You are on page 1of 9

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

PENGENALAN
Budaya dan pembelajaran merupakan satu subjek yang memberikan pendedahan kepada bakal guru berkenaan pengurusan bilik darjah yang menerapkan elemen budaya. Kursus ini lebih menfokuskan kepada kepelbagaian kaum yang berada di Malaysia yang mana telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu menitikberatkan isu kaum supaya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Dalam tugasan kali ini, isu utama yang perlu dikupaskan adalah ciri-ciri kebudayaan sesuatu kaum dan bagaimana untuk menerapkannya di dalam bilik darjah untuk membentuk satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sebelum memulakan perkaitan diantara ciri-ciri ini, terlebih dahulu kita perlu melihat berkenaan kesedaran kepelbagaian sosiobudaya kerana di dalam tugasan ini kita perlu membanding dua kaum yang ada di Malaysia. Dua kaum yang akan dibandingkan ialah masyarakat India dan juga kaum Kadazandusun, Sabah. Melalui kepelbagaian sosiobudaya ini, barulah ciri-ciri ini dapat kemukakan dan dikupas dengan lebih lanjut. Perkara yang diketengahkan dalam bahagian ini ialah berkenaan dengan bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan, struktur masyarakat dan sebagainya dalam proses mewujudkan intergrasi nasional. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, pelajar akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, berkerjasama dan tolenrasi antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Bukan itu saja, kita juga perlu mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya sebelum kiata dapat menghuraikannya dengan aspek-aspek yang ada dalam aspek sosiobudaya diatas. Dalam proses membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlulah bijak mencari faktor yang akan memotivasikan pelajarnya dalam usaha untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan pelajarnya. Antara aspek yang perlu di fahami oleh guru adalah berkaitan dengan aspek fizikal bilik darjah, aspek emosi oleh kalangan pelajarnya, nialai-niali murni yang ingin diterapkan dan lain-lain. Berdasarkan kepada dua kompem asas diatas, barulah tugasan pada kali ini dapat dijalankan dengan baik setelah kesemuanya difahami dengan baik oleh setiap individu yang menjalankan tugasan budaya dan pembelajaran.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

PENULISAN ESEI
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga merupakan kaum yang telah menyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat dan Negara yang majmuk seperti yang sedia ada kini. Seperti masyarakat lain, kaum India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka yang unik dimana mereka masih lagi mengekalkan tradisi serta kebudayaan itu sehingga zaman millennium ini. Sama seperti masyarakat lain, kaum India terdiri daripada beberapa suku kaum yang lebih kecil namum pada hujah-hujah seterusnya akan diterangkan adat resam masyarakat India ini secara umum bagi memperlihatkan dengan lebih jelas adat resam serta kebudayaan mereka . Manakala masyarakat Sabah dan Sarawak juga merupakan antara populasi yang besar mendiami luar semenanjung Negara kita ini. Adat resam masyarakat Sabah dan Sarawak ini terlalu meluas adatnya dan ianya mempunyai sedikit persamaan dengan beberapa kaum di negara kita ini. Oleh hal yang demikian, perkaitan yang akan diterangkan dalam hujah-hujah yang berikut merupakan perkaitan diantara masyarakat India dengan Masyarakat Sabah dan Sarawak dalam konteks Ilmu Pendidikan itu sendiri iaitu bagaimana untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri keistimewaan budaya oleh kedua-dua kaum ini. Ciri-ciri budaya ini akan diterangkan melalui beberapa aspek yang mana mempunyai perbezaan dan persamaan budaya antara kedua-dua kaum ini. Aspek pertama yang akan dikupas ialah bahasa. Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung. Dalam mewujudkan suatu suasana kelas yang mesra budaya guru perlu mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan alat komunikasi pelajarnya kerana kebanyakkan sekolah adalah tidak rigid kepada satu kaum sahaja. Ada diantara pelajar berbangsa India bersekolah di sekolah kebangsaan dan sebaliknya dimana ada diantara pelajar melayu kini belajar di sekolah kebangsaan jenis tamil atau cina. Sama seperti semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali dalam menggunakan kurikulum yang sama berkenaan sistem persekolah dimana adanya sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan jenis tamil atau cina. Dalam membentuk satu suasana kelas yang yang utuh dan kondusif berlandaskan budaya yang ada, guru perlu memberitahu pelajarnya untuk menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam sesuatu sesi pembelajaran. Hal ini kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa yang menghubungkan sesuatu kaum. Dalam aktiviti pembelajaran koperatif secara heterogenous yang melibatkan pelbagai kaum, pelajar digalakkan untuk tidak menggunakan bahasa ibundanya kerana ini akan menyebabkan salah faham dan sebagainya. Melalui penggunaan bahasa yang selaras

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

dan sama, keadaan persekitaran kelas akan menjadi lebih bermakna dan kondusif kerana pelajar saling memahami apa yang disampaikan antara satu sama lain. Sebagai tambahan adalah tidak salah bagi sesuatu kaum untuk mempelajari bahasa lain kerana sifat bahasa boleh diperkembangkan dan disampaikan kepada yang lain. Kaum India mempunyai tiga bahasa utama iaitu telenggu, tamil dan malayam dan ketiga-tiga bahasa ini boleh dipelajari oleh kaum lain seperti kaum melayu, kadazandusan, cina dan sebagainya apabila mereka mempunyai masa terluang untuk mempelajari bahasa ini dan sebaliknya kepada kaum India mereka turut boleh mempelajari bahasa kaum lain. Manakala bagi masyarakat Sabah seperti kaum Kadazandusun mereka mempunyai empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasanya ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini daripada lenyap beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun. Bagi menjayakan projek rintis ini, Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah telah diperkenalkan untuk memboleh pelajar menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta menghayati dan membanggai bahasa kadazandusun itu sendiri. Jelas disini system pendidikan di sabah masih lagi ingin mengekalkan budaya sesuatu kaum itu dari lupus ditelan dek zaman. Walaupun kurikulum ini telah diperkenalkan, bahasa kebangsaan tetap diutamakan dalam setiap sesi pembelajaran. Melalui pendekatan ini, pelajar yang bukan berbangsa kadazandusun dapat mempelajari bahasa ini dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang melibatkan kaum kadazandusun. Justeru itu, kita dapat melihat bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan satu bilik darjah yang kondusif dari segi emosinya melalui interaksi dan pergaulan sesama pelajar yang berlainan bangsa dan kaum. Secara keseluruhannya, aspek bahasa seperti yang diterangkan diatas merupakan perincian huraian terhadap sosiolinguistik dalam topik pembinaan persekitaran biik darjah yang mesra budaya. Malaysia adalah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa yang mana adalah sangat menarik untuk dikaji dan dipelajari. Dalam konteks Malaysia yang terdiri dariada pelbagai kaum, bahasa melayu merupakan bahasa rasmi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, walaupun bahsa melayu merupakan bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan untuk bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sebarang sekatan. Dalam konteks pembinaan bilik darjah mesra budaya, bahasa merupakan aspek yang penting. Bagi ciri budaya yang kedua, yang mana perlu diketahui oleh seseorang guru dalam mewujudkan satu suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya ialah

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

agama dan kepercayaan. Setiap kaum mempunyai agama dan kepercayaan yang berlainan dimana ajaran dan pegangan hidup juga akan berlainan. Dalam menjamin keharmonian satu bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai bangsa, guru perlu bijak untuk menyelaraskan sesuatu aktiviti dengan agama dan kepercayaan pelajarnya. Kaum India adalah beragama Hindu dimana adanya pegangan agama yang berkaitan dengan tuhan yang satu dan hidupan mulia. Sebagai contoh, sekiranya di dalam sebuah kelas itu terdapat 2 atau 3 orang sahaja pelajar yang berbangsa India, guru tetap perlu menghormati agama mereka dengan menggunakan aktiviti pembelajaran yang tidak bertentangan dengan agama mereka seperti dalam matapelajaran sains, guru tidak boleh menggunakan contoh binatang seperti lembu sebagai haiwan yang boeh dibunuh, dimakan dan sebagainya. Hal ini kerana, lembu merupakan haiwan yang dianggap mulia. Sekiranya di dalam kelas itu juga terdapat pelajar kadazandusun, guru perlu memberitahu kepada pelajar ini bahawa mereka perlu menghormati agama dan kepercayaan kaum India dengan tidak menyebut untuk membunuh dan memakan daging lembu dihadapan pelajar India walaupun pada hakikatnya mereka sangat meminati hidangan daging lembu. Disini kita dapat lihat bahawa kaum kadazandusun turut mempelajari adat dan pegangan agama lain. Selain itu juga, masyarakat India percaya dengan memakai tali dipergelangan tangan akan membawa tuah yang baik maka dengan itu pelajar yang lain perlu menghormati pegangan mereka dengan tidak memaksa pelajar india ini menanggalkan atau memutuskan tali tersebut. Dengan adanya tolenrasi yang baik, ini akan dapat menjaminkan satu suasana bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai tambahan, guru juga boleh menceritakan kebaikan atau nilai yang cuba disampaikan oleh agama itu sendiri kepada para pelajarnya supaya mereka tahu setiap ajaran agama itu ada satu pegangan dan ada unsur tersirat seperti nilai murni yang ingin disampaikan oleh sesuatu agama dan kepercayaan kepada pengikutnya. Maka dengan itu pelajar tidak boleh mempersendakan sebarang agama dan kepercayaan yang ada di Malaysia ini. Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak, seperti yang kita sedia maklum mereka terdahulu mengamalkan kepercayaan animesme yang mana mereka percaya kepada tuhan yang berunsurkan alam sekitar. Perkara tersirat yang kita dapat tafsir melalui ajaran animesme ini ialah mereka dilatih untuk menghargai alam sekitar. Ini merupakan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran ini. Justeru itu, guru perlu mengambil tindakan dengan mengadakan sesi perbincangan dengan pelajarnya berkenaan agama setiap individu di dalam kelas tersebut dan nyatakan apa keistimewaan dan apakah nilai-nilai murni yang tersirat yang cuba diterapkan melalui ajaran agama mereka. Dengan cara ini, guru sekaligus dapat melahirkan pelajar yang berfikir secara higher order thinking. Sebagai tambahan, guru juga boleh mengadakan aktiviti kelas yang melibatkan alam sekitar seperti mengadakan pembelajaran di luar kelas dimana pelajar-pelajar ini diajar untuk menikmati kedamaian alam

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

semulajadi dan belajar dalam persekitaran yang bersih dan tenang. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan pembelajaran matematik di taman matematik, pelajar sains dengan mengkaji tumbuhan-tumbuhan dan hidupan yang ada disekitar sekolah. Dengan adanya cara ini, perkembangan sosioemosi pelajar juga akan lebih berkembang kerana seperti sedia maklum pelajar akan menjadi bosan sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa ada sesuatu perubahan dalam cara pengajaran. Oleh hal demikian guru boleh menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti yang dinyatakan bagi mengembangkan dan mengukuhkan sosioemosi pelajarnya sekaligus mereka lebih terdedah dengan apa yang telah diajar oleh agama masing-masing. Hujah yang ketiga merupakan pembinaan kelas yang mesra budaya

berlandaskan aspek perayaan sesuatu kaum. Setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri. Ini adalah tidak terkecuali bagi kaum India dan juga masyarakat Sabah dan Sarawak dimana bagi kaum India mereka merayakan perayaan Deepavali dan bagi kaum Kadazandusun di Sabah mereka merayakan Pesta Kaamatan. Guru perlu menyediakan persekitaran mesra budaya yang memenuhi peringkat sosioemosi pelajar dengan cara memupuk minat pelajar dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan. Untuk menarik minat murid berlandaskan ciri budaya perayaan, guru boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan nyanyian lagu-lagu bagi setiap perayaan yang ada di Malaysia dan sebagainya. Ini dapat menjadikan murid gembira tanpa mengira lagubangsa apa dan bahasa siapa. Pendekatan ini boleh digunakan oleh guru apabila menjelangnya cuti bagi setiap perayaan yang ada di Malaysia dimana nyanyian lagu boleh diadakan pada hari terakhir sebelum para pelajar bercuti. Murid akan berasa teruja kerana dapat menyanyikan lagu kaum lain. Selain itu juga, guru perlu bijak membahagikan kumpulan supaya pelajar dapat menghayati lagu perayaan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar cina dan pelajar melayu dapat mempelajari lagu perayaan kaum india daripada pelajar india. Sama seperti di Sabah, kaum bajau dan sebagainya boleh mempelajari lagu perayaan bagi Pesta Kaamatan daripada suku kaum Kadazandusun. Berikut merupakan lirik lagu yang dinyanyikan sewaktu pesta kaamatan dilampirkan dibahagian belakang. (Lampiran 1). Sebagai tambahan, dalam aspek perayaan ini, guru boleh meminta murid-murid untuk menyediakan satu folio atau buku skrap berkenaan perayaan masing-masing. Di dalam folio tersebut guru boleh meminta pelajarnya untuk melampirkan makanan-makan sewaktu hari perayaan mereka, lagu-lagu yang melambangkan perayaan kaum masingmasing dan juga adat yang diamalkan pada hari perayaan tersebut seperti bersalaman, menziarahi rumah-rumah ibadat masing-masing seperti kuil, masjid, tokong, gereja dan sebagainya. Setelah kesemua folio dan buku skrap ini siap, guru boleh memaparkannya di

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

bahagian ruang bacaan yang terdapat di dalam kelas. Ini juga merupakan satu faktor yang menunjukkan sebuah kelas itu kondusif dan mesra budaya kerana pelajar daripada pelbagai kaum dapat berkumpul bersama-sama di satu sudut untuk mempelajari adat dan budaya kaum-kaum lain. Ini juga merupakan aspek persekitaran fizikal bilk darjah yang kondusif dimana adanya ruangan untuk berkumpul bagi pelbagai etnik yang terdapat dalam sesebuah kelas. Oleh hal demikian, guru perlu bijak menguruskan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya dimana pemilihan ini memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya, guru boleh mempraktikkan beberapa aktiviti dan langkah-langkah berlandaskan aspek kebudayaan sesuatu kaum. Seperti yang kita tahu, setiap kaum mempunyai kebudayaan tersendiri yang mana boleh dibahagikan kepada kesenian, permainan, perkahwinan dan lain-lain. Seperti yang terkandung dalam pengurusan grafik di atas, adat perkahwinan masyarakat India dan kaum Kadazandusun di Sabah mempunyai ciri-ciri adat yang hampir sama walaupun bukan pada keseluruhannya. Persamaan dalam adat perkahwinan antara dua kaum ini ialah mereka mempunyai adat merisik, ikat janji iaitu bertunang dan majlis perkahwinan. Perbezaan pula ialah kaum india tidak mempunyai amalan seperti meminang namun kaum kadazandusun mempunyai amalan ini. Bagi kaum India adat perkahwinannya terdapat amalan merisik, melihat bakal isteri yang dipanggil pen paarttal, ikat janji yang dipanggil niccayam dan majlis perkahwinan. Bagi kaum kadazandusun pula, merisik dilaksanakan terlebih dahulu, kemudian meminang dengan menghantar cicincin kepada pengantin perempuan, bertunang dan kemudiannya majlis perkahwinan. Dalam proses untuk memperlihatkan adat perkahwinan ini kepada para pelajar di kelas, guru boleh menggunakan tayangan video perkahwinan kedua-dua buah kaum ini kepada para pelajarnya sebagai satu sumber bahan pengajaran yang baik. Setelah itu, guru boleh meminta pelajar yang berbangsa India untuk mengkelasifikasikan adat perkahwinan kaum kadazandusun dan sebaliknya bagi pelajar dari kaum kadazandusun harus mengemukakan adat perkahwinan masyarakat India. Ini bertujuan unuk mempamerkan kepada pelajar keistimewaan budaya kaum lain. Selain itu, jika ada diantara saudara mara mereka berkahwin antara satu sama lain, mereka telah tahu akan adat perkahwinan masing-masing dan ini akan membawa kepada pertembungan budaya antra kedua belah pihak. Lantas ini akan menjadikan sesuatu majlis perkahwinan itu lebih meriah dengan kedua-dua adat perkahwinan diadakan. Selain itu juga, dalam aspek kesenian seperti tarian, komuniti sekolah ataupun pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan tarian antara kelas dan sebagainya. Ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai tarian tradisi dari pelbagai kaum yang mana mencerminkan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

identiti kaum tersebut. Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya antara komuniti sekolah dan pelajarnya yang berbilang kaum, mereka perlu menjalankan aktiviti seperti ini. Sebagai contoh, pelajar kelas 3 mawar majoritinya pelajar dari suku kaum India dan Kadazandusun manakala Cina dan Melayu adalah kumpulan minoriti maka dengan itu tarian tradisi yang boleh di pelajari adalah tarian daripada suku kaum India dan kadazandusun. Pelajar daripada kedua-dua suku kaum ini akan mengajar pelajar yang lain. Ini merupakan langkah yang bijak memperkenalkan kebudayaan kaum lain. Guru pula perlu menjadi koordinator dengan memberi galakan serta bantuan seperti mencari lagu serta video yang sesuai untuk ditontonkan kepada para pelajarnya agar mereka dapat mempelajari dengan baik sesuatu tarian tradisi itu. Tarian bagi kaum India ialah tarian bharata natyam yang mana merupakan tarian klasik, tarian bhangra dan tarian khatak. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Antara tarian tradisi kaum kadazandusun ialah liliput. Menangkuk, mogunatip, mmongigol sumundai, paina, sumaiya sumazau papar, sumazau penampang dan titikas. Setiap tarian ini diiringi Irama sumazau yag perlahan dimana alat-alat pengiring adalah set gong dan gendang. Permainan juga merupakan satu sub aspek bagi kebudayaan sesuatu kaum. Permainan juga boleh dijadikan pemangkin dalam membina persekitaran yang mesra budaya. Melalui permainan, pelajar dapat memperkukuhkan lagi kemahiran interpersonal dan interpersonal mereka. Menurut Vygotsky (1985), kanak-kanak memperkembangkan kemahiran sosial dan peraturan-peraturan sosial melalui kaedah main peranan dalam sesuatu permainan. Selain itu juga, pelajar turut belajar untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu permainan. Sebagai contoh dalam kebudayaan masyarakat India mereka terkenal dengan permainan tradisi iaitu Kavadi. Kavadi pada zaman sekarang telah diiktiraf dalam pertandingan atau sukan yang bertaraf tinggi seperti Sukan Sea da sebagainya. Dalam menjamin kelas yang mesra budaya, guru boleh melibatkan kesemua pelajarnya untuk menyertai permainan ini. Dalam usaha menggalakkan pelajar kaum lain untuk mempelajari permainan ini, guru juga sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kelas yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi melalui semangat kesukanan. Selain itu juga, guru perlulah bijak dalam membuat penilaian sewaktu pelajarnya sedang menjalankan aktiviti. Guru tidak boleh menilai pelajar yang berbangsa lain bagus dan pandai dalam bermain permainan Kavadi ini. Oleh itu guru perlulah adil dalam memberi markah dan sebagainya. Sebagai contoh, guru tidak boleh memarahi pelajar kaum kadazandusun kerana mereka tidak pandai bermain permainan ini sebaliknya guru perlu meminta pelajar India yang lain untuk memberi tunjuk ajar agar mereka lebih cekap.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

Hujah yang terakhir adalah berdasarkan kepada aspek makanan. Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan diri bagi sesuatu kaum. Kaum India dilambangkan dengan makanan yang berempah. Antara makanan tradisi kaum india ialah kari, chapatti, tosai, maruku, dal dan sebagaginya. Bagi kaum kadazandusun pula mereka terkenal dengan makan yang bercirikan alam semulajadi dimana adanya laut dan sungai yang membekalkan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun. Dalam

mengetengahkan makanan ini di dalam sebuah kelas mesra budaya, guru boleh mengadakan jamuan makan bersama ahli kelasnya dengan meminta para pelajarnya untuk menyediakan sajian makanan mengikut tradisi masing-masing. Namun begitu, guru perlu menyatakan aspek-aspek makanan yang berikut seperti makanan yang halal untu kaum melayu, makanan yang tidak berasaskan daging lembu bagi kaum India dan lain-lain untuk memastikan setiap kaum di dalam sebuah kelas dapat menikmati hidangan tersebut. Sebagai contoh, Sup Kinoring Bakas adalah tidak halal maka ianya tidak boleh diketengahkan di dalam kelas kerana ada diantara ahli kelas yang lain merupakan pelajar melayu yang beragama islam. Oleh itu, Sup Manuk Lihing boleh diperkenalkan kerana ianya merupakan masakan sup yang hampir sama dengan masakan melayu. Jelas disini, kita dapat mendidik pelajar kita untuk menghormati adat-adat kaum lain. Selain itu juga, pelajar yang berbilang kaum ini dapat mempelajari budaya daripada kaum lain. Sebagai tambahan, apa yang dipelajari oleh mereka dapat dipraktikkan apabila berada diluar kawasan sekolah dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, apabila tiba musim perayaan kaamatan, pelajar India dan Melayu akan mengunjungi rumah pelajar kadazandusun, maka dengan itu mereka telah tahu bahawa mereka tidak boleh menghidangkan sebarang makanan yang berasaskan daging lembu dan makanan yang tidak halal kepada pelajar ini. Mereka akan menyediakan dua hidangan atau tempat yang berbeza untuk mereka yang boleh makan makanan yang halal dan mereka yang boleh makan makanan yang tidak halal. Perkara ini juga perlu dipraktikkan oleh kesemua kaum di Malaysia untuk menjamin keharmonian antara pelbagai kaum. Seterusnya, ramai pelajar umumnya yang tidak pernah makan sesuatu beralaskan daun pisang namun tidak bagi pelajar yang berbangsa India kerana ini merupakan cara mereka makan secara beramai-ramai pada suatu ketika dahulu. Bagi mengembalikan nostalgia ini, guru boleh membuat satu sesi jamuan bersama ahli kelas yang lain mengikut tradisi makan kaum india ini. Hal ini sekaligus dapat memperkukuhkan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

kemahiran sosial dan intergrasi nasional setiap kaum dalam sesi menjamu selera beralaskan daun pisang yang sama. Aspek makanan merupakan initiatif guru yang berkaitan dengan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok dimana guru menggunakan elemen pemakanan sebagai satu cara untuk menarik minat murid dan sekaligus dalam mewujudkan persekitaran mesra budaya. Asas penting bagi pedagogi yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran mestilah mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dan di sekolah. Seperti aspek pemakanan yang dikemukakan di atas murid dapat membuat perkaitan makanan bagi setiap makanan daripada pelbagai kaum dalam kehidupan harian dimana bukan semua kaum aspek pemakanannya sama dan ianya perlu disesuaikan mengikut kaum. Secara kesimpulannnya, berdasarkan dari perbincangan yang telah dikemukakan terdapat beberapa rumusan yang dapat disimpulkan. Secara keseluruhannya, setiap bnagsa yang terdapat di Malaysia ini mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri dan masih diamalkan. Kita sebagai penduduk yang berbilang kaum di Malaysia perlulah menghormati serta memahami segala kepercayaan yang diamalkan oleh setiap kaum. Upacara majlis seperti perkahwinan, perayaan dan sebagainya yang diadakan oleh setiap kaum secara tidak langsung dapat menyatupadukan esemua kaum yang ada di Malaysia. Dalam konteks pembinaan bilik darjah, guru seharusnya bijak mencari peluang untuk menyatupadukan pelajarnya yang berbilang kaum. Selain itu juga, guru tidak boleh untuk bersikap bias dalam menilai setiap pelajarnya kerana antara mereka latar belakangnya adalah berbeza dari kaum-kaum yang lain.

You might also like