You are on page 1of 10

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

1. Penghargaan

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kelas saya, iaitu Cikgu Zafizah. Beliau telah memberi panduan dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya tentang tajuk kerja kursus ini dan cara melaksanakannya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Chin Hoi, Pengetua SMK Sung Siew, kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk membuat kerja kursus ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah memberi nasihat, dorongan melaksanakan kajian ini. serta sokongan sepanjang masa sewaktu saya

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

2. Pengenalan

Laporan Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum ini disediakan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3. Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarakan tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia. Projek ini dijalankan dengan bantuan ibu bapa kami yang telah banyak membantu dari segi khidmat nasihat, persediaan, makanan, peralatan dan sebagainya. Jualan ini dijayakan hasil gabungan enam kelas tingkatan 3, iaitu Tingkatan 3A, 3B, 3C, 3D, 3E dan 3F.

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

3. Objektif Kajian

Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum dipilih berdasarkan objektif yang berikut.

1. Memahami pelbagai jenis budaya kaum-kaum di Malaysia

2. Melibatkan diri dalam memperkenalkan pelbagai jenis makanan di Malaysia.

3. Bangga terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia.

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4. Pelaksanaan Projek

4.1 Perancangan

Projek perlu dirancang dengan teliti agar boleh dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan merangkumi pelantikan AJK, menentukan tapak projek, cara melaksanakan projek dan menentukan kos.

4.1.1 AJK Pelaksana

Ketua & Fotografi : Michelle Tek Huijing

Setiausaha :Kui Kuan Yee

Bendahari : Mu Pit Yee

Kebersihan : Har Wai Ying

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4.1.2 Lokasi Projek

Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum telah dijalankan di sekitar kawasan sekolah ( SM Sung Siew).

4.1.3 Strategi Pelaksanaan

Jualan ini dijalankan secara bersama dengan gabungan muridmurid Tingkatan 3. Tajuk projek dipilih selepas AJK berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewargenaan. Tarikh jualan yang dipilih berdasarkan takwim sekolah dan masa jualan adalah pada masa persekolahan. Jualan dikendalikan oleh semua murid Tingkatan 3A, 3B, 3C, 3D, 3E dan 3F.

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4.1.4 Anggaran Kos Pelaksanaan Projek

Perbelanjaan Bahan Jualan : Makanan Melayu RM 250

Makanan Cina

RM200

Makanan India

RM 150

JUMLAH

RM 600

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4.2 Kerja Amali

4.2.1 Melaksanakan Projek

Semua kerja berkaitan jualan telah dijalankan dengan jayanya oleh kelas-kelas yang dipertanggungjawabkan.

Kerja-kerja pembersihan tempat jualan juga telah dilakukan dengan baik.

4.2.2 Merekod /Mencatat Tugas yang Dijalankan

Tarikh :

Catatan :

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4.2.3 Masalah masalah Pelaksanaan

Kekurangan masa melaksanakan projek Masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi.

Kekurangan bahan dan peralatan Kami menghadapi masalah untuk mencari bahan jualan makanan dan minuman.

Masalah kekurangan peruntukan Pihak sekolah tidak memberi peruntukan kewangan untuk mengadakan jualan ini dan terpaksa menggunakan duit sendiri.

Masa pameran yang singkat Masa yang diberi tidak mencukupi. Ini memandangkan pada masa yang sama pelajar-pelajar juga menghadapi P&P di kelas masing-masing. Masa jualan yang diberikan oleh pihak sekolah juga terlalu singkat.

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

4. 3 Refleksi

4.3.1 Menilai Kerja yang Telah Dijalankan

Aktiviti yang dirancang telh dijalankan dengan jayanya. Semua AJK dan murid-murid tingkatan 3 telah bekerjasama menjayakannya.

4.3.2 Menyusun dan Menyemak Dokumen

Dokumen yang digunakan hendaklah disemak kesesuaiannya.

Projek Pendidikan Sivik 3C (2012)

5. Cadangan dan Rumusan

Antara cadangan untuk meningkatkan projek khidmat masyarakat ialah masalah yang diperuntukan untuk melaksanakan projek ini pertu ditambahkan. Tambahan pula, pihak sekolah perlulah memperuntukan sejumlah wang untuk mengadakan jualan ini. Cadangan seterusnya ialah menambahkan masa untuk jualan tersebut.

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat memahami pelbagai jenis budaya kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, saya telah memberi sumbangan sebagai warganegara kepada masyarakat dan negara kerana melibatkan diri dalam memperkenalkan pelbagai budaya di Malaysia. Akhir sekali, Saya berasa amat gembira dan bangga sekali terhadap budaya dan d\adat resam kaum-kaum di Malaysia.

10

You might also like