You are on page 1of 1

KOMEN PRESTASI

Secara keseluruhan, murid-murid 4 Merah SK Hutchings telah mendapat purata 50% daripada keseluruhan daripada ujian Matematik yang telah saya adakan. Data juga menunjukkan nilai min markah murid yang menduduki adalah 5, yang mana menunjukkan nilai tahap menjawab dengan betul daripada 20 soalan adalah sangat rendah. Ini menunjukkan penguasaan murid 4 Merah SK Hutching dalam tajuk nombor bulat, pecahan dan perpuluhan adalah masih dalam paras yang lemah. Prestasi murid juga dinyatakan secara jelas semasa menilai data mod kekerapan nilai murid juga menunjukkan murid yang menduduki ujian matematik yang diadakan oleh saya adalah pada paras sederhana iaitu mendapat nilai 10 daripada 20 soalan. Sisihan piawai murid yang tinggi dalam kalangan 25 orang murid yang menduduki ujian yang dijalankan menunjukkan serakan yang pelbagai dan besar. Keputusan ini secara terang menunjukkan kepada saya tahap pencapaian dan pengguasaan murid dalam ujian adalah sangat besar diantara seorang murid dengan sorang murid yang lain. Melalui ujian ini, saya secara peribadi tidak berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai oleh murid-murid kelas 4 Merah semasa menjalankan ujian ini. Berdasarkan semakan yang saya jalankan kepada setiap data yang saya semak, kebanyakkan murid mampu menjawab beberapa soalan seperti soalan 18 dan 19, namun atas dasar kesedaran mereka mengenai ujian yang dilakukan tidak memberi kesan pada kedudukan di dalam kelas, mereka hanya membuat tekaan rawak tanpa membuat sebarang pengiraan pada kedua-dua soalan yang terdiri daripada soalan berbentuk aplikasi.

You might also like