You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN Sejarah Melaka antara tahun 1400-1500 adalah sebuah episod penting perkembangan tamadun masyarakat di Alam Melayu. yang terus kekal dalam ingatan dan menjadi tumpuan utama para ahli sejarah dan juga ahli sains sosial. Perkembangan tamadun masyarakat melayu pada era itu bukan sahaja menjadi subjek kajian ahli sejarah dan sains sosial tempatan bahkan turut menarik minat pengkaji barat seperti Gullick dan Shellabear. Antara fokus utama kajian adalah sistem bermasyarakat yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional (MMT) pada waktu. Keseluruhan sarjana sains sosial mengakui bahawa MMT terutamanya pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. ( Hanapi Dollah,1983) Istilah feudalisme sinonimnya dikaitkan dengan apa sahaja institusi yang tidak berlandaskan kepada prinsip prinsip kebebasan dan demokrasi mengikut yang diperkenalkan barat. Ia digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri masyarakat, institusi, keluarga dan individu yang dianggap tertutup, malas, kejam dan ketinggalan zaman. Ia juga di kenali sebagai sebuah bentuk kerajaan. Sistem feudal wujud di eropah sejak abad ke-19 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang di syaratkan untuk memberi taat setia kepada lord tersebut. Dalam konsep ini pihak lord akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Rakyat juga menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanah mereka kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dikenali sebagai lords tenant atau vassal. Roney Hilton 1984 menegaskan bahawa eksploitasi terhadap golongan petani bawahan oleh kelas pemilik tanah wujud secara meluas dalam sejarah dunia, dari Asia hingga ke Amerika, dari zaman awal hingga moden. Jika ia

bercorak pengeluaran feudal, maka feudalisme wujud di mana-mana dan bila-bila masa. Epstein, Stephan R. (2007) Selain itu, istilah-istilah feudal yang negatif seperti corak hidup feudal, pemikiran feudal, psikologi feudal dan sebagainya telah dicipta untuk memburukkan mana-mana pihak yang di kritik sama ada terhadap pemerintah, parti yang pembangkang, raja, puak,tokohtokoh atau mana-mana individu yang tertentu. Richarson dan Sayles (1963) berpendapat istilah feudalisme dan feudal adalah kata-kata ciptaan yang paling mengecewakan pernah digunakan yang telah merendahkan bahasa ahli sejarah. Istilah ini perlu dielakkan daripada digunakan kerana ia telah dikaitkan dengan pelbagai konsep negatif seperti yang telah dikemukakan diatas. Budaya politik Melayu dahulunya adalah bersifat feudal dengan ciri-ciri yang jelas seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. (Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaei Hj Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob, Mohammad Rodzi Abd Razak,2011) Zaman KMM yang melewati satu abad adalah model klasik tentang sebuah MMT. Oleh itu, penelitian dan penganalisaan bentuk sistem feudal yang diamalkan oleh MMT adalah wajar didasarkan pada zaman ini.

2.0

MAKSUD MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL Istilah melayu feudal mula diperkenalkan dalam penulisan sejarah melayu oleh

bangsa eropah. Menurut Kamus Dewan edisi-3 terbitan tahun 1993, feudal merupakan sebuah sistem bermasyarakat yang dikuasai oleh golongan bangsawan, oleh itu dapat kita klasifikasikan, bahawa feudalisme melayu yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional (MMT) merupakan satu bentuk sistem bermasyarakat yang dipimpin oleh golongan bangsawan melayu diketuai oleh oleh sultan. Masyarakat Melayu feudal menurut Prof. Cheah Boon Kheng (1994) ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang di dalamnya terdapat kelas atau golongan hulubalang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam hierarki masyarakat feudal itu. Dalam sistem feudal Masyarakat Melayu Tradisional ini pemerintahan, sosiopolitik dan hal-ehwal pentadibiran Melaka dimonopoli oleh masyarakat peribumi iaitu golongan aristokrat tadi. Dalam sistem ini wujudnya organisasi yang terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. (Gullick, 1970) Menurut Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1997) Kesultanan Melayu Melaka merupakan satu bentuk kerajaan yang feudal tetapi tidak sepenuhnya. Fahaman feudalisme di Tanah Melayu tidak sama seperti di Eropah. Hal ini adalah kerana penjelmaan feudal itu sendiri tidak jelas tersusun dalam Masyarakat Melayu Tradisional. Selain itu, perhubungan dan tangungjawab raja dan rakyat tidak dinyatakan dengan jelas seperti di eropah. Menurut Ishak Saat (2006), feudalisme bermaksud corak perhubungan pemerintah dengan yang diperintah yakni lebih berbentuk dalam keadaan iaitu setiap golongan saling memerlukan. Konsep feudalisme dapat dilihat melalui hujah ini:

dan lagi tiada sentosa akan kerajaannya kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu. Jikalau tiada kayu dimanakah api itu bernyala?..yakni rakyat itu umpama akar, yang raja umpama pohon. Jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Sama seperti sistem feudalisme di barat, sistem feudalisme Masyarakat Melayu Tradisional juga berasaskan konsep taat setia rakyat terhadap pemerintah. Antara ciri-ciri lain feudalisme melayu adalah kewujudan golongan yang bertindak sebagai pentadbir dan memerintah yang objektifnya adalah untuk menjaga dan mengawal nilai moral, norma dan sistem bermasyarakat yang sedia ada harus diakui oleh golongan yang diperintah. Peranan golongan ini amatlah diperlukan.Golongan kelas pentadbir ini terdiri daripada Sultan,

keluarganya serta pembesar kelas bangsawan. Kumpulan ini hanyalah minoriti kecil tetapi mempunyai kuasa besar dalam pengaruh politik dan ekonomi. Golongan ini sangatlah dihormati dan mereka mempunyai bahasa pertuturan khas untuk golongan ini sahaja. (S.Hussin Ali, 1981) Golongan yang diperintah adalah rakyat. Sebilangan besar anggota masyarakat kelas ini terdiri daripada orang tempatan dan orang asing. Selain itu, dalam sistem feudal Masyarakat Melayu Tradisional (MMT) ketara benar jurang antara kelas rakyat dengan kelas pemerintah terutamanya dari sudut ekonomi dan sosial Hal ini adalah kerana persoalan utama perbezaan kelas dalam masyarakat juga ditentukan oleh pemilikan harta. Dalam kalangan kerabat diraja terutamanya raja yang memerintah, baginda disediakan dengan pelbagai keistimewaan istiadat dan hukum adat. Cuma raja sahaja yang layak menjalani upacara tradisi dan amalan menjunjung duli. Anggota masyarakat lain adalah dilarang sama sekali. Selain itu cuma raja yang berhak menggunakan payung berwarna kuning dan anak raja pula berwarna putih. Antara larangan yang dikenakan terhadap rakyat adalah membuat rumah berpermanjungan, berperahu dengan tingkap

berpenghadapan, memakai penduk, bergelang kaki emas, memakai barang kemas walaupun sekaya mana orang itu. Antara kelas atasan dan bawahan terdapat jurang sosial yang luas.kedua-dua kumpulan tidak bercampur.mereka tinggal berasingan dengan sultan dan keluarga hidup beliau di dalam perkarangan istana. Perkahwinan hanya berlaku di kalangan orang-orang status yang sama, dan biasanya perkahwinan ini mengukuhkan lagi hubungan sosial di kalangan ahli-ahli kelas atasan. Lelaki dari kelas atasan boleh mengambil isteri atau gundik dari kelas yang lebih rendah, tetapi ia adalah mustahil untuk lelaki kelas bawahan mengambil isteri dari kelas atasan.ini adalah untuk memelihara keturunan diraja dan ia adalah ini faktor ini yang menentukan kedudukan yang diwarisi oleh seseorang, kerana status itu rapat. ( Syed Hussin ali, 1981) Tambahan juga, beberapa ciri-ciri asas feudalisme melayu yang digariskan oleh Cheah Boon Kheng (1991) adalah pertama, pembesar lebih kuat daripada sultan. Untuk itu, sultan atau raja ini memperolehi kesetiaan dan ketaatan golongan atasan ini dengan pemberian kawasan atau daerah kepada golongan pembesar ini. Kedua, hubungan antara pembesar dan rakyat saling bergantungan seperti tuan tanah dan anak buah sungguhpun lebih berat sebelah kepada pihak pembesar sehingga rakyat ditindas dan diperas. Ketiga, wujudnya sistem kerah. Sistem ini membolehkan membolehkan pembesarpembesar menggunakan tenaga rakyat untuk membuat kerja samaada untuk pertanian, kententeraan dan urusan-urusan lain. Contohnya apabila sultan hendak membina istana, Orang-Orang Besar hendaklah menyediakan tenaga kerja untuk menyiapkan istana tersebut. Dalam konteks ini Orang-Orang Besar ini menggunakan tenaga anak buahnya yakni rakyat Melaka untuk menjalankan titah raja. Keempat wujudnya sistem pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar Melaka. Pembesar- pembesar dilantik oleh sultan dan jawatan-jawatan

mereka ditingkatkan kepada beberapa kelas menurut susunan yang paling kanan. Sejarah Melayu mencatatkan golongan ini jelas mengamalkan sistem pembesar 4 lipatan yang terawal dalam sejarah tradisional melayu. Pembesar lipatan pertama adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung.

3.0 PRANATA SOSIAL Pembahagian masyarakat kepada dua kelas iaitu kelas pemerintah dan kelas rakyat merupakan satu daripada unsur-unsur pokok susunan politik dan masyarakat melayu. Kelas pemerintah merupakan golongan yang paling rapat sekali dengan sultan. Dalam lembaga pemerintah terdiri beberapa orang daripada pembesar daripada keturunan raja dan bukan keturunan raja. (Gullick, 1970) Manakala kelas diperintah pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba yang dipecahkan kepada beberapa kategori. Secara general, untuk lebih memahami susun lapis masyarakat melayu tradisional menerusi bentuk kun pada pranata sosial masyarakat Melaka, raja dan golongan kerabatnya menduduki hierarki paling atas, diikuti oleh golongan pentadbir yang terdiri daripada golongan pembesar kemudian oleh rakyat yang merdeka dan golongan hamba. Menurut Muhammad Yusoff Hasyim (1989), masyarakat Melaka ketika itu merupakan sebuah masyarakat yang class-conscious. Setiap anggota masyarakat sedar akan kelas yang mereka duduki. Hamba tidak akan mengakui diri mereka dan pembesar yang tidak berketurunan kerabat tidak akan menggelar diri mereka golongan diraja. Namun unsur ini agak sukar untuk dikenal pasti secara kasar kerana adanya Perkara ini dapat di buktikan dengan adanya kewujudan Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka. Peruntukan undang-undang yang sediakan untuk setiap kelas adalah berbeza-beza Sultan merupakan puncak dalam kelas pemerintah negara yang menjadi lambang perpaduan dan menjadi tempat rujukan para pembesar. Masyarakat melayu pada waktu itu percaya raja atau sultan mereka itu sangat suci dan wajib ditaati. Beberapa cerita klasik hindhu mendakwa kononnya raja-raja hindhu turun dari Bukit Siguntang Mahameru sebagai manusia suci dan wajib dihormati oleh rakyat bawahan (Ramlah Adam, 1998) dan sejarah

melayu mencatatkan Sang Sapurba Sri Tribuana adalah raja melayu yang didakwa keluar daripada lembu yang didakwa suci oleh masyarakat hindhu (Syed Hussein Ali, 1993) Manakala dalam Sulalatus Salatin, asal usul keturunan raja di alam melayu telah dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain. Dalam Islam sultan dianggap sebagai bayangan Allah S.W.T seperti yang disebut dalam konsep Khalifatullah. Sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka raja bertanggungjawab mengendalikan pemerintahan dan menjaga kebajikan rakyat dengan baik sesuai dengan kehendak ajaran islam itu sendiri (Ramlah Adam, 1998) Golongan kedua dalam kelas pemerintah adalah golongan pembesar. Golongan ini merupakan tonggak utama dalam menjalankan sistem bermasyarakat seperti kakitangan kerajaan seperti menjadi pentadbir, mengkuatkuasakan undang-undang dan mengendalikan hal ehwal negeri. Golongan ini diketuai oleh pembesar 4 lipatan yang menduduki kedudukan tertinggi hierarki pembesar iaitu Bendahara, Penhulu Bendahari, Laksamana dan Temeggung dan diikuti jawatan-jawatan lain seperti Menteri, Orang Kaya dan Datuk-datuk. Gullick (1970) menjelaskan bahawa para pembesar melayu pada waktu tidak mempunyai kecenderungan untuk membebaskan diri mereka ataupun menentang istana. Mereka tidak pernah mempunyai minat untuk merebut kekuasaan sultan atau ingin merampas takhta, lebih-lebij lagi kerana perlantikan sultan bukannya berasaskan kekuasaan politik atau ketenteraan tetapi berlandaskan kesucian darah dan keturunan. Golongan yang diperintah iaitu golongan rakyat dan hamba. Penduduk dan rakyat Melaka pada waktu itu lebih berpusat kepada kampung dan keluarga besar. Mereka adalah satu kelas yang berbeza daripada kelas negeri (pemerintah) di atas. Bilangan ahli kelas ini secara logiknya sudah tentulah ramai. Fungsi utama mereka dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan adalah menyokong institusi beraja dan para pembesar dalam sistem
8

dan struktur kerajaan. Kesemuanya tertakhluk secara longgar dibawah pentadbiran yang diketuai oleh sultan tadi. Secara generalnya, rakyat Melaka dapat dipecahkan kepada dua kategori, rakyat yang merdeka dan hamba. Walaupun tiada pengkhususan bidang tugas mereka terhadap mereka, namun dalam tugas-tugas politik, sosial dan tanggungjawab tertentu dari segi pembahagian kerja diberikan kepada mereka bagi menggerakkan jentera kerajaan dan menyokong sistem berkerajaan. Sebilangan besar rakyat Melaka yang merdeka terdiri daripada daripada orang-orang tempatan yang menetap di Melaka. Dari sudut sosial, mereka ini tidak terikat kepada manamana pihak dan masing-masing mempunyai tanggungjwab dan menjalankan kehidupan sendiri tanpa tertahkluk kepada mana-mana pihak Mereka ini menjadi teras kepada perpaduan masyarakat Melaka pada waktu itu. Selain rakyat tempatan, rakyat Melaka juga terdiri daripada orang laut, orang asing samaada yang terlibat dengan kegiatan ekonomi dan aktiviti keagamaan, rakyat jajahan, rakyat yang bernaung dibawah naungan kerajaan Melaka serta rakyat kalah perang. Melaka menambah bilangan rakyat mereka melalui tanah jajahan mereka di kawasankawasan sekitarnya. Sumber China melaporkan bahawa kegiatan meluaskan jajahan Melaka telah bermula sejak zaman pemerintah Megat Iskandar Syah iaitu raja Melaka (Muhammad Yusoff Hasyim, 1989). Bahagian negeri Melaka Berjaya diperluaskan hingga ke Kuala Linggi di bahagian utara dan ke Kuala Kesang di bahagian selatan. Dipercayai semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammah Syah, rakyat jajahan Melaka bertambah hingga ke Baruas, Hujung Karang di barat manakala bahagian timur pula sehingga ke Terengganu. Selain itu, Melaka juga diduduki oleh orang asing. Orang asing juga dikenali sebagai orang dagang atau orang perantau. Ada yang terlibat sebagai askar upahan, golongan agama
9

serta sebagai pedagang. Pertambahan bilangan rakyat berlaku apabila orang-orang asing ini berkahwin dengan warga tempatan dan menetap terus di Melaka. Kebanyakannya berasal dari Jawa, Pasai, orang cina, Keling (tamil), Gujerat, berbagai suku bangsa dari Tanah Arab, Ghori, Parsi dan sebagainya. Kebanyakan pedagang asing yang datang berdagang serta golongan agama yang datang menyebarkan islam di Melaka berkahwin dengan anak gadis melayu dan menetap terus di Melaka. Contohnya Syarif Muhammad Kabungsuan yang dikatakan telah berkahwin dengan puteri raja Melaka dan beberapa pembesar Melaka yang dikatakan telah berkahwin dengan anak perempuan orang asing. (Muhammad Yusoff Hasyim, 1989). Kehadiran mereka menambah lagi bilangan kumpulan etnik sedia ada yang terdapat di Melaka. Orang laut yang berbagai-bagai suku juga termasuk dalam kelas rakyat. Taat setia mereka kepada sultan dan kerajaan Melaka adalah tradisi dan turun temurun sejak dari sejak era pamerintahan Parameswara lagi. Selagi keturunan raja-raja Melaka masih mengekalkan rantai keturunan dari Palembang, selama itulah taat setia mereka kepada raja diberikan. Mereka inilah yang menjadi tulang belakang pasukan tentera laut Melaka. Ada juga kawasan-kawasan kecil yang mungkin belum mempunyai identiti politik kenegerian dan pemerintah, telah mempunyai penduduk. Penduduk-penduduk ini mudah sahaja terserap dan bernaung di dalam identiti dan wibawa politik Melaka. Kawasan naungan ini dinamakan sebagai kawasan pegangan. Antaranya adalah Muar, Bentan dan Indragiri. Dengan adanya kawasan naungan ini maka bertambahlah bilangan rakyat Melaka. Kumpulan kedua masyarakat yang diperintah adalah golongan hamba. Golongan ini terikat kepada pemilik masing-masing. Pekerjaan yang dilakukan mereka adalah berdasarkan kerahan serta perintah pemilik hamba-hamba tersebut. Mereka ini adalah harta pemilik dan pemilik tersebut hendaklah bertangunggjawab terhadap mereka. Segala kesalahan atau

10

jenayah dan makan pakai mereka hendaklah dipertanggungjawab oleh pemiliknya. Antara tugas-tugas hamba adalah menjadi kuli, mengayuh sampan dan membasuh perahu tuannya. Pemilik kepada hamba adalah raja dan kaum kerabatnya dan para pembesar serta menteri, Orang Kaya dan pemiutang khususnya. Menurut undang-undang yang digubal pada waktu itu, hamba ini pula terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba raja ini sangat istimewa kerana mereka ini menikmati hak sosial yang istimewa berbanding hamba lain. Hamba berhutang adalah orang berhutang orang yang dipaksa menurut perintah orang lain kerana gagal untuk melangsaikan hutang mereka. Golongan hamba trakhir juga dikenali sebagai hamba, abdi dan sahaya. Mereka ini dalah golongan orang suruhan akibat daripada pembelian ataupun pemberian orang. Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu, secara simboliknya menamakan tiga unsur penting yang menjadi asas kepada penubuhan Kerajaan Melaka. Tiga unsur tesebut adalah Raja/ Sultan, para pembesar daripada pelbagai hierarki, dan rakyat yang menjadi wadah dan menjadi tunjang kepada dua unsur di atas. Sejarah Melayu tersebut mencatatkan bahawa Masyarakat Melayu Tradisional pada waktu itu diasaskan berdasarkan hubungan saling melengkapi antara ketiga-tiga unsur tersebut. Seorang raja tidak akan berdiri dengan teguh sekiranya tidak ditunjangi oleh para pembesar dan rakyat yang setia. Sebaliknya tanpa kewujudan seorang sultan yang berdaulat sebagai ketua pemerintah, tidak akan wujud sebuah sistem dan hierarki pentadbiran serta peraturan, institusi kesultanan, masyarakat yang teratur serta tata cara hidup yang bernorma. Raja yang memerintah kerajaan Melaka disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular, dengan kedudukan istimewa yang diperolehi daripada kedaulatan raja

tersebut, digunakan sebaik mungkin untuk menggerakkan jentera serta tenaga-tenaga pemerintah dalam pentadbiran negara. Sungguhpun raja mempunyai hak kuasa yang hampir

11

mutlak, tetapi baginda masih memerlukan bantuan untuk mentadbir negara. Beberapa orang pembesar memainkan watak penting untuk membantu baginda secara lansung. Politik dan pentadbiran tradisional tidak dipikul oleh seorang sultan sahaja, baginda dibantu oleh para pembesar tempatan. Sultan amat bergantung kepada pembesar-pembesar tempatan terutamanya dalam hal ekonomi negeri. Ini adalah kerana kelas pemerintah merupakan satu entiti yang paling rapat dan paling dipercayai sultan. Barang-barang dagangan import dan eksport biasanya diselia oleh golongan bangsawan terutamanya sistem cukai yang wujud pada ketika itu. Hubungan dan kerjasama antara raja dan para pembesar selaku tulang belakang yang menyokong sistem pentadbiran kerajaan menjadi asas penting politik Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan secara langsung antara raja dan para pembesar yang efektif dalam politik sosial menjadi kunci utama sistem berkerajaaan ini. Kelicinan, kesentosaan dan kejayaan untuk menjayakan sistem ini amat bergantung kepada sikap saling tolong menolong di antara kedua-dua belah pihak. Oleh yang demikian, maka untuk menjayakan sistem itu, tertanamlah falsafah politik di Melaka tentang kerjasama antara raja yang dianalogikan sebagai api dan para pembesar pula di analogikan seperti kayu Kedua-dua belah pihak ini saling memerlukan. (Muhammad Yusoff Hasyim,1989) Pegawai yang terpenting adalah Bendahara. Beliau merupakan penasihat utama baginda Sultan. Tugas bendahara boleh diibaratkan seperti peranan Perdana Menteri Malaysia pada zaman ini. Semasa Tun Perak menyandang jawatan bendahara, beliaulah yang bertanggungjawab mengdukung cita-cita negara serta dasar luar Melaka sepanjang tempoh pemerintahan 4 orang sultan, bermula dari zaman pemerintahan Sultan Muzzafar Syah. Sejarah Melayu (Shellabear, 1975) mencatatkan:

12

Shahdan Baginda Paduka Raja itulah yang dikatakan bijaksana... Pembesar Melaka juga memainkan peranan sebagai perantara di antara Sultan dan rakyat. Para pembesar daripada pelbagai hierarki melaksanakan tugas-tugas fizikal untuk memastikan kelansungan kewibawaan dan kuasa pemerintahan seorang raja. Tidak mungkin kesemua tanggungjawab dipikul oleh raja semata-mata. Maka dengan itu hal-hal dan urusan yang serba kompleks itu diagihkan fungsinya kepada para pembesar. Hukum Kanun Melaka mencatatkan tugas raja sebaik sahaja ditabalkan sebagai raja: Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-menjadikan Bendahara, kedua

menjadikan Temenggung, ketiga Penghulu Bendahari, keempat menjadikan Syahbandar. Maka terpeliharalah segala raja-raja itu dengan rakyatnya. Keadilan adalah mustahil untuk dicapai dengan berpandukan serta merujuk kepada raja yang memerintah sahaja. Oleh itu, para pembesar memainkan peranan penting untuk membantu raja dan memastikan baginda memerintah dan mentadbir negara dengan adil. Keputusan kolektif yang dibuat hasil perbincangan raja dan para pembesar adalah lebih baik berbanding keputusan persendirian seorang raja. Justeru konsep musyawarah dan berbincang diaplikasikan dalam masyarakat melayu feudal ini. Hubungan kuasa yang saling bergantungan ini melahirkan keseimbangan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran masyarakat melayu feudal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hal in ini juga berkait rapat dengan tradisi turun temurun budaya politik Masyarakat Melayu Tradisional iaitu hubungan timbal balik antara sang pemerintah serta rakyat yang diperintah di mana aspek kerjasama dan tolak ansur antara raja dan rakyat menjadi teras utama. Sejarah Melayu memcatatkan sumpah setia juga dikenali sebagai waadah antara Sang Purba Taram Sri Tri Buana sang pemerintah dengan Demang Lebar Daun.

13

Hubungan timbal balik ini wujud apabila raja berfungsi sebagai pelindung manakala rakyat bertindak sebagai penyokong kepada yang melindungi tadi. Ianya diwarisi semenjak zaman pemerintahan Srivijaya dan diteruskan sehinggga runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka. Unsur timbal balik ini dapat dikaitkan dengan sebuah bidalan Parsi yang telah diterapkan dalam sistem pemerintah Melaka pada waktu itu. Tun Sri Lanang penulis Sejarah Melayu memetik titah Sultan Mansor Syah yang berbunyi: seperti kata Parsi, Arayat juna bakhasanat sultan Khasad yang bermaksud rakyat itu umpama akar, raja umpama pohon. Jikalau tiada akar nescaya pohon tidak dapat berdiri dan tanpa pohon tentu akar tidak dapat hidup. Kerjasama serta hubungan saling bergantungan ini menjadi asas penting yang sangat praktikal dalam tradisi kepimpinan Masyarakat Melayu Tradisional pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang membentuk masyarakat dan sebuah kerajaan yang agung.

14

4.0 KONSEP TAAT SETIA Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sistem feudal masyarakat melayu tradisional merupakan satu bentuk kerajaan intergrated yang didasari oleh konsep taat setia rakyat rakyat terhadap pemerintahnya. Tun Sri Lanang dalam magnum optusnya mencatatkan persetiaan di antara Sang Sapurba dan raja Palembang Demang Lebar Daun. Perjanjian ini dikenali sebagai waadat. Dalam perjanjian ini Sang Sapurba dianggap mewakili raja dan Demang Lebar Daun di pihak pembicara rakyat. Demang Lebar Daun memberi pengakuan bahawa anak cucunya akan taat setia kepada raja manakala pihak raja pun hendaklah menjaga kepentingan rakyat, mengikut hukum syarak. (Shellabear, 1975). Menurut persetiaan ini hendaklah pada akhir zaman kelakanak cucu Demang Lebar Daun yakni golongan yang diperintah tidak derhaka kepada anak cucu Sang Sapurba jikalau ia zalim dan jahat sekalipun. Perjanjian ini menguraikan dengan jelas sekali hubungan asas antara pemerintah melayu dan rakyat yang didasari oleh taat setia. Perjanjian ini juga menggambarkan hubungan feudal yang ideal (Shaharuddin Maaruf,1953) dan diperteguhkan lagi dengan kewujudan unsur daulat dan derhaka yang menjadi intipati terhadap konsep taat setia tersebut. Pengkajian tentang ciri-ciri feudalisme melayu tidak akan lengkap tanpa mengaitkannya dengan unsur daulat dan derhaka. Kedua-dua istilah ini merupakan kunci penting kepada konsep feudalisme melayu. Menurut Mohd. Yusof Hasyim, daulat dan derhaka ini mempunyai status politik yang unggul dalam masyarakat melayu feudal untuk menghuraikan peri hal aspek-aspek kuasa dan kewibawaan seorang pemerintah dalam melaksanakan pemerintahan atau pentadbiran kerajaan. (Yusuf Hasyim, 1989)

15

Unsur daulat yang berasal daripada perkataan arab iaitu daulah yang dibincangkan pada zaman Masyarakat Melayu Feudal jauh berbeza dengan pemahaman daulat yang dipegang pada masa kini. Pada zaman tradisi di Melaka, daulat dirujuk dan dihubungkan terus dengan peribadi dan tubuh badan raja yang memerintah dan berkuasa. Walau di mana sekalipun raja itu memerintah dari segi geopolitiknya, bukanlah negeri atau kawasan yang diperintahnya tetapi peribadi dan tubuh badan raja atau pemerintah tersebut yang didaulati. ( Muhammad Yusoff Hashim, 1989) Konsep daulat ini telah wujud sebelum kedatangan islam lagi iaitu ketika masyarakat di Alam Melayu masih mengamalkan ajaran Hindu- Buddha mungkin pada zaman Srivijaya dan terus diaplikasi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Konsep ini bermula di peringkat yang paling asas iaitu ketua ali sebagai katuha dalam bahasa sanskrit dan terus

berkembang apabila ketua tadi dikaitkan secara politik dengan mitos Hindu berkaitan dengan asal usulnya, keturunan dan salasilahnya. Ketua atau raja ini juga dikaitkan dengan kebolehan fizikal rohaniah dan yang luar biasa. Keturunan dan nenek moyang raja atau pemerintah tersebut didakwa sebagai jelmaan dewa dalam tradisi Hindu-Buddha yang amat suci dan luhur yang menjelmakan konsep devaraja. Raja dianggap sebagai jelmaan dewa. Mereka menyifatkan raja sebagai bayangan tuhan dimuka bumi. Setiap perintah, pergerakan, perbuatan serta tindak tanduk raja atau pemerintah tersebut melambangkan perlakuan makhluk-makhluk suci yang wajib dihormati dan dipatuhi. Apabila raja atau pemerintah tersebut di anugerahi daulat dalam istiadat pertabalan, dia kemudiannya berbeza daripada dirinya yang sebelum ini dan kaum kerabatnya yang lain. Oleh sebab itu, rakyat hendaklah menghormati dan mentaati raja. Cara menyembah raja sama seperti cara menyembah berhala.

16

Kedatangan islam telah membawa sinar baru kepada seluruh masyarakat tradisional melayu di Alam Melayu. Islam telah membawa kepercayaan dan corak hidup serta pandangan secara menyeluruh kepada masyarakat melayu. Kepercayaan terhadap konsep Devaraja telah berubah kepada kepercayaan terhadap Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Dalam kalangan masyarakat kelas atasan, terutamanya raja atau pemerintah, Islam memberi keyakinan yang lebih berkesan dan bermakna terhadap undang-undang tertinggi dan kedaulatan mereka. Dalam erti kata lain, kepercayaan mengenai hak-hak suci raja-raja yang dipusakai oleh konsep Devaraja dijadikan bentuk baru tapi masih berlandaskan sistem kepercayaan dan semangat temurun yang serupa. Raja dalam masyarakat melayu yang beragama Islam dianggap sebagai khalifah Tuhan di dunia untuk memerintah umat Islam. (Muhammad Yusoff Hasyim, 1989) Daulat juga digambarkan secara lahiriah dengan penampilan dan penggunaan lambang dan budaya seperti pengucapan bahasa, penggunaan warna yang membezakan taraf raja dengan rakyat jelata serta alat-alat kebesaran seperti nobat, senjata, payung dan persalinan. Dalam aspek-aspek tertentu, hal ehwal keagamaan dan pengibadatan juga menjadi faktor istimewa dalam penampilan dan penegasan daulat. Walau apa dan bagaimana cara pun konsep dan institusi daulat tadi dicipta, matlamat politiknya ialah untuk mewujudkan suatu institusi kehidupan bermasyarakat dan berkerajaan. Matlamatnya juga adalah untuk melahirkan corak hidup yang normatif, tetapi sebolehbolehnya dalam keadaan yang bertolak ansur walaupun dalam suasana sistem pentadbiran yang didapati longgar. Tujuannya ialah untuk mewujud, memelihara, dan mengawal keselamatan anggota-anggota masyarakat dan kesejahteraan hidup berkerajaan. (Muhammad Yusoff Hashim, 1989)

17

Menjadi kepercayaan bahawa orang melayu yang melanggar

daulat sultan akan

menderita pembalasan dari kuasa ghaib kemurkaan raja yang dimuliakan.(Gullick, 1972) Hal ini adalah kerana daulat juga dihubungkan dengan konsep spritual derhaka. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, dua unsur ini saling berkaitan. Mana-mana individu yang didakwa telah mengingkari titah dan perintah raja dianggap menderhakai dan akan ditimpa daulat tersebut. Pada zaman masyarakat melayu feudalisme, tiada kesalahan jenayah yang dianggap paling besar dan berat dalam sistem berkerajaan selain derhaka. Secara generalnya derhaka bermaksud menentang raja atau mana-mana pemerintah yang berdaulat. Antara perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai derhaka adalah penafian terhadap perintah raja, mencetuskan huru-hara dalam negeri, membunuh tanpa izin raja dan memalsukan cap mohor raja Masyarakat melayu feudal pada waktu tersebut percaya hukuman terhadap si penderhaka dapat dilaksanakan dalam dua bentuk. Pertama, si penderhaka akan menerima tulah. Hal ini adalah kerana daulat berkait rapat dengan kepercayaan tulah. Hikayat Malim Dagang mencatatkan tulah mengambil bentuk bisa kawi iaitu suatu bentuk ketulahan yang amat geruni oleh segenap lapisan masyarakat pada waktu itu. Pada abad ke-18 masyarakat melayu tradisional amat takut dengan kalimah bisa kawi akibat menderhaka. Penderhakaan dianggap sebagai jenayah yang paling hina pada waktu itu kerana ia mampu mengancam dan memporak-perandakan sistem kerajaan. Budaya penderhakaan juga meruntuhkan nilai peradaban bangsa melayu. Maka dengan itu, lahirlah istilah pantang anak melayu menderhaka terhadap raja yang masih dipegang pada hari ini. Sejarah Melayu menyebut Sang Rajuna Tapa iaitu Penghulu Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura telah ditimpa daulat dan ketulahan menjadi batu kerana dipercayai telah bersubahat dengan orang Majapahit menyerang singapura.
18

Selain ditimpa ketulahan, si penderhaka juga terpaksa berdepan dengan hukuman fizikal yang berat yang boleh membawa maut atau kecederaan fizikal. Malah keluarga si penderhaka juga turut menerima nasib yang sama. Keluarga dan suku-sakat turut sama dibelasah agar keturunannya terhapus Percubaan mencipta daulat dan kepercayaan derhaka ini diturunkan secara tradisi dan mungkin merupakan usaha untuk menjelaskan perbezaan darjat dan status dalam kalangan masyarakat melayu feudalisme pada waktu itu. Dengan adanya kepercayaan daulat, kedudukan raja atau sultan serta pengusaannya terhadap kelas bawahan dapat diperkukuhkan lagi. Ia diserapkan secara tidak sedar tetapi amat berkesan terhadap pemikiran rakyat pada waktu itu. Penerimaan terhadap konsep daulat dan derhaka ini akhirnya menjadi kunci utama terhadap perbezaan antara 2 kelas masyarakat melayu feudal zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya. Rakyat yang diperintah harus mengakui kedaulatan raja tersebut dan setia terhadap raja dan pemerintah mereka dan sebarang pengkhianatan serta kegagalan untuk taat kepada raja menyebabkan mereka ditimpa tulah seperti yang dijelaskan sebelum ini.

19

5.0 PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa kehidupan sosial Masyarakat Melayu Tradisional terutamanya semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan sistem feudal di mana adanya golongan pemerintah (raja dan pembesar) serta golongan yang diperintah (rakyat merdeka dan hamba). Sistem sosial ini merupakan hubungan timbal balik dan saling bergantungan antara dua golongan di atas. Secara praktisnya hubungan antara rakyat dan pembesar adalah secara fizikal dan lansung manakala hubungan antara raja dan rakyat terjadi dalam bentuk spiritual dan tidak lansung melalui unsur daulat dan derhaka. Konsep taat setia terhadap raja dan pemerintah oleh rakyat berbeza dengan apa yang diamalkan di eropah. Masyarakat melayu memberikan ketaatan melulu kerana kepercayaan daulat dan derhaka secara tradisi warisan yang diadaptasi oleh waadat. Dalam sistem ini, golongan pemerintah memberikan keselamatan dan perlindungan manakala golongan yang diperintah memberikan perkhidmatan dan kesetiaan kepada pemerintah sebagai balasan.

20

RUJUKAN
Cheah Boon Kheng.(1991)Feudalisme Melayu:Ciri-Ciri dan pensejarahannya.Dlm. Isu-isu pensejarahan, disunting oleh Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng.Pulau Pinang: Penerbit USM Epstein, Stephan R. (2007) Rodney Hilton, Marxism and the transition from feudalism to capitalism. Past and present, 195 (Suppl. 2). pp. 248-269. Gullick.J.M (1970). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanapi Dollah. (1983).Jurnal Sejarah Melaka: Masyarakat Asiatik: Kes Masyarakat Melayu Tradisional Semasa Kesultanan Melayu Melaka.Persatuan Sejarah Melaka. Ishak Saat. (1964).Sejarah Sosiobudaya Melayu.Shah Alam.Karisma Publications. Kamus Dewan Ed-3. (1993). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaei Hj Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob, Mohammad Rodzi Abd Razak. (2011).Pengaruh Nasionalisme Melayu Mewarnai budaya Politik Melayu Dalam UMNO. Jurnal Melayu (7) 2011: 193 - 216 Muhammad Yusoff Hasyim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd Yusuf Ibrahim. (1982).Melaka Dahulu dan Sekarang: Beberapa Aspek Masyarakat Zaman Kesultanan, di sunting oleh Prof. Khoo Kay Kim.Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia Ramlah Adam.(1998).Kemelut Politik Melayu.Kuala Lumpur: Universiti Malaya S.Hussin Ali. (1981). The Malay: their problems and future. Selangor: Heinemann Educational Books (asia) ltd. Shaharuddin Maaruf. (1988). Malay ideas on development: from feudal lord to capitalist. Kuala Lumpur: Times Books International. Shellabear, W.G.(1975).Sejarah Melayu.PJ: Fajar Bakti. Zainal Abidin Abdul Wahid.(1997).Kesultanan Melayu Melaka:Pentadbiran Kuno atau Moden. Melaka.Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

21

EVOLUSI POLITIK MALAYSIA (SKSP 1033)


CIRI-CIRI MASYARAKAT MELAYU FEUDAL
Nama

NAJWA FARAHAH BINTI NAZRI


No. pelajar

A140486
Pensyarah

EN JAMAIE HJ HAMIL

22

You might also like