You are on page 1of 11

Tajuk 2 : Komponen Pengajaran

Penggunaan Papan Tulis Pengelolaan Bilik Darjah Penutupan dan Membuat Kesimpulan

PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Penting dalam aktiviti pengajaranpembelajaran di bilik darjah.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS Memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik.

Memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

Menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.
Menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.

Mendemonstrasikan langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik.

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis.

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai.

Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik.

Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan.

Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dnegan lebih jelas dan tepat. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

PENGELOLAAN BILIK DARJAH

KEMAHIRAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH

Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah. Bilik darjah pula merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid. Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.

PENDEKATAN DAN STRATEGI

AUTOKRATIK (BERPUSATKAN GURU) Interaksi sehala Dasar & amalan ditentukan sepenuhnya oleh guru Aktiviti/prosedur diumumkan pada masa tertentu saja Guru jarang ambil bahagian dalam aktiviti. Tidak menggalakkan disiplin kendiri kerana disiplin wujud hasil arahan guru Pembelajaran membosankan dan menakutkan bagi murid lemah

DEMOKRATIK (BERPUSATKAN MURID) Interaksi dua hala Keputusan sesuatu aktiviti bergantungdaripada perbincangan murid-murid dlm. kump. Guru membimbing & aktif membantu Murid-murid akan terus bekerja walaupun tiada guru Murid-murid rasa kemesraan dan rapat Wujud kerjasama & toleransi Membina disiplin arahan diri

BERPUSATKAN SUMBER ATAU BAHAN Memberi penekanan kepada alatalat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Meningkatkan minat dan kefahaman dengan lebih mendalam. BBM yang menarik menggalakkan proses pembelajaran yang interaktif. Guru dapat menyampaikan isi pengajarn dengan bentuk yang lebih berkesan

KEMAHIRAN PENUTUP

PENUTUP KOGNITIF

Guru menyatakan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Dilakukan di akhir satu sesi pelajaran, selepas sesuatu perbincangan atau sesi latihan dan di akhir satu pembelajaran. Contohnya, Guru mengajar huruf vokal kepada murid, guru mungkin berkata "sekarang kita berhenti sekejap dan kamu cuba sebutkan huruf-huruf vokal yang kitabelajar tadi."

PENUTUP SOSIAL

Bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada muridmurid yang telah diajar tentang sesuatu topik. Contohnya, guru memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan denganbetul. Dilaksanakan di akhir satu-satu pelajaran.

Bermakna kepada muridmurid dari segi minat, kebolehan dan umur mereka. Berkaitan dengan isi dan objektif P&P.

PRINSIPPRINSIP PANDUAN PENUTUP


Mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid. Dapat menilai keberkesanan satu-satu pelajaran.

Ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada, pengalaman murid dan konsep baru yang telah dipelajari.

Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang telah dipelajari

Membuat satu rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan, menghairankan dan aktiviti susulan.

Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari.

OBJEKTIF PENUTUP
Membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid dengan topik yang baru.

Menggunakan prosedur yang sesuai untuk menilai objektif P&P murid.

Mengemukakan aktiviti susulan.

Pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana murid-murid dapat penyelesaian kepada suatu pembelajaran.

Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai.

KESAN KEMAHIRAN PENUTUP KE ATAS P&P

Membantu murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari.

Murid terdorong untuk belajar dengan tekun turutan daripada penggunaan penutup sosial.

Dapat meneguhkan suatu konsep yang baru dipelajari.

You might also like