You are on page 1of 6

Kepercayaan telah didefinisikan

sebagai: * Keyakinan mengenai teman kongsi berdasarkan kepakaran, pengalaman dan niat. * Pergantungan kepada teman kongsi yang melibatkan ketidakkebalan dan ketidakpastian.

Dalam perdagangan elektronik, pihak ketiga yang dipercayai dan encryption digunakan untuk mempercayai tandatangan digital dan wang digital.
Model keseluruhannya ialah: Penggunaan encryption untuk mendapatkan pengesahan dan menghalang pemalsuan. Membahagikan proses pengesahan kepada beberapa pihak. . Kenyataan formal mengenai polisi keselamatan dan langkah- langkah keselamatan akan meningkatkan kepercayaan dan mengurangkan kebimbangan mengenai liability.

Model Kerberos ialah perkhidmatan pembahagian pengesahan yang membenarkan klien untuk mengesahkan identitinya kepada server tanpa perlu menghantarnya melalui network yang mungkin menjadi sasaran para hacker.

Kerberos juga boleh digunakan untuk mengesahkan keyakinan dan integriti data yang telah dihantar melalui network. 3 kepala Kerberos ialah klient, server aplikasi dan server pengesahan.

Kerberos menggunakan beberapa mesej yang telah di encrypted untuk membuktikan kepada server aplikasi bahawa klien yang ada ialah pelanggan yang berhak.

Kunci yang di encrypted, yang hanya diketahui oleh klien dan server pengesahan digunakan untuk mengesahkan klien itu.

Selepas itu, server pengesahan akan menghasilkan satu tiket yang boleh digunakan oleh klien untuk mengakses aplikasi yang terdapat pada server aplikasi. Tiket ini mempunyai had masa, sekiranya had masa telah habis, satu tiket baru akan dihasilkan oleh server pengesahan kepada klien.

Kerberos membahagikan tugas kepada 3 pihak, iaitu


klien, server pengesahan dan server aplikasi.

Klien dan server pengesahan berkongsi rahsia yang sama, dan rahsia ini harus disimpan. Server aplikasi akan mengesahkan tiket yang dikemukakan sebelum memberi laluan untuk mengunakan perkhidmatan kepada klien.

Disediakan oleh Luk Teck Ling RBT 3119

You might also like