You are on page 1of 33

KEK KAREMEL

by : Munirah Baharum

Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan

Bahan Karemel 1/2 tin susu cair 70g gula castor 1/2 sudu teh esen vanilla 3 biji kuning telur Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacau telur dan esen perlahan. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1 70g gula kastor 3 biji telur kuning 135ml air 45ml minyak masak Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2 140 gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Merinque 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning 70g gula castor 1 sudu teh krim of tar2 Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering Pukul putih telur hingga berbuih Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. Gaul rata secara kaup balik Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yang anda sukai. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang- belangkan adunan Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

NASI LEMAK AYAM GORENG BERSALUT OAT


NASI LEMAK

3 cawan beras Basmati ~ dicuci. direndam anggaran 20 hingga 30 minit kemudian toskan 3 ulas bawang merah ~ dihiris 2 inc halia ~ dititik 1 batang serai ~ dititik 1 sudu teh halba 2 helai daun pandan disimpul 4 1/2 cawan santan cair Garam secukup rasa Dalam periuk, pijarkan sedikit minyak Tumiskan bawang, halia, serai, halba dan daun pandan Tumis sehingga naik harum Masukkan santan cair dan biarkan ia mendidih Sementara itu beras dimasukkan ke dalam periuk nasi. Bila santan telah mendidih, tuangkan santan dalam periuk nasi berisi beras tadi Perasakan dengan garam secukupnya Tutup periul nasi dan tanak nasi seperti biasa.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


1 mangkuk ikan bilis ~ dibilas air dan goreng garing ketepikan RM2.00 Lada kering ~ direndam hingga kembang basuh dan toskan ~ dikisar 15 ulas bawang merah ~ dikisar 6 ulas bawang putih ~ dikisar Belacan sebesar duit 50 sen ~ dikisar 1/2 cawan air asam jawa 1 sudu teh garam secubit ajinomoto 5 sudu makan gula 1/2 cawan minyak masak Pijarkan minyak dalam kuali Tumiskan bahan yan dikisar hingga garing dan naik bau Masukkan air asam, gula garam dan ajinomoto secukup rasa Biarkan merenih Untuk mendapatkan sambal yang sedap, bahan yang dikisar hendaklah ditumis lama sehingga benar-benar garing Ini adalah untuk menghilangkan bau maung lada kering dan mendapatkan sambal yang sedap Bila sambal sudah masak, tunggu sehingga ia benar-benar sejuk, barulah masukkan ikan bilis Tujuannya supaya ikan bilis rangup bila dimakan

AYAM GORENG BERSALUT OAT

1 ekor ayam ~ dipotong dan dicuci bersih Bahan Kisar 6 ulas bawang putih 2 batang serai 1 sudu teh serbuk ketumbar 1 inc kunyit hidup 2 inc halia garam dan gula secukup rasa air untuk merebus Bahan Menggoreng 6 sudu besar tepung jagung 1 biji telur ~ buangkan 1/2 kuningnya 1 sudu besar air kapur 1 sudu teh kunyit serbuk Garam secukup rasa Air jika perlu Oat secukupnya Minyak untuk menggoreng terendam Kisarkan bahan kisar kecuali garam dan gula Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam Bila air telah mendidih, masukkan ayam Rebus ayam selama 20 minit atau sehingga ayam empuk Perasakan dengan garam dan gula secukupnya Angkat setelah ayam empuk dan toskan airnya Dalam satu bekas lain, satukan tepung jagunf, air kapur, kunyit serbuk, garam dan telur. Kacau rata Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair Panaskan minyak untuk menggoreng terendam Celupkan ayam dalam adunan tepung Salutkan dengan oat Goreng ayam sehingga kekuningan Angkat dan toskan

Nasi lemak sedia dihidangkan besama ayam goren bersalut oatl, sambal tumis, telur dadar, timun dan ikan bilis goreng.

NASI AYAM CUKUP RASA


Sup Ayam 1 ekor ayam ~ di potong dan di cuci bersih air untuk merebus secukupnya 3 inc halia di hiris 1 batang serai ~ diketuk 3 sudu besar Maggi Cukup Rasa 2 sudu besar Stock Pekat Ayam Maggi Masukkan semua bahan kecuali ayam ke dalam periuk Tutup periuk dan rebus hingga air mendidih Setelah air mendidih, masukkan ayam Biar hingga ayam empuk Keluarkan ayam dan ketepikan Ambil separuh air sup ayam untuk menanak nasi

Nasi Ayam 4 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan 4 1/2 cawan air rebusan ayam / Sup Ayam 1 sudu besar Maggi Sos Tiram dengan sebatian makanan laut 1 batang serai ~ dititik Masukkan beras kedalam periuk nasi Masukkan air rebusan ayam atau Sup Ayam, 1 batang serai dan Maggi Sos Tiram Kacau rata dan tanak nasik seperti biasa.

Ayam Goreng Maggi 1 ekor ayam ~ yang telah direbus 2 sudu besar Maggi Sos Tiram dengan sebatian makanan laut 1 sudu besar kicap lemak manis 1 sudu besar madu 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa Dalam satu bekas, satukan semua bahan kecuali ayam Gaul rata Lumurkan pada ayam dan perap sebentar Goreng ayam dalam minyak secara terendam hingga kuning keemasan Angkat dan toskan

Sos Cili 6 batang cili merah 10 batang cili padi 1/2 cawan air Sup Ayam 1 sudu besar Sos Tomato Maggi 2 sudu besar Sos Cili Maggi 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa sedikit perahan jus lemon Satukan semua bahan kecuali jus lemon dan kisar Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus lemon Sedia dihidangkan

NASI KOMOK / KHAO MOK GAI


Di kongsikan oleh : Kak Azian

Rujukan : Ayu Sebelum kita memasak Nasi Komok ni kita perlulah menyediakan rempah Komok terlebih dahulu. Sebenarnya rempah Komok ni ada di jual mungkin di utara, atau di sempadan Thailand. Tapi bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah komok bolehlah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azian. REMPAH KOMOK 2 sudu teh rempah kari daging 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk ketumbar 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh garam 1 sudu besar gula Semua bahan di atas di satukan, campurkan sedikit air gaul rata untuk di jadikan pes.

NASI KOMOK 1 ekor ayam ~ dipotong 4 dan cuci bersih 5 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar, cuci dan toskan 4 sudu besar minyak ghee / minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 4 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 1 batang serai ~ dititik ita tambah 5 ulas bawang merah ~ dihiris 4 ulas bawang putih ~ dihiris 3 batang akar ketumbar ~ hiris sikit untuk buang tanahnya dan cuci bersih 3 sudu besar Rempah Komok / guna resepi di atas 200 ml susu cair 8 cawan air garam secukup rasa 1 kiub ayam ~ ita tambah Pijarkan minyak sapi dalam periuk Tumiskan bahan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih , buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan bahan yang di hiris dan masak hingga ia layur Kemudian masukkan pes rempah komok dan masak hingga garing. Sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus Setelah garing, masukkan air dan akar daun ketumbar Biarkan air rebusan mendidih Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa Rebus hingga ayam separuh empuk Angkat ayam dan toskan *Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk di buat sos cili

Masukkan beras ke dalam periuk nasi Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi Kemudian masukkan susu cair Perasakan garamnya jika kurang. Tanaklah nasi seperti biasa.

AYAM GORENG Serbuk kunyit secukupnya Garam secukup rasa Ayam yang telah kita toskan tadi, kita gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya Ita perapkan ayam bersama rempah ayam goreng

SOS CILI 1 cawan air rebusan ayam 6 biji cili merah 4 biji cili padi ~ jika inginkan pedas 2 ulas bawang putih 4 tangkai daun ketumbar 2 sudu besar cuka ~ boleh juga perahkan jus lemon garam dan gula secukup rasa Sedikit cili sos ~ ita tambah Sedikit kicap manis ~ ita tambah Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam tadi Masukkan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat Ita tambahkan sedikit cili sos dan sedikit kicap manis Bila kuah telah pekat perasakan dengan garam dan gula Boleh tambahkan cuka atau perahan jus lemon

SUP KOMOK Lebihan air rebusan ayam tadi, ita jadikan sup untuk di makan bersama Nasi Komok sebagai kuahnya. Ita cuma perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun ketumbar.

NASI BERIANI GAM ASLI MUAR


Rujukan : i Resepi

LAUK BERIANI GAM


Bahan-bahan untuk lauk Beriani 1 kilo daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm 5 biji kentang ~ belah dua 8 biji telur rebus keras Setengah cawan ghee / minyak sapi 1 sudu teh buah pelaga 1 inci kayu manis 5 bunga lawang 1 sudu teh jintan manis 2 biji bawang besar Holland ~ hiris 5 ulas bawang putih ~ kisar 10 ulas bawang merah ~ kisar 1 inci halia ~ kisar 6 sudu makan pes rempah beriyani Segenggam gajus Segenggam raisins Air secukupnya 1 cawan Tairu / Yoghurt ~ jika tiada perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit Garam dan gula secukup rasa 1 atau 2 sudu makan tomato puri 1 keping gula Melaka ~ ita tambah 1 kiub daging ~ ita tambah Pijarkan minyak sapi dalam kuali Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes Masukkan daging , kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang. Biarkan ia merenih Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt Biarkan ia merenih sebentar Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus Masak hingga daging mesra.

NASI BRIYANI GAM


Bahan-bahan untuk Nasi 5 cawan beras basmathi 1 cawan ghee / minyak sapi 1 sudu teh buah pelaga 1 inci kayu manis 5 bunga lawang 1 sudu teh jintan manis setengah sudu teh koma koma / saffron 4 ulas bawang putih ~ hiris halus 10 ulas bawang merah ~ hiris halus 1 inci halia ~ hiris halus 3 sudu makan pes rempah beriyani segenggam gajus segenggam raisins 5 cawan air garam secukup rasa Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan Pijarkan minyak sapi dalam kuali Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes Seterusnya masukkan beras dan kacau rata Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Sekarang bagaimana perkataan Gum itu terhasil ? Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini Sebelum tu ita nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti. Gunakan api yang perlahan sahaja.

Peralatan yang kita perlukan Alat kukusan Kain muslin ~ untuk mengalas kukusan Kain kapas yang agak panjang untuk ukurlilit periuk kukus Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air

Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air Alaskan periuk mengukus ( tingkat 2) dengan kain muslin , buat 3 layers Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus dan raisins dan koma-koma / safron Tutupkan pengukus Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk Celupkan kain kapas dengan kanji Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi. Pastikan iktannya agak kejap. Supaya wapnya tidak keluar. Letak atas api yang perlahan Masak sehingga lebih kurang 1 jam Buka lilitan dan buka tutup pengukus Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak . Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. * Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat * Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak. Jom kita belajar..

Untuk pinggan perseorangan Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar Untuk hidangan Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

PENCUK NENAS
1 biji timun ~ potong kecil 1/2 biji nenas masak ~ dikupas dan dipotong kecil

1 biji bawang besar ~ di hiris halus 1 batang cili merah ~ dihiris 1 batang cili hijau ~ dihiris 1 sudu besar cuka makan Garam dan gula secukup rasa Satukan semua bahan ke dalam bekas gaul rata dan sesuaikan rasanya Sedia dihidangkan Ita juga sediakan satu lagi lauk tambahan untk hidangan ini.

AYAM MASAK MERAH LADA HITAM


1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih 1 sudu teh buah pelaga 1 inci kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 5 bunga lawang 1 sudu teh jintan manis 1 batang serai ~ dititik 1 cawan lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar 10 ulas bawang merah ~ dikisar 4 ulas bawang putih ~ di kisar 2 sudu teh lada hitam ~ dikisar 1 inc halia ~ dikisar 1 batang serai ~ dikisar 1 sudu besar tomato puri 2 biji tomato ~ di potong baji 1 keping gula Melaka 1 kiub ayam garam dan gula secukup rasa 1 pokok daun ketumbar ~ dihiris Air secukupnya Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam Kemudian goreng ayam separuh garing Toskan ayam setelah di angkat Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing Tambahkan air jika terlalu kering Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah

Renihkan Masukkan gula Melaka dan ayam Biar ayam mesra bersama kuah Masukan garam dan gula secukup rasa Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat Taburkan daun ketumbar Gaul mesra Sedia dihidangkan

SALAM AIDIL ADHA

Sup Ayam 5 ketul peha ayam ~ di jadikan boxing air secukupnya 2 ulas bawang putih diketuk 1 1/2 inci halia di hiris 2 pokok daun bawang 1 biji kentang dipotong ~ di dadu 1 biji lobak merah ~ di dadu 1 sudu besar serbuk lada sulah Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 10 minit. ~ Ayam jangan masak lama kerana kita akan goreng ia nanti. Angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam. Ambil separuh air rebusan ayam dan asingkan untuk menanak nasi Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih. Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Nasi Ayam 2 mug beras 2 1/2 mug air rebusan ayam 1 inci halia - dikisar 2 biji bawang putih - dikisar 2 pokok batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali. 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar sos tiram 2 helai daun pandan ~ disimpul 2 sudu mentega Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi. Biar ia mencair, ( masukkan sedikit minyak untuk mengelakkan mentegar hangus) Kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. Tutup periuk nasi Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

Ayam Boxing Berempah Crispy 5 ketul ayam boxing 2 ulas bawang putih ~ dikisar 1 inc halia ~ dikisar 6 helai daun kari di mayang halus 2 sudu besar rata rempah kari garam secukup rasa 1 sudu besar madu Sedikit lada hitam kisar Garam secukup rasa 2 biji putih telur ~ dipukul 1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan Minyak untuk mengoreng terendam Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu. Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar Celupkan ayam ke dalam putih telur Golekkan ayam di atas emping jagun hingga bersalut sempurna Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya * bagi mereka yang alah pada makan makanan berempah untuk bersahur sila abaikan rempah kari dan lada hitam. Ayam pula boleh di bakar jika tidak suka di goreng.

Taugeh Goreng 2 cawan taugeh ~ dibersihkan 1 sudu besar ikan bilis yang telah di tumbuk 2 ulas bawang putih ~ dihiris 3 ulas bawang merah ~ dihiris 1 batang cili merah ~ dihiris 1 pokok daun bawang ~ di mayang

Panaskan minyak Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau Perasakan dengan garam secukup rasa Masukkan taugeh dan terus tutp api gaul taugeh rata bersama daun bawang dan cili merah.

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Malam tadi ibu gigih mengekek.. Pencinta kek coklat (ucu) nak balik Terengganu (dah balik pagi tadi..) Alhamdulillah, dapatla si pencinta kek tu merasa air tangan kakak dia ni kan.. Buat kek dah tengah malam, sebab malam tadi juga baru sampai dari kampung. Ada la 2 orang pembantu yang tolong-tolong (cayu dan ucu), tapi kek belum msak pembantu dah zzzzzzzzzzzz.. Maka inilah hasilnya.. v v v v

Kek coklat lembab kukus Munira.. bukalah mana-mana blog masakan, rata-rata semua dah cuba resepini..

Tekstur dalam kek.. sangat moist, sedap dan walla.. memang best!!

Sepotong untuk dingapp!! Ini adalah potongan yang terakhir dan ketika entry ini dibuat, kek dah habis.. haha.. Ibu kongsikan di sini resepinya. Cuma ibu tak ingat copy dari blog.. Maaf.. RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA Bahan-bahannya: Bahan A 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada ** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api

perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati. Bahan B - di ayak 3/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder Bahan C 4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur) Cara-caranya: Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu tak lapik pun, sapu loyang dengan sedikit minyak je..) Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Ibu kukus 45 minit sahaja) Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam RESEPI TOPPING KEK COKLAT 150 gm coklat masakan 1/4 cawan air pana 1 sb mentega 1 sb susu pekat

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler' Nota ibu Yusuf: Ibu pun tak ingat sebenarnya, berapa kali dah buat. Banyak kali sebenarnya.. Banyak-banyak resepi kek coklat, ibu paling suka yang ini.. :D

You might also like