You are on page 1of 11

BAHAN-BAHAN FORUM(10%)-D20102043276

General

Assalamualaikum w.b.t ..tuan.. Maklumat saya: Harun Bin Mat Rafiai Alamat Tempat Bertugas: Pejabat Pelajaran .Larut Matang Dan Selama, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping Perak. (No Tel: 05-8084119) Bertugas Sebagai Pegawai Kurikulum(FasiLINUS) Alamat Rumah: No. 6, Lorong Damai 5, taman Damai 2, 34700 Simpang, Taiping, Perak H/ P: 019-4082927 email: harunmatrafiai@yahoo.com

16 Oct 2011 08:30:36 PM

Harun Bin Mat Rafiai

Tajuk Forum 1

Salam, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyimpulkan bahawa kaedah terbaik yang difikirkan boleh dilaksanakan dalam menangai isu sebegini daripada terus berleluasa ialah dengan menjadikan penyemakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul sebagai peraturan wajib sebelum pihak berkuasa yang terlibat meluluskan permit atau lesen pihak berkenaan. Pihak berkuasa tempatan pula

03 Oct 2011 09:38:22 PM

Harun Bin Mat Rafiai

hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan dengan merujuk pula pihak seperti DBP atau yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa tempatan seharusnya melantik firma atau badan -badan tertentu yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa melayu untuk meneliti atau memeriksa ejaan atau perkataanperkataan yang ditulis di atas sesuatu papan tanda dan disahkan oleh mereka sebelum papan tanda itu diluluskan untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Tajuk Forum 1

Salam, Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa pihak media penyiaran perlu menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam membuat persembahan samada berita, iklan,drama dan sebagainya, sudah tentu secara tidak langsung masyarakat akan terdidik dengan penggunaan bahasa yang betul. Hampir setiap rumah di negara kita mempunyai televisyen yang akan mempengaruhi cara hidup masyarakat kita. Jika kita membenarkan penggunaan bahasa yang tidak betul dalam media penyiaran sudah tentu lama-kelamaan bahasa kita akan rosak dan akan akan menjadi bahasa rojak atau cacamerba. Pihak yang berwajib perlu memantau dengan rapi penggunaan Bahasa Melayu dalam media penyiaran agar bahasa kita menjadi salah satu bahasa pertuturan yang dihormati di dunia.

04 Oct 2011 10:18:01 AM

Harun Bin Mat Rafiai

Tajuk Forum 1

Salam, Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa Bahasa

05 Oct 2011 10:29:21

Harun Bin Mat

Melayu merupakan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152,Perlembagaan Malaysia, maka Bahasa Melayu sepatutnya dimartabatkan. Usaha murni kerajaan untuk "Memartabatkan Bahasa Melayu ,Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) " amat bertepatan pada masanya. MBMMBI sebenarnya satu usaha yang cukup baik yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran yang mana ianya merupakan satu program untuk mengantikan PPSMI.Di dalamnya(MBMMBI) juga terkandung LINUS iaitu ( Literasi and Numerasi Screening), Penutur Jati dan KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) sebagai pengganti kepada KBSR(Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Usaha ini perlu disokong dan dilaksanakan sepenuhnya oleh guruguru demi untuk memartabatkan Bahasa Melayu di nusantara ini.
Tajuk Forum 1

AM

Rafiai

Assalamualaikum dan salam sejahtera Orang Melayu kurang menitikberatkan tentang memartabatkan bahasa sendiri sehingga ada orang Melayu yang malu untuk berbahasa ibunda mereka takut digelar ketinggalan zaman, sehinggakan bercakap dengan rakan berbangsa melayu pun menggunakan bahasa rojak atau Bahasa Inggeris sepenuhnya.Walaupun Bahasa Melayu mempunyai kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kita maklum iaitu Bahagian 12 (Bab 1) Perkara 152, tetapi sebilangan besar masyarakat kita terutamanya orang melayu kurang menitikberatkan perkara ini. Isu memartabatkan Bahasa Melayu merupakan isu lama dan sering berbangkit. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.Isu memartabatkan penggunaan bahasa melayu tercabar dengan banyaknya kesalahan bahasa yang

03 Oct 2011 09:29:57 PM

Harun Bin Mat Rafiai

terdapat pada papan tanda serta medium penyiaran yang lain.Saya telah mengesan beberapa kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda, medium penyiaran, iklan dan sebagainya. Contoh penggunaan "di" dalam papan tanda "Di Larang Menghisap Rokok", di dalam perkataan " Di Larang" ialah awalan dan seharusnya dieja bercantum "Dilarang" bukan "Di Larang". Oleh itu, pembetulannya jadi "Dilarang Menghisap Rokok".Untuk mengatasi isu penyalahgunaan Bahasa Melayu dalam media perlu melaksanakan penghasilan penulisan, penterjemah, penyebaran dan penggunaan buku dan bahan dalan pelbagai media. Di samping itu, memberi kuasa penuh kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) untuk menguatkuasa undang-undang terhadap kesalahan bahasa yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT). Selain itu, kesedaran perlu dipupuk dikalangan pihak penyiaran, penerbitan dan pengiklanan papan tanda bagi menyelamatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Selain daripada kesalahan bahasa juga saya dapat mengesan kesalahan ejaan yang amat ketara pada papan tanda seperti "Makanan Laut" dieja sebagai "Makanan Luat", Kuetiau dieja sebagai kuihtiaw dan sebagainya. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya memeriksa ejaan sesebuah papan tanda yang hendak dipamerkan kepada orang awam sebelum meluluskannya supaya bahasa kita tidak menjadi satu bahasa yang cacamerba dan boleh diperlekehkan oleh bangsa lain."Cintailah Bahasa Kita" ,"Bahasa Jiwa Bangsa" Tajuk Forum 1 Salam, Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa kita sebagai guru perlu memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tepat disampaikan kepada anak bangsa supaya generasi akan datang akan 04 Oct 2011 09:57:15 AM Harun Bin Mat Rafiai

dapat memahami ungkapan "Bahasa Jiwa Bangsa " dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya kita sebagai seorang guru perlu memartabatkan bahasa kita kita sendiri supaya bahasa kita menjadi salah satu bahasa yang diiktiraf di dunia.Guru merupakan salah satu agen terpenting dalam membetulkan penggunaan bahasa kerana dengan terdidiknya pelajar-pelajar dengan penggunaan bahasa yang betul sudah semestinya masyarakat kita akan terdidik dengan penggunaan bahasa yang betul. Tugasan Individu Terima kasih banyak-banyak Cikgu Azharun kerana bertanya kat pensyarah kita, saya rasa amat bersyukur kerana mendapat jawapan dari tuan pensyarah kita. Moga-moga kita dapat menyiapkan tugasan kita ini dengan baik, amin. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa cara penyelesaiannya ialah membaca. dengan membanyakkan latihan membaca di dalam kelas sekurangkurangnya mereka akan dapat membetulkan kesalahan bacaan dan sebutan mereka. Guru juga perlu selalu membetulkan sebutan murid ke dalam Bahasa Melayu Baku ketika berdailog di dalam kelas. Hal yang demikian secara tidak langsung akan dapat memperbetulkan bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sehari-hari. Selain dari itu, guru-guru juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti lain kepada murid seperti Bulan Membaca, Program Nilan, Latihtubi Bacaan, Kuiz dan sebagainya untuk meningkat dan memperkukuhkan Bahasa Melayu mereka, 16 Oct 2011 08:23:18 PM Harun Bin Mat Rafiai

Tajuk Forum 2

20 Oct 2011 11:56:53 AM

Harun Bin Mat Rafiai

Tajuk Forum 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah. Pelbagai kelemahan penggunaan Bahasa Melayu oleh guru dan murid telah dikenalpasti. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah guru menggunakan Bahasa Melayu secara tidak tepat. Penggunaan tatabahasa yang sangat lemah oleh guru menjadi punca kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan dalam penggunaan tatabahasa menyebabkan ramai murid menjadi lemah dalam mata pelajaran lain. Sebagai contoh guru menggunakan tatabahasa yang tidak tepat serta meringkaskan sesuatu perkataan semasa menyampaikan isi pelajaran atau arahan contohnya seperti perkataan tidak menjadi "tak", perkataan pergi menjadi "pi" dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh diketengahkan. Kadangkala guruguru mencampuradukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan murid. Perkara ini boleh menyebabkan murid menjadi keliru dengan penggunaan sebenar Bahasa Melayu yang betul.Selain daripada itu, murid-murid juga menghadapi masalah membaca dan menulis dengan lancar. Mereka mennghadapi masalah untuk membina ayat dan ianya menyebabkan komunikasi mereka menjadi terhad. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini ialah guru-guru perlu menggunakan Bahasa Melayu dengan cara yang betul dari segi tatabahasa, sebutan mahupun penggunaannya. Tidak mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terutama ketika berkomunikasi dengan murid. Perkara sangat penting kerana guru sentiasa menjadi ikutan murid-murid, jika guru tidak

19 Oct 2011 03:35:37 PM

Harun Bin Mat Rafiai

berkomunikasi dengan betul maka muridmurid juga akan melakukan kesilapan yang sama. Seterusnya, semasa pelajaran Bahasa Melayu, murid-murid haruslah diajar dengan sebaik mungkin tentang ilmu berbahasa kerana ia sangat penting dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu diberi banyak latihan membaca dan juga latihan lisan di dalam kelas supaya mereka dapat menguasai Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas juga perlulah berpusatkan murid. Walaubagaimanapun, guru-guru matapelajaran lain juga perlu berperanan dalam memberi bimbingan kepada muridmurid ini dari semasa ke semasa.

Tajuk Forum 2

Salam,

19 Oct 2011 Saya amat setuju dengan pendapat cikgu yang 03:51:59 menyatakan bahawa pihak pentadbir perlulah peka PM
dengan opsyen guru tersebut jangan mengambil mudah atas alasan kekurangan guru maka siapa saja boleh mengajar bahasa melayu. Berikanlah guru yang berpengalaman mengajar kelas peperiksaan demi masa depan anak murid . Manakala murid pula perlu diberi motivasi dan teknik menjawab soalan bagi memastikan murid tersebut mendapat keputusan yang cemerlang. Perkataan opsyen guru merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian yang serius oleh Guru Besar atau Penolong Kanan ketika hendak membina jadual waktu mengajar guru. Guru yang mempunyai Opsyen selain daripada Bahasa Melayu tidak sepatutnya mengajar Bahasa Melayu kerana ianya akan menyukarkan guru tersebut yang mungkin lemah dari segi penguasaannya dalam Bahasa Melayu, yang mana akhirnya pelajar yang akan menjadi mangsanya. Saya ingin menambah, bukan sahaja kita perlu memberi motivasi dan teknik menjawab soalan

Harun Bin Mat Rafiai

kepada murid-murid untuk menjadikan mereka cemerlang tetapi juga mereka mesti diberi banyak latihan membaca dan juga latihan lisan di dalam kelas supaya mereka dapat menguasai Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Selain itu juga, guru-guru juga perlu menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh memperkukuhkan Bahasa Melayu di kalangan murid.

Tajuk Forum 2

Salam, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa guru-guru perlu menggunakan Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu Baku ketika berlangsungnya P&P. Kedapatan sesetengah dari kalangan guru-guru menggunakan bahasa yang kurang sesuai seperti loghat kedaerahan semasa mengajar, ini menyebabkan pelajar-pelajar berasa keliru dalam menyampaikan sesuatu perkataan dan akhirnya menyebabkan mereka menggunakan bahasa yang kurang sesuai ketika berkomunikasi dalam masyarakat. Pentadbir sekolah sepatutnya sentiasa membuat pemantauan terhadap pengajaran Bahasa Melayu oleh para guru untuk memastikan guru-guru benar-benar menggunakan Bahasa Melayu Baku atau yang sesuai ketika mengajar.

18 Nov 2011 09:20:28 PM

Harun Bin Mat Rafiai

Tajuk Forum 2

Salam, Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan bahawa pihak yang berkuasa menempatkan seseorang guru ke sekolah seperti JPN dan PPD perlu menyusun semula penempatan guru mengikut opsyen masing-masing. Kedapatan di sekolah-sekolah masih terdapat sebilangan guru yang mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Pihak JPN atau PPD perlu memastikan bilangan guru yang berada

20 Oct 2011 11:36:16 AM

Harun Bin Mat Rafiai

di sekolah telah mencukupi atau belum sebelum seseorang guru ini digerakkan ke sekolah tersebut. Kadangkala terdapat sekolah yang berlebihan guru opsyen yang tertentu hingga menyebabkan mereka terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Hal yang demikian akhirnya akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun kerana mempunyai guru-guru yang kurang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Unit 2 : Psikolinguistik Psikolingustik adalah merupakan dua bidang displin iaitu antara bidang psikologi dan lingustik. Bidang Psikologi memfokuskan tentang pengkajian dua bidang utama berhubungan dengan jiwa manusia dan juga tingkah laku. Manakala lingustik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa secara terpeinci atau saintifik. Penyerapan psikolingustik semasa Pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid menguasai asas bacaan dengan baik dan berkesan.Pelbagai kaedah dan strategi dalam P&P yang terdapat dalam amalan psikolingustik ini akan memudahkan kefahaman dan ingatan murid dalam asas berbahasa. Salah satu kemahiran asas dalam psikolingustik ialah kemahiran membaca. Guru-guru perlu memberi perhatian yang serius terhadap kemahiran ini yang mana jika kemahiran ini tidak dikuasai oleh murid boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah menulis dan membaca dengan baik. Pada pandangan saya cara terbaik untuk membezakan penggunaan e'pepet' dan e'taling' ialah dari segi sebutan. Guru perlu menyebutnya dengan jelas dan 30 Nov 2011 09:02:01 AM Harun Bin Mat Rafiai

Unit 3 : Sistem Ejaan dan Sebutan

30 Nov 2011 09:42:56 AM

Harun Bin Mat Rafiai

memberitahu makna perkataan tersebut supaya murid tidak keliru. Contohnya perkataan 'selak', ia mempunyai 2 maksud yang berbeza iaitu selak (untuk mengunci pintu) dan se'lak(menyingkap/ membuka). Guru boleh memberikan contoh ayatayat yang membezakan antara dua maksud tersebut. Contoh ayat yang boleh diberi ialah Emak selak pintu rumah sebelum keluar dari rumah dan Kain langsir itu terselak apabila ditiup angin. Unit 4 : MorfologiPenggolongan Kata Assalamualaikum, Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh para pelajar contohnya, Ramai guru-guru di dalam dewan itu sepatutnya murid mennulis atau menyebut Ramai guru di dalam dewan itu kerana perkataan ramai itu sudah menunjukkan banyak. Contoh kesalahan tatabahasa lain yang sering dilakukan oleh pelajar ialah ayat yang mengandungi perkataan saling. Contoh ayatnya ialah seperti Pelumbapelumba basikal itu saling potongmemotong sepatutnya Pelumbapelumba basikal itu saling memotong 30 Nov 2011 10:47:12 AM Harun Bin Mat Rafiai

Unit 5 : Lantas aku terus bangun dan bergegas Sintaksis - Ayat menuju jendela yang terbuka luas. Aku terus menutupnya tetapi aku terpaku melihat sekujur tubuh tertiarap di halaman rumahku. Aku bergegas turun ke halaman rumah dan perlahan-lahan aku melentangkan tubuh yang kaku tersebut. Ya Allah, rupa-rupanya adik

26 Nov 2011 08:25:57 PM

Harun Bin Mat Rafiai

lelaki aku, rupanya telah kebiru-biruan, mungkin telah terkena renjatan kilat. Aku meraung sekuat-kuatnya memanggil ayah dan ibu yang ketika itu berada di ruang dapur... Unit 7 : Semantik Assalamualaikum, Pada pandangan saya, guru besar atau pengetua tersebut tidak sepatutnya menegur guru tersebut(Cikgu Nab) di hadapan tiga lagi kawannya yang boleh menyebabkan Cikgu Nab merasa malu dan jatuh maruahnya. sebagai seorang pengetua atau guru besar kita sepatutnya mengawal emosi kita ketika hendak menegur orang bawahan kita dan jangan bertindak dengan terburu-buru. sepatutnya pengetua atau guru besar tesebut memanggil Cikgu Nab masuk ke biliknya dan menegur perbuatan Cikgu Nab. Dengan cara ini, Cikgu Nab akan dapat menerima kelemahannya samada dia akan meminta maaf ataupun memberikan alasan kenapa beliau tidak dapat hadir ke dewan itu. 30 Nov 2011 11:03:46 AM Harun Bin Mat Rafiai

You might also like