You are on page 1of 2

1.

PENGENALAN Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada

pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012.

2. 0

MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. 2.2 Untuk memastikan muridmurid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya; 3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut: 3.1 3.2 3.3 3.4 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi

mempraktikkan gaya hidup sihat; Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi; Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah; Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada muridmurid.

You might also like