You are on page 1of 18

1.

Pengenalan

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dato Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak -

Pemimpin datang dan pergi dan setiap pemimpin pula mempunyai pendekatan mereka yang tersendiri untuk membentukkan hala tuju rakyat yang dipimpinnya. Bak kata seorang sahabat Rasulullah S.A.W, rakyat itu umpama unta yang kesakitan hidung di mana ia akan mengikut arahan gembalanya, maka amatlah beruntung rakyat sesebuah negara itu jika pemimpinnya berjaya membawa mereka ke arah kebenaran dan kemakmuran. Sewaktu Tun Abdullah memegang tampuk tertinggi pemerintahan negara, beliau memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari. Apabila Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abd. Razak mengambil alih tempat tersebut, beliau telah mengajak seluruh warga negara untuk sama-sama melakukan satu perubahan dengan semangat 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan. Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak selepas menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 3 Aprul 2009 sebagai kesinambungan perjuangan semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama dalam membentuk Malaysia sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Cabaran globalisasi yang melanda dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak ketinggalan dan tersisih daripada arus kemajuan dunia. Seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, kita perlu mengahdapi keadaan ini dengan bertindak sebagai satu bangsa yang berfikir dan bertindak kea rah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia sebagai sebuah Bangsa Malaysia yang utuh keseluruhannya.

2.0

Tujuan

2.1

Menstruktur semula perpaduan rakyat dan masyarakat Malaysia (perpaduan rakyat. Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang mana ianya dihuni oleh pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan budaya, maka soal sensitiviti setiap kumpulan penduduk perlu dijaga dan dikawal. Dengan kegagalan pihak pemerintahan dalam mengurus perkara-perkara ini nasional) serta meningkatkan nilai dalam kesejahteraan kehidupan

memungkinkan negara terjerumus ke dalam kemelut perpaduan yang tidak berkesudahan.

2.2

Meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk berkhidmat kepada Malaysia yang mempunyai satu penyatuan pemikiran, satu semangat perjuangan berlandaskn semangat Perlembagaan Persekutuan. Kita hidup dalam satu keluarga yang besar. Tidak hairanlah jika sesekalisekali wujudnya perbezaan pendapat, pandangan mahupun pertelingkahan antara satu sama lain. Ia merupakan sebahagian daripada proses yang perlu dilaui dalam memahami dan mempererat hubungan walau dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Jika wujudunya sebarang pertelingkahan, krisis atau masalah besar, pendekatan musyawarah seharusnya menjadi keutamaan janganlah disebabkan oleh masalah kecil, merebak menjadi barah yang mungkin boleh memudaratkan kesejahteraan negara.

2.3

Membentuk negara maju dengan mengambil kira keperluan rakyat tanpa mengira kaum. Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke aras status negara maju melalui Wawasan 2020. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga lepas merdeka. Peirstiwa ini sudah cukup memberi pengajaran kepada kita agar terus memacu kejayaan dan kemajuan dan pada yang sama mengangkat kepentingan serta

memelihara keunikan dan keperluan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dalam kesamarataan 1Malayisa.
3

2.4

Bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara daripada anasir yang boleh memecah belah dan meghancurkan negara sama ada dari luar dan dalam negara. Para pemimpin negara sering bercakap mengenai keperluan untuk semua rakyat bersatu-padu dan senantiasa kuat dalam menghadapi ancaman musuh. Para pemimpin negara juga mementingkan keperluan untuk berwaspada dalam melindungi dan mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini daripada elemenelemen subversif dan sentiasa meningkatkan nilai dalam kesejahteraan kehidupan rakyat. Kesemua itu membayangkan betapa pentingnya peranan perpaduan dalam memastikan negara ini terus mengecapi keharmonian dan kemakmuran

3.0

Strategi

3.1

Rakyat didahulukan. Strategi ini dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Apabila

disebut rakyat didahulukan, maknanya rakyat dalam konteks ini ialah orang yang diperintah. Justeru dalam slogan rakyat didahulukan, ialah pemerintah mendahulukan rakyat daripada dirinya. Konsep 1Malaysia juga merupakan penerusan agenda membina negara. Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang

utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer

3.2

Pencapaian diutamakan. Mecapai sasaran dan impak atau outcome yang cemerlang dan faedahnya akan berbalik kepada rakyat seluruhnya tanpa seorang pun yang akan tercicir daripada arus pembangunan Negara.

4.0

Konsep.

Di samping itu juga, konsep 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, yang memastikan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan itu mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum

yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukanya, akan tetap dilaksanakan.

Konsep 1Malaysia juga merupakan penerusan agenda membina negara. Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Konsep ini juga boleh dinyatakan seperti berikut:-

1) 2) 3) 4) 5)

Mengutamakan rakyat merentasi seluruh lapisan masyarakat. Memastikan perkongsian nikmat secara bersama tanpa dipinggir. Tidak mengenepikan dasar pembangunan Bumiputera. Rakyat dan negara mencapai tahap kejayaan yang diiktiraf. Perlembagaan Negara dan Prinsip Rukun Negara menjadi teras serta menerima kemajmukan masyarakat sebagai suatu realiti.
6

6)

Rakyat mempunyai hak dan bertanggungjawab kepada negara (togetherness andsense of belonging).

5.0

Matlamat 1Malaysia.

1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya. Antara fokus matlamat yang disasarkan ialah :5.1 Mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian dalam masyarakat. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia

dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. 5.2 Mewujudkan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 5.3 Mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum atau kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

5.4

Pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa. Matlamat ini dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

6.0

3 Prinsip teras 1Malaysia.

Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras-teras perpaduan ini merangkumi:

1)

Penerimaan.

Penerimaan di kalangan rakyat Malaysia merangkumi penerimaaan terhadap budaya, adat resam, cara hidup dan sebagainya. Penerimaan terhadap keunikan kaum masing-masing mampu melahirkan keadaan saling menghormati antara satu sama lain.

2)

Kenegaraan. Prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

3)

Keadilan Soasial.

Keadilan sosial turut memainkan peranan penting dalam menentukan pembelaan rakyat. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum- kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

Ketiga- tiga teras ini disokong oleh nilai-nilai murni berikut :

1) Hormat-menghormati.

Hormat-menghormati antara kaum termasuk menghormati adat resam dan budaya ini menuntut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum lain dan tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

2) Rendah-hati (Tawadhuk).

Rasa rendah hati ini merangkumi pengertian bahawa setiap kaum atau individu itu sendiri mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

3) Kesederhanaan.

10

Dalam negara yang bermasyarakat majmuk, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak boleh diterima pakai kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

4) Berbudi-bahasa.

Budi-bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi.

7.0

8 Nilai Utama asas 1Malaysia. Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah :-

7.1

Menghidupkan budaya kecemerlangan di kalangan rakyat. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

11

7.2

Ketabahan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan negara. Setiap perjuangan dan pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.3

Rendah hati. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang dan merendah diri. Sifat ini harus dimiliki oleh semua orang dan perlu menjadi amalan hidup kita bagi menjamin keharmonian negara.

7.4

Penerimaan. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan.

7.5

Kesetiaan.

12

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum di negara ini juga perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.6

Meritokrasi. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.

7.7

Pendidikan. Negara memerlukan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan

pengetahuan. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk manamana negara pendidikan dan pengetahuan mencapai kejayaan. Kekuatan dan

13

ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi leluatan ketenteraan.

7.8

Integriti. Integriti penting bagi sesbuah kerajaan unt pendidikan dan pengetahuanuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ketelusan ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

8.0

Cabaran dalam bidang pengurusan.

Cabaran terbesar dalam pengurusan ialah untuk memastikan organisasi kita bergerak pada landasan yang betul dalam memacu visi dan misi ke arah hala tuju yang jelas. Sebuah organisasi yang dinamik perlu sentiasa berubah bahkan berani melakukan perubahan dan terus bergerak maju ke hadapan. Menjadi tanggungjawab kepada kita

14

untuk

memberikan

perkhidmatan

yang

ikhlas,

berkualiti,

penuh

dedikasi,

bertanggungjawab da berintegriti. Semua aspek ini hanya boleh dicapai jika kita menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah.

Dalam melaksanakan aspek cabaran dalam pengurusan daripada sudut gagasan 1Malaysia ini, terdapat beberapa nilai yang perlu diberi penekanan. Antara nilai- nilai tersebut ialah :

8.1

Budaya berprestasi tinggi.

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahapyang terbaik. Sikap sambil lewa tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

8.2

Budaya ketepatan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berhasrat mencapai status negara maju perlu mengenali budaya ketepatan termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

15

Oleh itu, penubuhan 1Malaysia ini bukan hanya untuk dipertonton sahaja terutama dalam pengurusan kita, malah merupakan satu arah tuju untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai.

9.0

Kesimpulan.

Slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan menjadi satu tunjang utama semangat ini terus kian membara di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020,

16

syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Malaysia pada asasnya telah berjaya mewujudkan semangat perpaduan di antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Walaupun ia bukan suatu kerja yang mudah, namun ia telah menghasilkan suatu kesan positif. Lantaran itu, ia hendaklah dipelihara agar tidak mudah tergugat dengan anasir-anasir yang boleh memporak-perandakan masyarakat seterusnya negara.

Konsep 1Malaysia membawa aspirasi bagi memperkukuhkan hubungan kaum mengikut prinsip Rukun Negara. Nilai-nilai murni yang diterapkan mampu menyatu padukan rakyat Malaysia. Pembinaan negara bangsa amat penting terutama dalam era globalisasi bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

Bibliografi

Abdul Aziz Bari (2010). Politik Dan Isu Perpaduan Kaum. Petaling Jaya : MPH Distributors
17

Sdn. Bhd. Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009) . 1Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia. Dr. Sivamurugan Pandian (2010). Pandangan Masyarakat India Mengenai Perpaduan. Petaling Jaya : MPH Distributors Sdn. Bhd. Markus Lim (2010) Harapan Masyarakat Cina Agar Perpaduan Dan Keamanan Terus Kekal. Petaling Jaya : MPH Distributors Sdn. Bhd. Mazlan Md. Jani (2010) Cabaran Mengekalkan Perpaduan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya : MPH Distributors Sdn. Bhd. Muhammad Hisyam Mohamad (2010). 1Malaysia. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Petaling Jaya: MPH Distributors Sdn. Bhd. Suzalie Mohamad (2010). Perkara-perkara Sensetif Ynag Menghancurkan Semangat Perpaduan Di Malaysia. Petaling Jaya : MPH Distributors Sdn. Bhd.

18

You might also like