You are on page 1of 17

PLURALISASI ALAM MELAYU DAN KESANNYA SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH LATAR BELAKANG KERAJAAN MELAYU MELAKA Kerajaan Melayu

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah: (a) Faktor Geografi (b) Faktor Ekonomi (c) Faktor Politik dan Pentadbiran 2.1 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai: 1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. 2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu. 3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. 4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan. 2.2 Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka 1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi. 2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana. 3. Tamadun Islam - Konsep devaraja yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi. 4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya. 5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua jenis undangundang iaitu: (a) Hukum Kanun Melaka (b) Undang-undang Laut Melaka Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undangundang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut. 2.3 Faktor-Faktor Kejatuhan Melaka Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah: 1. Ketiadaan Pemimpin yang Cekap Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan. 2. Pemerintahan yang Zalim Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-padu Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu. 4. Pedagang Mula Mengalihkan Pusat Perdagangannya ke Tempat Lain Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka. 5. Tidak Ada Kekuatan Tentera dan Pertahanan

Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru. 2.4 Faktor Luaran Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque. AKTIVITI 1.1

3 SISTEM PEMERINTAHAN DAN SOSIOEKONOMI MELAYU TRADISIONAL 3.1 Sistem Sosio-Politik Masyarakat MelayuTradisional Sistem politik Tradisionalonal merupakan sistem pemerintahan yang dominansebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengankedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisional ialah wujudnya jurang perbezaan antara golongan pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat jelata/bawahan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh golongan aristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Secara kesimpulannya, masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. 1. Sistem Pemerintahan Beraja Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu yang bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan Melayu dan kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera pada kurun ke-7M. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatan Thailand, Langkasuka, Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menjana tamadun bangsa dalam sistem politik, perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam Melayu melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaan sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan Melayu adalah satu realiti, satu manifestasi dan satu lambang keagungan tamadun bangsa. Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh pemerintahan Melayu. Pertama, Kesultanan di Brunei, kedua, Republik Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pengekalan institusi raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah air warisan bangsa. Atas fahaman itu, Tunku Abdul Rahman (Almarhum) ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat. Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam. Peranan ini diwarisi sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan tidak pernah dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah petunjuk moral kepada pemerintahan yang harus diterjemahkan melalui sifat adil lagi saksama, tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukan penindasan. Islam juga mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, iaitu nilai yang terkandung dalam semua agama. Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana selari dengan nilai dan amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada era Kesultanan Melayu. Undang-undang Melaka umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang sultan itu dinilai daripada sudut amal makruf baginda menyempurnakan tanggungjawab (Raja Nazrin Shah, 2004). 2. Sistem Pembesar Golongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi masih lagi tergolong dalam golongan atasan. Sesetengah daripada mereka bertugas di istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yang menjadi pembesar di daerah-daerah tertentu. Pembesarpembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri. Antara pembesar-pembesar yang terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah penghulu atau ketua kampung yang merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga merupakan perantara antara Raja dan rakyat. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat. Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang lalu. Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan menggunakan kapalkapal layar yang besar yang mereka bina sendiri. Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom. Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain daripada menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah turut dijalinkan.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

SEMAK-KENDIRI 1.1

4. PERBEZAAN ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK MODEN PADA HARI INI 4.1 Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat. Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat. 4.2 Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam. Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik. Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan berikut biar mati anak, jangan mati adat. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya UndangundangPahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

5. KEBANGKITAN NASOINALISME DAN KEMERDEKAAN ZAMAN PENJAJAHAN


Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Negara kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. 5.1 Penjajahan Portugis Portugis telah menjajah negeri Melaka selama hampir 130 tahun. Penjajahan ini bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641. Walau pun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya, terutama bagi menguasai perdagangan rempah di Pelabuhan Melaka. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau, telah gagal. Pengaruh Portugis hanya di sekitar bandar Melaka sahaja. Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berhasil. 5.2 Penjajahan Belanda Pada peringkat awal, kehadiran kuasa penjajah Belanda di Tanah Melayu adalah untuk berdagang di Kepulauan Melayu. Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) yang berpusat di Pulau Jawa adalah pusat perdagangan utama. Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602 dengan tujuan untuk: (a) Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu; dan (b) Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Untuk memenuhi hasrat ini, pihak Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Pada tahun 1641, Portugis telah dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Walau bagaimanapun sepertimana Portugis, Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini. Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negerinegeri Melayu menjadi idaman kuasa-kuasa Barat. Faktor yang paling penting adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu. 5.3 Penjajahan British Pada tahun 1600, pedagang-pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Kemudian Syarikat tersebut mula berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu. Kehadiran Francis Light pada 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang dan kedatangan Stamford Raffles di Singapura pada 6 Februari 1819 telah memberi kesan yang mendalam dalam mencorakkan sejarah Tanah Melayu. Bermula dari sinilah penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu. Setelah berada di Negeri-negeri Selat, British memperluaskan kuasanya ke negerinegeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan Inggeris meluaskan kuasa di rantau ini jelas mempunyai motif ekonomi. Perkara ini menjadi lebih mudah untuk dilakukan kerana terdapatnya masalah dalaman yang berlaku di negeri-negeri berkenaan. Inggeris telah campur tangan dalam beberapa hal masalah dalaman yang menyebabkan Inggeris memperluaskan lagi kuasa mereka ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jadual 2.1: Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu Tahun Peristiwa 1786 Menduduki Pulau Pinang 1819 Menduduki Singapura 1824 Mengambil Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1842 James Brooke mengambil Sarawak 1874 Campur tangan Inggeris di Perak. Selangor menerima penasihat Inggeris. Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong. 1875 Sultan Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

1878 1888 1895 1909

1909 1914 1945 1946 1948

Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris. Bermula campur tangan Inggeris di Pahang. Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan) melalui Perjanjian Persekutuan. Mengikut Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis,Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan Johor menerima penasihat Inggeris Menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA) Menubuhkan Malayan Union (Kesatuan Malaya) Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

5.4 PENENTANGAN RAKYAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BARAT Penjajahan Barat sebenarnya tidak menyenangkan hati orang-orang Melayu. Tahukah anda bahawa penentangan terhadap Barat telah berlaku sejak mula Portugis menakluki Melaka lagi? Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah beberapa kali cuba membebaskan Melaka daripada cengkaman Portugis. Penentangan yang sama turut diperlihatkan terhadap Belanda. Namun begitu, reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang bermula sejak tahun 1974. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja-raja Melayu di Tanah Melayu dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada penentangan secara terbuka. Di Naning, misalnya, Dol Said mengepalai penentangan terhadap pentadbiran Inggeris, Dato Maharajalela mengetuai pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, Sharif Masahor, Rentap dan Banting di Sarawak, Mat Salleh di Sabah, Dato Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas kekalahan Jepun. Tentera British telah kembali ke Tanah Melayu untuk memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau bagaimanapun, BMA tidak dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha mengembalikan semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu pusat pentadbiran yang kuat. Pada bulan Mac 1946, BMA telah dibubarkan. Kerajaan baru yang dikenali dengan nama Malayan Union atau Kesatuan Malaya pula ditubuhkan. Antara tujuannya adalah untuk: (a) Mendirikan satu sistem pemerintahan yang kuat dan cekap melalui penyatuan semua pentadbiran yang ada; (b) Menyelaras sistem pertahanan secara teratur dan berkesan; dan (c) Mengembangkan perusahaan getah dan bijih timah untuk faedah ekonomi Empayar British. Antara ciri-ciri Malayan Union adalah: 1. Singapura dipisahkan daripada Malayan Union dan diletakkan sebagai Crown Colony 2. Semua negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British dan diketuai oleh seorang Gabenor. 3. Gabenor Kesatuan Malaya diletakkan di bawah kuasa Gabenor Jeneral di Singapura. 4. Gabenor diberi kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis Perundangan yang diwujudkan di peringkat pusat. 5. Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada wakil-wakil rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

6. Raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu. 7. Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli . Prinsip ini membolehkan sesiapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di negara ini selama 10 tahun. Peristiwa Sultan-Sultan dipaksa menandatangani perjanjian Rancangan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan orangorang Melayu. Mereka menganggap penjajah Inggeris telah menghina Raja-Raja Melayu. Mereka juga bimbang kedudukan Raja-raja dan orang-orang Melayu akan terancam. Antara manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan Malayan Union adalah: 1. Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. 2. Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Malayan Union. 3. Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari. 4. Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar. 5. Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi anjuran pihak British. 6. Pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu. UMNO terus mendesak supaya Malayan Union ditarik balik. Kerajaan Inggeris mula bimbang huru-hara akan berlaku sekiranya tindakan segera tidak diambil. Kerajaan Inggeris telah mendapati bahawa Sultan-Sultan dan pembesarpembesar Tanah Melayu akan terus tidak menyokong mereka. Di samping itu ramai pemimpin-pemimpin Cina dan India turut memulaukan Majlis Perisytiharan Malayan Union. Akhirnya, pihak Inggeris terpaksa mengalah dan Malayan Union yang ketika itu baru berusia empat bulan telah dibubarkan. EMAK-KENDI 5.5 PENENTANGAN RAKYAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN JEPUN Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa tindakan. Parti Komunis Malaya yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum Cina telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Di Pahang pula, orang Melayu telah menubuhkan Tentera Wataniah Pahang. Bekas pegawai-pegawai British yang bersembunyi di hutan telah menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 untuk melatih rakyat tempatan menggunakan senjata api. Sementara itu, rakyat tempatan telah menyertai Force 136 di bawah pimpinan Kapten Spencer Chapman. Pasukan Askar Melayu Setia telah ditubuhkan di Perak pada tahun 1945 yang diketuai oleh Kapten Mohd. Salleh bin Haji Sulaiman. Pasukan-pasukan tentera tersebut telah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera Jepun. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga menghadapi tekanan daripada penjajahan Jepun. Di Sabah dan di Sarawak, orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum Bumiputra menentang Jepun. 5.6 KESAN-KESAN PENJAJAHAN Kesan Penjajahan Portugis Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga ke hari ini adalah: 1. Kewujudan masyarakat Serani hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan;
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

2. Pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu. Wujud perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala. 3. Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau.

Kesan Penjajahan British Kesan penjajahan British dari segi komposisi penduduk dan sistem politik. (a) Komposisi Penduduk Dari segi komposisi, penduduk negara kita terdiri daripada penduduk berbilang kaum. Dengan pembukaan ladang-ladang getah dan lombonglombong bijih timah, penjajah Inggeris telah menggalakkan kemasukan orang-orang dari negeri China dan India secara besar-besaran. Keadaan ini menyebabkan pertambahan penduduk menjadi begitu pesat. Budaya dan kegiatan ekonomi penduduk yang baru datang ini sangat berbeza dari segi budaya dan kegiatan ekonomi orang-orang tempatan. Orang Cina menguasai sektor moden di bandar-bandar dan di kawasan perlombongan, orang India menguasai sektor perladangan dan tinggal di estet-estet, manakala orang Melayu menguasai sektor pertanian tradisi dan tinggal di kawasan desa. Perbezaan antara kumpulan ini mewujudkan jurang sosial yang dibayangi oleh perasaan perkauman dan prasangka. Keadaan ini memang telah dijangkakan oleh penjajah kerana dengan wujudnya perpecahan di kalangan rakyat akan lebih memudahkan penjajah untuk memerintah dan seterusnya mengeksploit ekonomi negara ini. (b) Sistem Politik Dari segi politik, sistem masyarakat yang dahulunya taat setia dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan berubah dengan adanya campurtangan penjajah Inggeris. Kuasa raja dan sultan dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang negeri atau negara. Permulaannya ialah dengan memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kemudian diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu. Kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Fungsi Residen dan Penasihat British ialah menasihati raja-raja Melayu, tugas yang dahulunya dilakukan oleh pembesarpembesar Melayu. Kesan Penjajahan Jepun Perang Dunia Kedua telah mengubah senario penjajahan Barat di Tanah Melayu. Sebuah negara Asia dari negeri matahari terbit, iaitu Jepun mempunyai matlamat untuk menguasai dan membebaskan negara-negara Asia daripada pengaruh penjajahan kuasa Barat. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula dari 15 Februari 1945 hingga 12 September 1945. Pengeboman ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika telah menyebabkan pihak Jepun mengaku kalah. Peristiwa ini menyebabkan British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September 1945. Beberapa peristiwa bersejarah telah berlaku, antaranya: (a) Pihak Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA); (b) Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah ditubuhkan; dan

Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

(c) Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah aktif sehingga pihak Inggeris terpaksa mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Selama lebih kurang tiga setengah tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah meninggalkan banyak kesan negatif dan positif, antaranya ialah: 1. Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. 2. Singapura pula diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. 3. Orang Cina di Tanah Melayu ditindas oleh Jepun, manakala orang Melayu telah mendapat layanan yang agak baik. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan orangorang Cina terhadap orang Melayu dan permusuhan berlaku. 4. Telah wujud kesedaran politik yang mendalam di kalangan orang Melayu. 5. Orang Melayu mula mempunyai keyakinan untuk memerintah sendiri hasil pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran semasa zaman pemerintahan Jepun. 6. Orang Cina dan India di Tanah Melayu bertambah giat mengukuhkan ciriciri kecinaan dan keindiaan mereka. 7. Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada tindakan Jepun meniupkan lagi semangat Kongres Melayu. 8. Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi parti terkuat pada tahun-tahun 1945 sehingga 1948. SEMAK-KENDIRI 2.2 5.7 KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME Semangat kebangsaan atau nasionalisme merujuk kepada satu keyakinan dan usaha menegakkan autonomi, kesepaduan dan keperibadian bagi satu kelompok sosial yang membentuk sebuah negara-bangsa atau nation. Sebarang asas kesepaduan kumpulan, persamaan keturunan, persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa, malah persamaan agama boleh menjadi asas kepada gerakan semangat kebangsaan. Kita harus sedar bahawa gerakan kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh kejayaan Jepun yang mengalahkan Rusia dalam peperangan Rusia-Jepun. Dalam masa yang sama, perjuangan nasionalis Indonesia menentang Belanda turut menjadi penggalak kepada nasionalis di Tanah Melayu. Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal juga menjadi inspirasi untuk perjuangan mencapai kemerdekaan tanah air. Semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 banyak dibangkitkan oleh media seperti akhbar dan majalah. Media-media ini memberi ruang kepada orang ramai untuk memberi dan mendapatkan maklumat penting daripada tokohtokoh pemimpin rakyat.Antara akhbar yang berpengaruh adalah seperti. Akhbar-akhbar sebelum Merdeka Akhbar Al-Imam Utusan Melayu Neracha Saudara Warta Malaya Majlis 6. Pengasas Syed Syeikh al-Hadi Abdul Rahim Kajai Haji Abas Taha Syed Syeikh al-Hadi, Dato Onn Jaafar Abdul Rahim Kajai Tahun 1906 1907, 1911, 1928 1930 1931 Tempat Penerbitan Singapura Singapura Singapura Pulau Pinang Singapura Singapura

GERAKAN BERORGANISASI YANG MENENTANG PENJAJAHAN

Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Beberapa kelab, persatuan dan kesatuan diwujudkan pada peringkat nasional dan negeri dalam usaha meniupkan semangat nasionalisme. Antara kelab dan persatuan yang berpengaruh adalah: 6.1 Kesatuan Melayu Singapura Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1926 oleh golongan muda Singapura yangberpendidikan Inggeris yang diketuai oleh Mohammad Eunos Abdullah.Perjuangan kesatuan ini adalah untuk: (a) Membaiki taraf sosio-ekonomi dan politik orang Melayu; dan (b) Menjadi penghubung dengan pihak British. 6.2 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) Persatuan yang ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu pada tahun 1934 ini, bertujuan memperbaik taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Ahli-ahlinya terdiri daripada sebahagian besar ahli-ahli kesusasteraan yang pro kaum muda. 6.3 Persatuan Melayu Perak Ditubuhkan pada 1937 di Ipoh, Perak, persatuan yang diketuai oleh Wan Mohd. Nur Wan Nasir ini berjuang untuk: (a) Meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat di Perak; dan (b) Mempertahankan kepentingan Melayu dalam pentadbiran negara. 6.4 Kesatuan Melayu Selangor Kesatuan ini ditubuhkan pada bulan Jun 1938 di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin. Kesatuan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik bagi mencapai hasrat yang berikut: (a) Mendesak British menambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam; (b) Mengesyorkan pemberhentian penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu; dan (c) Mendesak kerajaan menambah peluang pendidikan bagi orang Melayu.

6.5

Persatuan Melayu Semenanjung Penubuhan persatuan ini pada tahun 1939 diusahakan oleh Kesatuan Melayu Selangor. Usaha murni persatuan ini ialah untuk menyatupadukan semua persatuan di Tanah Melayu yang menemui kegagalan. Ini dikatakan berpunca daripada semangat kenegerian yang kuat antara persatuan-persatuan Melayu negeri. 6.6 Kesatuan Melayu Muda (KMM) Kesatuan ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Sebahagian besar ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Sultan Idris Training College (SITC). KMM merupakan pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu. Antara matlamat KMM adalah bagi : (a) Menggabungkan semua negeri Melayu; (b) Memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu; (c) Menggulingkan Inggeris; (d) Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan (e) Memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya Di Sabah pula, terdapat beberapa persatuan yang bersifat sosio-ekonomi dengan
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

memperjuangkan kepentingan sosial dan ekonomi penduduk tempatan.Sementara itu di Sarawak pula, Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1939. Persatuan ini bermatlamat untuk memajukan orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, serta memupuk semangat kerjasama di kalangan mereka. 7. KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI Semangat bagi menentang Malayan Union, memerdekakan tanah air dan memelihara kebajikan kaum, merupakan asas penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, mari kita tinjau penubuhan parti-parti utama di Tanah Melayu ketika itu. a. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah parti yang ditubuhkan bagi menyatupadukan orang Melayu. Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan diketuai oleh Datuk Onn Jaafar. Beliau merupakan Presiden pertama UMNO dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1951. Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union. Tujuan utama penubuhan parti ini adalah bagi memerdekakan Tanah Melayu dan mewujudkan kerajaan sendiri. UMNO juga ditubuhkan bagi menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu, terutama dalam penentangan terhadap Malayan Union. Pada tahun 1948, UMNO secara rasmi menjadi sebuah parti politik. Sehingga tahun 1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dan keahlian UMNO menjangkau 100, 375 orang. Ketika itu, UMNO mempunyai dua buah badan di bawahnya, iaitu Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO. b. Kongres India Malaya (MIC) Bagi masyarakat India pula, Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dengan John Thivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu serta mewakili kaum India dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan. Sehingga tahun 1949, ahli MIC telah mencapai 7,000 orang dan meningkat kepada 20,000 orang ahli pada tahun 1955. c. Persatuan Cina Malaya (MCA) Persatuan Cina Malaya (MCA) pula secara rasmi telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden pertamanya. Matlamat penubuhan parti ini adalah bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina. Pada samping itu MCA berhasrat untuk berjuang bagi memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu. MCA ditubuhkan pada mulanya hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan. Pada tahun 1952, persatuan ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik. Sehingga tahun 1949, keahlian MCA adalah seramai 100,000 orang dan meningkat menjadi 188,000 orang pada tahun 1951. 7.1 PENUBUHAN PARTI PERIKATAN Kerjasama antara UMNO dan MCA bermula ketika pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Kepimpinan UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur telah bersetuju membentuk kerjasama. Dalam pilihan raya itu, pakatan UMNO-MCA
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan ini kemudian diperluaskan dalam pilihan raya kerajaan tempatan di beberapa bandar utama, seperti pilihan raya Majlis Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka. Pakatan kedua-dua parti itu di peringkat negeri telah mendorong Presiden UMNO, Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock bagi membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955. MIC kemudiannya menyertai pakatan ini pada bulan April 1955. Pembentukan Parti Perikatan memperlihatkan kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah Melayu. Hasilnya, pada pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu, 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini juga menjadi penggerak kepada kerjasama yang lebih bersungguhsungguh bagi mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 7.2 KE ARAH KEMERDEKAAN Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari 1956, Y. M. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan British tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini dianggotai oleh empat orang wakil Parti Perikatan, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kembali dari London. Ekoran daripada rundingan ini, sebuah suruhanjaya perlembagaan baru Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Antara kandungan Perlembagaan Tanah Melayu itu adalah: 1. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu; 2. Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat; 3. Sebuah Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk; 4. Syarat kewarganegaraan diperketat; 5. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan; dan 6. Agama Islam menjadi agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan. 7.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia telah disuarakan oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Perkara ini telah dinyatakan dalam satu ucapan penting di Singapura pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa gagasan penubuhan Malaysia dapat menguatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei selaras dengan perkembangan yang berlaku di rantau Asia Tenggara ketika itu. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura, beliau berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah pada Jun 1961 dan Brunei pada Julai 1961 bagi tujuan menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. Cadangan ini, walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi. Perundingan juga diadakan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan Pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya, sebuah
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan di Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Antara peranan JPPK adalah bagi: 1. Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia; 2. Mengumpulkan pandangan penduduk; dan 3. Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali; di Jesselton, Sabah (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu); di Kuching, Sarawak; di Kuala Lumpur dan akhirnya di Singapura. Brunei hanya menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir.Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada Februari 1962 anggota mesyuarat bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang dibentuk oleh kerajaan British. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang berkaitan dengan pandangan dan rasa hati penduduk Sarawak dan Sabah bagi menganggotai persekutuan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan penubuhan gagasan Malaysia serta membuat penilaian telah mengemukakan laporan bahawa penduduk disana menyokong penubuhan gagasan Malaysia dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi. Berdasarkan laporan itu, SC mencadangkan beberapa perkara, iaitu: 1. Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. 2. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya. 3. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan. 4. Jaminan diberi terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak. 5. Menyokong pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk. 7.4 CABARAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA

A. Reaksi Indonesia dan Filipina Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah danSarawak bersetuju MALAYSIA ditubuhkan pada 31 Ogas 1963. Walau bagaimanapun tentangan daripada Indonesia dan Filipina menyulitkan pembentukan itu. Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, perjumpaan ketigatiga pihak yang melibatkan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina telah diadakan. Sidang kemuncak antara ketua-ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman (mewakili Tanah Melayu), Presiden Sukarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina) telah diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos 1963. Sidang kemuncak itu walau bagaimanapun gagal merungkaikan penentangan kedua-dua negara tersebut. Kerajaan Indonesia dan kerajaan Filipina merasakan bahawa mereka menpunyai alasan yang kukuh untuk menentang penubuhan gagasan Malaysia. Pada tanggapan mereka, kerajaan Tanah Melayu seharusnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan. Para penganalisis sejarah mentafsirkan tindakan Presiden Sukarno menentang penubuhan Malaysia ini adalah atas sebab-sebab berikut: 1. Presiden Sukarno berhasrat untuk menubuhkan sebuah empayar yang dikenali sebagai Indonesia Raya. Cita-cita penyatuan ini akan hancur kerana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang besar dan kuat.

Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

2. Penentangan ini juga dianggap sebagai percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyatnya daripada masalah dalaman, iaitu kemerosotan ekonomi, krisis kepimpinan yang dialaminya dan ancaman keselamatan. Lantaran itu Indonesia melancarkan penentangan yang dikenali sebagai KonfrontasiPada 20 Januari 1963, Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrontasinya dengan slogan Ganyang Malaysia. Cadangan pembentukan Malaysia ini tidak dipersetujui oleh Presiden Sukarno kerana beliau berkecil hati Tanah Melayu tidak terlebih dahulu berunding dengan Indonesia, sebuah negara yang lebih besar yang juga berhampiran dengannya. Sukarno juga mendakwa Malaysia akan menjadi satu bentuk penguasaan politik baru yang akan menggugat kepentingan Indonesia dan sekali gus akan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu yang cuba dipupuk selama ini. Penentangan Filipina pula berpunca daripada hasrat presidennya, iaitu Presiden Macapagal untuk menarik Sabah ke dalam wilayah Filipina. Beliau mendakwa Sabah asalnya adalah sebahagian daripada milik Filipina. Sebelum Sabah dijajah oleh British, Sabah (pada waktu itu Borneo Utara) diperintah oleh Sultan Sulu yang memperoleh Sabah daripada Sultan Brunei. Untuk makluman anda, Sulu adalah sebahagian daripada wilayah Filipina. Oleh yang demikian jika Sabah menerima cadangan untuk memasuki pembentukan Malaysia, sudah tentu akan menyulitkan tuntutannya. B. Reaksi Sabah dan Sarawak Pada peringkat awal, masyarakat Melayu berasa bimbang dengan cadangan kemasukan Singapura ke dalam persekutuan ini, di mana keadaan ini akan membawa kepada kebanjiran orang-orang Cina melebihi masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat diredakan dengan cadangan bahawa Borneo Utara atau Sabah dan Sarawak juga akan menyertai Persekutuan itu. Dengan itu, diharap akan dapat memulihkan imbangan etnik bumiputera dengan bukan bumiputera di dalam Persekutuan Malaysia nanti. Mereka menyedari penyertaan ke dalam Malaysia bererti mereka akan membebaskan diri daripada kuasa British. Secara tidak langsung, penggabungan Sabah dan Sarawak ini akan membawa perubahan kepada struktur penduduk. Bagaimanapun, wujud juga kebimbangan tertentu, misalnya, rakyat negerinegeri Borneo bimbang mereka akan hilang kekuatan kerana akan didominasi oleh rakyat di Persekutuan. Orang bukan Melayu khususnya khuatir mereka akan mengalami diskriminasi, iaitu tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan curiga timbul kerana mereka mengandaikan kuasa politik akan tertumpu di Kuala Lumpur. Seperkara lagi yang membimbangkan orang Cina di Sabah dan Sarawak ialah mereka akan ketinggalan dalam persaingan ekonomidengan kaumnya di Singapura. Penentangan awal kepada idea persekutuan umumnya, berjaya didamaikan, dan ia bertukar menjadi plus-factor kepada proses politik nasional yang sedang berlangsung. Penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sikap dan aspirasi penduduk Sabah dan Sarawak, yang cenderung kepada konsep Malaysia, membantu pemupukan persekutuan yang sedia wujud. C. Reaksi Brunei Pada mulanya, rakyat Brunei menyambut baik cadangan menyertai Malaysia. Namun ada sebahagian rakyat Brunei yang ingin bersatu dengan Malaysia hanya setelah Brunei mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu. Sultan Omar Ali Sarifuddin sendiri sangat berminat dan menganggap penubuhan Malaysia adalah satu idea yang baik.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Hasrat bagi bergabung dengan Malaysia, walau bagaimanapun mendapat tentangan daripada pihak Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Parti ini inginkan Brunei digabungkan dengan Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara. Penentangan ini membawa kepada pemberontakan bersenjata yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu dapat dipatahkan oleh Sultan dengan sokongan British. Dalam pada itu, Sultan Brunei menetapkan beberapa tuntutan bagi merealisasikan penyertaan negaranya dalam Persekutuan Malaysia. Antara tuntutantuntutan tersebut. 1. Brunei diberi sekurang-kurangnyanya sepuluh kerusi parlimen; 2. Brunei dibenarkan terus menguasai hasil minyak; 3. Brunei memegang autonomi kewangan di peringkat awal; 4. Brunei mengekalkan semua pelaburannya; 5. Brunei mengekalkan percukaian yang rendah; 6. Meneruskan program pendidikan dan kebajikannya; dan 7. Mengiktiraf kekananan baginda dalam Majlis Raja-raja diambil kira dari tarikh baginda menjadi Sultan Negeri Brunei (1950), dan bukan dari tarikh Brunei masuk ke dalam Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut dan pada akhirnya semua tuntutan itu dapat diselesaikan kecuali, isu minyak dan isu senioriti atau kekananan baginda. Tunku Abdul Rahman, pada dasarnya bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan-tuntutan Sultan Brunei secara kompromi. Walau bagaimanapun, dua tuntutan yang dianggap penting bagi baginda, iaitu soal kekananan dan soal minyak tidak dapat dipersetujui. Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Malaysia sehari sebelum Perjanjian Malaysia dijadual untuk ditandatangani di London. Baginda dikatakan tersinggung kerana soal senioriti baginda tidak dipertimbangkan dengan secukupnya. D. Reaksi Singapura Pada amnya, idea penubuhan Malaysia disambut baik oleh penduduk Singapura. Lee Kuan Yew sendiri sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikatakan paling berminat dengan idea tersebut. Walau bagaimanapun, sokongan kuat yang diberikan pada peringkat awal telah berubah pada awal tahun 1961. Perubahan pendirian ini adalah berpunca daripada perubahan politik yang berlaku di Singapura. Parti serpihan PAP, iaitu sebuah parti sosialis United Peoples Party (UPP) telah menyatakan tentangan hebat terhadap penyertaan Singapura dalam Malaysia. Hal ini demikian kerana UPP mempunyai hasrat untuk membawa Singapura merdeka melalui cara dan ideologi yang lain. Sungguhpun begitu, Lee Kuan Yew masih berhasrat untuk bercantum dan berada dalam Malaysia. Di sini dapat kita lihat bahawa perkara ini tidak melemahkan keputusan Singapura untuk bersama dalam Malaysia. Bagi Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew, masalah yang dihadapi menguatkan lagi cita-cita mereka ke arah pembentukan Malaysia. 7.5 Pemisahan Singapura daripada Malaysia Tarikh pembentukan Malaysia yang pada awalnya dirancangkan pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Hal ini berlaku disebabkan kelewatan laporan PBB disiapkan, serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir.
Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

Secara amnya, konsep persekutuan ini boleh dianggap sebagai satu prinsip organisasi, iaitu suatu kompromi yang dicapai antara tuntutan-tuntutan secara bersama bagi membentuk kesatuan dan juga keseragaman (diversity) wilayah dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat dicapai dengan cara penubuhan sebuah sistem politik yang tunggal. Pada waktu tersebut, Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British. Singapura pula adalah koloni British. Kemasukan negeri-negeri itu ke dalam Malaysia, dianggap sebagai satu cara untuk membebaskan diri daripada kuasa asing. Malah, bagi pemimpin dan rakyat negeri-negeri tersebut, pembebasan daripada pengaruh kuasa asing menjadi pendorong utama untuk mereka menyertai pembentukan Malaysia. Faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia boleh kita simpulkan seperti yang berikut: 1. Menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri Singapura, Brunei, Sabah danSarawak; 2. Mewujudkan keseimbangan kaum dan mengukuhkan perpaduan; 3. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri- negeri anggota; dan 4. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya. Lebih kurang dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu dan Cina di Semenanjung dan Singapura mengalami pembahagian pengkelasan kaum yang berbahaya. Perbalahan mula berlaku melalui saluran Peoples Action Party (PAP) di Singapura dan Parti Perikatan di Semenanjung, yang akhirnya bertukar menjadi konflik. Menjelang bulan Julai 1964, ketegangan hubungan kaum memuncak hingga mencetuskan rusuhan sebanyak dua kali, iaitu pada 21 Julai 1964 dan 2 September 1964. Kesan-kesan rusuhan tersebut adalah: 1. Memburukkan persefahaman antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew; 2. Hubungan Lee Kuan Yew dengan pemimpin-pemimpin MCA terjejas; dan 3. Mendorong Tunku Abdul Rahman memikirkan pemisahan Singapura dari Malaysia sebagai jalan penyelesaian. Konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew pada bulan April 1965 merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keresahan orang-orang Melayu di Semenanjung. Slogan tersebut mengajak rakyat Malaysia, khususnya orangorang bukan Melayu memperjuangkan bahawa tiada sebarang kaum di Malaysia yang boleh mengaku lebih asli daripada kaumkaum lain. Dengan kata lain, semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa adalah sama rata. Tiada konsep keistimewaan kepada orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Slogan tersebut juga semakin menyatukan orang Cina untuk memusuhi orang Melayu. Dalam waktu yang sama, masyarakat Melayu pula menganggap slogan itu secara langsung mencabar status ketuanan mereka. Beberapa usaha dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun semuanya gagal kerana Singapura terus memburukkan keadaan. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia. Singapura kemudiannya menubuhkan sebuah Republik, iaitu setelah menganggotai Malaysia selama dua puluh tiga bulan sahaja.

Disediakan oleh Zahari B Zainal JABATAN SAINS SOSIAL untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN KHAS 2013

You might also like