You are on page 1of 23

PANDUAN TAWARAN

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA

Program KPLI adalah satu program lepas ijazah yang mengambil masa satu tahun
(dua semester). Pelajar yang berjaya menamatkan kursus dalam tempoh masa yang
ditetapkan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan. Sebagai pelajar Institut
Pendidikan Guru (IPG) anda tertakluk kepada peraturan IPG dan Kementerian
Pelajaran Malaysia sepanjang anda menjalani kursus.

Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil
tindakan sewajarnya setelah menerima Surat Tawaran.

1. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS

Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut:

1.1 Lengkapkan Borang Penerimaan Tawaran Kursus dalam dua salinan.

(a) Satu salinan Borang Penerimaan Tawaran Kursus hendaklah


dikirimkan segera kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

(b) Satu salinan lagi hendaklah dikirimkan segera kepada


Pengarah Institut Pendidikan Guru berkenaan. Pihak institut
berkenaan akan mengirimkan kepada anda maklumat dan
panduan untuk melaporkan diri apabila menerima Borang
Penerimaan Tawaran Kursus daripada anda.

1.2 Lengkapkan dengan betul, lima salinan borang Perjanjian Pendidikan


Guru dan lima salinan Butiran Penjamin Dan Saksi (sila hubungi IPG
yang anda ditempatkan). Sila rujuk perkara 13.5 dalam Buku Panduan ini
untuk mendapatkan keterangan lanjut bagi melengkapkan borang di atas.

(a) Sediakan lima salinan fotostat Surat Tawaran yang telah


disahkan. Kepilkan satu salinan Surat Tawaran tersebut pada
tiap-tiap keping borang Perjanjian Pendidikan Guru. (Surat
Tawaran Asal boleh didapati semasa pendaftaran).

2
(b) Ketika melapor diri, bawa bersama lima keping setem hasil
yang bernilai RM 10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang
perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan
dilakukan oleh pihak institut pendidikan guru berkenaan.

1.3 Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.

(a) Untuk tujuan 1.3 anda hendaklah melengkapkan surat


KP(BPG)9115/8/2/SJ dan Borang Am 402 (sila hubungi IPG
yang anda ditempatkan). Kedua-dua dokumen ini hendaklah
diserahkan kepada Pegawai Perubatan Kerajaan atau
swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang


Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan x-
ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau
klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

(c) Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah diserahkan


kepada pegawai bertugas ketika melapor diri. Anda perlu
menyediakan dua salinan fotostat keputusan pemeriksaan
doktor yang telah disahkan untuk kegunaan IPG berkenaan.

(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor


serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.

PERINGATAN

1. Sekiranya anda sedang berkhidmat dengan pihak swasta anda


hendaklah meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG yang
ditetapkan. Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan.

2. Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti


belajar/cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan
izin/perletakan jawatan perlu diperolehi sebelum anda mengikuti
latihan ini. Adalah diingatkan bagi tujuan lantikan sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang meletak jawatan adalah
tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A.

3. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal


menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan x-
ray semasa melapor diri.

4. Sekiranya anda mengalami kesuntukan masa untuk mendapatkan


pemeriksaan doktor di tempat tinggal anda dan keputusan
pemeriksaan tersebut tidak sempat disiapkan sebelum melapor diri,
anda bolehlah membawa bersama surat KP(BPG)9115/8/2/SJ dan
Borang Am 402 semasa melapor diri untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor di bandar yang berhampiran dengan IPG
berkenaan. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh
anda melapor diri untuk mendapat dan menyerahkan keputusan
pemeriksaan doktor termasuk x-ray.

3
2. PENOLAKAN TAWARAN KURSUS

2.1 Sila ambil tindakan berikut jika menolak tawaran berkursus.

(a) Lengkapkan Borang Penolakan Tawaran Kursus dalam dua


salinan.

(b) Kembalikan dengan segera satu salinan Borang Penolakan


Tawaran Kursus bersama-sama bahan yang telah diterima
kepada Bahagian Pendidikan Guru.

(c) Kirimkan dengan segera satu salinan lagi Borang Penolakan


Tawaran Kursus ke IPG berkenaan.

3. PENDAFTARAN KURSUS

(a) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar.


Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Calon mesti
melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh seperti yang
tertera dalam surat tawaran.

(b) Semasa melapor diri di IPG, calon dikehendaki


mengemukakan dokumen asal berikut kepada pegawai
bertugas untuk semakan dan pengesahan.

i) Surat Tawaran Berkursus.


ii) Sijil kelahiran.
iii) Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf warganegara
Malaysia.
iv) Sijil Peperiksaan SPM/MCE/SPVM/SPMV/STP/HSC/
STPM/Diploma/Ijazah.
v) Surat Pengiktirafan Nilai Taraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) bagi ijazah yang diperoleh
samada dari IPTA dalam negara, IPT luar negara atau
IPTS tempatan (boleh dimuat turun dari laman
sesawang JPA) .

(c) Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar di institut


sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.

(d) Semasa melapor diri calon juga dikehendaki membawa


bersama:

i) Lima salinan fotostat bagi setiap dokumen seperti


tersebut di atas dan yang telah disahkan.

ii) Lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan


Butiran Penjamin dan Saksi.

iii) Borang Pemeriksaan Doktor untuk memasuki


Perkhidmatan Kerajaan yang telah disahkan oleh
pegawai perubatan.

4
iv) Gambar berukuran pasport sebanyak 10 keping.

v) Bayaran untuk minggu pendaftaran pelajar sebanyak


RM300.00.

vi) Pakaian dan kasut sukan.

vii) Pakaian formal.

viii) Keperluan asas untuk pembelajaran dan semasa


menginap di asrama.

(e) Sesi interaksi pelajar bermula selepas pendaftaran.

PERINGATAN

Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang
didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum
melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang
memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh
sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan pendaftaran
kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah
memohon untuk mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya.

4. BIDANG KURSUS

Bidang kursus yang akan diikuti merangkumi :

(a) Akademik

i) Mata pelajaran Asas Dinamika Guru


ii) Mata pelajaran Ilmu Pendidikan
iii) Mata pelajaran major dan minor

(b) Gerak Kerja Kokurikulum (kelab/persatuan, unit beruniform,


sukan dan permainan).

(c) Praktikum – Pengalaman latihan mengajar di sekolah.

5. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Sebagai pelajar (murid pendidikan guru) anda:

(a) adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Sistem


Peperiksaan dan Penilaian yang dikuatkuasa mengikut Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550);

(b) mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta


lulus setiap komponen kursus pengajian dan program latihan
yang ditetapkan;
5

(c) layak menduduki peperiksaan jika kehadiran anda 100% bagi


setiap komponen kursus iaitu akademik, praktikum (jika
berkenaan), aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang
dijadualkan oleh IPG. Anda juga mesti lulus semua kerja
kursus;

(d) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian


bagi setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat;

(e) hendaklah mendapat nilai mata gred tidak kurang daripada


2.00 bagi setiap mata pelajaran untuk lulus peperiksaan; dan

(f) akan diberhentikan kursus apabila mendapat purata mata gred


(PMG) 1.50 atau kurang.
6

6. STRUKTUR DAN KOMPONEN


KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
AMBILAN KHAS JUN 2009

KOMPONEN MATA PELAJARAN JUMLAH

(A) PENGAJIAN 1. Bahasa Melayu Komunikasi 1 kredit


ASAS 2. Pengurusan Sumber 2 kredit
3. Tamadun Islam 1 kredit
4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral 1 kredit
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 1 kredit
6. Pendidikan Alam Sekitar 1 kredit
7. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 kredit
8. Pendidikan Jasmani 1 kredit
Jumlah (A) 9 kredit
(B) PENGAJIAN
PROFESIONAL 9. Ilmu Pendidikan 7 kredit
Jumlah (B) 7 kredit
(C ) PENGAJIAN 10. Major 8 kredit
KURIKULUM 11. Minor 1 4 kredit
PERSEKOLAHAN 12. Minor 2 4 kredit
Jumlah (C) 16 kredit
(D) KOKURIKULUM 13. Kokurikulum
• Pengurusan Gerko 1 kredit
• Unit Beruniform 1 kredit
• Sukan 1 kredit
Jumlah (D) 3 kredit
35 kredit
(E) PRAKTIKUM 14. Latihan Amali 12 M
( 6 kredit )

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 41 kredit


(Tertakluk kepada perubahan)
NOTA
1. Program KPLI Sekolah Rendah dikendalikan dalam tempoh 39 minggu yang merangkumi 1 minggu
pengurusan pelajar baru, 24 minggu interaksi kuliah , 12 minggu praktikum, 1 minggu refleksi dan 1
minggu peperiksaan.
2. Program Bina Insan Guru dilaksanakan secara pakej perkhemahan 4 hari, 3 malam termasuk
perjalanan. Masa pelaksanaan perkhemahan ditetapkan oleh institut sendiri.
3. Praktikum dikendalikan dalam 2 fasa. Pelaksanaannya ialah pada Semester 2 selama 12 minggu.
4. Mulai ambilan 2004, Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan di dalam dan di luar bilik kuliah
pada hujung minggu selama satu atau dua minggu.
5. Sebanyak 10 hari diagihkan untuk lawatan pengalaman berasaskan sekolah sebelum praktikum fasa 1.
6. Calon IPTA tempatan dibenarkan pindah kredit Tamadun Islam.
7. Kandungan Pengurusan Sumber merangkumi 3 bidang pembelajaran iaitu Teknologi Maklumat &
Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan.
8. Pengiraan Kredit
• 1 kredit kuliah = 15 jam interaksi
• 1 kredit amali kokurikulum = 45 jam
• 1 kredit praktikum = 2 minggu

7
MATA PELAJARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
AMBILAN KHAS JUN 2009

PENGAJIAN ASAS

1. Bahasa Melayu Komunikasi 5. Pendidikan Alam Sekitar


2. Pengurusan Sumber 6. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3. Tamadun Islam 7. Pendidikan Jasmani
4. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 8. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

PENGAJIAN PROFESIONAL
1. Ilmu Pendidikan
 Psikologi Pendidikan
 Pedagogi
 Profesionalisme Guru

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MAJOR)

1. Bahasa Melayu 10. Kemahiran Hidup


2. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
3. Bahasa Cina 12. Pendidikan Jasmani
4. Bahasa Tamil 13. Pendidikan Moral
5. Bahasa Arab 14. Bimbingan dan Kaunseling
6. Pengajian Islam 15. Pendidikan Khas
7. Matematik 16. Prasekolah
8. Sains 17. Pendidikan Muzik
Bahasa Cina
9. 18. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MINOR)

KUMPULAN BAHASA KUMPULAN AGAMA DAN MORAL


1. Bahasa Inggeris 1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab 2. Pendidikan Al-Quran
3. Bahasa Melayu 3. Pendidikan Moral

KUMPULAN SAINS DAN TEKNOLOGI KUMPULAN SAINS SOSIAL


1. Matematik 1. Kajian Tempatan
2. Sains 2. Pendidikan Seni Visual
3. Kemahiran Hidup 3. Pendidikan Muzik
4. Pendidikan Jasmani 4. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
5. Pendidikan Kesihatan 5. Pendidikan Muzik (Prasekolah)
6. Pendidikan Seni Visual (Prasekolah)

8
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
KOMBINASI MAJOR DAN MINOR
AMBILAN KHAS JUN 2009

MINOR 1 MINOR 2
MAJOR
( pilih satu) ( pilih satu )

Bahasa Melayu Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Agama dan Moral
Bahasa Inggeris • Matematik • Pendidikan Moral
Bahasa Cina • Sains
Bahasa Tamil • Kemahiran Hidup Kumpulan Sains Sosial
Bahasa Cina Sekolah • Kajian Tempatan
• Pendidikan Jasmani
Kebangsaan • Pendidikan Sivik dan
Bahasa Tamil Sekolah • Pendidikan Kesihatan
Kewarganegaraan
Kebangsaan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik

Bahasa Arab Kumpulan Agama dan Moral Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Al-Quran • Pendidikan Islam

Pengajian Islam Kumpulan Agama dan Moral Kumpulan Bahasa


• Pendidikan Al-Quran • Bahasa Arab

Matematik Kumpulan Bahasa Kumpulan Sains dan Teknologi


Sains • Bahasa Inggeris • Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Agama dan Moral


• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial


• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik

Kemahiran Hidup Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Bahasa


• Matematik • Bahasa Melayu
• Sains
• Pendidikan Jasmani Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial


• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik

9
MAJOR MINOR ( pilih satu sahaja)
MAJOR MINOR 1 MINOR 2
Pendidikan Muzik Kumpulan Sains
( pilih dan Teknologi
satu) ( pilih satu )
• Kemahiran Hidup
Pendidikan Jasmani Kumpulan
• Sains dan Teknologi
Pendidikan Jasmani Kumpulan Bahasa
• Pendidikan Kesihatan
• Pendidikan Kesihatan • Bahasa Melayu

Kumpulan Bahasa Kumpulan Agama dan Moral


• Bahasa Melayu • Pendidikan Moral
Kumpulan Agama dan Moral
• Pendididkan Moral Kumpulan Sains Sosial
Kumpulan Sains Sosial • Kajian Tempatan
• Kajian Tempatan • Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual • Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik • Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Bahasa
• Kemahiran Hidup • Bahasa Melayu
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial


• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Muzik
Pendidikan Moral Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Bahasa
• Kemahiran Hidup • Bahasa Melayu
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik

Prasekolah Kumpulan Sains Sosial Kumpulan Sains Sosial


• Pendidikan Seni Visual • Pendidikan Muzik
(Prasekolah) (Prasekolah)
MAJOR MINOR ( pilih satu sahaja)

Bimbingan dan Kumpulan Sains dan Teknologi


Kaunseling • Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Sains Sosial


• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Pendidikan Khas Kemahiran Hidup sahaja ditawarkan

10
(Tertakluk kepada perubahan)

7. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN)


DAN PUSAT BERKURSUS

Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan)


dan pusat berkursus tidak dibenarkan kerana:

(a) tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang dipohon.

(b) penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada


menawarkan pengkhususan tersebut.

(c) kekosongan tempat terdapat di IPG tertentu sahaja.

Oleh yang demikian anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-


baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak kecil
yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin
berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan
menerima tawaran ini.

8. KEHADIRAN

(a) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah


wajib.

(b) Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja


kokurikulum (GERKO) seperti sukan, permainan, unit
beruniform persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat
lulus GERKO juga adalah wajib.

(c) Pelajar wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani.


Penglibatan secara aktif adalah penting dan syarat lulus juga
adalah wajib.

11

9. DISIPLIN DAN PERJANJIAN

Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah mula dilaksanakan
mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas
sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau
lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut :

(a) amaran;

(b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;


(c) digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua
kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang
ditentukan;

(d) digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi


selama tempoh yang ditentukan;

(e) dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan


peperiksaan di institusi;

(f) disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama


tempoh yang ditentukan; dan

(g) dibuang daripada institusi.

10. ELAUN

Anda akan diberi elaun semasa berkursus iaitu RM1,336.71 (tertakluk kepada
perubahan). Bagaimanapun anda dinasihatkan membawa bersama wang
untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu pembayaran
elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya
sebagai pelajar institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan
pemeriksaan doktor dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru).

11. PENGINAPAN

(a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan


semasa berkursus disediakan oleh IPG.

(b) Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan


penginapan yang dikeluarkan oleh pihak IPG sama ada anda
menginap di asrama atau di luar asrama.

12

12. PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi


peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
dan Pengarah Institut berkenaan. Sekiranya melanggar syarat
tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti
kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian
Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan
dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang
yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat
dalam perjanjian.
(b) Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan
maklumat palsu untuk mendapatkan tempat berkursus,
tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan
diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan
ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang
berkhidmat anda akan dipecat dan Diploma anda akan ditarik
balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki
membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang
ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 7
Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan.

13

13. PANDUAN UNTUK MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN


PENDIDIKAN GURU (PPG/KPLI-2005) DAN BUTIRAN PENJAMIN DAN
SAKSI (BPDS-in.1/99)

13.1 Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah membaca dengan


teliti dan memahami kandungan perjanjian berkenaan sebelum
melengkapkan dan menandatanganinya.

(a) Kosongkan ruang di baris pertama dan kedua pada muka


surat 1 dalam Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, iaitu di
dalam ayat yang berbunyi “Perjanjian ini dibuat pada …….…
haribulan ……. tahun ……………

(b) Kosongkan ruang di bahagian akhir muka surat 4 Borang


Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, daripada ayat
“Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh ……
………. hingga baris terakhir.

(c) Ruangan dalam butiran (a) dan (b) di atas akan dilengkapkan
oleh pihak institut berkenaan.

13.2 Anda dikehendaki melengkapkan dengan betul lima helaian


Perjanjian Pendidikan Guru dan lima helaian Butiran Penjamin
Dan Saksi

(a) Sekiranya berlaku sesuatu kesilapan semasa mengisi Perjanjian


Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin Dan Saksi hendaklah
dipotong kesilapan tersebut dengan satu garisan sahaja dan
buat pembetulannya di ruang yang terdekat dengan kesilapan
berkenaan. Setelah itu anda dan penjamin-penjamin anda
hendaklah menandatangani ringkas di ruang kosong yang
bersetentang dengan pembetulan tersebut. Penggunaan
sebarang cecair pemadam untuk tujuan pembetulan adalah tidak
dibenarkan.

(b) Setiap borang ini hendaklah dilengkapkan dengan


menggunakan pen dakwat hitam atau ditaip. Salinan yang
menggunakan karbon tidak diterima.

(c) Nama, nombor kad pengenalan dan alamat bagi semua pihak
yang terlibat dengan perjanjian ini hendaklah dilengkapkan
dengan betul. Nama mereka hendaklah dituliskan seperti
yang tercatat pada kad pengenalan.

(d) Singkatan bagi perkataan tertentu yang telah diterima umum


boleh digunakan untuk menulis alamat bagi pihak yang
berkenaan.

NOTA

Penggunaan perkataan “MURID” bagi menggantikan perkataan “PELAJAR” dalam


Borang Perjanjian adalah mengikut tafsiran Akta Pendidikan 1996.

14

13.3 Penjamin

(a) Anda hendaklah mendapatkan dua orang penjamin. Seorang


sebagai penjamin pertama dan seorang lagi sebagai penjamin
kedua. Kedua-dua penjamin ini hendaklah menandatangani
dan melengkapkan butiran diri mereka di ruang berkenaan
pada semua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran
Penjamin Dan Saksi (BPDS – Pin.1/99).

(b) Syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah :

i) Warganegara Malaysia

ii) Bermastautin di Malaysia

iii) Tidak bankrap atau muflis


iv) PENJAMIN PERTAMA boleh terdiri daripada sama ada
BAPA atau IBU atau PENJAGA (guardian) kepada
pelajar tanpa mengira umur ataupun kedudukan
kewangan. Sekiranya penjamin pertama bukan bapa
atau ibu atau penjaga, penjamin tersebut mestilah
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan
hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak
kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak
lebih daripada 45 tahun.

v) PENJAMIN KEDUA mestilah mempunyai kedudukan


kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah
pendapatannya mestilah tidak kurang daripada
RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada
45 tahun

vi) Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah


dua orang yang berlainan.

vii) Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani di


dalam TULISAN RUMI mereka dibenarkan
menurunkan cap jari.

viii) Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan


borang Butiran Penjamin Dan Saksi (BPDS-Pin1/99)
dan dihantar bersama-sama dengan borang perjanjian.

ix) Penjamin-penjamin diingatkan bahawa mereka adalah


bersama-sama bertanggungjawab dengan murid yang
dijamin terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh
Kerajaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran
syarat.

x) Penjamin-penjamin yang telah bersetuju


menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri dari
menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan
seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian.

15

13.4 Saksi

(a) Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah


menandatangani borang perjanjian berkenaan. Setiap
tandatangan hendaklah dibuat di hadapan saksi. Walau
bagaimanapun seorang saksi boleh menjadi saksi kepada
anda dan kedua-dua penjamin anda dengan syarat ketiga-tiga
tandatangan tersebut dilakukan di hadapan saksi berkenaan.

(b) Saksi kepada anda hendaklah menandatangani Perjanjian


Pendidikan Guru dan melengkapkan butiran dirinya di ruang
berkenaan pada borang tersebut. Hanya saksi kepada
penjamin-penjamin anda dikehendaki melengkapkan
butiran diri dan menandatangani di ruang tertentu pada
kedua-dua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan borang
Butiran Penjamin Dan Saksi. (Sila lihat contoh)

(c) Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah:

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu


jawatan berikut:

 Ahli Dewan Negara

 Ahli Dewan Rakyat

 Ahli Dewan Undangan Negeri

 Jaksa Pendamai

 Penghulu atau Penggawa

 Ketua Kampung

 Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Guru


Besar/Pengetua Sekolah Bantuan Penuh, Guru
Sekolah Kerajaan, Doktor, Pegawai Tadbir atau
Diplomatik, Hakim, Majistret, Yang Dipertua
Mahkamah, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Kerja
dan lain-lain kakitangan kerajaan yang mempunyai
cop rasmi nama Jawatan dan Jabatan.

(iii) Setiap saksi hendaklah menggunakan cop rasmi


jawatan & jabatannya. Penggunaan cop bagi pihak
seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah,
b.p. Pengetua dan sebagainya adalah dilarang.

16

13.5 Cara Melengkapkan Perjanjian Pendidikan Guru (PPG)

Muka surat 1 PPG

NO. PENDAFTARAN INSTITUT ..……………..…..(kosongkan)…………………………

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN ini dibuat pada ……..(kosongkan)…..…… haribulan….…(kosongkan

tahun……………………….(kosongkan)………………………………..( ) ANTARA
……………..(nama penuh Murid)…………….No. K.P………….(No. K.P. Murid)…………….
(Huruf Besar)

yang beralamat di…………….………..(alamat tetap Murid)…………………………………….

……………………………………………………………………………………………………….
Maklumat
Murid, dan yang dilahirkan pada……(tarikh lahir Murid)…….(kemudian daripada ini dipanggil “MURID”)
Penjamin sebagai pihak yang pertama DENGAN Kerajaan Malaysia (Kemudian daripada ini dipanggil
Pertama dan
Penjamin “KERAJAAN”) sebagai pihak yang kedua, DAN……..… (nama penuh Penjamin Pertama)……
(Huruf Besar)
Kedua
diisi No. K.P …...(No. K.P. Penjamin Pertama) …….…. yang beralamat di ………………………….
oleh Murid

………………(alamat tetap Penjamin Pertama) ………………………………………………….

dan dilahirkan pada…(tarikh lahir Penjamin Pertama) DAN…(nama penuh Penjamin


Kedua)… (Huruf Besar)

No.K.P…(No. K.P. Penjamin Kedua)…..yang beralamat di…(alamat tetap Penjamin Kedua)….

……………………………………………………………………………………………………….

dan dilahirkan pada……….……….(tarikh lahir Penjamin Kedua)……………..……..(kemudian

daripada ini dipanggil “PENJAMIN-PENJAMIN”) sebagai pihak yang ketiga adalah

MENYAKSIKAN seperti berikut:

Muka surat 3 PPG

Diisi 9. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Rujukan Nombor
oleh KP(BPG)9115/8/1……( …….. ) bertarikh ……………………. hendaklah dibaca
Murid bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat
percanggahan di antara Surat Tawaran dan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini
hendaklah terpakai.
17

Muka surat 3 & 4 PPG

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah
memahami dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula
tertulis di atas.

MURID

Maklumat Ditandatangani ………………………(Tandatangan Murid)……………………………………..


Murid
oleh ……...……(Nama Penuh Murid dengan Huruf Besar)……………….... MURID tersebut
Dan
di hadapan
Nama Saksi ………….….……(Nama Penuh Saksi denganHuruf Besar)…..……………….……
Maklumat
No. Kad Pengenalan Saksi ….….…………………………………………………………………...
Saksi

Diisi oleh
Murid
Pekerjaan Saksi ……………………………………………………..……………………………….
Alamat Tetap Saksi………………………………………………….……………………………….
……………………………………………………………………….……………………………….

Tandatangan Saksi ……………..………….. ………..Cop Jawatan & Jabatan :

PENJAMIN PERTAMA
Maklumat
Ditandatangani ……………………(Tandatangan Penjamin Pertama)……………………………
Penjamin
Pertama
oleh …………..…(Nama Penjamin Pertama dengan Huruf Besar)………..……. PENJAMIN tersebut

Dan di hadapan
Nama Saksi ………………………(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar)…..………………..
Maklumat
No. Kad Pengenalan Saksi …………………………………………………………………………..
Saksi
Pekerjaan Saksi ……………………………………………………………………………………...
Disi oleh Alamat Tetap Saksi ..………………………………………………………………………………...
Murid …………………………..…………………………………………………………………….……...

Tandatangan Saksi ………………………………….. Cop Jawatan & Jabatan :

PENJAMIN KEDUA
Ditandatangani ……………………(Tandatangan Penjamin Kedua)………………….………….
Maklumat
Penjamin Kedua

oleh ……………(Nama Penjamin Kedua dengan Huruf Besar)…...…….. PENJAMIN tersebut

Dan di hadapan
Nama Saksi ………..…………(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar)………………………
Maklumat
No. Kad Pengenalan Saksi …………………………………………………………………………..
Saksi
Pekerjaan Saksi…………….………………………………………………………………………...
Disi oleh Alamat Tetap Saksi……..……………………………………………………………………………
Murid …………………………………..…………………………………………………………………....

Tandatangan Saksi……………………………………Cop Jawatan & Jabatan :


18

Muka surat 4 PPG

Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh :

………………(kosongkan)……………………………… Cop Jawatan & Jabatan :


(Tandatangan bagi pihak Kerajaan Malaysia)

……………………..(kosongkan)……………………..
(Nama)

Di hadapan

Nama Saksi Kerajaan………………………...(kosongkan)…………………………………………………..


(Huruf Besar)

No. Kad Pengenalan Saksi Kerajaan ………………………(kosongkan)…………………………………..

Pekerjaan Saksi Kerajaan ………………………… (kosongkan)…………………………………………..

Alamat Saksi Kerajaan……………………………(kosongkan)…………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Saksi Kerajaan…………(kosongkan)……………… Cop Jawatan & Jabatan :

19

Salinan untuk BPG

BORANG PENERIMAAN TAWARAN


KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN KHAS JUN 2009

ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut
Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.
…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… …………………………………………………………

……………………………………………… Di Institut ……………………………………………

…………………………………………………………

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN KHAS


JUN 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita


dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam
Surat Tawaran berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh

Salinan untuk Institut

BORANG PENERIMAAN TAWARAN


KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN KHAS JUN 2009

ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut
Perguruan berkenaan.

3. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.
…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… …………………………………………………………

……………………………………………… Di Institut ……………………………………………

…………………………………………………………

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN KHAS


JUN 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita


dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam
Surat Tawaran berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh

Salinan untuk BPG

BORANG PENOLAKAN TAWARAN


KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN KHAS JUN 2009

ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit
Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.
…………………………………………….. No K.P ………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina …………………………………………
Alamat surat menyurat:

……………………………………………. Kursus ditawarkan ……………………………

…………………………………………… …………………………………………………..

……………………………………………… Di Institut ………………………………………

………………………………………………….

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN KHAS


JUN 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita


dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana …………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh

Salinan untuk Institut

BORANG PENOLAKAN TAWARAN


KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN KHAS JUN 2009

ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit
Perguruan berkenaan.

3. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.
…………………………………………….. No K.P ………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina …………………………………………
Alamat surat menyurat:

……………………………………………. Kursus ditawarkan ……………………………

…………………………………………… …………………………………………………..

……………………………………………… Di Institut ………………………………………

………………………………………………….

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN KHAS


JUN 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita


dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana …………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
ARAS 3, BLOK E 13
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88841260
Fax : 03-88841274

Ruj. Kami: KP(BPG)9115/8/2/SJ


Tarikh :

Penguasa Hospital/Pegawai Perubatan


Hospital/Klinik ……………………………
……………………………………………..
……………………………………………..
Tuan/Puan,

PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH


AMBILAN KHAS JUN 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik ……………………………………………………


….. No. Kad Pengenalan ……………………………………….. telah ditawarkan untuk
mengikuti kursus di atas dan akan melaporkan diri pada …………………………………………
……………………. di Institut …………………………………………………………………………
…………………………….

2. Untuk makluman, bidang kursus yang akan diikuti di maktab merangkumi

a) Akademik
b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan,
permainan dan aktiviti luar yang lasak)
c) Praktikum

3. Oleh itu sila buat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-
ray dada dan paru-paru) dan berikan keputusannya seberapa segera yang mungkin dengan
menggunakan Borang Am 402 yang disertakan.

4. Sehubungan ini juga dimaklumkan bahawa segala perbelanjaan pemeriksaan doktor


dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan.

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Bahagian Pendidikan Guru


b.p.Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like