu viral VII. Apabila semua atau hampir semua sasaran sel telah diserang dan musnah, daya tahan badan melawan penyakit telah atau hampir lumpuh.

Peringkat Jangkitan HIV Peringkat Windows Peringkat tiada tanda Peringkat akhir

Peringkat windows: Pesakit Nampak sihat Ujian HIV adalah negatif (antibody masih belum dapat dikesan) Virus HIV membiak dengan cepat Jumlah HIV dalam darah sangat tinggi dan mudah untuk menjangkiti orang lain. Peringkat Tiada tanda: Pembawa Nampak sihat walaupun ujian HIV adalah positif Virus HIV akan mengurangkan keupayaan system pertahanan dalam badan pembawa HIV Hampir kesemua pesakit HIV akan menunjukan tanda-tanda AIDS. Peringkat Akhir: Mudah mendapat penyakit seperti kandidiasis, Kaposi Sarcoma, TB dan PCP (pnuemocytosis Carini Pneumonia).

Program Kawalan dan Pencegahan AIDS/STD 1. Penyebaran Informasi berkaitan HIV/AIDS/STD melalui bahan pendidikan dan komunikasi berkesan melibatkan : Edaran risalah, poster serta bahan pendidikan yang lain. Pameran static atau bergerak Seminar, konferen dan mesyuarat. Mengadakan Hari AIDS Sedunia. Menjalankan Program Remaja Sihat Tanpa AIDS (PROSTAR) di sekolahsekolah. 2. Memantau Aktiviti Surveilance dan Analisis Reten Pendaftaran Kes (National Diseases Burden) Notifikasi kes mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 Notifikasi kes mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 Pengesanan Kontak / partner notification. Reten-reten bulanan Pengumpulan Data Berterusan dan Sistematik Program pencegahan dan kawalan AIDS melalui Program Pengurangan Kemudaratan Perluasan Program Pertukaran Jarum Suntikan - Merancang dan melaksanakan aktiviti Program Pertukaran Jarum Suntikan (NSEP) di Klinik Kesihatan. Pemantauan dan Penilaian - Memantau aktiviti Program Pertukaran Jarum Suntikan(NSEP) di Klinik Kesihatan Program Rawatan Terapi Gantian Dengan Methadone (MMT)

3.

Aktiviti-aktiviti pencegahan penularan dan pengesanan kes. Menjalankan saringan HIV melibatkan Penderma darah/organ. Blood dependents patient. Penerima Organ/ Tissue. Pekerja-pekerja asing Pesakit STD Pesakit TIBI Pekerja-pekerja seks secara direct atau indirect. Orang awam yang berisiko tinggi melalui Saringan HIV Sukarela /Tanpa Nama . Ibu Mengandung (PMTCT) Kontak kepada mereka yang HIV positif. Bakal pengantin melalui Saringan HIV Pra Perkahwinan (Pre Marital Screening) Klien Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) Program Pertukaran jarum Suntikan Dadah (NSEP),Metadon dan kondom.

Pengesanan Kes HIV di Daerah Kuantan Bilangan kes HIV/AIDS yang dilaporkan di daerah kuantan pada tahun 2012 sebanya 90 kes. Berikut adalah graf kejadian kes HIV/AIDS sepanjang tahun 2008 hingga 2012.

Bilangan kes HIV/AIDS dari tahun 2008 hingga 2012 Tahun Kes HIV/AIDS 2008 2009 53 Hiv 27 2010 41 Hiv 31 2011 91 Hiv 80 2012 95 Hiv 82

55 Hiv 49

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

Bilangan Kes

2008 2009 2010 2011 2012

Bilangan Kes HIV/AIDS Mengikut Jantina Pada Tahun 2012 Bagi Daerah Kuantan Jantina Lelaki Perempuan
19

Bilangan Kes 76 19

Lelaki Perempuan

76

Antara faktor utama di Malaysia bilangan lelaki adalah lebih banyak berbanding wanita adalah faktor penagihan dadah yang tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Penagihan melibatkan penukaran jarum banyak menyumbang kepada perebakan penyakit ini. Selain hal ini faktor kurang pengetahuan mengenai perebakan HIV melalui seks juga berlaku. Lelaki yang melanggan pelacur juga terdedah dengan penyakit ini dan berkemungkinan untuk menjadi pembawa sekiranya bertukar-tukar pasangan dan juga mengamalkan cara seks bebas dan homoseksual. Kebiasaanya wanita lebih mudah mendapat HIV hal ini kerana semasa hubungan seks banyak air mani yang mengandungi bilangan virus HIV yang aktif ditumpahkan ke dalam faraj. Mereka lebih mudah mengalami carikan tisu di dalam faraj yang memberi laluan kepada jangkitan HIV. Bilangan kes juga dilihat meningkat berdasarkan tahun. Berbanding tahun sebelumnya, Peningkatan dilihat sebanyak sekali ganda pada tahun 2012. Hal ini berkaitan dengan cara kehidupan di kawasan Kuantan. Kawasan ini adalah kawasan bandar dan kawasan yang maju. Corak kehidupan dan pengaruh gejala seperti penyalahgunaan dadah ,pelacuran dan seks bebas kian meningkat. Kesedaran terhadap penyakit ini juga perlu ditingkatkan lagi.

Bilangan Kes HIV / AIDS Mengikut Bangsa Pada Tahun 2012 Bagi Daerah Kuantan

Bangsa Melayu Cina India


70 60 50
kes

Bilangan Kes 62 24 9

62

40 30 20 10 0
Bangsa

Melayu 24 9 Cina India

Malaysia secara majoriti adalah Melayu. Bilangan kes HIV di kalangan kaum melayu adalah tinggi berbanding kaum-kaum yang lain. Perubahan adalah kerana penagihan dalam kalangan orang melayu adalah tinggi dan ini merupakan penyumbang utama. Penagihan mengunakan jarum adalah cara terbanyak dalam menyumbang kepada perebakan virus HIV. Kaum Cina adalah kedua juga merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia dan begitu juga kaum India, ketiga.

Bilangan Kes HIV/AIDS Mengikut Kumpulan Risiko Pada Tahun 2012 Daerah Kuantan

Jenis Jangkitan IDUs Heteroseksual Homoseksual Biseksual Tiada risiko

Bilangan Kes 48 30 9 7 1

Kebanyakkan punca jangkitan disebabkan oleh perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah dan melalui hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti virus HIVH. IDU (intavenadrugs user) adalah golongan paling tinggi dalam kumpulan berisiko untuk mendapat jangkitan HIV, hal ini berikutan perkongsian jarum mungkin berlaku dan pembawa ssendiri tidak sedar dia mempunyai penyakit HIV mengikutan tahap kesedaran yang rendah dan tidak mahu membuat saringan kesihatan berikutan penyalahhgunaan dadah. Golongan heteroseksual boleh dianggap biasa sekiranya tidak bertukar-tukar pasangan, tetapi boleh menjadi sebaliknya jika individu ini bertukar-tukar pasangan. Seks bebas juga merupakan golongan yang berisiko untuk menyebarkan penyakit ini. Seks bebas dan terjebak dengan pelacuran juga meningkatkan lagi risiko untuk mendapat dan menjadi pembawa kepada penyakit ini. Hal ini demikian kerana pembawa tidak sedar akan penyakit dialami dan kemudian mengadakan hubungan seks dengan orang lain yang lebih sihat menyebabkan penyakit merebak. Golongan yang tiada risiko juga secara tidak sengaja boleh terkena jangkitan seperti pemindahan darah yang di terima terkena jarum suntikan ( needle pirk injury) atau mendapat dari pengkongsian barang peribadi dengan golongan berisiko.

1
IVDU HETEROSEKSUAL HOMOSEKSUAL BISEKSUAL TIADA RISIKO

48 30

Bilangan Kes HIV /AIDS mengikut Pecahan Umur Pada Tahun 2012 Bagi Daerah Kuantan

Pecahan Umur Bawah 2 Tahun 2-12 tahun 13-19 tahun 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 50 Tahun Keatas

Bilangan Kes 0 0 3 16 35 26 15

35 30 25 20 15 10 5 0 Baw ah 2 Tahun 2-12 tahun 13-19 tahun 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 50 Tahun Keatas

Tiada kes bagi kes dibawah 12 tahun, kes ini kurang berlaku kerana hal ini berlaku biasanya disebabkan pemindahan dari ibu kepada anak dalam kandungan semasa kelahiran atau semasa penyusuan. Golongan ibu biasanya sudah disaring dan akan dipantau sekiranya terdapat kes melibatkan HIV atau AIDS. Tertinggi adalah gologan berumur 30-39 tahun Golongan ini berisiko kerana golongan ini biasanya sudah berada didalam golongan yang berisiko seperti penagihan dadah, seks bebas ataupun pelacuran. Remaja dalam lingkungan 13-19 tahun juga berisiko kerana mungkin terjebak dengan aktiviti penagihan dadah. Peringkat dewasa permulaan juga berisiko seramai 16 orang daripada 20-29 tahun yang terlibat. Golongan ini berisiko berkemungkinan corak kehidupan yang moden dan kurang tahap kesedaran berkenaan penyakit HIV.

Kesimpulan.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya tahun 2012 mencatatkan peningkatan kes HIV yang tinggi. Hal ini dapat di kurangkan sekiranya tahap kesedaran terhadap penyakit ini dapat dipertingkatkan lagi, dimana tahap kesedaran terhadap penyakti HIV adalah lemah dan kes ini meningkat berdasarkan hal ini. Penagihan dadah adalah punca utama jika dilihat daripada golongan berisiko. Kes IVDU/IDU dapat dikurangkan sekiranya bertegas dengan penagihan dadah di dalam negara ini. Terapi sepereti methadone perlu diwar-warkan lagi bagi merawat mereka dan mengurangkan risiko serta dapat memberi khidmat kesihatan yang baik untuk mereka.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 3 SEMESTER 1 Laporan Epidimologi (Human Immunodificiency Virus)

NAMA: AHMAD TARMIZI BIN ZOKIFLI NO. KP: 930210 - 11 - 5721 NO. MATRIK: BPP2011 - 5955 PENEMPATAN: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUANTAN TARIKH: 8/7/2013 4/8/2013

You might also like