You are on page 1of 29

1 Pengenalan Keperluan untuk berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia.

Sejak permulaan zaman lagi, manusia telah berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah. Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita mengenalpasti kadah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi. Kebanyakkan bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi, menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada ahli puak yang lain. Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon. Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan komunikasi.

2 Maksud Telekomunikasi dan Komunikasi Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. Tele bermaksud sangat jauh. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. komponen-komponen berikut : Penghantar Bahantara Penerima mencipta maklumat yang akan dihantar. - maklumat akan dihantar melaluinya. - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.

Gambarajah sistem telekomunikasi mudah

Komunikasi berasal daripada perkataan pemproses data dan telekomunikasi. Secara umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik. Komunikasi data atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti perkakasan yang boleh bercakap antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian komunikasi.

Komunikasi sebenarnya berada di sekeliling kita. Manusia telah berkomunikasi dalam pelbagai cara sejak permulaan kewujudan mereka dalam bentuk tulisan , lukisan isyarat, simbol dan bahasa. Terdapat banyak paras komunikasi daripada inter, intra, kumpulan, organisasi kebangsaan dan global. Kita juga boleh bercakap mengenai komunikasi haiwan dan juga cara komputer berkomunikasi dimana komputer menjadi pengantara mesej tersebut. Dalam era maklumat, banyak bentuk komunikasi yang kita terima telah menjadi pengantara dalam beberapa cara oleh teknologi. Kesimpulannya komunikasi merupakan sebahagian daripada telekomunikasi, dimana tele di hadapan perkataan komunikasi menerangkan kepada kita bahawa komunikasi tersebut mempunyai jarak yang jauh antara penghantar dan penerima. Semua pengguna boleh berhubung antara satu sama lain tidak kira walau dimanapun mereka berada di dunia ini sekiranya mempunyai bahantara komunikasi atau rangkaian tersebut seperti telefon.

Evolusi Rangkaian Komunikasi Moden Sejarah komunikasi elektronik moden bermula dengan eksperimen telefon Alexander Graham Bell, dimana percakapan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik dan dihantar melalui wayar fizikal dan distrukturkan semula apabila sampai kepada penerima. Percakapan sebenarnya ialah getaran udara yang menggetarkan sebuah kon kertas dimana satu gelung yang kecil diletakkan. Ini akan menghasilkan isyarat elektrik dalam gelung tersebut yang mana berkadaran dengan getaran kon kertas. Satu isyarat elektrik yang sama telah dibina dalam gelung tersebut yang mana kemudiannya boleh dihantar bersama sepasang wayar kepada alat penerima yang akan menukar isyarat elektrik tadi kepada gelombang bunyi semula. Alexander Graham Bell dilahirkan Edinburgh, Scotland pada tahun 1847. Kemudian dia bermigrasi ke Amerika Syarikat dan menetap di Boston. Bell berminat dalam pendidikan golongan yang pekak dan telah mencipta mikrofon dan selepas itu pada tahun 1876 pula, beliau telah mencipta mesin percakapan elektrik yang kini dikenali lebih sebagai telefon. Pada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan jarak jauh telah dibuat merentasi Boston, Massachussetts dan Bandar New York. Dalam eksperimen awal untuk memindahkan percakapan ini, wayar kuprum telah digunakan sebagai media sambungan dimana isyarat bergerak. Ini adalah kerana wayar kuprum merupakan konduktor yang baik yang mana ia membenarkan isyarat elektrik itu mengalir ke dalam wayar itu dengan mudah. Apabila penggunaan telefon semakin popular, lebih ramai orang mahu berkomunikasi antara satu sama lain, jadi satu pusat pertukaran (pertukaran telefon) dibina. Setiap pelanggan disambungkan kepada pemindahan telefon melalui satu wayar yang membawa isyarat daripada telefon mereka.

Apabila keperluan untuk sambungan dalaman telefon pelanggan bertambah, mereka disambungkan melalui wayar atas kepada pusat pertukaran dimana wayar fizikal daripada setiap pelanggan disambungkan kepada wayar fizikal pelanggan yang lain melalui operator manual. Oleh kerana lebih ramai pelanggan disambungkan, maka lebih banyak operator diperlukan untuk menyambung panggilan. Ini telah menimbulkan masalah, jadi pembangunan untuk proses pengautomatikan sambungan diantara pelanggan pun bermula, seterusnya pertukaran pemindahan telefon automatik teleh menjadi kenyataan dan menggantikan operator tempatan tetapi mereka masih digunakan untuk menyambung panggilan jarak jauh. Wayar pelanggan daripada rumah mereka ke pusat pertukaran telefon berada diatas, dan dipasang dengan cara yang sama dengan kebanyakkan wayar elektrik yang ada sekarang di atas tiang yang dimasukkan ke dalam tanah sejauh 15 kaki tinggi. Ini menyebabkan ianya sukar untuk diuruskan. Kualiti pemindahan diganggu oleh cuaca kerana apabila hujan akan terdapat kebocoran yang menyebabkan isyarat pergi ke tanah dimana sepatutnya ia bergerak disepanjang wayar. Pelanggan luar bandar mula berkongsi kabel jadi satu kabel boleh menampung beberapa pelanggan sama ada satu panggilan pada satu masa atau pada masa yang sama menggunakan isyarat radio untuk memisahkan setiap perbualan. Untuk menyambungkan pemindahan telefon bersama-sama, kerja kerja bermula dengan menggunakan kabel yang berlainan dan penggunaan isyarat radio melalui kabel seperti coax. Untuk pelanggan luar bandar, yang tinggal lebih jauh daripada pusat pertukaran ianya adalah terlalu mahal untuk menyediakan satu kabel untuk satu pelanggan . Jadi keperluan untuk membolehkan satu kabel membawa lebih dari satu perbualan menigkat supaya dengan cara ini pelanggan dapat berkongsi satu kabel dan menjimatkan duit syarikat telefon. Jadi dalam masa yang singkat, dengan menggunakan isyarat radio, setiap kabel wayar terbuka mampu membawa 12 perbualan yang berasingan dengan isyarat telegraf sebagai pilihan.

Jarak kemudiannya menjadi satu faktor penghalang, jadi kerja untuk meningkatkan jarak yang boleh dilalui oleh isyarat untuk dihantar dan diterima dimulakan. Satu cara ialah dengan menambah diameter kabel yang juga boleh menyebabkan kabel itu menjadi lebih berat. Kos untuk membeli kabel adalah sangat tinggi sebelum peralatan yang khusus digunakan untuk membawa lebih dari satu perbualan percakapan dalam satu pasang wayar. Ini dilakukan dengan satu teknik yang dikenali sebagai multipleksing. Ini telah merendahkan kos untuk meyediakan talian percakapan kepada pelanggan.yang mana sebelum ini satu kabel hanya untuk satu talian perbualan, sekarang satu kabel boleh memuatkan ratusan talian percakapan . Ini membolehkan peningkatan dalam hasil untuk dikumpul bagi setiap kabel oleh syarikat telefon. Apabila isyarat bergerak melalui kabel, sebahagian daripadanya diserap oleh kabel dan akhirnya isyarat yang sampai telah hilang kekuatannya jika dibandingkan dengan sewaktu isyarat itu dihantar. Jadi ini bermaksud jika kabel tersebut adalah terlalu panjang, tidak ada isyarat yang akan sampai di akhirnya atau isyarat itu akan jadi terlalu lemah dimana kita tidak akan dapat mendengarnya. Satu kabel yang lebih tebal kurang menjejaskan isyarat jika dibandingkan dengan kabel yang lebih nipis, jadi kita boleh menghantar isyarat pada jarak jauh dengan menggunakan kabel yang lebih tebal sebelum isyarat itu menjadi terlalu lemah. Walau bagaimanapun, kabel yang tebal adalah lebih mahal dan lebih berat. Sistem wayar terbuka asalnya dibuat daripada kuprum, tetapi kosnya kini telah meningkat. Attenuation adalah satu ukuran untuk mengira berapa banyak isyarat yang telah hilang apabila ia bergerak melalui medium komunikasi. Sebahagian daripada isyarat itu bertukar sebagai haba atau diserap oleh medium komunikasi. Bukan semua isyarat yang dihantar sampai kepada penerima. Attenuation diukur dalam unit decibles(dB). Kehilangan 3dB bermaksud separuh daripada isyarat telah hilang apabila ia sampai

7 kepada penerima. Lebih jauh jarak yang dilalui oleh isyarat, lebih banyak attenuation yang akan dialami oleh isyarat tersebut. Sistem wayar terbuka berasaskan kuprum telah memberi laluan kepada sistem wayar terbuka berasaskan aluminium. Kabel jenis ini mestilah lebih tebal kerana aluminium tidaklah sebagus kuprum tetapi ianya adalah lebih ringan dan lebih murah. Masalah lain yang timbul pula ialah aluminium mengalami pengoksidaan apabila terdedah kepada udara dan ini juga akan menjejaskan isyarat apabila ia bergerak melalui kabel. Kabel aluminium mula digunakan semenjak perang dunia kedua iaitu apabila kuprum sukar didapati. Sistem wayar terbuka yang terdedah kepada cuaca selalunya gagal berfungsi sewaktu musim hujan dan ribut. Ia biasanya disambar oleh kilat atau pokok tumbang. Tidak lama selepas itu sistem wayar terbuka yang menyediakan perkhidmatan pada pelanggan luar bandar telah digantikan oleh bentuk sistem komunikasi yang lain.

Alat- alat Telekomunikasi 1. Telefon Dalam sejarah , telefon pada mulanya tidaklah diterima dengan baik. Pada peringkat awal, suara melalui telefon hampir tidak dapat didengar. peringkat awal abad adalah terlalu mahal untuk Kadar jarak jauh di semua orang. hampir

Walaubagaimanapun, perkhidmatan tel;efon terus berkembang dan meningkat dan sekarang ia merupakan sebahagian daripada keperluan komunikasi yang amat penting. Sejarah Telefon 1876 1877 : Alexander Graham Bell mendapat paten untuk membuat telefon : Perkhidmatan telefon komersial yang pertama iatu Bell Telephone beroperasi 1881 : Talian jarak jauh yang pertama digunakan untuk oaring awam diantara Boston dan Providence 1891 1900 : Sistem Dial Automatik yang pertama direka : Loading coil, satu alat yang significantly mengurangkan tendency isyarat telefon menjadi lemah disebabkan jarak telah diperkenalkan 1915 1927 : Pembukaan talian diantara New York dan Francisco secara rasmi : Perkhidmatan Telefon Komersial oleh radio diantara New York dan London dibuka buat pertama kalinya. 1947 : Bermulanya penggunaan radio gelombang mikro yang kemudiannya mendominasi karier untuk telefon jarak jauh di Amerika Syarikat 1965 : Bermulanya penggunaan sistem pertukaran elektronik dengan pejabat pusat elektrik komersial yang pertama

2. Faksimili Mesin Faksimili, atau lebih dikenali sebagai mesin faks telah digunakan beberapa tahun malahan mesin faks yang pertama dikeluarkan ialah pada tahun 1843. Walau bagaimanapun mesin faks tidak digunakan dengan begitu meluas sehinggalah tahun 1970 an. Mesin faks yang pertama adalah dalam bentuk analog, oleh sebab itu, ia mencetak maklumat pada masa yang sama semasa maklumat itu diterima. Mesin penerima tersebut pula perlu tahu lokasi yang tepat pada muka surat yang diterima untuk bertindak balas terhadap maklumat yang dihantar. Ini memerlukan penyelerasan yang teliti kerana biasanya imej yang diperolehi telah rosak. Sesetengah piawaian mesin faks yang terawal menggunakan hubungan komunikasi yang perlahan tanpa sebarang pemampatan. Satu piawaian yang diklasifikasikan sebagai Group 1 menggunakan modulasi frekuensi secara terus untuk menyampaikan maklumat imej. Setiap frekuensi menyatakan warna yang berbeza, dan hanya dua warna yang terlibat iaitu : 1300 Hz mewakili piksel putih dan 2100 Hz mewakili piksel hitam. Kaedah ini memerlukan lebih kurang 6 minit untuk memindahkan sehelai muka surat maklumat. Kumpulan 2 menukar kaedah modulasi kepada modulasi amplitud dan menindih sideband untuk memampatkan bandwidth. Piksel putih dikenalpasti oleh isyarat ampltud maksimum, piksel hitam pula dikenalpasti oleh isyarat amplitud minimum. Secara keseluruhanya pemindahan ini memakan masa selama 3 minit untuk setiap muka surat yang dihantar. Dewasa ini, jenis mesin faksimili yang digunakan secara meluas ialah Kumpulan 3. Komunikasi mesin faks jenis ini menggunakan kaedah modulasi yang menggabungkan modulasi fasa dan modulasi amplitud. Tambahan pula, data digital

10 dipadatkan dengan menggunakan pengekodan panjang larian yang menghasilkan masa pemindahan kurang dari seminit untuk setiap mukasurat. Satu lagi jenis faks iaitu Kumpulan 4 biasanya digunakan dengan Rangkaian Data Awam. Disini, kita akan mengendalikan keperluan bahagian-bahagian kumpulan 3 yang paling popular dan digunakan di atas talian telefon yang piawai. Komunikasi Faksimili akan terus berkembang. Tambahan akan dibuat kepada spesifikasi Kumpulan 3 seperti yang telah dibuat sebelum ini. Peningkatan dalam komputer kos rendah dan peralatan komunikasi akan membawa peningkatan dalam prosedur faksimili. Penggunaan Internet juga sudah semakin meluas dan sudah terdapat pelbagai cara untuk menghantar faks melalui rangkaian komputer dunia dan pastinya keadaan teknologi faksimili akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

11

Bahantara Komunikasi Terdapat pelbagai jenis saluran komunikasi di Malaysia dan bahantara untuk melaksanakan penghantaran maklumat ini adalah : 1. Pasangan Dawai Juga dikenali sebagai dawai terpintal, terdiri daripada satu pasang dawai tembaga berpintal. Kabel jenis ini mewakili teknologi penghantaran elektronik yang paling lama, talian telefon biasa yang digunakan oleh sistem telefon ialah pasangan dawai. Satu pasang dawai dapat melayan dua titik sahaja iaitu dua orang atau dua peranti pada satu masa. Faedah paling besar yang yang didapati daripada penggunaan pasangan dawai dalam komunikasi data pada masa kini ialah kerana talian telefon boleh dikatakan sudahpun ada disegenap pelusuk dunia. Oleh itu maklumat seolaholah boleh dihantar kemana-mana tempat diserata dunia. Cara ini adalah murah.

Pasangan Dawai

12

2. Kabel Sepaksi Kabel Sepaksi terdiri daripada satu bahan pelindung berbentuk silinder berteraskan dawai atau teras pejal yang disaluti dengan bahan penebat. Merupakan satu bahantara yang lebih dipercayai untuk penghantaran data. Kabel ini digunakan didasar lautan telah sekian lama untuk menyediakan komunikasi telefon antara benua.

Kabel Sepaksi 3. Kabei Gentian Optik Kabel Gentian Optik merupakan kabel yang dicipta daripada gelas dan disalut oleh selaput plastik. Isyarat dijanakan oleh diod foto (photo diode) dan diterima oleh penerima foto (photo receptor). Kabel Gentian Optik tidak mengalami gangguan elektromagnet, dan dapat mencapai kadar penghantaran data yang tinggi melalui jarak jauh. Ia biasanya digunakan untuk sambungan WAN yang memerlukan lebar jalur yang tinggi serta mencapai jarak yang jauh. Disebabkan setiap kabel optik gentian hanya dapat menghantar isyarat sehala, maka sepasang kabel optik gentian mestilah dibekalkan untuk mencapai komunikasi dua hala.

13

Kabel Gentian Optik 4. Mikrogelombang Merupakan isyarat radio yang mempunyai frekuensi tinggi, dihantar menerusi ruang angkasa lepas. Isyarat ini dipancarkan dengan jitu dalam penghantaran garisan penglihatan dari satu antenna ke antena lain. Antena tersebut diletakkan dipuncak bukit, diatas menara atau diatas bangunan yang tinggi. Lazimnya jarak antara antena tersebut ialah 25 hingga 50 batu. mikrogelombang. Penghantaran adalah lebih pantas dengan

Mikrogelombang

14

5. Satelit Sistem komunikasi satelit menggunakan stesen bumi (earth station) untuk mencapai satelit yang terdapat pada orbit sekeliling bumi. Terdapat beberapa kategori satelit, iaitu GEO, MEO dan LEO. Satelit Geosynchronous Earth Orbit (GEO) merupakan satelit yang paling mudah dicapai sebab ia terdapat pada tempat yang tetap. Namun, masa lengah penyiaran (propagation delay) daripada stesen bumi ke satelit GEO adalah lama (~130 ms). Sistem satelit Middle Earth Orbit (MEO) dan Low Earth Orbit (LEO) telah dicadangkan untuk mengurangkan masa lengah penyiaran tersebut.

Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke negara lain dalam lingkungan lautan-lautan Hindi dan Pasifik. Malaysia juga kini mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2. Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen industri angkasa.

15

Perkembangan Dunia Telekomunikasi di Malaysia Industri telekomunikasi dianggap penting sekarang di Malaysia memandangkan sumbangannya sebagai alat teknologi untuk pertumbuhan pembangunan negara. Industri telekomunikasi di Malaysia berkembang secara agresif dengan bermulanya pengunaan telefon dan perkhidmatan telegrafik selepas Perang Dunia Kedua sehingga kepada rangkaian telekomunikasi yang canggih menggunakan kabel fiber optik, gelombang mikro dan sistem satelit untuk menghubungkan komuniti yang berada di desa dan bandar. Rakyat Malaysia juga bertuah kerana dengan adanya Menara Kuala Lumpur dan perkhidmatan All Asia Television and Radio Company (Astro) melalui Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Measat Broadcast) adalah dua pekara penting dalam bidang telekomunikasi negara yang meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju. Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi paling cantik pernah dibina sehingga kini. Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dipertanggungjawabkan untuk merangka polisi jangka pendek dan jangka panjang sektor telekomunikasi di Malaysia. Berdasarkan polisi telekomunikasi sekarang, pihak yang terbabit diarahkan untuk

16 memajukan negara supaya kaya dengan maklumat melalui kemudahan rangkaian telekomunikasi canggih . Strategi yang telah dirangkakan ialah perkhidmatan sedia ada dikembangkan secara lebih sistematik dan menyeluruh. Menjelang 2002, adalah dianggarkan kadar perkhidmatan telefon menjangkau 50 telefon untuk 100 orang di kawasan desa. Kerajaan juga akan mengeluarkan lesen untuk syarikat telekomunikasi jika perlu untuk membekalkan perkhidmatan dan infrastruktur bagi rangkaian jangka panjang. Dari segi infrastruktur, rangkaian telekomunikasi akan menggunakan secara optima fiber optik, gelombang mikro dan sistem satelit. Kerajaan juga akan sentiasa mengkaji semula kadar tarif agar kos adalah pada kadar yang sepatutnya. Dalam menyediakan semua ini, tanggungjawab sosial juga tidak akan diabaikan khususnya dalam penyediaan dan meningkatkan kemudahan telekomunikasi bagi kawasan desa. Kemudahan Infrastruktur Telekomunikasi 1. Koridor Raya Multimedia (MSC) Kemudahan infrastruktur telekomunikasi merupakan salah satu kelebihan daya saingan MSC. Multimedia Super Coridor(MSC) merupakan satu projek mega yang amat berkait rapat dengan perkembangan telekomunikasi di Malaysia. Memandangkan MSC dibangunkan di tempat yang baru yang sebelum ini merupakan kawasan luar bandar maka soal menggantikan infrastruktur telekomunikasi yang lama tidak timbul. Dengan ini, MSC dapat secara terus menggunakan teknologi terkini untuk perhubungan rangkaian. Keluasan kawasan MSC ialah 4500km persegi bermula daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berakhir hingga ke KLCC. Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru di mana konsep kerajaan elektronik diperkenalkan.

17 Sebagai sebuah bandaraya bestari, Putrajaya akan menawarkan kemudahan perkhidmatan telekomunikasi yang canggih dan sesuai dengan kedudukannya di dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perkhidmatan telekomunikasi ini merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti telefon, pengaliran data, televisyen dan video kabel, sistem penyiaran radio dan televisyen kerajaan dan swasta, sistem kamera pengawasan (CCTV) dan jaringan data khusus. Pembangunan perkhidmatan telekomunikasi ini menyediakan penyaluran maklumat untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbagai-bagai di Putrajaya. Justeru itu, jaringan gentian optik digital berkeupayaan 2.5 hingga 10 gigabit digunakan dalam penyaluran maklumat untuk bandar raya ini.

Sementara itu, ibu sawat telekom yang dibina di Precinct Kerajaan akan dihubungkan dengan ibu sawat di Bangi untuk liputan bagi kawasan sekitar Putrajaya. Untuk liputan yang lebih menyeluruh ibu sawat Telekom ini dihubungkan dengan ibu sawat di Kajang, manakala untuk liputan antarabangsa, jaringan ini dihubungkan dengan ibu sawat di Kelana Jaya dan Raja Chulan. Jaringan penyaluran maklumat ini dikawal selia dengan menggunakan sistem berkomputer. Ini bertujuan memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik dengan mengurangkan unsur-unsur gangguan dan penyaluran maklumat terputus.

18

Bangunan ibu sawat Telekom yang siap dibina di Parcel Z di Precinct Kerajaan.

2. Gentian Optik Pelaburan yang besar telah dibuat untuk menyediakan infrastruktur komunikasi yang mengandungi teknologi gentian optik, satelit dan selular bagi menyokong pembangunan telekomunikasi dalam negara. Rangkaian gentian optik yang meluas telah dipasang iaitu 62,600 kilometer yang menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara. Rangkaian gentian optik membolehkan jalur lebar yang berkeupayaan tinggi menghantar pelbagai bentuk trafik seperti data, suara dan video. Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit

19 iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke negara lain dalam lingkungan lautan Hindi dan Pasifik. Bagi MSC, rangkaian tulang belakang gentian optik yang merangkumi 360 kilometer telah siap dibina. Pembinaan tulang belakang tersebut juga melibatkan pemasangan suis Mod Pertukaran Asinkroni (ATM) di Cyberjaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Bukit Jalil bagi menyokong penggunaan multimedia jalur lebar dan capaian Internet berkelajuan tinggi. Infrastruktur jalur lebar MSC terdiri daripada empat jalur utama di mana setiap satu mempunyai lebarjalur antara 2.5 ke 10 gigabit sesaat (Gbps). 3. Internet Internet dan teknologi tanpa wayar merupakan dua teknologi terpantas yang dibangunkan dalam bidang telekomunikasi. Enam ISP telah diberikan lesen tetapi hanya tiga yang telah mula menyediakan perkhidmatan Internet kepada pelanggan. Bagi melengkapkan ISP, Pembekal Khidmat Capaian (ASP) juga turut diberikan lesen. Terdapat 43 ASP di seluruh negara yang kebanyakannya beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Dengan kemajuan teknologi tanpa wayar, peranti capaian jenis baru yang berpatutan harganya telah tersedia untuk capaian Internet. Peralatan ini termasuklah peranti Aplikasi Protokol Tanpa Wayar (WAP) seperti telefon mudah alih, peranti pegang dan petak kotak. Di Malaysia, Internet kini menjadi alat berkomunikasi terpenting untuk bertukar emel, melayari World Wide Wide (WWW), menghantar, mewujud dan membaca mesej-mesej dalam kumpulan perbincangan ataupun papan buletin (BBS), dan yang paling digemari, bersembang di bilik chatting. Namun, di negara-negara maju, nampaknya mereka lebih suka membeli-belah menggunakan teknologi ini. Tidak dinafikan juga kebanyakan pengguna internet menggunakan komputer peribadi untuk megakses internet, tetapi kini internet boleh diakses menggunakan televisyen

20 dengan penambahan alatan tertentu tanpa perlu penggunanya memiliki sebuah komputer, dan inilah sebenarnya yang dinamakan teknologi. Untuk perkhidmatan yang lebih komersial, internet sebenarnya disediakan oleh beribu Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP) yang menyediakan perkhimatan mengakses internet di seluruh dunia. Ada yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi, syarikat suratkhabar dan ada juga perkhimatan yang ditawarkan oleh syarikat tv kabel. Di negara kita ada empat Penyedia Khidmat Internet (ISP), bermula dengan perkhidmatan Jaring yang disediakan oleh MIMOS Berhad, TM Net oleh Telekom, Maxis serta TimeDotCom.

4. Wireless Application Protokol Secara asasnya WAP merupakan teknologi yang membolehkan pengguna mencapai aplikasi interaktif seperti melayari Internet dari telefon selular. Melalui WAP, kandungan yang disedia khusus bagi aplikasi ini akan dapat dilayari walaupun dengan menggunakan input melalui papan kekunci kecil dan monitor terhad di telefon selular. WAP juga dapat memberikan kebolehan lebih dari sekadar perkhidmatan pesanan pendek atau Short Messaging System (SMS) seperti mana yang ditawarkan oleh telefon selular digital sekarang ini. Jika SMS membenarkan pesanan teks statik sepanjang 160 aksara sahaja, aplikasi WAP pula boleh disediakan dalam bentuk grafik, teks dan bersifat interaktif. 5. Perkhidmatan Telefon Protokol Internet (IP telephony) atau VoIP (voice over IP) faks melalui protokol Internet

Protokol Internet (IP) hanya merupakan salah satu dari paras prorokol dalam suatu rangkaian. Dalam bahasa paling mudah, apa-apa sahaja yang dihubungkan dengan IP bermaksud melaksanakan komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi yang baik untuk komunikasi data. Sekarang ini banyak syarikat di negara maju, tidak

21 ketinggalan di Malaysia, sedang membina rangkaian IP dengan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. IP adalah satu paras prorokol dalam rangkaian. Bagaimana komunikasi melalui IP terjadi? Secara teorinya, suara dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet, seperti mana kandungan e-mel dipindahkan. Paket IP pergi dan kembali dalam Internet, dan membolehkan pengguna bercakap dan mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan jauh lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon. Terkini dalam pasaran ialah perkhidmatan pra-bayar kad Flexicall JARING (www.flexicall.net). Perkhidmatan ini menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian tulang belakang optik fiber Internet yang dipunyai oleh JARING. Para pengguna boleh menggunakan telefon PSTN di rumah dan dari manamana pondok telefon awam. Ia sememangnya murah untuk membuat panggilan jauh, khususnya panggilan ke sebarang laut.

6. Bidang Pendidikan di Malaysia Pada tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih. Kini boleh dikatakan disetiap sekolah mempunyai makmal komputer untuk tujuan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat ramai anak Malaysia yang celik IT. Kerajaan juga telah menubuhkan sekolah bestari iaitu sebuah sekolah yang menggunakan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

22 Inisiatif sekolah bestari telah diperkenalkan bertujuan melahirkan generasi baru Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi kepada Era Maklumat. Projek ini yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis dalam tempoh RMKe-7 melibatkan 90 sekolah yang terdiri daripada sembilan sekolah baru yang sedang dalam pembinaaan dan 81 sekolah sedia ada yang dinaikkan taraf. Sekolah-sekolah ini telah dilengkapkan dengan peralatan multimedia/komputer yang terkini dan dibekalkan dengan bahan pengajaran bagi empat mata pelajaran iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, sains dan matematik. Bahan ini bukan sahaja menambahkan kurikulum yang berasaskan rangkaian tetapi juga membolehkan pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza untuk memperolehi kejayaan mengikut kemampuan masing-masing. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari membolehkan pihak pentadbir sekolah menguruskan dengan lebih cekap dan berkesan sumber yang ada serta mematuhi proses yang diperlukan untuk membantu fungsi pembelajaran dan pengajaran untuk sekolah-sekolah tersebut. Sebagai pelengkap kepada sekolah bestari, Rangkaian Sekolah Global telah juga diperkenal untuk membolehkan sekolah di Malaysia dihubungkan secara elektronik dengan sekolah yang dipilih di serata dunia.

7. Telesidang dan Videosidang Telesidang menggunakan peralatan telefon khas untuk membenarkan seorang atau ramai orang berbincang dengan sekumpulan manusia yang berada di lokasi berjauhan. Videosidang membenarkan kumpulan yang berada di lokasi geografik yang berbeza melihat dan juga mendengar antara satu sama lain. Teknologi ini menggunakan sambungan telefon khas untuk penghantaran suara dan hubungan satelit untuk penghantaran video.

23

Kebanyakan organisasi di Malaysia terutamanya syarikat- syarikat swasta telah menggunakan telesidang video satu hala dan telesidang audio dua hala. Contohnya, sesetengah syarikat menghantar pelatih ke kolej dan universiti yang dibekalkan dengan keupayaan komunikasi seperti yng disebutkan tadi. Penuntut yang bakal menerima ijazah dapat melihat keadaan dalaman syarikat manakal wakil syarikat tersebut dapat menjawab soalan penuntut dan menerangkan apa yang sedang ditunjukkan. Ini adalah salah satu contoh penghantaran video satu hala. Penghantaran video satu hala dapat memanfaatkan peralatan bergerak. Pada masa kini video dua hala hanya dapat dilaksanakan dalam bilik persidangan khas yang telah disetkan.

Kesimpulan Telekomunikasi bukanlah satu bidang yang baru di negara kita. Bidang ini telah lama berkembang tanpa kita sedari. Bermula dengan penciptaan telefon, faksimili dan seterusnya internet yang membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia tanpa mengira sempadan. Malaysia juga tidak pernah ketinggalan dalam menempuh arus pemodenan bidang telekomunikasi ini. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran MEASAT 1 dan MEASAT 2 pada sekitar tahun 1996.

24

Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa komited dalam usaha melaksanakan pembangunan dan perkembangan IT yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pelbagai aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Zaman IT akan mendorong kita mengubah cara hidup dan cara bekerja. Lebih awal kita menyesuaikan diri kita, dan lebih cepat kita mempelajari ilmu berkaitan dengan IT, maka lebih mudahlan kita menjadikan masa depan negara lebih cemerlang. Dalam zaman ini maklumat adalah kekayaan baru dunia. Pada masa kini teknologi komunikasi memainkan peranan penting untuk pembangunan negara. Dalam menjayakan hasrat ini kerajaan telah menubuhkan MSC sebagai satu langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Rujukan 1. Komputer dan Pemprosesan Maklumat William M. Fuori, Louis V. Gioia Prentice Hall, 1993 2. Introduction to Data Communications and Networking Behrouz Forouzan

25 Mc Graw Hill, 1998 3. www.google.com 4. www.yahoo.com 5. www.bluehyppo.com.my 6. www.maxis.com 7. www.cari.com.my

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133) SEMESTER 2 SESI 2001/2002. Tarikh Tempat Masa Kehadiran : 24 Jan 2002 : Kolej Ungku Omar : 8.30 malam : Nor Azah Ahmad

26 Sabariah Shariff Yuzaila Yusuf Agenda :

1. Kami memulakan sesi perbincangan pertama iaitu berkenaan dengan tajuk latihan yang diberi. Ahli kumpulan diminta untuk mengemukakan pendapat masingmasing. Saudari Yuzaila mencadangkan supaya semua ahli kumpulan mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan akan dibentangkan pada perjumpaan kedua. 2. Ketua kumpulan iaitu saudari Nor Azah telah membahagikan tugas kepada ahli ahli yang lain dan untuk perjumpaan kedua akan diberitahu kemudian. Selaku ketua, saudari Nor Azah amatlah berharap agar semua ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya . malam. Majlis bersurai pada jam 10.30

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133) SEMESTER 2 SESI 2001/2002. Tarikh Tempat Masa Kehadiran : 29 Jan 2002 : Kolej Ungku Omar : 8.30 malam : Nor Azah Ahmad

27 Sabariah Shariff Yuzaila Yusuf Agenda :

1. Ketua kumpulan meminta ahli kumpulan membentangkan maklumat yang mereka perolehi berkenaan dengan tajuk. Malangnya maklumat yang diperolehi terlalu sedikit dan laporan dokumentasi tidak dapat dimulakan lagi. Walaupun telah berkunjung ke perpustakaan Tun Sri Lanang tetapi maklumat yang kami perolehi terlalu sedikit. Saudari Sabariah mencadangkan supaya ahli kumpulan berjumpa dengan Puan Rosilah selepas kelas untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai tajuk tersebut. 2. Maklumat yang sedia ada telah diteliti dan menepati tajuk. Ahli- ahli kumpulan bersurai pada jam 9.30 malam.

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133) SEMESTER 2 SESI 2001/2002. Tarikh Tempat Masa : 2 Feb 2002 : Kolej Ungku Omar : 8.30 malam

28

Kehadiran

: Nor Azah Ahmad Sabariah Shariff Yuzaila Yusuf

Agenda

1. Sekali lagi kami telah mengumpulkan maklumat yang baru kami perolehi setelah mendapat serba sedikit panduan daripada Puan Rosilah. agar laporan dokumentasi dapat disiapkan secepat mungkin. 2. Saudari Yuzaila telah mengemukakan masalah beliau iaitu masih terdapat maklumat yang belum mencukupi terutama untuk bahagian pengenalan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meminjam beberapa buah buku daripada kenalan yang telah bekerja. Kami bersurai tepat jam 10.30 malam. Ketua kumpulan mengarahkan supaya kami mengambil bahagian masing- masing dan berharap

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133) SEMESTER 2 SESI 2001/2002. Tarikh Tempat Masa Kehadiran : 9 Feb 2002 : Kolej Ungku Omar : 8.30 malam : Nor Azah Ahmad

29 Sabariah Shariff Yuzaila Yusuf Agenda :

1. Maklumat yang diperolehi telah lengkap dan laporan dokumentasi telah hampir siap. Kami mengambil kata sepakat untuk mengumpulkan kembali maklumat tersebut sebelum cuti dan bersedia untuk di cetak. 2. Pada kali ini merupakan perjumpaan terakhir, ketua kumpulan meminta maaf daripada ahli kumpulan sekiranya terdapat salah silap dan amatlah berharap latihan ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli kumpulan dan berdoa semoga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Komunikasi Data dan Telekomunikasi.

Disediakan oleh, (Yuzaila Yusuf)

You might also like