You are on page 1of 9

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES, SOP KHAS MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN GURU MENGAJAR MURID BELAJAR, PEJABAT PELAJARAN

DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

A.

SOP GURU MENGAJAR

Sebelum Masuk ke Kelas 1. 2. 3. Melengkapkan Buku Rekod Mengajar (BRM) menepati SPI Bil. 3/99. Membuat persediaan rapi untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berkesan. Mendahului masa dalam semua tindakan.

Semasa Memasuki dan Melaksanakan P&P di Dalam Kelas 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Membawa bersama-sama BRM dan kelengkapan pengajaran yang bersesuaian. Menjawab salam /ucapan selamat pagi/petang daripada murid. Meninjau sepintas lalu kebersihan kelas. Menyemak kehadiran murid dan memastikan bilangan yang hadir berada di dalam kelas. Jika bilangan murid tidak mencukupi, tindakan sewajarnya tanpa mengabaikan P&P murid perlu diambil . Memulakan P&P setelah semua murid bersedia sepenuhnya (fizikal dan emosi). Memulakan P&P dengan set induksi atau mengemukakan soalan ringkas berdasarkan pelajaran lepas kepada murid yang dipilih secara rawak. Menggunakan masa secara optimum melaksanakan aktiviti P&P. Memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti penerangan dan memberi contoh penyelesaian masalah secukupnya berdasarkan empat elemen penting P&P iaitu hands-on, minds-on, audio dan visual. Tidak membenarkan pelajar meninggalkan kelas tanpa alasan yang kukuh. Berdiri semasa melaksanakan P&P untuk meningkatkan kawalan kelas dan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Mengurangkan aktiviti pelajar menyalin nota. Mengelakkan aktiviti pelajar menyiapkan latihan/kerja rumah di dalam kelas. Merumus kandungan penting pengajaran (berkaitan objektif pengajaran/learning objectives/learning outcomes yang telah ditetapkan) pada 5 - 7 minit terakhir.

14. Melaksanakan refleksi dengan mengemukakan beberapa soalan ringkas bertujuan menguji tahap pemahaman murid berkaitan objektif/ isi penting pembelajaran. Dicadangkan kaedah berikut diamalkan: Tiga hingga lima soalan ringkas berkaitan objektif pembelajaran/isi penting yang disedia guru diedarkan kepada semua murid untuk dijawab (gunakan bahagian kertas A4 untuk seorang murid). Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas disediakan. Murid diarah bertukar kertas dengan rakan sebelah untuk tujuan semakan. Guru memberikan jawapan sebenar dan murid dikehendaki menyemak jawapan rakan masing-masing bagi pihak guru. Guru membuat kiraan berdasarkan angkat tangan untuk mengetahui secara cepat tahap pemahaman keseluruhan pelajar sebagai refleksi. Pelajar membetulkan kesalahan. Pelajar menampal kertas soalan dan jawapan yang telah dibetulkan ke dalam buku catatan sebagai nota penting topik tersebut untuk rujukan. latihan kepada murid dengan bilangan dan tempoh yang

15. Memberikan munasabah.

Selepas Melaksanakan P& P dan Meninggalkan Kelas 1. 2. 3. B. Melakukan muhasabah diri dan membuat catatan tentang tahap kepuasan pelaksanaan P&P dan pencapaian pelajar dalam BRM. Merancang tindakan susulan berdasarkan status pencapaian pelajar dalam aktiviti refleksi. Menyemak hasil kerja dan latihan murid. SOP ADAB BELAJAR MURID

Sebelum Guru Masuk 1. 2. Berada di dalam kelas/bengkel/makmal tepat pada waktu seperti dalam jadual. Peka dengan ketenteraman dan kebersihan/persekitaran kelas.

3. 4. 5. 6.

Sentiasa berniat menuntut ilmu/meningkatkan pengetahuan kerana ALLAH (bagi yang muslim) serta memenuhi harapan besar ibu bapa dan guru. Berkeyakinan tinggi memperoleh dan menguasai pengetahuan baru dalam setiap pembelajaran yang diikuti. Membuat ulangkaji/pembacaan awal topik yang akan diajar guru (rujuk rancangan pengajaran mingguan guru). Berada di tempat duduk masing-masing dan bersedia dengan segala kelengkapan pembelajaran termasuk buku teks dan alat tulis di atas meja.

Semasa Guru Memasuki dan Melaksanakan Aktiviti Pengajaran di Dalam Kelas

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Berhenti bercakap sebaik guru memasuki kelas. Berdiri dan mengucapkan salam/terima kasih apabila guru masuk dan keluar kelas. Berdoa sebelum memulakan pembelajaran. Memberi kerjasama kepada guru dan memberi tumpuan penuh kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Bersedia untuk menjawab soalan awal guru (dalam aktiviti set induksi). Mengangkat tangan/mendapatkan kebenaran terlebih dahulu jika ingin bertanyakan soalan atau berkongsi idea. Duduk dengan tertib sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan mata sentiasa memandang ke arah guru dan telinga sentiasa mendengar percakapan guru. Meminta kebenaran guru jika terpaksa keluar kelas atau melakukan sesuatu. Bersedia menjawab soalan pada akhir pembelajaran.

8. 9.

10. Mendapatkan maklumat segera bahan pengajaran dan soalan latihan daripada rakan sekelas jika tidak hadir dalam pengajaran guru.

Selepas Guru Selesai Melaksanakan Aktiviti Pengajaran

1. 2. 3. 4. 5. C.

Berusaha menyiapkan dan menghantar homework yang diberi dalam tempoh ditetapkan. Melaksanakan muhasabah diri tentang tahap pemahaman diperoleh dalam P&P. Mendapatkan bantuan segera daripada rakan/guru untuk mengatasi masalah ketidakfahaman jika ada. Mengulang kaji dan melaksanakan aktiviti pengukuhan secara kendiri di rumah. Bersedia untuk menghadapi pembelajaran bagi topik seterusnya. SOP PELAKSANAAN AKTIVITI RONDAAN (WAYS) DAN PENYELIAAN MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN GURU MENGAJAR MURID BELAJAR PENGETUA DAN GURU BESAR

Pendahuluan 1. Aktiviti rondaan (WAYS) dan penyeliaan Pengetua/Guru Besar (PGB) merupakan unsur penting memastikan berlakunya perubahan sikap dan amalan mementingkan P&P dalam kalangan guru dan murid di sekolah. Sehubungan itu PGB dengan kerjasama Penolong Kanan perlu melakukan rondaan secara berjadual sekurang-kurangnya dua kali sehari (sebelum dan selepas rehat) untuk tujuan menyokong dan memastikan guru dan murid berada di dalam kelas menjayakan tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar. SOP khas yang disediakan merupakan prosedur minimum yang mesti dipatuhi warga sekolah sebagai alat kawalan menjamin semua guru berada di dalam kelas melaksanakan aktiviti pembelajaran-pengajaran seperti yang dijadualkan. SOP ini dibenar untuk ditambahbaik di peringkat sekolah jika perlu. Penyeliaan pembelajaran-pengajaran menggunakan instrumen SKPM tidak termasuk dalam program ini dan perlu dirancang secara berasingan oleh PGB. Bagi menyokong dan menggalakkan guru untuk mengutamakan aktiviti P&P berkesan di dalam kelas, kerja-kerja sampingan atau beban tugas

2.

3.

4.

perlu dikurangkan. Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah perlu diteroka dan diamalkan. 5. Suasana aman tenteram dengan guru dan murid tekun menjalani aktiviti pembelajaran-pengajaran di dalam kelas merupakan KPI utama menilai keberkesanan pengurusan PGB dan penentuan ranking sekolah daerah LMS 2012. Mematuhi arahan mengawal pergerakan keluar guru dengan memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada hari bekerja guru digunakan untuk menjayakan P&P dan aktiviti-aktiviti pendidikan yang lain di sekolah. Mematuhi arahan PGB mesti berada di sekolah sekurang-kurangnya 70% daripada hari bekerja rasmi untuk mengetuai dan memimpin kecemerlangan sekolah. Memastikan kelas ganti diurus secara berkesan dengan aktiviti P&P berjalan seperti biasa. Kerjasama ketua panitia menguruskan jual beli waktu dalam kalangan ahli dan penggunaan bilik khas dengan kerjasama guru jadual waktu bagi pelaksanaan kelas cantum boleh difikirkan. Pemantauan berulang oleh penghulu sekolah menjadi sumber maklumat utama Pegawai Pelajaran Daerah merancang dan melaksanakan tindak ikut seterusnya.

6.

7.

8.

9.

Panduan Pelaksanaan Sebelum Melaksanakan Rondaan (WAYS) 1. 2. Memahami, menguasai dan menghayati sepenuhnya SOP Adab Belajar Murid dan SOP Pengajaran Guru. Memastikan maklumat dan objektif penggunaan SOP Khas difahami dengan jelas oleh pelajar dan guru terlibat. Penerangan kepada guru perlu disampaikan sendiri oleh Pengetua manakala penerangan kepada murid boleh dibantu kaunselor dan guru kelas masing-masing. Memilih mana-mana kelas untuk diselia selepas rondaan penuh telah dilaksanakan.

3.

Semasa Penyeliaan Pematuhan SOP 1. Membuat pemerhatian dan catatan ringkas status pematuhan guru dan murid terhadap SOP Khas masing-masing.

2. 3.

Menyemak status ketepatan tajuk semasa P&P berbanding perancangan tahunan dan mingguan guru. Menyemak secara rawak buku latihan dan buku nota pelajar untuk mengetahui status: Pematuhan bilangan latihan minima ditetapkan sekolah/Panitia Mata pelajaran. Kualiti penyemakan hasil kerja bertulis murid. Kualiti dan kadar nota penting diberi guru. Membuat pemerhatian menyeluruh merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan guru dalam pelaksanaan P&P. Memberi bimbingan dan pujian/teguran secara berulang kepada guru dan murid kelas yang berjaya/gagal melaksanakan tuntutan Guru Mengajar Murid Belajar.

4. 5.

Selepas Aktiviti Rondaan dan Penyeliaan PGB dan Penolong Kanan perlu menyediakan rumusan secara bertulis perkaraperkara berikut: 1. 2. Bilangan kelas yang tiada berlaku P&P sewaktu rondaan oleh PK dan PGB (statistik harian). Bilangan kelas yang mematuhi sepenuhnya SOP Guru Mengajar dan Adab Belajar atau bilangan kelas yang berlakunya pembelajaranpengajaran berkesan statistik mingguan. Bilangan guru yang gagal melaksanakan pengajaran berkesan dan tidak mematuhi sebahagian besar SOP ditetapkan (statistik mingguan). Bilangan kelas yang tidak mematuhi sebahagian besar SOP Adab Belajar dan bermasalah disiplin (statistik mingguan). Pengetua/Guru Besar bersama-sama Kaunselor dan guru kelas mengadakan perjumpaan mengatasi masalah berbangkit ketidakpatuhan SOP Adab Belajar bagi kelas yang bermasalah disiplin (perjumpaan mingguan). Pengetua/Guru Besar bersama-sama Penolong Kanan mengadakan perjumpaan, teguran dan nasihat kepada guru yang gagal mematuhi SOP

3. 4. 5.

6.

Guru Mengajar dan gagal (perjumpaan mingguan). 7.

melaksanakan

pengajaran

berkesan

Pengetua/Guru Besar mengadakan perbincangan khas bersama-sama ketua bidang/ketua panitia dan kaunselor bagi mengatasi sebarang masalah guru dan murid dalam menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar.

D. 1.

SOP PENGHULU/PEGAWAI PPD MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN - GURU MENGAJAR MURID BELAJAR Melaksanakan tugas yang sama seperti dalam senarai tugas Pengetua/Guru Besar menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar. Meneliti semua rekod/statistik status pelaksanaan dan pematuhan SOP Khas bagi menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar. Membuat rumusan berdasarkan fakta, data dan pemerhatian tahap pelaksanaan menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar dan memberikan ranking (bintang) kepada sekolah pada setiap bulan untuk tujuan pemantauan peningkatan prestasi kecemerlangan pelaksanaan program oleh sekolah angkat masingmasing. Memberi nasihat dan panduan bagi meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah angkat masing-masing. Melapor dan memaklumkan status pematuhan SOP dan segala permasalahan dihadapi sekolah angkat dalam contact time pada setiap hari Jumaat untuk dibincang dan diambil tindakan bersama. ETIKA GURU Menghayati sepenuhnya etika profesion keguruan. Mempunyai jati diri dan berintegriti tinggi.

2.

3.

4. 5.

E. 1. 2.

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

Berusaha menjadi guru cemerlang untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam aspek kualiti, kuantiti dan gred purata mata pelajaran di ajar dari semasa ke semasa. Menyayangi murid dan sekolah serta berusaha meningkatkan imej dan pencapaian organisasi. Bekerjasama penuh dengan pentadbir dan guru sebagai satu pasukan. Berusaha meningkatkan sistem penyampaian (kaedah menyampaikan ilmu kepada murid). Melaksanakan tugas dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan tanggungjawab. Mendahulukan kepentingan murid dan sekolah. Tidak boleh menggunakan kedudukan profesionalisme untuk memperoleh keuntungan peribadi. Menjadi suri teladan (role model) kepada murid dalam semua perkara termasuk sikap dan perwatakan untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. Berpakaian kemas, berkomitmen tinggi dan sentiasa ceria. Menjadi motivator, fasilitator dan sumber ilmu pengetahuan kepada semua murid. Mendahulukan tugas hakiki menjayakan aktiviti pengajaran berkesan dalam sebarang masa dan keadaan. Menjadi sandaran murid untuk menempa kejayaan. Mengajar dengan persediaan yang terbaik. Berusaha menguasai dan mengamalkan pedagogi terkini untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Menyediakan Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian dengan sempurna. Menguasai sepenuhnya knowledge content subjek diajar. Menyediakan latihan yang berperingkat dan bermanfaat. Memastikan semua latihan diberi dapat disiapkan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Menyemak, menilai, membuat pembetulan dan memberi ulasan kepada hasil kerja dan latihan murid. Berusaha untuk meningkatkan kawalan kelas semasa P&P. Memaklumkan lebih awal ketidakhadiran ke sekolah kepada Penolong Kanan dan Panitia untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Merancang dan melaksanakan team teaching. Berusaha melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah (kontekstual) 2 kali setahun. Menghabiskan sukatan pelajaran dan menepati perancangan serta menyerahkan pelajar dalam prestasi yang terbaik kepada guru yang seterusnya. Memenuhi sepenuhnya course of study (masa pengajaran) ditetapkan. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.

28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37.

Mengajar dengan persediaan rapi menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai. Menyediakan perancangan tahunan, mingguan dan harian dengan sempurna dengan mengambil kira keupayaan pelajar. Menguasai sepenuhnya knowledge content subjek diajar. Berusaha mempelbagai pendekatan pengajaran melaluiaktiviti pengkayaan, pengukuhan dan pemulihan kepada semua murid. Menyemak, menilai, membuat pembetulan dan memberi ulasan kepada hasil kerja dan latihan murid. Berkeupayaan tinggi melaksanakan kawalan kelas semasa P&P. Mengganti waktu tertunggak dengan kadar segera. Mengamalkan pengajaran masteri (ajar sampai dapat) untuk mengelakkan sindrom kelemahan terkumpul (academic cumulative deficiency syndrom). Meletakkan harapan tinggi kepada pelajar supaya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Etika Murid 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Memuliakan dan menghormati ibu bapa dan guru. Memahami tujuan menuntut ilmu. Mempunyai keazaman dan keyakinan tinggi untuk berjaya dalam menuntut ilmu. Menghindarkan diri daripada segala sifat negatif dalam menuntut ilmu. Memberi tumpuan dan fokus dalam pelajaran. Tidak sombong terhadap ilmu dan menjauhi tindakan tidak terpuji terhadap guru. Bahkan, menurut Al-Ghazali seorang murid haruslah menyerahkan segala urusannya kepada guru. Menjaga diri daripada terpengaruh dengan budaya negatif. Menjaga harta benda sekolah. Menuntut ilmu bermula dari aras rendah ke aras tinggi. Menjaga pemakanan dan meninggalkan sebarang unsur subahah.

You might also like