You are on page 1of 25

GURU DAN PERUNDANGAN

Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)

Nurul Dayana Binti Zakaria

Izzatunnajihah Bt Md Asari

PENGENALAN
Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah: - peraturan mengenai kelakuan - tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib - prosedur dan tatacara tindakan tatatertib - hukuman tatatertib - peruntukan pelbagai yang berkaitan

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

KAWALAN TATATERTIB
Satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan

MATLAMAT TATATERTIB
Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri Supaya Pegawai awam menjaga imej perkhidmatan Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am.

Peraturan 4 (1)
Perlu sentiasa memberikan kesetiaan kepada YDPA, negara dan kerajaan Bermaksud perlu sentiasa memelihara, mempertahankan kedaulatan dan maruah pada negara Contoh kesalahan adalah seperti: - Bersubahat dengan musuh negara - Membocorkan rahsia negara - Memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan - Berlakon dalam filem yang memburukkanburukkan negara

Peraturan 4(2)
Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi Tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam. (perlu bertanggungjawab ke atas tugasnya sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah) Seorang pegawai tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri

sambungan..
Perlu menjaga nama baik profesion. (Tidak boleh mencemarkan nama baik profesion) Perlu cekap atau sentiasa berusaha. Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan Mestilah melaksanakan apa yang diperintahkan serta perlu tekun

TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN

Peraturan 4A (gangguan seksual)


Tidak boleh melakuan gangguan seksual terhadap orang lain Definisi gangguan seksual: - Mengambil kira keadaan seseorang, sama tersinggung atau terhina - Perbuatan menyatakan sesuatu penyataan yang bersifat seksual - Tidak kira dilakukan secara lisan, bertulis atau perbuatan

Sambungan..
Dalam konteks profesion keguruan, guru tidak boleh melakukan apa- apa pelakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada murid, rakan sekerja atau sesiapa

sahaja sama ada dalam bilik darjah atau


luar bilik darjah

Guru perlu berhemah sewaktu


berkomunikasi

Penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dengan aktiviti- aktiviti luar Walau bagaimanapun, dibenarkan jika mendapat kebenaran ketua jabatan ( ketua sesebuah institusi) Ketua jabatan akan pastikan aktiviti ini tidak dilakukan: - dalam waktu pejabat dan semasa melaksanakan tugas rasmi - tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam - tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam

Peraturan 5 ( pekerjaan luar)

Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti)


Bermaksud tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau mendapat kebenaran ketua jabatan atau tanpa sebab munasabab boleh dikenakan tindakan tatatertib. Contoh pegawai tidak berada di tempat kerja selepas mengetip kad perakam dan muncul semula pada waktu petang

PERATURAN 23 ( Peraturan- peraturan lain yang berkaitan)


Perlu patuhi etika berpakaian seperti yang ditetapkan dalam garis panduan cara berpakaian Tidak boleh mengambil atau menggunakan apa-apa dadah berbahaya kecuali atas saranan doktor Tidak boleh menerima atau memberikan orang lain apa- apa bentuk hadiah

Sambungan
Perlu membuat pengisytiharkan harta secara bertulis Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan cagaran atau tidak Tidak boleh membuat penyataan awam sama ada lisan atau bertutur

Tindakan Tatatertib
Jika seorang penjawat awam melanggar mana-mana peraturan yang termaktub dalam perundangan yang ditetapkan, tindakan tatatertib akan dikenakan Jika disabitkan kesalahan, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan bergantung pada keseriusan kesalahan Satu jawatankuasa penyiasat terdiri daripada tidak kurang daripada dua anggota

Buang kerja
Tangguh pengerakan gaji

Amaran

Hukuman

Lucut hak emolumen Turun pangkat

Denda

Amaran
Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi peraturanperaturan tatakelakuan dan tatatertib Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan Denda atau lucut hak emolumen Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan

Tangguh pergerakkan gaji


Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apaapa pergerakan gaji dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa

Turun pangkat
Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama

Turun gaji Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukkan berikut : - diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama - penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakkan gaji - tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan

Rasional Peraturan Tatatertib melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab; meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri; menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan dihukum.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)


Merupakan satu perundangan pendidikan yang lengkap dan bersifat futuristik sebagai persediaan dalam menghadapi perubahan abad ke 21 Satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu dan mencapai aspirasi negara Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas meliputi semua kategori sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.

TUJUAN
Akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini mengawalselia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan teknikal. Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Buku Akta ini boleh dibeli di kebanyakan kedai buku.

RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah A. Majid, (2010). Guru Dan Cabaran Semasa, Oxford Fajar Sdn. Bhd.Selangor http://www.schoolmalaysia.com/jps/info/akta.htm#t op http://www.slideshare.net/mum2fahim/epm-1373undang-undang-disiplin http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/compone nt/content/article/385-info-ringkas/5643-kurikulumalternatif-untuk-murid-istimewa.html

You might also like