You are on page 1of 12

SK BRICKFIELDS (1) JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 50470 KUALA LUMPUR

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS 1

PENGENALAN Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cintakan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Begitu juga dengan sekolah ini, mempunyai agenda tersendiri bagi menyambut hari kemerdekaan ini. OBJEKTIF 1. Mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 seperti murid sekolah dan pihak pengurusan itu sendiri.

2. Memohon kebenaran daripada pihak Sekolah Kebangsaan Brickfield 1 untuk menjalankan Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat sekolah 2013.

RASIONAL 1. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai erti dan kepentingan kemerdekaan. 2. Menyediakan program yang boleh menjurus kepada penghayatan erti kemerdekaan di kalangan murid Sekolah

Kebangsaan Brickfields (1). 3. Menyemai semangat kerjasama dan kesepaduan di antara kaum terutamanya dalam aspek hidup bermasyarakat selaras dengan hasrat kerajaan dalam membina Satu Malaysia. 4. Menyemai semangat patriotik dan cintakan tanahair di dalam jiwa setiap murid MATLAMAT 1. Program ini adalah bermatlamat untuk membuat satu anjakan paradigma supaya dapat membantu mengisi masa murid secara teratur dan jelas dari segi motif untuk menghayati erti kemerdekaan. 2. Program ini akan membuka lebih banyak ruang kepada muridmurid mempelajari dan memahami bagaimana kemerdekaan tanahair dicapai. 3. Program ini juga bertujuan untuk mendukung misi pendidikan nasional untuk membentuk semangat patriotik dan sayangkan tanahair dan juga menekankan kepada aspek tanggung jawab dan pembentukan masyarakat yang bersepakat dibawah slogan Satu Malaysia. SASARAN Semua warga Sekolah Kebangsaan Brickfields (1). TEMPAT Program ini akan berlangsung di Dewan Perhimpunan dan juga di sekitar Sekolah Kebangsaan Brickfields (1).

PELAKSANAAN Dalam peringkat pelaksanaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1) Majlis Pelancaran 2) Pengisian Program 3) Majlis Penutupan

1 . Majlis pelancaran Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke 56 Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 19 Ogos 2013. Pelancaran adalah seperti berikut: 7:45pg : Nyanyian Lagu - Negaraku - Wilayah Persekutuan : Bacaan Doa : Ikrar murid : Ucapan Guru Bertugas : Ucapan Penyelaras Sambutan Kemerdekaan 2013 - En. Azhar bin Ismail : Ucapan Pelancaran Majlis oleh - Pn Kok Sea Yin , Guru Besar SKB1 : Penyerahan bendera kepada Ketua Kelas

: Persembahan Murid : Nyanyian Lagu Patriotik : Bersurai 10:20 pg : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Bacaan Teks Ucapan Kemerdekaan -Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia -Menteri Pelajaran Malaysia : Persembahan Murid -Pra Sekolah -Pakaian Beragam -Pendidikan Khas(PKBP) -Sajak -Phantomin : Ucapan Penutupan Majlis oleh - Pn Kok Sea Yin , Guru Besar SKB1 : Penyampaian Hadiah : Nyanyian Lagu Patriotik - Satu Malaysia - Tanggal 31 - Jalur Gemilang

2 .Pengisian Program Banyak aktiviti dan acara yang dipertandingkan sepanjang Sambutan Kemerdekaan. Ia telah disusun dan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Segala aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini semua adalah hasil daripada kerjasama dan penglibatan aktif guru-guru dan murid-murid. Di antara aktiviti aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 Aktiviti Teka Silangkata Tahap 1 Kuiz Tahap 2 Mewarna Tahap 1 Tahun Tahun 1,2 dan 3 Tahun 4,5 dan 6 Tahun 1,2 dan 3 Pra Sekolah PPKI Tahap Rendah PPKI Tahap Tinggi Tahun 4,5 dan 6 Tahun 1,2 dan 3 Tahun 4,5 dan 6 Tahap 1 dan 2 Tahap 1 dan 2

4 5 6 7 8

Melukis Tahap 2 Berpantun Tahap 1 Bersajak Tahap 2 Pakaian Beragam Hiasan Kelas

3. Majlis penutupan Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini telah diadakan pada 30 Ogos 2013. Ia dijalankan bermula pada jam 10.20 pagi. Sejak jam 10.00 pagi lagi, kelihatan murid murid telah mula berkumpul di dalam dewan sekolah. Tepat jam 10.20 pagi majlis penutupan dimulakan. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya bacaan teks ucapan kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia. Puan Kok Sea Yin, selaku Guru Besar merangkap Pengerusi Sambutan Kemerdekaan ke 56, Peringkat SK Brickfields 1 telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang kepentingan kita mengingati jasa-jasa orang terdahulu bagi menuntut kemerdekaan. Kita sepatutnya bersyukur dapat hidup bebas, aman, dan tenteram tanpa peperangan. Beliau mengingatkan semua murid agar belajar bersungguh-sungguh, berjiwa kental serta sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga maruah negara agar tidak dijajah lagi.

Akhir sekali, nyanyian lagu patriotik iaitu lagu satu Malaysia , Tanggal 31 dan Jalur Gemilang dinyanyikan bersama sama dengan murid murid dengan penuh bersemangat. PENILAIAN Pada keseluruhannya, Majlis Sambutan Kemerdekaan kali ke 56, peringkat sekolah telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Semua pihak termasuk guru besar, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SK Brickfields 1 sangat berpuas hati dengan sambutan tersebut. Tiada sebarang masalah besar yang timbul sepanjang sambutan kemerdekaan tersebut. Setiap acara yang dipertandingkan telah dapat diadili seadil-adilnya oleh hakim hakim yang telah telah dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamad. Senarai penuh pemenang ada disertakan di bahagian lampiran.

KESIMPULAN Langkah pihak sekolah mengadakan program sambutan bulan kemerdekaan ke 56 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan murid murid tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan. Kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 56 tahun bukanlah datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental, dan iltizam mereka yang terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, membebaskan tanah air kita darpada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemankinkepada kemerdekaan ini. Semoga segala aktiviti dan acara yang dijalankan diharapkan dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara tercinta.

Disediakan oleh, .............................................................. (HASRINI BT. ABDUL RAZAB @ AB AZIZ) AJK Dokumentasi Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56, Peringkat Sekolah 2013, SK Brickfields (1).

Disemak oleh, ----------------------------------------------------(EN AZMI BIN KUSNIN) Guru Penolong Kanan HEM, SK Brickfields (1).

LAMPIRAN SENARAI PENERIMA HADIAH KEMERDEKAAN 2013 BIL ACARA Teka silangkata Tahap 1 NAMA & KEDUDUKAN 1. Nurfatin nabilah bt norerizuan 2.Salman Faris bin Safawi 3.Khairiel irfan bin zulkarnain TAHUN 1C 1C 1B

You might also like