You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA PENGISIAN BAGI KEKOSONGAN DI NEGERI SARAWAK

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

1.

Jawatan/Kumpulan/Skim Perkhidmatan (a) (b) (c) (d) Jawatan Kementerian/Jabatan Kumpulan Perkhidmatan Klasifikasi Perkhidmatan : : : : Pemandu Kenderaan Gred R3 Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia Sokongan Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/ Tidak Mahir Lesen D Lesen E/E1/E2 Lesen F/H Lesen G/I P1 RM 884.90 P1 RM 931.05 P1 RM 977.20 P1 RM1023.35

2.

Jadual Gaji Gred R3

3.

Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:(a) (b) (c) Warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (i) (ii) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan ialah pada Gred R3:

(iii)

Lesen D Lesen E/E1/E2 Lesen F/H Lesen G/I

P1 RM884.90 P1 RM931.05 P1 RM977.20 P1 RM1023.35

(d)

Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

4.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(a) (b) Mempunyai kelayakan di perenggan 3(c) (ii) dan (iii) di atas; dan Berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.

5. 6.

Taraf Jawatan

Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7.

Fungsi Bidang Tugas Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih serta baik, memandu kenderaan dalam keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan kepada pegawai penjaga.

8.

Cara Memohon (a) (b) (c) (d) Pemohonan hendaklah dibuat secara online melalui sistem ejawatan di laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temu duga dan akan dimaklum melalui surat. Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

9.

Tarikh Akhir Permohonan : 3 Jun 2013

You might also like