You are on page 1of 2

S E K K E B . K G .

S H A F IE

IA

KERTAS KERJA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH TAHUN 2013 1. PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan bertujuan memohon peruntukan prasekolah bagi mengadakan Majlis Konvokesyen Graduan Kecil Prasekolah untuk murid-murid prasekolah tahun 2013. 2. RASIONAL DAN MATLAMAT Majlis Konvokesyen Graduan Kecil Prasekolah adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk meraikan hari istimewa bagi murid-murid prasekolah. Ia bermatlamat menyemai perasaan menghargai dan berkongsi kegembiraan dalam kalangan murid-murid sebagai satu hari yang bermakna untuk diri mereka. Majlis ini turut melibatkan kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa / penjaga. 3. OBJEKTIF 3.1 Mengeratkan hubungan di antara murid, guru dan ibu / bapa penjaga: 3.2 Menggalakkan penglibatan ibu bapa / penjaga: dan 3.3 Menerapkan amalan mulia dalam kalangan murid-murid seperti berdikari, yakin diri, berterima kasih, tolong menolong, bekerjasama dan saling menghormati. 4. JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat : En. Ramli Bin A. Hamid Guru Besar Pengerusi : Encik Mustafa Bin Said GPK KO-KURIKULUM N/Pengerusi :1. Puan Nurzaihan Binti Sharif GPK 1 2. Pn.Intan Suria Binti Awang -GPK HEM Guru Penyelaras / S.Usaha : En. Ahma Yusdi Bin Ahmad Yusuf Guru Prasekolah Bendahari : Puan Noryati Bin Bajuri PPM Prasekolah AJK Prasekolah : 1. En.Ainul Nazli Bin Adnan 2. Cik Khairul Nisa Binti Mohd Halim 3. Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah (6 orang) 5. SASARAN 5.1 14 orang murid prasekolah (rujuk lampiran) 6. MAKLUMAT PROGRAM 6.1 Tarikh : 14 November 2013 / 10 Muharam 1435H 6.2 Hari : Khamis 6.3 Waktu : 08:30 pagi hingga 12:00 tengah hari 6.4 Tempat : Dewan SK Kg. Shafie 1

7. SUMBER KEWANGAN 7.1 Wang PCG & Ko-Kurikulum Prasekolah 8. ANGGARAN PERBELANJAAN 8.1 Hadiah Utama :BIL KATEGORI 1 Anugerah Tokoh Murid - Trofi 2 Anugerah Murid Cemerlang - Trofi 3 Anugerah Murid Berpotensi - Trofi 4 Anugerah Kehadiran Terbaik - Trofi 5 Hadiah Konvokesyen Prasek (untuk semua murid) JUMLAH 8.2 Hadiah Iringan (untuk semua murid) BIL KATEGORI KOS 1. Beg Sekolah & Buku 14 ORANG X RM 30.00 JUMLAH KESELURUHAN KOS 1 ORANG X RM 12.00 1 ORANG X RM 10.00 1 ORANG X RM 9.00 1 ORANG X RM 7.00 14 ORANG X RM 5.00 JUMLAH RM 12.00 RM 10.00 RM 9.00 RM 7.00 RM 70.00 RM 108.00 JUMLAH RM 420.00 RM 528.00

Jumlah peruntukan yang dipohon: RM 528.00 (RINGGIT MALAYSIA: LIMA RATUS DAN DUA PULUH LAPAN SAHAJA) 9. PENUTUP Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga matlamat dan objektif Majlis Konvokesyen Prasekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa / pewaris prasekolah. DISEDIAKAN OLEH: Ahma Yusdi Bin Ahmad Yusuf Guru Penyelaras Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kg Shafie 28730 Bentong Ulasan & Pengesahan Guru Besar: Permohonan ini................................................................................................................

You might also like