Professional Documents
Culture Documents
Jahiliah
Jahiliah
Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah. Pengenalan : Definisi jahiliah : bodoh atau sesat. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Tidak mempunyai peradaban. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Tidak boleh membaca dan menulis.
Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. Isi- isi Penting : Struktur Masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
Golongan bangswan ahli perniagaan dan pemerintah tempatan. Golongan agama ( pendeta ) tukang tilik dan penyair. Golongan hamba. Wanita. Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah : Aspek agama dan kepercayaan : Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian. Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.