You are on page 1of 6

Pokok gaharu dan kegunaannya

Gaharu merupakan pokok yang selalu didapati di dalam hutan. Ada yang memanggilnya pokok karas. Gaharu datang daripada genus aquilaria. Sepsis yang biasa dan dikatakan paling bermutu merupakan aquilaria malacensis.Spesies-spesies yang lain adalah A. Hirta, A. Beccariana, A. Rostrata, A. Microcarpa A. Subintegra dan A Crassna. Amat baik untuk kita mengetahui spesies yang mana yang sesuai untuk sesebuah kawasan supaya tidak tersilap menanam, kerana penanaman memerlukan masa sekurang-kurangnya 7 tahun untuk mengeluarkan hasil.Permintaan terhadap gaharu ini memang banyak dan kebiasaannya datang daripada begara-negara Timur Tengah seperti arab Saudi, Taiwan dan Jepun. Jiran kita Indonesia sudah maju dalam bidang penanaman pokok ini. Jadi, sesiapa yang ada kenalan dari sana bolehlah merujuk kepada mereka.

Kegunaan gaharu ni banyak. Dahulu saya ingat untuk majlis keagamaan agama Buddha dan Hindu sahaja, jadi walaupun mahal, saya rasakan tak patutlah saya menanamnya untuk dijadikan tujuan tersebut. Setelah diteliti banyak juga kegunaan lain seperti untuk dijadikan pewangi dan produk perubatan. Jadi, dapat dilihat jika untuk tujuan ini, eloklah juga saya berjinak-jinak untuk menanamnya.

Bila saya teliti lagi, pokok ini merupakan pokok yang diambang kepupusan kerana permintaan yang teramat tinggi sehinggakan harganya lebih mahal daripada emas. Sangat sayang rasanya jika kita tidak menjaga warisan yang kita ada. Oleh itu ada baiknya kita menggembling tenaga mengusahakan tanaman gaharu ini (jika mampu) secara kecilkecilan atau ladang. InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin juga saya cuba mengusahakan tanaman ini. Saya memang tidak gemar jika kahzanah hutan tidak dipelihara. Mungkin dengan menanam pokok ini akan ldapat mengurangkan daripada pembalakan secara besar-besaran kerana kayu karas@gaharu ini juga banyak digunakan dalam industry perkayuan. Semoga anda juga mengkaji kebaikan pokok ini, jika tidak mahu menanam secara besar-besaranpun, tanamlah untuk lanskap kawasan

perumahan anda (tapi ingat, pokok ini boleh menjadi amat besar sekali) yang sesuai.

vvPokok Nyatoh Sidang ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Sapotaceae yang berasal
dariSemenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera, Sulawesi, dan Thailand. Nama botaninya Palaquium rostratum (Miq.) Burck. Kayu Pokok Nyatoh Sidang digunakan dalam industri pembinaan serta untuk membuat almari.

[sunting]Ciri-ciri

fizikal

Pokok Nyatoh Sidang adalah pokok yang amat besar sehingga 40 meter (130 kaki) tingginya, dengan akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut: Kulit kayu: Kasar, dan berwarna perang merah tua, dengan emping-emping sering didapati di antara tisu-tisunya. Kulit sebelah dalam berwarna merah jambu, lembut, berserat, dan melelehsap putih ketika dipotong. Daun: Berbentuk empat segi panjang, dan tumbuh dalam lingkaran-lingkaran yang ketat pada hujung ranting. Bunga: Berumpun-rumpun dan berbau wangi. Buah: Berbentuk empat segi panjang, dan berisi, dengan 1-3 biji yang terbenam di dalam isinya.

Pokok Meranti Tembaga ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Dipterocarpaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya *Shorea leprosula Miq. Pokok ini merupakan sumber kayu komersil yang utama, dan dikelaskan sebagai meranti merah ringan.

Isi kandungan
[sorok]

1 Ciri-ciri fizikal 2 Lihat juga

3 Rujukan 4 Pautan luar

[sunting]Ciri-ciri

fizikal

Pokok Meranti Tembaga amat besar, dengan ukuran lilit yang boleh melebihi 3 meter (10 kaki) diameternya pada pangkal batang pokok.Akar banirnya amat ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut: Kulit pokok: Berwarna perang kelabu dan licin, walaupun terdapat jalur-jalur yang sekata. Ranting-rantingnya amat berbulu pada hujungnya. Daun: Licin pada permukaan atas dan permukaan bawahnya dilitupi oleh bulu-bulu kuning. Bunga: Kecil dan berwarna kuning pucat, dengan kelopak-kelopak yang sempit. Buah: Merupakan kekeras yang berbentuk bujur, dengan tiga sayap panjang serta dua sayap pendek.

Pokok Cengal
Pokok Cengal

Status pemuliharaan Terjejas Pengelasan saintifik Alam: Divisi: Kelas: Order: Tumbuhan Tracheophyta Magnoliopsida Malpighiales

Keluarg Dipterocarpac a: eae Genus: Neobalanocar pus

Spesies N. heimii :

Nama binomial Neobalanocarpus heimii


(King) P. Ashton

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar. Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangananai-anai. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

[sunting]Malaysia
Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang. Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Pokok Merbau Ipil


Rencana ini adalah berkaitan dengan Pokok Merbau Ipil (Intsia bijuga), untuk Pokok Ipil-ipil, lihat Leucaena leucocephala. Untuk kegunaan lain, sila lihat: Ipil.

Pokok Merbau Ipil

Status pemuliharaan

Rentan (IUCN 2.3) Pengelasan saintifik Alam: Divisi: Tumbuhan Magnoliophyt a Magnoliopsid a Fabale Fabaceae

Kelas:

Order: Keluarga:

Subkeluar Caesalpinioid ga: eae Genus: Intsia

Spesies:

I. bijuga

Nama binomial Intsia bijuga


Pokok Merbau Ipil ialah pokok yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta pulau-pulau diLautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga Caesalpiniaceae tropika. Nama botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki banyakakar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya.
Isi kandungan
[sorok]

1 Kegunaan 2 Rujukan 3 Pautan luar 4 Lihat juga

[sunting]Kegunaan
Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam pasaranAmerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.

You might also like