You are on page 1of 13

SULIT

PRAPMR 2013
BAHASA MELAYU Kertas 2 Julai 2013

PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

____________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah

02 2

SULIT

3 Cadangan isi Bahagian A(i) Ringkasan 1 2 3 4 5 6 7 Tanah tinggi membentuk satu pandang darat yang cantik. Tanah tinggi merupakan tulang belakang kepada bentuk muka bumi di Semenanjung Malaysia. Tanah tinggi sebagai kawasan peranginan kerana udaranya yang segar dan nyaman. Tanah tinggi amat sesuai ditanam dengan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran subtropika. Tanah tinggi menjadi kawasan tadahan air. Tanah tinggi menjadi punca sistem saliran di negara ini. Tenaga elektrik boleh dijana daripada kawasan tanah tinggi. Bahagian A (ii) : Pemahaman Soalan 1: (2 markah) Maksud frasa di atas mengambil mudah/tidak peka/tidak prihatin. Beri 2 markah jika maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Beri 1 markah jika maksud tepat tetapi ayat tidak lengkap. Beri 1 markah jika maksud kurang tepat mengikut konteks. Beri 1 markah jika hanya memberikan sebahagian maksud rangkai kata. Soalan 2: (4 markah) - lebih murah berbanding sumber tenaga daripada arang batu. - lebih bersih dan kurang pencemaran udara. Soalan 3: (4 markah) - Pemantauan yang berterusan oleh pihak kerajaan. - Orang ramai dan pemaju mesti mempunyai kesedaran untuk memelihara keindahan alam semula jadi. - Kelulusan projek pembangunan di tanah tinggi perlu diperketat. [Pilih mana-mana dua isi maksimum 4 markah] (Pilih mana-mana tiga jawapan: Terima isi-isi lain yang sesuai) Beri 4 markah jika isi cukup dan ayat gramatis(dua isi) Beri 3 markah jika isi cukup, tetapi ayat kurang gramatis(dua isi) Beri 2 markah jika tidak cukup, tetapi ayat gramatis Beri 1 markah jika isi kurang cukup dan ayat kurang gramatis Beri 0 markah jika isi tidak cukup dan ayat tidak gramatis

02 4

[Lihat halaman sebelah SULIT

Bahagian B: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah) 1. Periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 2. Sekurang-kurangnya 3 idea yang ada dalam bahan rangsangan atau 2 idea dalam bahan rangsangan dan 1 idea luar. 3. Jika calon menggunakan sebahagian isi sahaja (2 isi) beri peringkat baik sahaja, tetapi jika bahasanya sangat baik, boleh beri peringkat cemerlang bawah. 4. Jika calon tidak menjawab tugasan (penguasaan minimum), tetapi bahasanya sangat cemerlang, boleh diberi peringkat memuaskan bawah.

02 6

[Lihat halaman sebelah SULIT

02 8

[Lihat halaman sebelah SULIT

SKEMA KARANGAN Soalan 1 a Format : Tiada b Calon boleh mengemukakan pengalaman yang berikut: 1 Suasana di tapak perkhemahan 2 Pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti yang dijalankan 3 Pengalaman baharu 4 Kesukaran yang dialami c Calon boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai. Soalan 2 a Format : Laporan b Calon boleh mengemukakan aktiviti-aktiviti yang berikut: 1 Persiapan awal 2 Suasana di padang 3 Tetamu yang hadir 4 Acara-acara yang dijalankan 5 Acara waktu rehat 6 Majlis penyampaian hadiah c Calon boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai. Soalan 3 Format : Tiada b Diharapkan calon boleh menghuraikan faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur. Faktor-faktor 1 Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang 2 Kemajuan dalam bidang teknologi 3 Arus pembangunan yang semakin pesat c Calon boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai.

9 Soalan 4 a Format Tiada b Diharapkan calon boleh menghuraikan langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai: 1 Kempen berterusan di media massa/elektronik 2 Pemantauan pihak berkuasa secara menyeluruh 3 Penguatkuasaan undang-undang 4 Peranan ibu bapa 5 Kerjasama anggota masyarakat 6 Masyarakat mesti melaporkan kejadian pencemaran sungai c Calon boleh juga mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai. Soalan 5 a Format : Tiada b Diharapkan calon boleh menulis cerita yang berkaitan dengan peribahasa yang terdapat dalam petikan.

Bahagian D: Kajian Novel (10 markah) Jawapan mestilah berdasarkan novel Tingkatan 1 atau Tingkatan 3. Markah: Isi Bahasa Markah Isi 1 2 3 Contoh berserta huraian yang tepat dan lengkap Contoh berserta huraian yang tidak lengkap Contoh berserta huraian yang tidak tepat - 2 markah - 1 markah - 0 markah : : 6 markah 4 markah

02

[Lihat halaman sebelah SULIT

10

Cadangan Jawapan Bahagian D (Novel) Jawapan mestilah berdasarkan novel Tingkatan 1 atau Tingkatan 3. Pelajar mesti menghuraikan nilai berserta contoh yang sesuai daripada novel yang telah dipilih: 1. Sukar Membawa Tuah (Tingkatan 1) Kasih sayang - Pak Katan mengizinkan Adit belajar di pekan walaupun dia mengharapkan Adit membantunya mencari rezeki di dalam hutan untuk menyara keluarga, lagipun tiada keturunannya yang belajar di sekolah. Kerajinan - Pak Katan memungut damar dan mengutip herba yang dijumpai di dalam hutan untuk dijual bagi membeli barang makanan. Kecekalan - Adit tidak segan belajar dalam darjah satu walaupun telah berumur sebelas tahun. Adit mendapat tempat pertama dalam peperiksaan meskipun belajar dalam keadaan tidak selesa kerana tempang. Dia juga memperoleh 3A dalam UPSR.
Ketabahan - Perjalanan selama empat jam untuk pergi dan balik dari sekolah tidak menggugat minat Adit ke sekolah. Dia tertidur di atas bangku di hadapan pintu pagar sekolah pada hari pertama persekolahannya kerana dia tiba di sekolah terlalu awal. Bertanggungjawab - Tok Batin mengumpulkan penduduk kampung untuk mencari Adit yang belum pulang-pulang dari sekolah.

11 Kepatuhan - Seramai 30 orang penduduk Kampung Bakai berkumpul di hadapan rumah Tok Batin setelah diarahkan oleh Tok Batin sebelum memulakan operasi mencari Adit.

2. Novel Merenang Gelora (Tingkatan 3) Kasih sayang - Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebak dalam gejala sosial lagi. Ketabahan - Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan, cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya. Kegigihan - Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang, iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bertanggungjawab - Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya. Prihatin - Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi sayang akan masa depan Nadira. Cinta akan seni warisan bangsa - Badri mempelajari seni pertahanan diri, iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana sahaja dia berada.

02

[Lihat halaman sebelah SULIT

12 Keberanian - Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya. Persahabatan - Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong dan Siew Mei telah ada kehidupan masingmasing, namun ingatan persahabatan tetap kekal dalam sanubari masing-masing. Calon boleh mengemukakan nilai-nilai berserta contoh yang lain yang difikirkan sesuai dengan teks novel yang dikaji.

TAMAT

You might also like