You are on page 1of 27

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) UNIT 1: METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF Latihan m/s : 16 Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi, Takrir & Tadarus

Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah

106 : Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang beransur-ansur. dan Kami menurunkannya

18 :

Maksudnya : Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.

: [ : ]
Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

: : [ ]
Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab

Dalil Kaedah Tasmi

: [ : : : : " " ] :
Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku : Bacalah Al Quran kepadaku Aku berkata : Adakah aku perlu membaca kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain Maka aku membuka " surah Al Nisa ,tatkala sampai kepada ayat :

"

Nabi berkata : Cukup! Maka aku berpaling kepadanya dan

mengalir airmata dari kedua-dua matanya

[ : ]
2

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

Dalil Kaedah Takrir

[ ... ]
Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Muminin r.a katanya : Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : Bacalah! Jawab Nabi : Aku tidak pandai membaca . Kata Nabi selanjutnya menceritakan Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai membaca Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai membaca Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata :

]
Dalil Tadarus

[ ]
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Aktiviti tutorial Soalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan caracara mengatasinya. Talaqqi Mushafahah Kaedah mempelajari bacaan al- Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril memmbaca ayat suci al- Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Seterusnya Rasulullah SAW membacanya kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu di baca dan dihafalkan. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al- quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagimana pelaksanaan semua hokum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hokum tajwid. Kelebihan a) Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian di ikuti oleh pelajar. b) Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda. Ketika itu Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

nabi membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada sahabat-sahabatnya. c) d) Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan mengikut tajwid. Murid-murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar atau disebut oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil. Kelemahan a) b) c) Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai. Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan. Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan sebutan huruf hijaiyah.

Cara-cara mengatasinya a) Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah. Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas mambantu murid yang lemah. b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menayangkan carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut. c) Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi, contohnya: dan disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Tadarus Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara berglir-gilir dalam kumpulannya.jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja. Kelebihan a) b) c) Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara satu sama lain. Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan mereka. Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar mengeja dan membaca. Kelemahan a) Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan dalam bacaan murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara beramai-ranai dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir. b) Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir pelajar yang lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa surah Al-Fatihah. Cara mengatasi a) Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti oleh murid. b) Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam bacaan Al-Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Tasmik Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih, menelaah, menguji dan mengesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar. Kelebihan a) b) c) d) Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan. Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat yang dibaca. Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari segi tajwid. Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan. Kelemahan a) b) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya tidak sesuai untuk bacaan. Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam pembacaan mereka. Cara mengatasinya a) Ketika guru sedang mentasmik salah seorang murid, guru hendaklah menyediakan lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk mengelakkan daripada berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2. Aplikasikan mana-mana kaedah pilihan anda semasa anda semasa interaksi dengan pensyarah anda.

Talaqqi Mushafahah Kaedah talaqqi musyafahah adalah merupakan kaedah yang sering digunakan semenjak zaman rasulullah lagi,kerana kaedah ini senang dan mudah untuk pelajar menginggat.Kaedah ini walaupun pelajar tidak mengenal huruf-huruf tetapi pelajar dapat mengingat dan dapat membaca melalui guru yang mengajar. Contoh : guru membaca pelajar mengikut apa yang guru baca.Tetapi kaedah ini melambatkan pelajar untuk mengenal huruf-huruf dan membaca dengan sendiri sewaktu guru tidak ada di hadapan.Kaedah ini merupakan kaedah hafazan pelajar akan dapat mengingat surah apa yang dihafal.

Tadarus Kaedah Tadarus pula adalah kaedah halaqah kecil bersama kawan-kawan yang lain kerana kaedah ini adalah pembacaan secara beramai-ramai tetapi pada satu ketika ia akan didengar oleh kawan yang lain untuk membetulkan bacaan yang tersilap.Setelah selesai orang pertama orang yang kedua akan pula akan membaca dan didengar oleh ahli kumpulan yang lain sekiranya ada bacaan yang salah orang berada dalam kumpulan akan menegur dan membetulkan cara bacaan tadi,kaedah ini sering digunakan didalam kelas semasa pensyarah menyuruh membuat tugasan dalam kumpulan.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 25 1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi Khatam Al Quran.
PERBEZAAN

MODEL 6 BULAN

MODEL TASMI

Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuk tahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 6

Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembangan bacaan Al Quran murid secara individu

Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiap tahun (Jan-Jun)

Dibimbing secara berterusan

Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan

Dilakukan diluar waktu persekolahan

Proses P&P dijalankan secara individu menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satu masa Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan Iqra (6 bulan pertama) Penilaian bacaan Iqra direkodkan pada setiap bulan.

Menggunakan kaedah tasmi & seterusnya pencapaian murid dinilai. Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihak juzu 1 sekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

10

Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurangkurangnya sekali seminggu

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas dengan menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan penyelesaiannya Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah : Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. 1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan. Cara penyelesaian : Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai pembimbing rakan al-Quran. 2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran. Cara penyelesaian : Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan. Model Tasmik 1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi. Cara penyelesaian : Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk menjadi guru pembimbing. 2. Buku Iqra tidak mencukupi. Cara penyelesaian : Sekolah telah menfotostatkan buku iqra dan dibekalkan kepada murid.

11

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

12

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

UNIT 2 : TILAWAH DAN TAJWID SERTA APLIKASINYA Latihan m/s : 28 Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi


13

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 32 Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada ayat 4 surah al Muzzamil (

o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy (

Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : Mengelokkan / berlembut-lembut dalam bacaan o Al Dhahak ( ) Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : Menjelaskan bacaan huruf demi huruf o Ibnu Abbas (

Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya o Tafsir Al Qurtuby (

Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahanlahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya . Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis . Maka sabda Rasulullah : Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala yang berbunyi : (

? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

o Tafsir Ibnu Kathir ( ) Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya.

14

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

o Tafsir Al Khazin ( ) Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam , disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang bersembahyang itu hadir (khusyu) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengitibaran.Maka akan tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang dimaksudkan dengan perkataan tartil itu. o Tafsir Al Nasafi ( ) Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan harakat (yang perlu dipanjangkan)

15

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain .

MUTAMASILAI N

MUTAQARIBAI N

MUTAJANISAIN

Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj dan sifat. Hukum bacaannya Wajib Idgham mengikut bacaan Riwayat Hafs Dinamakan juga dengan nama Idgham Al Mutamasilaini Saghir Contoh dalam 2 kalimah

Berlaku diantara huruf-huruf yang berhampiran dari segi makhraj dan sifat. Hukum bacaannya Izhar mengikut Riwayat Hafs kecuali huruf lam dan ro wajib diidghamkan secara Idgham Kamil tanpa dengung.

Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj tetapi berlainan sifat. Hukum bacaannya Izhar mengikut bacaan Riwayat Hafs , kecuali pada enam tempat dari tiga makhraj wajib dibaca Idgham.


Contoh dalam 1 satu kalimah

Dinamakan juga dengan Idgham Al Mutaqaribaini Saghir Contoh:

Dinamakan juga dengan Idgham Al Mutajanisaini Saghir Contoh:


Kecuali :

i.

ii.

i. ii.

17

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 39 Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim.

1. Mad wajib muttasil Mad wajid muttasil ialah apabila huruf mad ( alif ( huruf berbaris di atas atau wau ( hadapan atau ya (

) bertanda sukun sebelumnya satu

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf berbaris

) sukun sebelumnya satu huruf berbaris di bawah bertemu) dengan

huruf hamzah di dalam satu kalimah. Ia di namakan mad wajib kerana para ulamak Qura telah bersepakat memanjagkannya lebih daripada mad asli iaitu empat, lima atau enam harakat dan di namakan muttasil kerana huruf mad bertemu dekat huruf hamzah dalam satu kalimah. Di dalam al- Quran rasam Uthmani huruf mad wajib muttasil di beri tanda mad (~) seperti:

2. Mad jais munfasil Mad jais munfasil ialah apabila huruf mad ( alif ( huruf yang berbaris di atas atau wau ( berbaris hadapan atau ya (

) bertanda sukun sebelumnya satu

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang berbaris di

bawah ) bertemu dengan huruf hamzah di dalam dua kalimah. Ia di namakan mad jais kerana para ulamak Qura telah berbeza pendapat tentang kadar panjangnya ada yang membacanya dengan kadar dua harakat, ada yang membaca dengan kadar empat atau lima harakat dan di namakan munfasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah di dalam keadaan berpisah dari satu kalimah iaitu huruf mad bertemu dengan huruf hamzah di dalam dua kalimah. Di dalam al-Quran rasam Uthmani huruf mad jais munfasil di beri tanda mad ( ~ ). Contohnya:

18

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

3. Mad lazim Mad lazim ialah selepas huruf mad terdapat satu huruf bertanda sukun asli tetap. Dinamakan mad lazim kerana tanda sukun atau tashdid lazim dengan huruf mad dalam satu kalimah dan lazim dimadkan dengan enam harakat tanpa khilaf. Mad lazim ini terbahagi kepada dua iaitu: Mad lazim kalimi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran. Mad lazim harfi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada hurufhuruf pembukaan al-Quran. Setiap mad lazim kalimi dan harfi pula terbahagi kepada dua bahagian: Musaqqal iaitu huruf sukun selepas huruf mad di idghamkan ke dalam huruf selepasnya. Mukhaffaf iaitu huruf sukun selepas huruf mad tidak di idghamkan ke dalam huruf selepasnya . Contoh: Mad lazim kalimi musaqqal

*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim kalimi mukhaffaf *kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi musaqqa

*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi mukhaffaf

*kadar bacaannya 6 harakat

19

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

4.

Mad farq

Mad farq ( mad yang membezakan atau istifham) terdapat pada huruf hamzah istifham di awal kalimah, pada pertemuannya dengan huruf hamzah wasal untuk mengekalkan antara ayat pertanyaan dengan ayat pemberitahuan. Bacaan hamzah istifham dimadkan dengan 6 harakat kerana huruf hamzah bersambung di tukarkan menjadi huruf mad alif dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga di namakan mad lazim kalimi. Jenis mad ini hanya terdapat pada tiga kalimah di dalam al- Quran. 1. Surah Yunus ayat 59 dan Surah Naml ayat 59 2. Surah al-Anam ayat 143 dan 144 3. Surah Yunus ayat 51 dan 59

5. Mad tamkin mad tamkin ( mad tetap) mad pada huruf ya ( diikuti dengan huruf (

) bersabdu serta berbaris di bawah yang

) sebagai huruf mad. Bacaan madnya tetap dengan 2 harakat

pada ketika bacaannya bersambung dengan uruf yang berikutnya seperti:

6. Mad takzim Mad takzim ( mad memperagungkan) mad pada perkataan pertemuannya dengan perkataan (

beerti

tidak ketika

yang terdapat pada kalimah tauhid. Di baca

dengan 6 harakat. Ia juga di namakan mad mubalaghah. Contonya:-

20

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 40 Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran & kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

Waqaf Jibril 1 Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan bacaan pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi oleh kerana itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al Quran terdapat sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulamak.

Mengikut semakan ada terdapat sebelas tempat bagi wakaf Jibril iaitu:-

1. Surah al- Baqarah ayat 148 2. Surah al-Imran ayat 29 3. Surah al- Imran ayat 95 4. Surah al- Maidah ayat 48 5. Surah al-Maidah ayat 116


6. Surah Yusuf ayat 108 7. Surah al- Radu ayat 17 8. Surah al-Nahl ayat 5 9. Surah Sajdah ayat 18

10. Surah annaziat ayat 23 11. Surah al-Qadr ayat 3

Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , Bughyatu cIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim , Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

21

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama dalam menentukan waqaf Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah 2 terdapat dua ayat yang berbeza dengan ayat-ayat di atas iaitu : 1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

*
2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

*
Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitabkitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini

Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

22

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 42 Layari laman web qquran (www.qquran.com) a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal 1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran. Beliau telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-Namki sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh Muhammad Abu Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah menziarahi beberapa negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh sebahagian negara-negara tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman bacaan al-Quran dengan stesen radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain. Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-Quran daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan mempunyai sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah seorang yang sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok bandingannya di dalam dunia tilawah Al Quran.

23

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330 bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan menerima pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk mempelajari ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran yang baik.Beliau pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk bacaan didalam siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi Qari masjid AlAhmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari di Mesir. Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi Persatuan Qari-Qari Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-muktamar. Beliau juga banyak menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia dan negara-negara Afrika serta telah mengislamkan ramai orang. Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-Quran di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah. Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahadmaahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-Quran dan derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin 16 Muharram bersamaan 24 November 1980 .

24

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Antara tulisan beliau : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10. 11. 12. 13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah

Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad Kelahiran & Nasabnya Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Mara cizah yang terletak di bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah kawasan yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran. Datuknya adalah merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan dan hukum hakam Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama Tajwid. Sebahagian adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk

25

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida di samping kelunakan suaranya yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti setiap orang yang mendengarnya. Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya Ketika umurku 10 tahun aku telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan. Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka berdua untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke bandar Tanta di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat di hadapan Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang merupakan salah satu bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu bandar di Al Wajhu Al Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat dan masa depanku, aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta aku mendapat tahu Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di situ sebagai seorang guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung Armanat telah telah menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui kemampuan beliau dalam bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah menetapkan bahawa sheikh ini datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga telah menubuhkan satu persatuan Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari segala ilmu Al-Quran di samping aku menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan matan khas dalam ilmu qiraat. Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah di setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi. Di penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba yang merupakan salah seorang gurunya telah

26

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba berjaya juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran. Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminatpeminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia tilawah Al-Quran.

27

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya terhadap Al Quran. Sheikh Mahmud Khalil Al- Husairi Pengenalan

Fadhilah sheikh al-Qari Mahmud Khalil Al- Husairi di lahirkan pada tahun 1335 bersamaan 17 September 1917 masihi di Syubra Namlah. Beliau mula menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 8 tahun. Beliau belajar di Al-Azhar. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang ulum Quran. Beliau memiliki suara yang unik dan merdu. Beliau wafat pada tahun 1401 bersamaan 24 November 1980. Sumbangannya terhadap Al-Quran: i. ii. iii. Beliau merupakan Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada Asim pada tahun 1961. Merakamkan bacaan riwayat Warsh dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al-Mushaf al muallim (mushaf guru). iv. v. vi. Ketua bagi persatuan Qari-Qari Dunia Islam. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan pertubuhan Qari al-Quran di Mesir. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap Bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-insititut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah. vii. Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al- Quran dan penghafaz penghafaz al- Quran dan menderma semua kegiatan yang baik.

28

You might also like