You are on page 1of 30

MUKA HADAPAN.

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

TAJUK
PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS: SATU INOVASI

PENSYARAH DR AHMAD BASRI BIN YUSOFF

DISEDIAKAN OLEH: DAUT BIN YUSUP (P 29647)

2 PENGHARGAAN.

KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 PENDAHULUAN. KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN. RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN. SEJARAH PEMULIHAN KHAS DALAM ASPEK PENGURUSAN. 5.0 STATUS PELAKSANAAN PEMULIHAN SEMASA BERPANDUKAN PEKELILING KEMENTERIAN. 6.0 IMPLIKASI DASAR PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS YANG SEDIA ADA. 7.0 TEORI-TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM INI. 8.0 PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEPENUH MASA (PERKASA). 8.1 8.2 Permasalahan Rasional Pelaksanaan Program Perkasa ii 14 12 11 9 6 i ii 1 1 3 4

4 9.0 STRATEGI PELAKSANAAN PERKASA 9.1 9.2 10.0 Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Perkasa. Jangkaan Pelaksanaan Program Perkasa 22 22 24 17 20

PENUTUP RUJUKAN

iii

CONTOH.

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS SATU INOVASI

1.0

PENDAHULUAN

Asas dalam pendidikan ialah menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan tiadanya kemahiran ini dengan baik diandaikan bahawa penguasaan disiplin lain akan mengalami kesukaran malah terbantut terus. Justeru itu dalam banyak Negara penguasaan 3M ini dijadikan asas pengukuran taraf celik huruf. Malah salah satu kayu pengukur meletakkan sesuatu Negara atau negeri itu pada tahap negara maju ialah peratus bilangan penduduknya yang celik huruf. Penguasaan 3M perlu bermula di sekolah rendah atau lebih tepat lagi tahap satu (Darjah 1 3) di sekolah rendah. Justeru ianya perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak ianya akan mendapat kesukaran untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Dalam konteks negara kita terdapat andaian mengatakan peratus keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sering dikaitkan dengan penguasaan 3M. Dalam Sistem Pendidikan Negara kita penguasaan 3M diuruskan di sekolah rendah dalam program khusus yang dinamakan Program Pemulihan Khas.

2.0

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pendidikan Pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. (Mok Song Sang, 1994). Di Bawah KBSR dan KBSM, masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-

6 murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan Pemulihan merupakan satu rancangan Khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu. Di dalam usaha guru-guru membantu muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi haruslah digunakan. Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Aktiviti pemulihan ini biasanya dilakukan selepas sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Semasa murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran itu diajarkan dengan aktiviti pemulihan, murid-murid yang telah berjaya menguasai kemahiran itu akan di berikan aktiviti pengayaan. Sekiranya murid-murid berkenaan masih gagal dalam program pemulihan yang dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan. Dalam peringkat ini, murid-murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan (Mok Soon Sang, 1994). Penulis berpendapat bahawa apa yang dianjurkan oleh Mok Song Sang, pemulihan khas hanya sesuai diberi apabila murid-murid telah diberi peluang dalam pendidikan biasa, apabila dikesan, disaring dan didiagnos maka murid tersebut ditempatkan di kelas pemulihan khas dan diajarkan oleh guru-guru pemulihan khas. Ini bermaksud murid yang masuk ke sekolah rendah perlu mengikuti pembelajaran biasa paling kurang enam bulan dalam darjah satu. Jangka waktu itu dianggap munasabah untuk mengesan keupayaan murid dalam penguasaan 3M. Ini selari dengan apa yang diamalkan sekarang dalam Sistem Pendidikan kita.

3.0

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN

Murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan seumpamanya. Dua faktor utama yang selalu dikaitkan dengan perbezaan ini iaitu faktor keturunan dan faktor sosialisasi. Oleh yang demikian kadar keupayaan belajar mereka berbeza. Di dalam sebuah kelas adalah sukar untuk guru melayani setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Walaupun program KBSR dan KBSM sama-sama menitikberatkan strategi pengajaran secara berkumpulan, namun rencam dan bilangan pelajar yang ramai di dalam sesuatu kelas membuatkan pendekatan dalam KBSR dan KBSM tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Tambahan pula, untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan Kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam kaedah ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah adalah sukar menerima apa yang diajar oleh guru. Kesannya murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Kementerian Pelajaran sedar akan perkara ini. Jika ianya tidak ditangani, kita bimbang margin murid-murid yang buta huruf dan tercicir dalam arus pendidikan perdana akan bertambah besar. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk pelajar yang seumpama ini serta-merta supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Ini selari dengan pekeliling kementerian Pelajaran Bil. KP(BS) 8595/Jld. 11/32 bertarikh 22 Januari 1985. Di antara isi kandungan pekeliling ini menyebut; jawatan guru khas pemulihan telah diwujudkan semula bagi tahun 1985. Pihak Y.B./Datuk/Tuan telah pun diberitahu oleh Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Kementerian Pelajaran mengenai bilangan jawatan guru khas pemulihan yang telah diluluskan bagi tiap-tiap negeri (Pekeliling Kementerian Pelajaran, 1985)

4.0

SEJARAH PEMULIHAN KHAS DALAM ASPEK PENGURUSAN

Program pemulihan ini sangat menarik dibincangkan. Peringkat pengurusan atasan di Kementerian Pelajaran dilihat sebagai keliru dan tidak jelas dengan program ini perlu diuruseliakan oleh Jabatan atau bahagian yang difikirkan sesuai. Pada peringkat awal penubuhannya program ini diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Perkembangan Kokurikulum (PPK). Apabila dilihat keberkesanannya tidak mencapai tahap yang diperlukan, pihak pengurusan atas memutuskan program ini perlu diletakkan di bawah Urusetia Bahagian Sekolah khususnya Unit Sekolah Randah. Dari segi pelaksanaannya di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri ianya adalah tanggungjawab Unit Kurikulum. Tanggungjawab Unit Kurikulum menguruseliakan program ini jelas berdasarkan Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS) 8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28 Januari 1986; 2. dan Unit Kurikulum di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat pengawasan program pemulihan di sekolah-sekolah rendah Pelajaran Daerah hendaklah bertanggungjawab terhadap program penyeliaan (Pekeliling Kementerian Pelajaran, 1986) Lebih tepat lagi di Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, tanggungjawab ini dikelolakan di bawah personel KBSR. Justeru diwujudkan seorang pegawai pemulihan pada tahap kategori penyelia. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kurang murid diarah melaksanakan program ini secara berasingan. Setiap negeri mengandungi lebih daripada 100 sekolah yang dimaksudkan kecuali Labuan. Ini suatu perkara yang menarik diperincikan, sejauh mana keupayaan seorang personel untuk menyelia, mengawas dan membimbing program ini. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Kementerian Pelajaran menjelang Tahun 2000 semua pelajar telah menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). Hasil kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD), 1993, mendapati 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia mengalami masalah pembelajaran yang meliputi masalah membaca, menulis dan mengira. Tidak ramai orang yang sedar tentang

9 masalah murid-murid ini tetapi hakikatnya mereka merupakan sebahagian daripada populasi murid Sekolah Rendah. Murid-murid ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat manfaat daripada Sistem Pendidikan tetapi populasi ini tidak akan ke mana sekiranya pihak berkuasa di sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dan membantu mereka dengan sewajarnya. Perkara ini penting kerana kegagalan sekolah akan membawa kepada risiko tinggi terhadap pendidikan, psikologi, kesihatan dan juga pembaziran tenaga kerja dalam jangka masa panjang (EPRD, 1993). Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa program pemulihan Khas ini diletakkan di bawah Urusetia Jabatan Pendidikan Khas bermula pada tahun 1996. Pihak JPK diminta mengadakan tindakan serta-merta supaya SKT Kementerian di mana masalah penguasaan 3M dapat dihapuskan. Justeru, JPK telah melancarkan satu program adhoc iaitu program intervensi 3M. Pendekatan drastik ini mengambil pendekatan program pemulihan sedia ada berjalan seperti biasa dan ditambah dengan pemulihan pada pelajar-pelajar tahun empat dan tingkatan satu dengan pendekatan baru dan bersesuaian hingga tahun 2002. Data bilangan murid pemulihan di sekolah-sekolah yang dipulihkan selepas mengikuti program intervensi 3M (JPK, 1999) menunjukkan bahawa program ini masih belum berupaya memulihkan semua murid yang mengikutinya. Daripada 53544 orang murid sekolah rendah yang mengikuti program intervensi 3M, Cuma 28,801 orang murid atau 53.8% telah berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

10 Jadual 1: Bilangan murid yang mengikuti pemulihan khas dan bilangan dipulihkan bagi Tahun 1999-2000.
Tahap Tahun Tahap I Tahun 1999 Tahap II Tahun 1999 Tahap Tahun 2000 Tahap II Tahun 2000 Bilangan Purata Bilangan Purata per sekolah Bilangan Purata per sekolah Bilangan Purata per sekolah Bilangan Purata per sekolah Bilangan mengikuti pemulihan Bahasa Melayu 48614 22 29881 13 56957 23 29895 12 Matematik 36557 19 22 484 11 41946 20 21022 10 Bilangan dipulihkan Bahasa Melayu 18512 9 14375 7 18625 9 12719 6 Matematik 14817 8 11612 7 14728 8 9774 6

Pada tahun 2000, seramai lebih 86,000 murid mengikuti Pelajaran Pemulihan Bahasa Melayu dan lebih 62,000 bagi mata pelajaran Matematik. Daripada jumlah itu secara purata hanya lebih kurang separuh daripada murid-murid yang mengikuti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik boleh menguasai kemahiran asas 3M. (rujuk Jadual 1). Masalah yang dihadapi oleh guru-guru pemulihan khas adalah diantara faktor yang mempengaruhi kegagalan sekolah melaksanakan satu program pemulihan khas yang sempurna dan berkesan. Di antara kekurangan yang dihadapi ialah Guru Pemulihan Khas (GPK) yang tidak terlatih atau tiada pengalaman mengajar murid-murid pemulihan khas, GPK kurang memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, tidak cukup sumber rujukan untuk dijadikan panduan, kurang kerjasama daripada Guru Besar, guru-guru lain dan ibu bapa tidak memberi sokongan pelajaran kepada anak-anak. Laporan kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa kekurangan peruntukan kewangan merupakan satu masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan sekolah yang rata-rata memerlukan dana tambahan untuk membeli peralatan bilik pemulihan Khas, peralatan mengajar, memastikan keceriaan bilik, membuat bahan bantu mengajar, mengadakan aktiviti-aktiviti nasihat dan kaunseling, menganjur aktiviti kerjasama dan membina hubungan dengan ibu bapa dan komuniti setempat. (EPRD, 2000).

11 5.0 STATUS PELAKSANAAN PEMULIHAN SEMASA BERPANDUKAN

PEKELILING KEMENTERIAN Pelaksanaan program pemulihan kelas perlu dilaksanakan di semua sekolah rendah gred A dan gred B kecuali sekolah kurang murid. Seorang guru kelas pemulihan ditugaskan melaksanakan program ini. Status guru ini ialah pada kadar plus one iaitu tidak termasuk kiraan normal guru 1.5 x n. Guru pemulihan khas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan di dalam surat-surat pekeliling kementerian pelajaran . Justeru, amalan melantik guru pemulihan khas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan. 3.4 Guru khas pemulihan hendaklah ditugaskan mengajar Kelas Khas pemulihan sepenuh masa (Pekeliling Kementerian Pelajaran, 30 Jun 1989) Jawatan yang diwujudkan adalah jawatan hakiki yang tidak boleh ditukar atau dipindah dengan tiada sebab yang munasabah. Malah kelas pemulihan yang ada di sekolah tidak boleh ditutup oleh guru besar sesuka hati. 3.6 Kelas khas pemulihan tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. (Pekeliling Kementerian Pelajaran, 30 Jun 1989) Pelaksanaan Program Pemulihan Khas sekarang adalah berpandukan punca dan bidang kuasa surat-surat pekeliling Kementerian Pelajaran. i. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Bil. ii. KP(BS) 869/Jld.11/32 bertarikh 22 Januari 1985. guru khas pendidikan pemulihan Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS) 8502/5/PK/ Jld.V26 bertarikh 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan di sekolah rendah 1986

12 iii. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil KP(BS) 8502/5/PK/Jld. rendah. Dalam melaksanakan program ini Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan adalah gunasama peruntukan di bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991) dan di bawah Bantuan Pelajaran Tahunan bagi mata pelajaran Sains Sosial. Bagi menjamin program ini dilaksanakan dengan sempurna di peringkat sekolah diwujudkan satu jawatankuasa pemulihan khas yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan dianggotai oleh guru pemulihan khas, guru kelas, guru mata pelajaran dan penyelaras pusat sumber sekolah serta guru-guru lain yang berkaitan bagi memastikan program pemulihan khas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dari segi kemudahan fizikal, sebuah bilik khas perlu disediakan. Murid yang akan mengikuti program pemulihan khas perlu dibawa ke kelas pemulihan khas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan bilik darjah untuk Kelas Pemulihan Khas adalah berdasarkan pendekatan berikut. i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan tiga bay khusus untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai Kelas Pemulihan Khas ii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti di atas hendaklah mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan dua bay atau dengan keluasan dua pertiga keluasan bilik darjah biasa. S34 bertarikh 30 Jun 1989. Guru Kelas pemulihan dan penubuhan kelas pemulihan di sekolah-sekolah

Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:

13

JADUAL 2: Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

Kelas Biasa (Kerja Susulan)

Pencalonan pengumpulan maklumat

Ujian Saringan Belum menguasai kemahiran 3M Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan Penyediaan Rancangan Pengajaran

Pengajaran Dan Pembelajaran Belum menguasai Meneruskan pengajaran pemulihan

Penilaian

6.0

IMPLIKASI DASAR PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS YANG SEDIA ADA

Dengan tidak mengambil kira pada bahagian mana program ini diuruseliakan, sama ada di bawah PPK, Bahagian Sekolah atau JPK sehingga kini program ini dilihat tidak mencapai matlamatnya. Jika dilihat arahan dan bidang kuasa yang diturunkan oleh Kementerian amat

14 jelas. Ianya meliputi personel , fizikal dan kewangan dan ditumpukan melalui pekelilingpekeliling yang jelas maksudnya. Malah pihak JPK telah menghasilkan satu Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas yang mengandungi semua aspek pelaksanaannya. Ini termasuklah punca dan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas , faktorfaktor penting dalam pengurusan, Jadual waktu, strategi pelaksanaan, penguasaan. Selain daripada itu Buku Panduan Pemulihan juga memberi bimbingan kepada guru pemulihan khas bahasa melayu yang mengandungi set kemahiran, huraian set kemahiran, ujian saringan, ujian diagnostik dan ujuan pencapaian. Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Matematik mengandungi set kemahiran, huraian set kemahiran, ujian saringan, ujian diagnostik. Pada keseluruhannya tidak ada satu pun objektif program pemulihan khas tercapai sepenuhnya. Antara objektif sebahagian besarnya tercapai ialah murid-murid pemulihan khas boleh menguasai kemahiran mmbaca, menulis dan mengira, murid menunjukkan sikap positif terhadap pelajaran dan sebahagian kecil sahaja muid pemulihan khas yang dimasukkan semula ke kelas pemulihan khas kerana tidak dapat mrngikut pelajaran di kelas biasa. Walau bagaimanapun, malamat membina keyakinan diri murid kurang tercapai kerana sebahagian kecil sahaja murid pemulihan khas yang telah menunjukkan keyakinan diri ( EPRD, 2002). Kajian EPRD juga menunjukkan di sesetengah sekolah matlamat dan objektif pelakanaan program pemulihan khas sebahagian kecil atau tidak mencapai langung objektif pelaksanaannya. Berdasarkan hasil kajian EPRD penulis merumuskan di antara faktur utama yang menyebabkan kegagalan program ini ialah faktor guru, pentadbiran, kewangan , fizikal bilik darjah,kejasama ibu bapa dan factor murid itu sendiri. Tetapi apa yang mendukacitakan tindak balas dari kajian ini tidak dijadikan asas untuk bertindak khususnya JPK agensi yang mengurusetiakan program ini. Pada pandangan penulis oleh kerana program ini melibatkan agensi-agensi lain dalam kementerian pelajaran maka adalah baik mereka duduk semeja bagaimana mengatasi permasalahan yang diperolehi kajian EPRD ini. Sehingga kini tidak ada saranan yang diturunkan ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengatasi masalah ini. Pekeliling yang sudah hampir dua puluh tahun tidak pernah dinilai dan diperbaharui. Apa yang berlaku berantung kepada JPN masing-masing khususnya Unit Pendikan Khas melaksanakan

15 mengikut inisiatif masing-masing. Sebagai rumusannya pendekatan yang sedia ada tidak mencapai objektif dan matlamatnya seperti yang diperolehi daripada kajian EPRD. Jesteru itu, satu pendekatan harus difikirkan supaya program ini tidak terus-terusan terabai. 7.0 TEORI-TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM INI

Ada banyak teori yang boleh dikaitkan dengan pelaksanaan program ini sama ada teori-teori yang mendasari tradisional teori-teori peralihan dan atau teori-teori sistem. Jika dilihat dalam perlaksanaan program yang sedia ada, maka, pendekatan teori-teori tradisional boleh diserap dengan melihat semula faktor organisasi, struktur organisasi seperti model birokratik oleh Maxweber di mana ianya menyentuh bukan saja pelaksana (guru) tetapi juga fungsi seseorang pentadbir. Hal ini dapat dilihat tentang kedudukan organisasi program pendidikan khas di sekolah tidak mantap dan begitu juga peranan organisasi di peringkat kementerian tidak jelas. Ini ditambah lagi tentang kelemahan pentadbir sekolah dalam memantau dan menyelia program ini. Faktor-faktor yang diutarakan di atas selari dengan pendapatan kajian EPRD pada tahun 2000. Teori peralihan pula tertumpu kepada huraian tentang tingkah laku pekerja dan pertalian antara individu dengan individu lain atau antara kelompok pekerja dengan kelompok lain. Kaitannya di sini ialah motivasi guru itu sendiri tidak pada tahap yang memuaskan dan diabaikan. Lebih menarik lagi kalau ditinjau dari teori sistem kerana ianya berasaskan kepada analisis dan statistik rangka konsep. Ini termasuklah planning, programming and budgeting system (PPDS) dan pengurusan strategik serta pengurusan mengikut objektif (MBO). Dalam hal ini, penulis menumpukan satu inovasi dalam program pemulihan khas berdasarkan teori pengurusan saintifik Taylor. Salah satu prinsip Taylor ialah prisnsip kaji masa atau time study principle. Prinsip ini menyatakan bahawa semua tugas patut diukur dengan kajian masa yang tepat dan satu masa yang standard harus ditetapkan bagi semua pekerjaan. Jika dikaitkan dengan pelaksanaan program pendidikan khas yang sedia ada terdapat kelemahan yang ketara dalam peruntukan masa bagi melaksanakan program ini. Di samping itu ianya juga tidak menampakkan satu penetapan masa yang standard bagi pencapaian penguasaan murid-murid di dalam 3M. Oleh itu, dalam banyak faktor yang diutarakan oleh EPRD terhadap kelemahan

16 perlaksanaan program ini, penulis merangka satu inovasi yang berkait dengan masa dan standard. Penulis menamakan inovasi ini Program Pendidikan Khas Sepenuh Masa (PERKASA).

8.0 PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEPENUH MASA (PERKASA) 8.1 Permasalahan Walaupun program pendidikan khas ini telah lama dilaksanakan namun peratus murid yang tidak menguasai 3M masih tinggi. Mengikut kaedah yang sedia ada, perlaksanaan program pendidikan khas inimenggunakan siytem withdrawal. Ini bermaksud murid-murid yang berada dalam sistem ini hanya berada dalam kelas pemulihan secara berkala. Jika dilihat peruntukkan masa murid untuk mengikuti program pemulihan adalah terhad. Masa yang diperuntukkan oleh Tahun1, Tahun 2 dan Tahun 3 ialah 330 minit (11 waktu) seminggu. Jumlah minit yang ada pula perlu diagihkan kepada matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Secara purata, setiap murid pemulihan hanya dapat mengikuti program tersebut 2 waktu (60 minit sahaja) seminggu bagi setiap mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Ini adalah sukar untuk murid tersebut dipulihkan dalam tempoh masa yang singkat tanpa ada bimbingan berterusan.

JADUAL 3: JUMLAH MASA BELAJAR KELAS PEMULIHAN KHAS

17 Tahun Tahun 1 Masa Seminggu 330 minit Mata Pelajaran Bahasa Melayu Matematik Tahun 2 330 minit Bahasa Melayu Matematik Tahun 3 330 minit Bahasa Melayu Matematik Sistem withdrawal menyebabkan pergerakan murid-murid dari kelas biasa ke kelas pemulihan khas mengambil masa lima hingga sepuluh minit. Ini menjadikan sesi pemulihan tidak dapat dijalankan seperti dirancangkan. Adakalanya murid-murid ini tidak sampai ke kelas pemulihan pada waktu yang ditetapkan. Ini menyebabkan wujudnya ponteng kelas dikalangan muridmurid pemulihan. Terdapat segelintir guru kelas yang tidak memantau pergerakkan murid dari kelas biasa ke kelas pemulihan. Adakalanya pula guru kelas lambat melepaskan murid-murid pemulihan ke kelas pemulihan. Jika dilihat dari susunan jadual waktu kadang kala terdapat pertindihan waktu yang menyebabkan murid-murid pemulihan tidak dapat berada di dalam kelas pemulihan. Ini disebabkan masa pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan khas bergantung kepada jadual waktu induk sekolah. Berdasarkan kajian penulis, ramai guru-guru pemulihan yang tidak relevan dengan tugasnya. Ini termasuklah tidak berminat mengajar kelas pemulihan, tidak ada latihan khusus, tidak terlatih di dalam bidang pemulihan khas. Motivasi guru pemulihan khas bertambah luntur apabila tidak terdapat kerjasama dari guru-guru mata pelajaran. Keadaan fizikal kelas pemulihan juga menyumbang ke arah mewujudkan iklim yang kondusif untuk murid-murid belajar. Terdapat kelas pemulihan hanya satu bay atau berada dalam kelas yang selalu berpindah randah.

18 Dalam organisasi sekolah, program pemulihan khas adalah dikawal selia secara langsung oleh Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan Satu. Kajian penulis menunjukkan wujudnya pemikiran pihak pentadbir sekolah bahawa program pemulihan khas ini tidak penting. Maka dengan itu tidak hairan terdapat Guru Besar yang tidak mewujudkan perjawatan guru pemulihan. Ini bermakna pentadbir sekolah telah mengingkari arahan pekeliling Kementerian Pelajaran seperti yang disebutkan sebelum ini. Ekoran daripada ketidakperihatinan pentadbir sekolah terhadap program pemulihan ini maka tidak hairan terdapat pentadbir yang tidak mengambil berat dan mengawalselia program ini malah terdapat guru-guru yang bermasalah dijadikan guru pemulihan khas. 8.2 Rasional Pelaksanaan Program Perkasa Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004 terdapat 114,994 muridmurid Tahap Satu tidak menguasai 3M dan secara terperincinya pecahan tidak menguasai 3M ini bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia seperti yang tertera di dalam jadual berikut.

JADUAL 4: BILANGAN MURID-MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M DI MALAYSIA


JPN PERLIS KED PP PER SEL WP N9 MEL JOH PAH TRG KEL SABAH SWAK LAB

Bil tahap 1

murid 13, 797

101,071

70, 538

137,826

254,708

80, 554 57, 028

44, 359

187,542

67, 053

74, 567

112,666

145,322

141,282 4, 280

19

Bil murid BM1419 3M (10.3%)

8307 (9.2%)

4937 (7.0%)

12, (8.8%)

13113, (5.1%)

0032534

3612

2926 (6.6%)

18, (9.7%)

1585083 (7.6%)

6888 (9.2%)

8699 (7.7%)

9960 (6.9%)

15,

978

(3.1%) (6.3%)

(11.3%)

359 (8.4%)

JUMLAH

114,994 (7.7%)

KEDUDUKAN PERINGKAT TEMPAT KE-4 NASIONAL

Hasil kajian penulis terhadap keberkesanan program pemulihan khas di negeri Melaka, sehingga Jun 2004 terdapat 3200 murid yang berada di dalam kelas pemulihan khas dari jumlah itu hanya 2926 murid masih belum dapat dipulihkan. Statistik terperincinya adalah seperti jadual di bawah.
JADUAL 5: STATISTIK MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI MELAKA

Sehingga Jun 2004


(Pemulihan Khas Tahap 1)
Bil Bil Tahun Keseluruha n Murid Mengikuti Program Pemulihan Khas (Jan) Bil Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Jumlah 15,053 15,077 14,229 44.359 1,756 1,444 Peratus Bil 11.65 10.15 922 898 1,820 Peratus Bil 52.51 62.19 56.88 1,546 834 546 2,926 Peratus 10.27 5.53 3.84 6.59 Murid Bil Murid Yang Bil Murid Yang Masih Dalam Khas Pemulihan

Telah Dipulihkan

3,200 7.21

JADUAL 6:
STATISTIK MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI MELAKA Sehingga Jun 2004 (Pemulihan Khas Tahap 2)

20
Bil Murid Mengikuti Program Khas (Jan) Bil Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah 14,451 616 Peratus 4.26 Pemulihan Bil Murid Yang Masih Dalam Khas Bil 251 Peratus 1.73 Pemulihan

Bil Tahun Keseluruha n Murid

Bil Murid Yang Telah Dipulihkan Bil 365 Peratus 59.25

14,442 Tahun 14,219 43,112

363 2.51 Muird 156 Kembali 42.97 207 1.43 Ke Bilangan Semula 265 1,244 4,444 1.86 117 51.69 148 Program Pemulihan Khas1.04 Bil Peratus 2.88 845 55.37 606 1.40 - 4.03 5.08 2,665 59.96 3,532 508 28.92 586 40.58

Tahun 1 AN Tahun 2 Tahun 3

KESELURUH 87,471

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 KESELURUH AN

233 154 57 1538

37.82 42.42 21.50 34.60

JADUAL 7: STATISTIK MURID PEMULIHAN YANG DIKEMBALIKAN SEMULA KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS (Sehingga Jun 2004)

21

BeBerdasarkan statistik di atas jelas menunjukan program pemulihan khas yang sedia ada belum memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Oleh itu satu program khas perlu diadakan sebagai penambahbaikan dan menyelesaikan beberapa masalah khusunya dari sudut peruntukan masa dan keberkesanan guru. 9.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PERKASA Program ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa 1 melibatkan murid yang telah dikenalpasti mengikuti program pemulihan khas Tahun 2 dari Januari hingga Jun. Fasa 2 pula melibatkan murid-murid Tahun 1 yang dikenalpasti mengikut program pemulihan khas sepenuh masa dari Julai hingga November. Murid-murid ini akan menjalani pemulihan khas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik semasa waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan mata pelajaran elektif yang terpilih berdasarkan jadual waktu satu kelas sahaja. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Agama Islam atau Moral dan Sains, murid-murid ini akan mengikuti kelas aliran perdana. Berdasarkan kaedah ini, jumlah waktu murid-murid berada di dalam kelas pemulihan lebih lama. Ini dapat ditunjukkan seperti dalam jadual berikut. JADUAL 8: CADANGAN MASA BELAJAR PROGRAM PERKASA Peruntukan Seminggu 12 X 30 = 360 minit 3 X 30 = 90 minit 2 X 30 = 60 minit Masa

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni

22 Pendidikan Muzik Matematik JUMLAH 2 X 30 = 60 minit 7 X 30 = 210 minit 26 X 30 = 780 minit

Ini bermakna waktu pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Komunikasi, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu, manakala P&P Matematik di dalam kelas pemulihan khas akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris pada waktu Matematik.

Murid PERKASA yang akan diambil ialah murid yang telah disaring dengan menggunakan ujian saringan (Instrument saringan disediakan). Manakala bilangan maksima bagi kelas PERKASA tidak melebihi 15 orang. Untuk tidak mengabaikan pelajar-pelajar pemulihan khas yang berada pada tahun 3 dan 4 mereka diperuntukkan waktu belajar sebanyak 210 minit dan 4 waktu persediaan. Bagi menjamin program PERKASA ini berkesan, guru-guru pemulihan khas negeri. Murid-murid yang mengikuti program PERKASA akan diuji mengikut pencapaian mereka dari semasa ke semasa dengan menggunakan instrument penilaian khas yang disediakan oleh jawatankuasa untuk mengenal pasti muridmurid yang telah menguasai asas 3M dan akan diuji semula dengan menggunakan ujian pencapaian. Satu arahan akan diberi oleh Jabatan Pendidikan Negeri supaya penyeliaan dan pemantaun program ini dijalankan sepanjang masa. Personal yang terlibat dalam tugasan ini ialah pegawaiakan diberi pendedahan dan latihan lanjutan di peringkat

23 pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Guru Besar. Sekiranya pelajar PERKASA telah dapat dipulihkan sepenuhnya sebelum jangkamasa 6 bulan maka guru pemulihan khas hendaklah bertindak sebagai guru pembimbing membantu guru mata pelajaran di mana murid PERKASA berada.

Contoh jadual waktu kelas pemulihan khas seperti biasa adalah seperti di bawah. JADUAL 9: CONTOH JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN UNTUK GURU PEMULIHAN YANG DICADANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PERKASA KELAS TAHUN 1, 2, DAN 3
MASA/HARI 7.45 8.15 ISNIN PER SELASA M3 RABU BM 1/2 KHAMIS JUMAAT BM/PJ

24
8.15 8.45 8.45 9.15 9.15 9.45 9.45 10.15 10.15 10.35 10.35 11.05 11.05 11.35 11.35 12.05 12.05 M3 1/2 M3 1/2 BM-3 R BM 1/2 BM 1/2 BM 1/2 BM/PS 1/2 BM/PS 1/2 M3 1/2 M3 1/2 BM/MZ 1/2 BM 1/2 BM 1/2 BM/MZ 1/2 M3 BM BM BM-3 E BM - 3 H BM 1/2 M3 1/2 BM - 3 A BM 3 T BM BM BM BM/PJ BM/PK

12.35 12.35 1.05

Mata pelajaran dan minit yang dicadangkan. Catatan: Jika murid kurang daripada 15 orang, boleh ditambah / digabungkan dengan murid pemulihan khas tahun 3. Kelas Tahun 3 Pemulihan Khas : Mata pelajaran Bahasa Melayu sebanyak 5 waktu. Persediaan ditentukan oleh guru pemulihan khas.

JADUAL 10: ANALISA MATA PELAJARAN SUBJEK BM M3 *BM 3 KALI 12 7 5 MINI T 360 210 150 60 SUBJEK KAL MINIT 60 60 30 JUM 38 1140 SUBJEK PER PERSEDIAA N KALI 1 4 MINI T 30 120 I BM/PS 2 BM/MZ 2 BM/PK 1 BM/PJ 2

25

9.1 Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Perkasa Bagi memudahkan melihat aliran perlaksanaannya diturunkan dalam kerangka konsep seperti di bawah. JADUAL 11: CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN PROGRAM PERKASA
- Kelas biasa ( Pemulihan Dalam Kelas

Pencalonan Oleh Guru BM/M3 & Pengumpulan Maklumat Oleh Guru Pemulihan

Sudah Menguasai 3M

Ujian saringan

- Kelas Bermasalah Pembelajaran - Disleksia

Belum Menguasai 3M

Kelas Pemulihan Khas

Ujian Diagnostik

Analisa Ujian Diagnostik

26

Penyediaan Rancangan Pengajaran/Senarai Semak

Pengajaran dan Pembelajaran

Pengukuhan dan Pengayaan

Sudah Menguasai 3M Tidak Tercapa

Penilaian

Objektif

A ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN


9.2 Jangkaan Keberkesanan Program Perkasa Program PERKASA ini telah dimulakan pada bulan Januari 2005 bagi Tahun 2 dan Jun 2005 bagi Tahun 1. Jangka masa Program PERKASA ini adalah selama 6 bulan. Sebanyak 173 buah diseluruh negeri Melaka sedang melaksanakan program ini. Penulis amat teruja untuk melihat keberkesanannya dan berhasrat untuk menghasilkan kertas kerja yang seumpama ini apabila kajian enam bulan pertama diperolehi. Penulis juga tidak mempuyai halangan untuk berkongsi maklumat dengan mana mana negeri atau individu berhasrat melaksanakan inovasi ini. Mengikut kaedah lama ujian saringan tidak memisahkan pelajar normal (pemulihan khas) dengan pelajar pendidikan khas. Instrumen saringan terbaru dapat mengenal pasti kedua dua kategori pelajar tersebut. Tetapi yang faktor yang dominan dalam inovasi ini ialah faktor masa. Pelajar akan berada sepenuh masa bersama guru pemulihan selama enam bulan.

27

10.

PENUTUP

Melalui pelaksanaan program pemulihan khas sepenuh masa, diharapkan murid-murid yang mengikuti program ini dijangka boleh menguasai 3M selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan. Kerjasama, sokongan dan usaha yang sungguh-sungguh dari pelbagai pihak merupakan kunci utama kejayan program PERKASA. Secara tidak langsung turut membantu memastikan guru-guru pemulihan khas tidak disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga menjejaskan pelaksaan program pemulihan khas. Jaafar Muhamad (2004), dalam bukunya Pengantar Pengurusan yang menyatakan bahawa perubahan dalam organisasi memerlukan seseorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk berubah. Individu yang bertindak sebagai pencetus idea tersebut diandaikan bertanggungjawab menguruskan proses perubahan dipanggil agen perubahan. Pengurus merupakan agen yang akan memastikan sesuatu perubahan itu akan berjaya dilaksanakan atau tidak. Menurut Kanter (1995), pengurus masa depan adalah pengurus adalah pengurus yang peka kepada perubahan dan melihat perubahan adalah satu cara hidup organisasi. Penekanan yang diberi oleh Kanter adalah belajar dari pengalaman lalu dan menggunakannya ia untuk membentuk perubahan untuk masa hadapan.

CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN


12.1

28

ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
RUJUKAN RARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN

Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 : Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda, Diterbitkan Dengan Kuasa.. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan Yang Dikendalikan oleh Guru Khas Pemulihan . Rujukan KP(BS) 8502/5/PK/Jld.V(29), bertarikh 17 Mac 1986.. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malysia. Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah. Rujukan KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34), bertarikh 30 Jun 1989. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Waran Peruntukkan Untuk Sekolah Pendidikan Khas. Rujukan, KP/JPK/BP/01/30 ( ). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pelakanan

Pemulihan Khas.1999. Jaafar Muhamad.2004. Pengantar Pengurusan. Leeds Publications. Petaling Jaya.

29 Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Dan Perkhidmatan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2001. Rujukan KP(PP)0137/40(79), bertarikh 10 Mac 2001. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Keawangan. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002. Pemberian Bantuan Perkapita Untuk Sekolah. Rujukan KP.1573/17/Jld.14 (4), bertarikh 16 Oktober 2002. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Iktisas Bil.14/2002. Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003, bertarikh 27 November 2002. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan Gempita Maju Kuala Lumpur. dan Penyelidikan Dasar

Penendidikan . Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah 2002.

Mok Soon Sang (2004), Pengenalan Pedagogi. Penerbitan Budiman,Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

PROSES PERLAKSANAAN

30

You might also like