You are on page 1of 1

Amir Omar B. Salamon K.P: 680407-10-6205 No.

309, Blok 6 Jalan Plumbum 7/95 Seksyen 7 40000 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN. Guru Besar SRAI Dato Mufti Yusof Sahabudin Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor

30 Jun 2011

RAYUAN KEMASUKAN ANAK KE SEKOLAH RENDAH AGAMA DATO MUFTI YUSOF SAHABUDIN, SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Permohonan : Nurul Fatini Bt Amir Omar (Darjah 1 Tahun 2012) No. S/B : BQ01180 Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin merayu untuk kemasukan darjah 1 bagi tahun 2012 ke Sekolah Rendah Agama Dato Mufti Yusof Sahabudin, Seksyen 7, Shah Alam. 2. Kemasukan ini amat penting bagi kami sekeluarga kerana :Kedudukan sekolah adalah berdekatan dengan kediaman kami, ini memudahkan saya untuk mengambilnya selepas waktu persekolahan khususnya ketika kecemasan. b) Beliau juga mempunyai dua orang kakak yang belajar di sana iaitu Nurul Arina Bt Amir Omar Tahun 6 Jannah Firdaus dan Nurul Fatihah tahun 1 Jannatul Adnin. Ini juga akan memudahkan Urusan menghantar dan mengambil beliau dari sekolah. c) Kami sekeluarga, terutama anak saya(pemohon) amat berminat untuk belajar di sekolah ini memandangkan pembelajarannya yang bergitu sistematik dan penyeragaman pembelajaran pendidikan agama yang amat sesuai bagi pembesaran anak-anak. d) Tiada pengasuh untuk menjaga atau mengambilnya selepas waktu persekolahan, ini kerana kami suami isteri bekerja. 3. Saya berharap dan merayu agar permohonan saya selaku penduduk yang menetap di Seksyen 7 ini mendapat pertimbangan pihak tuan. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, a)

(AMIR OMAR BIN SALAMON) H/P : 019-6798401

You might also like