You are on page 1of 13

SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Julai 1 jam

02/1

_______________________________________________________

PEPERIKSAAN PRAPMR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 2013


___________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berobjektif.

4.

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

SULIT

02/1

Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Cik Bainun suka _____________ untuk mengisi masa lapang dan hasilnya dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan. A B C D menjahit menganyam menyulam menenun

Semenjak dilantik sebagai _____________ Hamdan bertambah sibuk kerana ditugaskan untuk menyemak berita yang hendak disiarkan dalam akhbar. A B C D wartawan penulis penyunting pengarang

Azman berasa takut apabila terdengar _________________ di belakang rumahnya ketika dia tinggal bersendirian di rumah. A B C D riuh-rendah susup-sasap hiruk-pikuk hingar-bingar

Pencuri yang memasuki rumah Datuk Hazrul ketika beliau berada di luar negara telah ____________ bilik tidur utama. A B C D membongkar menyelinap menyelongkar memeriksa [Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 5

02/1

Mak Timah ___________ selendangnya untuk membuang seekor ulat. A B C D mengibar-ngibarkan menggoyang-goyangkan melibas-libaskan mengibas-ngibaskan

Baju Mei Ling kelihatan _____________ kerana sudah lama dipakai. A B C D kusut luntur pudar kumal

Bilakah ________________ akan menghadapi ujian bulanan? tanya Fatimah kepada rakan-rakan sekelasnya. A B C D kita awak kamu engkau

Soalan 8 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

Izzudin berasa canggung untuk menyampaikan syarahan berhadapan khalayak ramai. A B C Tiada Kesalahan. D Menteri Dalam Negeri dihujani pelbagai soalan oleh wartawan selepas A B peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Tiada Kesalahan. C D

10 Pak Zainal dan Mak Uda berasa terpaku apabila anak angkat mereka akan membiayai A B C perbelanjaan mereka ke Makkah. Tiada Kesalahan. D [Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT 02/1

11 Setiap orang yang hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum hendaklah saling A B menghormati. Tiada Kesalahan. C D 12 Cahaya lampu-lampu yang berkerdipan pada waktu malam di tepi pantai itu A B mengindahkan suasana. Tiada Kesalahan. C D 13 Pak Idris berehat di bawah pokok yang redup itu setelah penat menajak rumput di A B C belakang rumah. Tiada Kesalahan, D 14 Hock Seng dimarahi ayahnya kerana melontarkan kerbau itu dengan seketul batu yang A B diambilnya di tepi jalan. Tiada Kesalahan. C D Soalan 15 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15 I II III IV A B C D 16 I II III IV A B C D Pak Azan berjaya menagih hasil yang lumayan daripada perniagaannya. Semua pelajar harus menagih ilmu walau di mana-mana sahaja. Ceti haram itu cuba menagih wang yang dipinjam oleh pemuda terbabit. Penduduk kampung berusaha menagih janji yang telah dibuat oleh ketua kampung beberapa bulan yang lalu. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja Pak Sudin mengutip buah durian yang gugur di dusunnya. Bidan Misah mendapati kandungan Puan Shila telah gugur sejak kelmarin. Pejuang-pejuang negara telah gugur di Lahad Datu ketika mempertahankan negara. Abang saya gugur dua mata pelajaran untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja [Lihat halaman sebelah

SULIT 17 I II III IV A B C D

SULIT 02/1

Datuk Johari menjemput penduduk kampung ke majlis perkahwinan anaknya. Kami sekeluarga menjemput abang yang pulang dari London di lapangan terbang. Berpuluh-puluh buah bas telah disediakan bagi menjemput rakyat ke Majlis Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab motosikal Anuar rosak, saya terpaksa menjemputnya untuk bersamasama ke kelas tambahan. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 18 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18 Surat tawaran itu sudah beliau terima atau tidak? A B C D 19 beliau menerima atau belum diterima oleh beliau atau tidak diterima oleh beliau atau belum beliau terima atau tidak

Kedua-dua ekor anak-anak kucing itu sedang berkejar-kejaran di halaman rumah. A B C D Kedua ekor anak-anak kucing Kedua-dua ekor anak kucing Kedua ekor anak kucing Kedua-dua ekor anak-anak kucing

20

Peserta ekspedisi yang sesat di dalam hutan itu mencari jalan keluar dengan berpandukan kepada kompas. A B C D berpandukan kompas. berpandu kompas. berpandukan pada kompas. berpandukan kepada kompas.

21

Sikap penduduk yang saling tolong-menolong bila menghadapi masalah dipuji oleh ketua kampung. A B C D tolong-menolong bila menghadapi saling menolong bila menghadapi saling menolong apabila menghadapi saling tolong-menolong apabila menghadapi [Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 22 24

SULIT 02/1

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Pengurus baharu itu sungguh baik, kata tukang sapu kepada kawannya. A Tukang sapu memberitahu pengurus baharu itu bahawa kawannya sungguh baik. B Kawan tukang sapu memberitahu pengurus baharu itu bahawa tukang sapu sungguh baik.

C Tukang sapu memberitahu kawannya bahawa pengurus baharu itu sungguh baik. D Pengurus baharu itu memberitahu tukang sapu bahawa kawan tukang sapu sungguh baik.

23

Kelewatan menyiapkan projek pembinaan bangunan tambahan di sekolah terbabit tidak menggugat keselesaan pelajar. A Keselesaan pelajar masih terjamin walaupun projek pembinaan bangunan tambahan di sekolah terbabit lewat disiapkan. B Pembinaan bangunan tambahan di sekolah terbabit lewat disiapkan demi menjamin keselesaan pelajar.

C Walaupun keselesaan pelajar tidak tergugat, sekolah terbabit lewat menyiapkan projek pembinaan bangunan tambahan. D Projek pembinaan bangunan tambahan lewat disiapkan walaupun di sekolah terbabit keselesaan pelajarnya tidak tergugat.

24

Masyarakat perlu mengubah sikap terhadap bekas penagih dadah supaya mereka tidak kembali menagih selepas menjalani rawatan. A Bekas penagih dadah tidak akan kembali menagih sekiranya masyarakat mengubah sikap mereka selepas menjalani rawatan. B Perubahan sikap masyarakat diperlukan oleh bekas penagih dadah selepas mereka kembali daripada menjalani rawatan.

C Bekas penagih dadah perlu mengubah sikap masyarakat supaya mereka tidak kembali menagih dadah selepas menjalani rawatan. D Demi mengelakkan bekas penagih dadah kembali menagih selepas menjalani rawatan, orang ramai perlu mengubah sikap terhadap mereka.

[Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 25 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25

SULIT 02/1

I Kerja itu telah saya selesaikan semalam. II Tugas itu mesti awak pikul dengan sepenuhnya. III Perkara tersebut belum diputuskan oleh kami sehingga kini. IV A B C D Logo yang sungguh menarik itu telah mereka cipta tahun lepas. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

26

I Kedua-dua orang penuntut universiti itu dipecat daripada pengajian selama dua tahun. II Rosyam terkejut apabila mendapati namanya tercicir daripada senarai penerima biasiswa. III Polis akan meningkatkan rondaan dan kawalan bagi mengekang kegiatan mencuri kenderaan. IV Bangunan kayu yang baru dibina itu tidak mempunyai pintu kecemasan. A B C D I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

27

I II III IV A B C D

Ibu muda itu baharu melahirkan bayi kembar di Hospital Jempol. Sulaiman menjerit memberitahu bahawa air telah memasuki ke rumahnya. Ayah kelihatan segak apabila mengenakan baju batik yang dibeli ibu semalam. Hafiz perlu menyudahkan kerja sekolahnya sebelum dia keluar bermain. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 28 30

SULIT 02/1

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

Ahmadi : Peperiksaan akhir tahun akan bermula dua minggu lagi. Ibu : Lebih baik kamu mengulang kaji pelajaran sekarang agar tidak menghadapi masalah semasa menjawab soalan itu nanti.

28

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah A B C D belakang parang kalau diasah lagikan tajam. sudah terhantuk baru tengadah. sediakan payung sebelum hujan. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

29

Firdaus ingin meminang anak wakil rakyat itu tetapi apakan daya, dia sendiri tidak mampu menyara hidupnya sendiri. Hal ini boleh diibaratkan A B C D ukur baju di badan sendiri. melukut di tepi gantang. pungguk rindukan bulan. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

30

Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud A B C D beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan. bersedia untuk menghadapi apa-apa jua cabaran. pastikan diri kita berkemampuan sebelum bertindak. bersabar melakukan sesuatu kerja yang sukar sehingga berhasil.

[Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 31 35

SULIT 02/1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amin memperlahankan langkahnya apabila dia terlihat Mak Jah duduk di muka pintu rumah. Mak Jah memerhatikan Amin dari atas ke bawah seolah-olah sudah mengetahui bahawa dia ponteng hari ini. Amin serba salah. Mana beg sekolah? tanya Mak Jah apabila Amin tiba di kaki tangga. Amin ponteng? tanya Mak Jah lagi. Amin tidak menjawab, dia membatukan diri. Dia duduk di anak tangga sambil membuka tali kasut. Kenapa Amin ponteng? Mak Jah mula berleter. Amin tahu tak, arwah ayah Amin ada berpesan kepada Amin bukan! Mak Jah cuba mengingatkan Amin pesanan Pak Akob sebelum dia kembali ke rahmatullah. Amin belajarlah bersungguh-sungguh dan belalah kehidupan ibumu, Min. Itulah pesan Pak Akob kepada Amin. Amin tahu itu. Masih segar lagi pesanan itu dalam ingatannya. Air jernih mula membasahi pipinya. Perasaan kesal jelas terbayang pada wajahnya. Apabila dia mendongak untuk menatap wajah Mak Jah yang disayanginya itu, dia terlihat titis-titis air jernih juga membasahi pipi tua Mak Jah. Suasana hening seketika. Hanya terdengar kicauan burung bersahut-sahutan. Tiba-tiba suasana yang hening itu diganggu oleh bunyi hon kereta. Mak Jah terkejut. Amin juga tersentak. Selama ini tidak ada tamu yang sudi datang ke rumah usang itu. Rumah yang terletak di atas tanah yang sebesar kangkang kera peninggalan arwah Pak Akob untuk Mak Jah anak-beranak. Apabila kereta itu berhenti tersembul seorang wanita. Amin mengamati wajah wanita muda itu. Muka Amin berubah pucat. Dia kenal wanita itu. Pada tangan wanita itu ada beg sekolahnya. Baru dia teringat beg sekolah itu tertinggal di balai polis sewaktu dia dibawa ke sana tadi. (Dipetik daripada cerpen Yuran, antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

[Lihat halaman sebelah

SULIT

10

SULIT 02/1

31 Apakah yang menyebabkan Amin memperlahankan langkahnya? A B C D Dia terdengar suara sayu ibunya. Dia ternampak ibunya di muka pintu. Dia mendengar pertanyaan ibunya. Dia tersedar ibunya memerhatikannya.

32 Suasana hening seketika menggambarkan keadaan yang A B C D sunyi sahaja. sayu sebentar. sepi sekejap. senyap tiba-tiba.

33 Antara yang berikut, manakah bukan nilai murni berdasarkan petikan cerpen? A B C D Kesedaran. Bertanggungjawab. Kasih sayang. Keikhlasan.

34 Di manakah wanita muda itu menemukan beg sekolah Amin? A B C D Di balai polis. Di tangga rumah. Di dalam kereta. Di tepi jalan.

35 Cerpen Yuran berkesudahan dengan peristiwa A B C D Amin bertekad meneruskan cita-citanya. Amin meminta maaf kepada ibunya. Amin dijadikan anak angkat oleh wanita itu. Amin gembira rumahnya dikunjungi tetamu.

[Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 36 hingga Soalan 40

11

SULIT 02/1

Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KEUSANGAN BUDAYA Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu menganyam segar Kelihatan sang teruna menebang ara berbaju Melayu warisan bangsa meniup seruling bambu merdu dan sayu Ketika ini tiada lagi sang dara ayu tiada juga teruna gagah kini yang ada cuma tubuh-tubuh lesu tubuh-tubuh kaku Kedengaran irama gamat menodai kedamaian seruling bambu diam keusangan songket dan batik muram disisihkan Ayahanda bonda di pondok memalu nobat di sisi melihat sayu sang Sita Dewi yang usang tidak bermaya lagi ROSHILAWATI RAZLAN (Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36 Sebagai generasi muda yang prihatin, kita hendaklah A B C D memilih pakaian yang sesuai. sentiasa menjaga tingkah laku. menghargai warisan bangsa. mengenali budaya masyarakat. [Lihat halaman sebelah

SULIT

12

SULIT 02/1

37 Antara yang berikut, manakah bukan persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? A B C D Amalan budaya Melayu yang dipinggirkan oleh golongan muda. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Pengaruh budaya asing yang mengambil alih budaya Melayu. Gadis Melayu yang sentiasa bergaya dengan pakaian tradisional.

38 Yang berikut merupakan bentuk sajak di atas kecuali A B C D terdapat lima rangkap semuanya. rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama. terdapat lima baris dalam rangkap kedua. jumlah kata antara 2 hingga 5 patah dalam rangkap pertama.

songket dan batik muram disisihkan

39 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah A B C D personifikasi. inversi. metafora. hiperbola.

40 Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak kecuali A B C D kita mestilah menghargai kebudayaan bangsa kita sendiri. usahlah terikut-ikut budaya asing yang merosakkan budaya bangsa. generasi muda haruslah mengamalkan pelbagai budaya dalam kehidupan. janganlah membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya warisan dilupakan.

SOALAN TAMAT

SULIT

You might also like