Cempeka Putih Untukmu

You might also like

You are on page 1of 10

Nama:Jeremy Robinson Millip Abraham Bernerd Synopsis Cempeka Bunga Putih Bab 1-Akur akan perintah Papa Hartini

telah kenaikan pangkat dan dihendaki bertukar ke tempat baru,iaitu sebuah pendalaman di Pahang.Hartini dan keluarganya terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke sebuah kampong orang asli.Ibu Hartini bimbang tentang meninggalkan penduduk kawasan perumahan itu dan turut bimbang kerana takut binatang dan serangga di kawasan pendalaman itu.Hartini dan adik-adiknya berasa risau kerana di kampung tiada bekalan elektrik dan perkhidmatan internet.Papa Hartini cuba leraikan kebimbangan mereka dan menasihati mereka bahawa di mana sahaja mereka dapat menuntut ilmu jika memiliki keazaman. Bab 2-tersalah duga Hartini sekeluarga telah berpindah ke Kampung Kuala Batu,Jerentut,Pahang. Masyarakat orang asli menyambut mereka dengan mesra.Keadaan kampung itu luar biasa kerana memiliki kemudahan asas seperti jalan tar,telefon,bekalan air dan elektrik.Rumah baharu mereka ialah sebuah rumah kayu beratap genting dan mempunyai empat buah bilik tidur serta kelengkapan perabot ringkas.Rumah mereka dikunjungi oleh jiran untuk membantu mana-mana perlu.Dengan cepatnya mereka menyesuaikan kehidupan baharu. Bab 3-sekolah baharu kawan baharu Hartini diletakkan di Tingkatan 3 Teratai,Sekolah Menengah Batu.Guru kelas telah memperkenalkan Hartini kepada semua murid di kelas.Dengan cepatnya Hartini telah bergaul mesra dengan rakan barunya seperti Ineng,Satiah dan Sinda.Pada suatu hari,Hartini cadang untuk belajar secara kumpulan untuk peperiksaan PMR.Tetapi Satiah engan belajar bersama secara kumpulan kerana bapanya tidak suka Satiah bergaul dengan

pelajar lain malah akan memukulnya jika ada murid lain mencarinya di rumah.

Bab 4 Mama Hartini telah memberitahu perkara Satiah kepada papa Hartini.Papa Hartini kenal papa Satiah,iaitu Pak Morit yang merupakan orang kuat dalam persatuan petani kampung.Papa Hartini berjanji akan menasihati Encik Morit agar membenarkan Satiah mengikut kumpulan belajar Hartini.Malangnya Satiah tidak hadir ke sekolah kerana sakit.Hartini bercadang menziarahi Satiah tetapi tiada murid ingin ikut serta kerana takut dimarahi bapa Satiah.Guru kelasnya telah melantik Hartini sebagai ketua Kelab Komputer kerana ada orang menderma sebuah computer kepada sekolah.Menurut papa Hartini,dua tahun lalu,perempuan sulung Encik Morit telah menghidapi AIDS setelah selesai peperiksaan SPM lalu meninggal dunia selepas dua minggu dibawa pulang.Setelah kejadian itu,Encik Morit tidak mahu membenarkan anaknya bergaul dengan murid lain.Setelah mengetahui peristiwa tersebut,papa Hartini memujuk Pak Morit untuk Satiah belajar bersama dengan Hartini.Akhirnya Pak Morit bersetuju dan menyerahkan Satiah sebagai anak angkat keluarga mereka. Bab 5-Ahli Keluarga Baharu Kami Pak Morit dan dua orang beradik telah menghantar Satiah ke rumah Hartini. Sejak itu,mereka menjadi teman belajar yang akrab.seisi keluarga sayangi Satiah yang bersifat ringan tulang.Hartini dan Satiah berlumba-lumba dalam pelajaran tetapi Hartini tidak dapat tandingi Satiah dalam penulisan karangan. Dua minggu menjelang PMR,Satiah pengsan di rumah Hartini.Menurut Pak Morit,Satiah memang sudah lama menghidapi penyakit ini.Papa Hartini segara memujuk Pak Morit agar membawanya ke hospital.Akhirnya Pak Morit bersetuju. Bab 6-senyuman Satiah mula tawar

Setelah memdapat rawatan awal daripada hospital,Satiah dibawa pulang ke rumah Hartini.Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumah Hartini.Keesokan harinya,semua rakan dan guru-guru menziarahinya.Papa turut berjanji agar dia akan membuat kenduri jika memperolehi keputusan yang cermelang.Janji Papa telah membakar semangat juang dalam kalangan murid itu.

Bab 7-perpisahan sementara Mujurlah Satiah sempat menduduki peperiksaan PMR.Setelah selesai peperiksaan,papa dan pak Morit telah bawa Satiah ke hospital.Doktor belum menemui penyakit Satiah.Sebaliknya menghabiskan cuti selama dua bulan di Pontian Johor untuk menemani neneknya yang kesunyian dan mengikuti kursus computer di sana.Hartini sedih kerana terpaksa terpisah dengan mama dan Satiah.Nenek berjanji akan menghantar Hartini balik awal jika habis mengikuti kursus komputernya.ketika berdaftar di kelas computer,nenek menemui mak Leha yang mengikat jamin anaknya di penjara.Nenek mencadang Mak Leha ke pusat serenti. Bab 8-Berita yang membimbangkan Setelah selesai ujian computer,Hartini meminta kebenaran daripada neneknya dengan sopan untuk balik rumah lebih awal agar tidak menyinggung perasaan nenek.Nenek faham akan perasaan Hartini dan berjanji akan membawanya pulang dua hari kemudian.setelah dua hari kemudian,nenek membawa Hartini pulang,Hartini disambut dengan meriah terutamanya mama.Hartini diberitahu mamanya bahawa Satiah dihidapi barah paru-paru dan keadaannya semakin tenat.Pak Morit tidak lagi membenarkan papa membawa Satiah ke hospital. Hartini turut meluahkan ketidakpuasan terhapad Pak Morit yang tidak percaya perubatan moden. Bab 9-kerana adat dan pantang larang

Mak Sukin yang bimbang tentang penyakit Satiah yang semakin teruk.Dia meminta bantuan papa kerana suaminya tidak mahu mendengar pandangan orang lain.keesokan harinya,hartini melawat Satiah dengan kuih kegemarannya.Pak Morit yang berada di luar dengan rupa tegas kerana keadaan Satiah.Hartini cuba merayu kepada Pak Morit untuk menghantar Satiah ke hospital tetapi gagal.Keesokan harinya,Hartini cuba melawat Satiah tetapi dia dirawat di Kampung Langsat

Bab 10-keruhnya air yang tenang Hubungan antara keluarga Satiah dan Keluarga Hartini semakin regang dan tegang.Pak Morit sengaja mengelakkan diri daripada daripada bertemu dengan keluarga Hartini ketika berkunjung ke rumah Satiah.Sehari sebelum keputusan PMR diumumkan,Ambok,Sinda dan Hartini turut datang menziarahi Satiah. Satiah Nampak sihat sedikit tetapi ada bintik-bintik merah di seluruh badannya. Bab 11-berita gembira disambut duka Setelah menerima keputusan,Hartini mendapat 7A 1B manakala keputusan terbaik ialah Satiah.Hartini turut memberitahu cikgu Malik tentang penyakit Satiah.cikgu Malik terkejut dan berasa kesal tentang penyakit Satiah.Hanya lima orang murid mendapat keputusan cermelang di tingkatan tiga teratai. Bagaimanapun keputusan mereka dianggap cermelang di pendalaman.Mak Sukin memberitahu Hartini yang penyakit Satiah semakin teruk dan ketika dukun sedang membaca jampi dan menggunakan air dimasak daun dan bunga untuk menyapu badan Satiah.Dukun itu meminta Pak Morit menyapu badan dengan cara tersebut lalu meminta diri.setengah jam kemudian,darah tidak terhenti-henti keluar dari mulut

Satiah.Pak Morit dan Mak Sukin kelihatan lemah dan putus asa.Ketika itu,Hartini merayu pak Morit untuk membawa Satiah ke hospital.Pak Morit bersetuju dan menyerahkan Satiah kepada papa.Papa terus menghantar Satiah ke hospital bersama dengan Pak Morit. Bab 12-kuntum yang hamper layu Setelah diselamatkan doctor di wad kecemasan,Satiah telah dimasukkan di wad ICU.Selama ini Mak Sukin telah menjaga Satiah di hospital.Mama dan Hartini menziarahi Satiah di hospital.Mak sukin kelihatan lemah dan pucat akibat kurang tidur.kemudian Satiah terjaga.seorang doctor mengatakan bahawa keadaan Satiah semakin stabil tetapi perlu disuntik setiap hari dan mungkin terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.Menurut Mak Sukin,Pak Morit menyesal kerana membiarkan Satiah menderita lama.Satiah Berjaya ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama iaitu di sekolah menengah Tanjung bestari di Kuantan sementara Hartini ditawarkan ke sekolah menengah Puncak Wawasan di Raub.Walaupun doktor telah menyatakan bahawa penyakit Satiah mungkin akan sembuh tetapi Satiah ingin menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarganya Bab 13-demi cita-cita Kenduri kesyukuran telah diadakan di rumah Hartini.Semua penduduk kampung kuala batu,guru-guru sekolah dan semua rakan Hartini di tingkatan tiga telah hadir ke kenduri itu.Mama menjahit baju kurung sama untuk Hartini dan Satiah.Setelah itu,papa dan mama sibuk menyediakan barang-barang mereka berdua diperlukan untuk ke asrama.Pak Morit berasa terhutang budi dan menyerahkan dua ratus ringgit kepada mama untuk membeli barang- barang Satiah.Papa dan mama menolak duit itu dan mengatakan bahawa mereka memang mengangap Satiah sebagai anak mereka.Dua hari kemudian,mereka dihantar ke asrama .Hartini dan Satiah terpaksa dipisahkan dan berjanji akan berjumpa lagi pada masa cuti sekolah

nanti.Hartini berasa kekok ketika berkongsi bilik dengan rakan baharunya. Bab 14-kesabaran juga ada batasnya Dalam tempoh tiga bulan baru itu,Hartini menerima empat surat daripada Satiah.Dalam surat itu disertakan bunga cempeka kecil dan harum.sebaliknya setiap kali Hartini menulis surat untuk Satiah.Nora,rakan biliknya turut berasa hairan dengan persahabatan Hartini dan Satiah yang erat.salah seorang rakan sebilik,Junainah pula menyindir Hartini bahawa tiada persahabatan ikhlas di dunia yang mengejar kebendaan.Hartini berasa benci akan Junainah kerana sanggup menghina Satiah.selepas itu,Junainah sengaja memasang radio dengan kuat bunyi sekali.Ketika bergaduh,Hartini kehilangan sabar dan menampar pipi Junainah.Keadaan di asrama menjadi kecoh.warden asrama telah menyerahkan kes itu kepada pengetua.Keesokan harinya,pengetua meminta penjelasan daripada berempat kami di pejabatnya.Mujurlah Nora dan Najmi menjadi saksi bahawa sikap Junainah memang melampau batas sehingga membangkit kemarahan Hartini untuk menamparnya.Pengetua tidak mengambil tindakan terhadap mereka tetapi meminta mereka bermaafmaafan.Hartini segera meminta maaf kepada Junainah dengan ikhlas . Sebaliknya Junainah menghulurkan tangan Hartini dengan paksa.

Bab 15-pecahnya tembelang Cuti sekolah semester pertama akan menjelang.Hartini mengemaskan barang-barang di asrama kerana bersedia untuk pulang ke kampung dengan Satiah.Nora turut membantu Hartini mengemaskan almari dan buku-bukunya.Hartini mendapati bahawa dia tidak menemui Junainah sehari dua itu,Junainah sering berada di bilik bersebelahan bersama dengan rakannya Salha sejak kejadian itu.Ketika mereka menuju ke dewan makan,Junainah muncul di muka pintu

dengan mata yang kelihatan merah dan berambut kusut masai.Dia terus membaling di katil tanpa mempedulikan Hartini.Ketika mereka pulang ke bilik mereka pada malam itu,Junainah tiada di bilik mereka lagi.Pada keesokan harinya,ketika pembelajaran Fizik.Nona,Hartini dan Najmi telah dipanggil balik ke asrama segera atas perintah pengetua.ketika sampai di luar bilik mereka,ternampak pengetua,Puan Norjihan Encik Kancho Tamang(pengawal keselamatan sekolah) dan dua orang polis sedang berada di hadapan bilik mereka.Menurut pengetua,polis akan memeriksa bilik mereka kerana menerima aduan bahawa mereka membawa bahan larangan.semasa meneliti setiap benda si bilik mereka,Puan Norjihan mengangkat bunkusan kecil itu terdapat pil estacy.Hartini menafikan benda itu miliknya tetapi tidak dipercayai tetapi dia telah dibawa ke balai polis.Keesokan harinya,papa dan mama dating ke balai polis dengan muka muram tetapi menganggap bahawa Hartini tidak bersalah.Bagaimanapun papa berasa gelisah kerana jumlah dadah itu agak banyak.setelah mendengar penjelasan Hartini,papa turut mengesyaki Junainah yang terlibat dalam kes ini.papa turut berpendapat bahawa kakitangan sekolah merupakan dalang dalam kes najis sasah ini.Selama 3 hari,Hartini meringkuk di lokap.Dia berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung dan tidak dapat tunaikan janji Satiah.Tiba-tiba Hartini dipanggil keluar lokap.Ketika di ruang menunggu,Hartini disambut oleh mama,Pak Morit dan Mak Sukin.Satiah menegur dari belakang.Hartini segera memeluk Satiah sambil menangis dan menyatakan bahawa Hartini tidak bersalah dan akan balik ke kampung bersama mereka.Pengetua datang ke balai polis dan meminta maaf kerana menyebabkan orang yang tidak bersalah masuk ke penjara.Dalam perjalanan pulang,papa memberitahu Hartini bahawa Junainah dan rakan-rakannya turut terlibat dalam penagihan dadah.Ketua sindiket itu ialah Encik Kancho.Rupa-rupanya kancho yang menyuruh Junainah meletakkan bunkusan itu ke dalam laci mejanya.Ketika mengetahui pengetua membawa polis ke sekolah.Encik Kancho sengaja membawa polis ke bilik mereka dan mendakwa

bahawa Hartini kelihatan tidak bermaya dan selalu merokok di belakang asrama.Mereka menganyai Hartini supaya bilik lain tidak diperiksa oleh polis.Untuk menyiasat perkara ini,papa meminta bantuan polis Narkotik untuk memeriksa setiap bilik setelah disetujui oleh pengetua.Namun mereka tidak mengesan apa-apa bukti.Mujurlah mereka ternampak Encik Kancho keluar dari kawasan sekolah dengan kotak yang dibungkus rapi .Akhirnya polis Berjaya menahannya di sebuah restoran di Kuantan ketika menyerahkan pil kepada pelanggannya. Bab 16-Dia pergi juga Sudah dua hari,Hartini tidur dengan sepuas-puasnya.Satiah mengajak Hartini bersama ke rumahnya.Hartini tetap ingin tidur pada pagi itu dan akan ke rumah Satiah pada petang itu.Sebaliknya papa dan mama sedang siapkan kenduri kesyukuran kerana dia terlepas daripada semua malapateka itu.Pada pukul 4.30 petang,Hartini mendapati bahawa Satiah berada di rumah mereka.dia meminjam basikal milik Along ke rumah Satiah dan setiba sampai rumah Satiah,Hartini menyanka Satiah sedang bersembunyi kerana tidak dapat mengesan Satiah di biliknya.Adik Satiah turut mencari Satiah dan tiba-tiba menjerit kerana Satiah terjatuh di tepi perigi dan mengeluarkan darah yang banyak.Hartini meminta adik Satiah untuk mencari papa dan mama ke mari.Papa mengambil keputusan untuk menghantar Satiah ke hospital dan Pak Morit mengikuti turut serta.Malam itu,papa membawa mereka ke hospital kerana keadaan Satiah sudah tenat.Apabila di hospital,Pak Morit mendapatkan mereka dengan tangisan kerana kata doctor,Satiah tiada harapan lagi.Mereka satu-satu ke bilik ICU untuk membaca surah Yasin kepada Satiah.Hartini menggengam tangan Satiah dengan erat sambil membaca alFatihah di telinga Satiah kerana meningal dunia dengan aman dan tenteram.Beberapa ketika kemudian,doctor dan jururawat masuk dan mengesahkan Satiah sudah meninggal dunia.Ketika itu,Hartini turut jatuh pengsan.Setelah terjaga,Hartini berada di rumah sendiri.Ustaz Amin menasihati Hartini supaya menguatkan imannya.Pak Morit tidak membenarkan Satiah

dikebumikan tanpa penglibatan Hartini yang jatuh pengsan.Pak Morit tidak mahu Hartini tidak sempat melihat muka Satiah untuk kali terakhir.Hartini sempat menyaksikan semua urusan jenazah Satiah. Bab 17-tersingkap misteri Setelah seminggu Satiah meninggal dunia,Hartini belum bersedia untuk kembali ke asrama.Mama dan Mak Sukin selalu mendampingi untuk menghiburkan hatinya.Pada hari itu,papa dan mama telah pergi ke Kuantan dan telah membawa semua barang Satiah di asrama.Daripada semua barang Satiah,Hartini sempat membaca diari Satiah merupakan rahsianya.Satiah menggunakan bahasa yang indah untuk menceritakan persahabatan mereka berdua.Ternyata,ketika di asrama,Satiah sentiasa menahan kesakitan yang semakin serius tetapi tidak pernah menangis.Bagaimanapun dia telah menangis ketika diberitahu bahawa Hartini difitnah sehingga masuk ke lokap.Dia berasa bimbang akan sahabat dan kakak angkatnya.Dalam diari itu,Satiah menyatakan bahawa dia sangat suka akan bunga cempeka yang wangi dan menyedari ajal yang semakin menghampirinya.Setelah membaca diari Satiah,Hartini terharu dan menguatkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan Satiah dan hendak mengantikan Satiah untuk memberikan kasih sayang kepada Pak Morit dan Mak Sukin kerana mereka tidak memiliki anak perempuan. Bab 18-cempaka putih untukmu Hartini bersiap untuk balik ke asrama.Pak Morit,Mak Sukin,mama dan papa akan ikut menghantarnya.Pak Morit menjinjit sebuah beg plastic yang penuh dengan buah-buahan untuk kawan-kawan Hartini si asrama.Mak Sukin juga membawa anak pokok bunga cempeka atas permintaan Hartini.Mereka menyangka bahawa Hartini hendak menanam anak pokok cempeka di asrama .Hartini meminta papa untuk singah ke kubur Satiah.Hartini meminta Pak Morit supaya menanam pokok bunga cempeka di pusara Satiah.Hartini menanam poko itu sebagai tanda terima kasih kepada

Satiah.Pak Morit dan Mak Sukin tidak dapat menahan kesedihan dan teresak-esak.Akhirnya Hartini melambai sayu dan mengucapkan selamat tinggal sahabatku Tamat.

You might also like