You are on page 1of 14

PERANAN DAN PENGARUH NILAI (VALUES) AGAMA DALAM

PEMBENTUKKAN SEBUAH MASYARAKAT KONTEMPORARI


DARI PERSPEKTIF SAINS POLITIK

Oleh Mohd Roslan bin Mohd Saludin


Fellow, Pusat Syariah, Undang-Undang & Sains Politik
Institut Kefahaman Islam Malaysia

PENGENALAN

Apabila kita membincangkan nilai dalam kerangka topik perbincangan pada hari
ini, kita sebenarnya berhadapan dengan satu situasi di mana setiap seorang
daripada kita mungkin mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap nilai;
yang dihubungkaitkan dengan sains politik dan pembentukan masyarakat.
Sesungguhnya perbezaan persepsi itu membolehkan kita memberikan dimensi
baru kepada nilai yang kita pegang dan melaraskan (realigned) dengan
keperluan hidup bermasyarakat pada hari ini.

Pertama sekali, persoalan yang harus kita rungkaikan ialah apa yang kita
maksudkan dengan nilai? Apakah nilai yang baik dan apakah yang tidak baik
dalam membentuk masyarakat. Apakah nilai yang boleh diterima dan tidak
boleh diterima. Apakah ada ideology atau fahaman mahupun doktrin politik yang
mampu menguasai intrepretasi nilai dalam pembentukan masyarakat?
Mampukah sains atau doktrin agama bersikap neutral dalam pembentukan nilai
dari perspektif sains politik? Dan akhir sekali saya akan cuba menjelaskan
bentuk masyarakat yang bagaimana harus kita bentuk berdasarkan kepada
persekitaran yang ada pada kita hari ini dalam konteks pembentukan Masyarakat
di Malaysia.

Sukarnya Mendefinasikan Nilai

Pada umumnya ramai daripada kita bersikap berhati-hati bagi mengelak


mendefinisikan nilai bagi mengelak objektif saintifik atau untuk bersikap
menghormati pegangan nilai yang berbeza dalam kerangaka masyarakat yang

1
majmuk, berbilang bangsa, budaya dan berbilang agama. Masyarakat pada hari
ini seolah-olah hilang pendirian kepada nilai ekoran daripada tergugatnya
pengaruh agama dalam sistem politik dan pemerintahan justeru mempengaruhi
pembentukan nilai pegangan masyarakat keseluruhannya. Sikap pasif kepada
nilai juga dikaitkan dengan relatifnya nilai kepada bidang-bidang yang tertentu
seperti sains, kesenian (arts), budaya sejagat dan andaian bahawa nilai-nilai
yang tertentu pernah menjadi amalan-amalan budaya gemilang tammadun
terdahulu.

Disebabkan oleh itu, ramai daripada kita menerima pendedahan aurat yang
melampau dalam seni ukiran Greek semata-mata atas dasar keagungan seni
Greek yang pernah menjadi peneraju budaya dunia pada satu ketika. Begitu
juga, pada satu ketika, dan barangkalai sehingga kini apabila berhadapan
dengan “Miss World Pageant” yang jelas memaparkan elemen eksploitasi tubuh
badan wanita secara melampau, masyarakat masih bersikap pasif terhadap nilai
pegangan mereka dan menerimanya atas alas an sebahagian besar daripada
dunia moden menerimanya. Banyak lagi contoh-contoh yang lain dalam dunia
hari ini yang didokong oleh gergasi media antarabangsa khususnya Barat yang
menonjolkan nilai-nilai yang negative dalam, filem, majalan, iklan dan lain-lain.

Disebabkan oleh itu, kita menerima siri televisyen “Frends” dan “Baywatch”
dalam keselesaan ruang tontonan TV kita di rumah-rumah, mendedahkan
generasi kita kepada nilai yang jelas bertentangan dengan nilai yang seharusnya
kita pegang. Kita barangkali merungut di dalam hati tetapi kita tidak dengan
tegas menolaknya sebagai pengaruh yang boleh membentuk nilai generasi kita
di masa-masa hadapan.

Lambakkan hiburan yang melampau dalam masyarakat kita terima dengan


tentangan pasif, sedangkan banyak lagi perkara yang seharusnya ditumpukan
oleh masyarakat sebagai syarat mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Nilai
pasif yang terbentuk dalam masyarakat kita pada hari ini adalah sesuatu yang

2
sepatutnya kita hadapi dan perbaiki supaya kita dapat mengelak daripada terus
menjadi masyarakat “consumer”. Kita mudah memahami keburukan jika Cuma
menjadi “consumer” dalam bidang ekonomi, tetapi tidak ramai di antara kita
mempedulikan ancaman menjadi “consumer” kepada satu sistem nilai yang
bertentangan dengan nilai yang kita warisi melalui pegangan agama kita masing-
masing.

Nilai yang kita terima atau kita terikat untuk menerimanya atau menolaknya
dalam keadaan kita redha sebenarnya adalah merupakan elemen yang penting
dalam proses membuat keputusan oleh seseorang individu, justeru membentuk
keputusan masyarakat.

Nilai adalah natijah yang mengikat persepsi individu dan pendirian yang
menjelaskan motif dan tindakannya dalam interaksinya sesame manusia dengan
persekitaran. Begitu juga halnya jika kita melihatnya dari perspektif sains social
dan sains politik. Sebagaimana ia penting bagi memahami tindakan individu,
amatlah penting juga kita memahami peranan dan pengaruh nilai dalam
membentuk masyarakat.

MAKSUD NILAI SECARA UMUM

Untuk bertindak adil kepada peserta-peserta seminar, saya tidak mahu


menjuruskan pembentangan saya kepada penghuraian nilai secara falsafah atau
terlalu bersifat akademik. Yang penting adalah supaya kita semua faham
bahawa nilai terbit daripada dalam diri seseorang atau kumpulan orang untuk
menarafkan sesuatu keadaan dalam skala baik hingga buruk. Ia biasanya
dikaitkan dengan harga dan tahap kesanggupan seorang untuk memperolehi
atau menerima sesuatu sebagai pertukaran. Bagi seorang pakar ekonomi, nilai
diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit atau kesanggupan untuk membayar.
Bagi seorang pengkaji social pula ianya dikaitkan dengan etika (ethics) dan
moral yang memberi justifikasi dan keputusan kepada penerimaan atau

3
penolakkan sesuatu phenomena social. Sepertimana ia mendorong
tindakbalasnya kepada persekitaran, nilai yang dimiliki seseorang itu akan
bergabung dengan nilai-nilai individu lain untuk membentuk nilai komuni tinya,
masyarakatnya seterusnya.

Dalam satu keadaan yang lain, sesetengah pihak mendakwa bahawa nilai terbit
daripada penyesuaian diri seseorang kepada keadaan semasa bagi menentukan
kelangsungan hidup (survival), menguruangkan konflik dan memaximumkan
manfaat semasa yang bakal diperolehi baik dari segi material mahupun
kepuasan peribadi. Justeru itu nilai, bagi sesetengah pihak, sering dikaitkan
dengan kepentingan individu, kumpulannya atau masyarakatnya tanpa kaitan
dengan agama mahupun kesejagatan nilai.

Oleh yang demikian itu, bagi kebanyakkan orang Amerika dan sekutu mereka di
Barat, nilai yang wujud dalam masyarakatnya membenar dan menyokong
tindakan tidak berperi kemanusiaan serangan ke atas masyarakat Islam di Iraq,
Afghanaistan dan Palestine, sedang nilai yang dipegang oleh rakyat Malaysia,
umat Islam dan sesetengah masyaraat lain di dunia menentangnya. Bagi yang
menyokong, nilai yang dipegang adalah kelangsungan hidup atau (survival)
melawan ancaman pengganas sementara yang tidak bersetuju dengan tindakan
AS itu berpegang kepada nilai kemanusiaan mereka sendiri yang melihat
bahawa tiada ancaman kepada “survival” mereka.

Kerana sifat nilai tidak sepertimana fakta yang boleh mudah dimanipulasi
dan diuji menetapkan teori dan formulanya secara tepat dan menurut
pendekatan saintifik, sehingga kini persoalan sama ada ianya wujud
mempengaruhi tindak tanduk manusia secara objektif dan boleh diuji (validated)
masih belum tercapai dan masih kekal sebagai hypothesis yang masih sukar
untuk disahkan dan sering menjadi bahan perbahasan.

4
Mengapa Nilai Penting Dalam Membentuk Masyarakat?

Nilai penting dan merupakan elemen utama dalam memahami dan membuat
justifakasi kepada tindak balas manusia. Berbanding, dengan fakta fizikal yang
ada, nilai merupakan cerminan dalaman (intrinsic) manusia kepada reaksi dan
pendirian yang diambil dalam sesuatu perkara.

Tidak hairanlah kalau kita mudah memahami kenapa seseorang yang kaya raya
sanggup menerima atau memberi rasuah sedangkan “fakta” menunjukkan
bahawa beliau bukan seorang yang terdesak mahupun miskin untuk berbuat
demikian. Hakikat bahawa pegangan nilainya goyah dan dipengaruhi oleh
ketamakkan dan terlalu materialistic untuk memperolehi sesuatu. Pegangan
nilainya telah dipengaruhi oleh unsure kerakusan semata-mata dan
membelakangkan nilai kemanusiaan sejagat yang tidak dapat menerima tamak
dan rakus sebagai nilai yang baik.

Nilai Dari Perspektif Sains Politik

Sebenarnya politik itu sendiri terbit daripada amalan nilai atau (values in action)
yang digabungkan dengan kekuasaan, perlaksanaan dasar, sumber dan
pentadbiran masyarakat. Gabungan ini membawa kepada wujudnya
penguasaan atau keadaan dimana nilai yang dipegang oleh seseorang atau satu
kumpulan orang digunakan dalam sesebuah pentadbiran atau pemerintahan.

Politik pula, secara yang difahami sarjana, perkataan “polis” berasal dari
perkataan Greek yang membawa maksud “state” atau Negara. Konsep Negara
ideal ini terbit daripada penulisan Plato dan Aristotle. Mengikut fahaman Plato,
dalam tulisannya “the Republic” memperincikan Negara yang ideal yang
ditegakkan untuk kesejahteraan masyarakat. Falsafah politik Aristotle dan Plato
berasaskan kepada persekitaran mereka yang wujud pada waktu itu yang
mendorong mereka menghasilkan falsafah berkaitan politik yang dikenali dan

5
dipegang hari ini. Dalam tulisannya “the Politics” Aristotle menyatakan bahawa
manusia adalah “political animal” secara semula jadinya dan dengan itu
seharusnya mempengaruhi destinasi bagi mewujudkan suasana yang sesuai
bagi mereka. Menurut fahaman ini, politik adalah kaedah menguruskan manusia
bagi menghindari masyarakat daripada terjerumus dalam kancah kecelaruan dan
konflik sesama mereka.

Pembentangan ini bukanlah bertujuan untuk menyanggah atau menyokong


pandangan dan falsafah nilai Aristotle dan Plato mengenai politik, tetapi sekadar
mengimbau pandangan dan kewujudan politik kontemporari yang berasal
daripada falsafah unjuran mereka dan mengaitkannya dengan pengaruh nilai
dalam elemen penting yang dikenal pasti dalam pembentukan masyarakat
bernegara iaitu “manusia”.

Sepertimana ianya penting dalam membentuk pandangan seseorang individu


berhubung sesuatu perkara dan mendorong tindak balasnya kepada
persekitaran, nilai yang dimiliki seseorang itu akan bergabung dengan nilai-nilai
individu lain untuk membentuk nilai komunitinya dan akhirnya terbentuk
masyarakat dalam sebuah Negara.

Apa pula pengaruh nilai agama dalam pembentukan masyarakat?

Fenomena agama adalah fenomena universal manusia. Hampir semua


masyarakat yang bertamadun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan
atau pernah melalui proses orientasi agama dalam sejarah pembentukan dan
pengembangan peradaban masing.

Walaupun evolusi social telah mengubah orentasi dan pegangan kepada agama,
yang mengakibatkan pemisahan agama dari pemerintahan yang berlaku dalam
sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu, namun ia tidak sama
sekali menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai

6
dalam sebuah masyarakat sehingga kini. Walaupun wujud pemikiran sekular di
Barat, nilai-nilai agama masih terus bertahan dan berperanan dalam
pembentukan masyarakat.

Sekali lagi, ditegaskan pembentangan ini bukanlah bertujuan untuk menyanggah


atau menyokong mana-mana agama tetapi sekadar mahu menyerlahkan
peranan agama dalam pembentukan masyarakat baik di Barat mahupun di Timur.

Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama dalam membentuk nilai dalam
masyarakat, maka kajian tentang masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat
agama sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai
masyarakatnya sekaligus Negara yang dihuninya. Seringkali kajian dan
penyelidikan tentang politik, ekonomi dan perubahan social dalam suatu
masyarakat yang mengenepikan peradaban agama sebagia salah satu faktor
determinan tidak dapat meggambarkan realiti social lantas pincang dalam
mengemukakan gambaran mahupun penyelesaian yang lengkap.

Pengaruh dan Peranan Nilai agama Islam dalam politik di Malaysia

Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada Tauhid dan bersendikan kepada
Aqidah. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan
kepada ajaran dan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Oleh
kerana sebahagian besar penduduk Negara ini beragama Islam, maka sudah
tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk
masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini.

Sejarah telah mencatatkan bahawa sejak mempunyai kerajaan, penduduk di


tanah Melayu adalah beragama Islam. Undang-Undang kanun Melaka yang
wujud dalam pemerintahan kesultanan Melaka jelas dipengaruhi oleh nilai
pegangan Islam yang wujud dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

7
Kedatangan penjajah Barat yang menakluki Tanah Melayu walaupun telah
mengubah struktur politik Negara ini pada waktu itu, namun sehingga kepada
penjajahan British, pengaruh dan nilai Islam tidak pernah terpinggir sepenuhnya
dalam pembentukan system masyarakat yang membentuk struktur pemerintahan
penjajah pada waktu itu. Kuasa-kuasa tertentu khususnya yang melibatikan
adapt resam dan amalan agama Islam terus diberikan kepada Raja-Raja yang
mereka iktiraf.

Begitu juga dengan keadaannya apabila kemerdekaan dirundingkan dengan


pihak British sebelum Negara memperolehi kemerdekaan. Islam tetap menjadi
keutamaan dalam membentuk keputusan masyarakat Islam dan ianya diiktiraf
oleh British. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila pemimpin-pemimpin Islam
yang memperjuangkan kemerdekaat tetap dengan pendirian untuk
memaktubkan dalam perlembagaan Negara yang dicadangkan supaya Islam
menjadi agama rasmi Negara.

Hal ini juga dipersetujui oleh kaum-kaum lain yang mahu turut menjadi anggota
kepada Negara baru “Malaysia” yang merdeka. Melalui persetujuan
kesepakatan dan kompromi yang dicapai oleh komponen-komponen masyarakat
yang ada pada waktu itu untuk menerima peruntukan perlembagaan yang
dicadangkan bagi mengelakkan sebarang konflik yang mungkin timbul jika kata
sepakat tidak dicapai. Sebagai kompromi kepada persetujuan yang dicapai, hak
kewarganegaraan diberikan kepada pendatang dari Cina dan India disamping
dimaktubkan juga kebebasan mereka untuk terus mengamalkan agama mereka
masing-masing dalam ruang lingkup perundangan yang ada.

Jelaslah kepada kita bahawa peranan nilai agama dalam pembentukan


masyarakat adalah sesuatu perkara yang tidak asing kepada pembentukan
masyarakat di Malaysia. Mereka-mereka yang mendakwa sedemikian itu adalah
buta sejarah atau mahu menafikan fakta yang terbentang.

8
Nilai Agama yang bagaimana membentuk masyarakat di Malaysia?

Mengambil kira masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia, tentulah


gabungan nilai-nilai yang dapat diterima semua menjadi pilihan yang ideal bagi
digunakan untuk membentuk masyarakatnya. Oleh kerana orang Islam menjadi
majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan sudah tentulah dikaitkan
dengan pegangan agamanya walaupun pada hakikatnya nilai tersebut
merupakan nilai sejagat yang wujud dalam semua ajaran agama lain.

Islam memerintahkan pemerintah yang adil supaya memelihara keselamatan


dan kesejahteraan orang-orang bukan Islam selagi mereka itu tidak memerangi
atau memusuhi umat Islam. Inilah nilai agama Islam yang dipegang oleh
kepimpinan kita pada hari ini.

Pengenalan kepada system ekonomi alternative yang “compatible” dengan nilai


Islam diperkenalkan. Prinsip-prinsip dan amalan nilai Islam yang sebanar,
diterapkan dalam pentadbiran. Pembenterasan rasuah, membasmi kemiskinan,
mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat
yang berintegriti, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu
pengetahuan merepakan contoh-contoh nilai Islam yang dipraktikan.

Tidak hairanlah, apabila diterapkan nilai-nilai Islam di dalam masyarakat di


Malaysia pada awal tahun 80 an sehingga kini tiada penentangan atua bantahan
dari mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Semua lapisan masyarakat
menerimanya dengan keterbukaan hati dan minta.

Bagi rakyat Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin didalam


perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman
kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan
masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi, dalam ertikata lain yang

9
harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Rakyat Malaysia percaya
bahawa kita tidak mampu hidup dalam sebuah Negara yang berpegang kepada
nilai yang berbeza jauh daripada pegangan majoriti rakyatnya lantas menerima
nilai-nilai yang diperkenalkan.

Kepentingan nila agama dalam mewujudkan keharmonian di Malaysia

Meskipun bukan Islam merupakan minoriti dalam masyarakat Malaysia pada hari
ini tidak semestinya nilai agama mereka tidak mempengaruhi bentuk masyarakat
yang ada di Malaysia. Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam
perlembagaan Negara memberikan mereka kebebasan untuk mengamalkan nilai
yang diajarkan agama masing-masing. Kebebasan ini telah mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan.
Keharmonian ini seharusnya dipelihara, dipupuk sepanjang masa dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sebagai sebuah Negara yang komposisi
masyarakatnya berbilang kaum agama dan budaya, Malaysia mempunyai rekod
yang cemerlang dalam hal ini.

Banyak contoh-contoh Negara majmuk lain di dunia menghadapi masalah besar


dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama lantas gagal
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin
kebebasan bergama akan gagal mewujudkan keharmonian.

Semua agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan


sesame manusia. Islam, sebagai agama “yang mensejahterakan” atau “agama
keamana n” sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia
meskipun anutan agam mereka berbeza daripada Islam.

Walaupun begitu, dalam hal memelihara keharmonian agama ini masyarakat


bukan Islam dan Islam berperanan yang sama penting. Tuntutan-tuntutan
mereka haruslah manasabah dan rasional untuk mengelakkan pertembungan

10
yang merugikan semua pihak. Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan
terlalu mementingkan diri seharusnya dibatasi dengan kewarasan dan
rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.

Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dan
musyuwarah dalam menyelesaikan sebarang masalah. Memilih jalan
pemberontakan, melakukan keganasan dan bertindak diluar batas-batas
kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan sama sekali bagi
menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan Negara.

Kegagalah masyarakat dalam mewujudkan keharmonian telah mewujudkan


konflik yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Pada hari ini,
banyak contoh-contoh yang terdapat di hadapan kita dimana nilai-nilai
keagamaan diketepikan demi memenuhi agenda politik dan kekuasaan semata-
mata.

Melihat kepada contoh-contoh yang ada di hadapan kita, semua agama, Islam,
Buddha, Hindu dan Kristian mengalami keadaan dimana ianya dihere t dalam
kancah konflik sedangkan semua agama ini menyeru kepada kedamaian dan
kerukunan hidup sesame manusia. Keadaan ini berlaku kerana opportunist yang
melampau atau extreme dalam sesebuah masyarakat ini akan mengambil
kesempatan daripada sesuatu yang amat sensitive kepada manusia iaitu nilai
agama mereka bagi mencetuskan kekecohan demi sesuatu kepentingan yang
tersembunyi. Agenda mereka mungkin penguasaan politik atua pemerintahan,
ekonomi atau kawasan (territorial).

Ancaman kepada Nilai Agama di Mala ysia

Tiga perkara yang sentitif kepada manusia, kaum keluarganya termasuk bangsa
dan bahasanya, hartanya termasuk wilayah dan Negara, dan nilai agama
pegangannya. Anasir-anasir yang mahu menggugat kestabilan dan

11
meruntuhkan sesuatu institusi akan mencari kelemahan dalam tiga perkara ini
untuk mencetuskan porak peranda.

Sejarah telah mencatatkan, pemerintahan keluarga atua kaum yang membentuk


system feudal di Eropah, dan Asia pada satu ketika dimusnahkan. Ini pernah
berlaku kepada kerajaan Negeri Melaka yang memerintah dimana sistem Feudal
ini runtuhkan dengan merungkaikan ikatan kekeluargaan dan kerabat diraja yang
menjadi sumber kekuatan sistem tersebut melalui fitnah dan adu domba.

Apabila terbentuk kekuatan nasionalisme yang berasaskan bangsa, perkauman


menjadi pencetus konflik terbesar yang pernah dihadapi dunia. Perang dunia
pertama dan kedua tercetus dan berakhir dengan kejatuhan Nazi di Jerman,
Fascist di Itali dan Jepun. Kita juga mengalami cebisan konflik-konflik ini semasa
berlakunya konfrontasi, pemberontakan komunis dan peristiwa 13 Mei.

Kini pengaruh keluarga dan bangsa makin terhakis dalam pembentukan


kekuatan sesebuah masyarakat, Sistem demokrasi yang menjadi asas kepada
banyak Negara moden hari ini walaupun ada sesetengahnya menggabungkan
teras kebangsaan namun melalui evolusi masa dan tuntutan semasa, terbentuk
kini sebuah masyarakat majmuk yang boleh bersatu dan menerima kehadiran
kaum lain dalam sebuah ikatan masyarakat bernegara. Ini dalam dilihat
dibanyak Negara di dunia pada masa ini. Nilai agama kini menjadi focus sebagai
elemen yang boleh digunakan untuk memusnahkan sesebuah Negara.

Oporunist dan anasir jahat kini tidak dalam lagi memanipulasi isu keluarga isu
bangsa walaupun matlamat penguasaan kekuasaan politik dan ekonomi masih
menjadi agenda utama mereka. Mereka kini beralih kepada manipulasi isu nilai
dan agama yang menjadi perkara sensitive dan benteng terakhir manusia dalam
bermasyarakat.

12
Kesimpulannya

Benteng nilai yang berkait dengan agama adalah sumber kekuatan terakhir yang
dimiliki oleh manusia yang meregularisasikan kehidupan sesama manusia lantas
membentuk masyarakat. Melalui agama terbentuk nilai dan moral yang
mengawal dan mempengaruhi tindak tanduk manusia. Agama mengajar kita
membezakan yang buruk dan yang baik. Nilai-nilai agama membezakan
manusia daripada haiwan.

Tidak hairanlah, Huttington mengemukakan theori “Clash of Civilization” apabila


menganalisa perilaku sosial kontemporari. Bagi saya walaupun teori Huttington
itu banyak kelemahan dan goyah kebenarannya namun, dari satu perspektif
yang lain, ada kebenarannya kerana ia menggambarkan “niat jahat” golongan
berkepentingan untuk memecah belahkan masyarakat dan meruntuhkan
keharmonian dalam sesebuah Negara dengan mengambil pendekatan mengadu
domba pegangan nilai dan agama sesuatu kumpulan dengan tujuan supaya
puak yang tidak beragama di kalangan extremist secularist, atheist yang
bertuhankan kebendaan semata -mata tanpa mempunyai nilai kemanusiaan yang
diajar oleh semua agama menang.

Golongan ekstrim sekular dan atheist ini sebenarnya adalah golongan yang
mementingkan diri sendiri dan tidak percayakan tuhan. Mereka mahu terus
menguasai dunia melalui usaha-usaha penguasaan ekonomi dan politik. Bagi
mereka yang penting adalah kenikmatan dunia ini dimiliki oleh golongan mereka
sahaja sedangkan kelompok masyarakat lain harus dibiarkan melarat, miskin,
tidak membangun, berbalah dan berbunuhan sesama sendiri. Ini juga adalah
kerana mereka percaya bahawa “scarcity of resources” tidak memungkinkan
mereka mengecapi kemewahan maximum seandainya dikongsi bersama secara
adil dan saksama dengan orang lain seperti mana yang dianjurkan oleh
kepercayaan dan nilai yang sedia ada dalam semua agama.

13
Wallahu Alam.

14

You might also like