You are on page 1of 87

CHAPTER 4

ELEKTRONIK

Apakah Pancaran Termion??


Pancaran termion ialah proses pengeluaran elektron-elektron daripada permukaan logam

Bagaimanakah pancaran termion berlaku?

Logam mengandungi bilangan elektron yang banyak & bebas bergerak. Pada suhu bilik, elektron bebas bergerak tetapi masih di dalam logam. Elektron tidak boleh keluar dari permukaan kerana ditarik oleh daya tarikan nukleus atom. Jika logam dipanaskan pada suhu yang tinggi, sebahagian elektron bebas mendapat tenaga yang mencukupi untuk keluar dari logam.

Apakah sinar katod??

Pancaran termion boleh digunakan untuk menghasilkan pengaliran elektron yang berterusan dalam tiub sinar katod. Apabila katod disambung dengan anod oleh bekalan kuasa tinggi, satu alur elektron yang laju akan bergerak ke anod. Alur elektron yang bergerak dari katod ke anod dikenali sebagai sinar katod.

Ciri-ciri Sinar Katod


Sinar katod digunakan dalam tiub gambar televisyen, osiloskop sinar katod dan gambar yang terhasil pada skrin pengesan. Ciri-ciri sinar katod a) Partikel yang bercas negatif dikenali sebagai elektron. b) Bergerak dalam garis lurus dalam c) Bergerak pada halaju yang tinggi & mempunyai tenaga kinetik. d) Menghasilkan kesan pendarfluor.(Proses tenaga kinetik ditukarkan ke tenaga cahaya) e) Dipesongkan oleh medan magnet & medan elektrik.

Osiloskop Sinar Katod


Alat yang digunakan dalam bidang pengkajian elektrik & elektronik untuk mengukur voltan elektrik serta memeriksa isyarat elektrik daripada komponen elektronik. Terdiri daripada 3 bahagian utama a) senapang elektron b) sistem pemesongan c) skrin berpendarfluor.

Kegunaan OSK
Mengukur beza keupayaan. Mengukur sela masa singkat Mengukur frekuensi gelombang.

Bentuk gelombang terbentuk & pengukuran voltan dari punca DC menggunakan OSK

Mengukur Beza Keupayaan


Voltan at = [ jarak titik cerah dari kedudukan kosong ] x [ julat gandaan Y ] Apakah nilai voltan at dalam (a) & (b) jika gandaan Y ialah 1V/div?

Voltan puncak ac =[ panjang mencancang dari kedudukan kosong ] x [ gandaan Y] Gandaan Y = 2V /div Panjang mencancang =
Voltan puncak au =?

Mengukur sela masa


. kawalan dasar-masa = 1ms/div . 1 div = 0.001s . Bil. Divisyen dikira antara 2 puncak gelombang. sela masa = bil.div x k.masa Panjang antara 2 signal= Kaw. Dasar masa = 10ms/dv Masa diambil , t = ???????

Diod Semikonduktor
Logam - Konduktor elektrik yang baik kerana mempunyai elektron bebas yang boleh bergerak bebas antara atom. - Rintangan logam selalunya sangat rendah. Penebat -Konduktor elektrik yang lemah kerana hanya sedikit elektron yang bergerak bebas untuk keluar. - Rintangan penebat sangat tinggi.

Semikonduktor
Bahan yang mengkonduksi elektrik antara konduktor & penebat. bahan yang mempunyai rintangan elektrik diantara konduktor & penebat. Semikonduktor boleh menjadi unsur tulen seperti silikon @ germanium. Pada suhu 0 Kelvin, ia bersifat penebat.Apabila suhu ditambah, kekonduksian elektrik akan bertambah kerana rintangan menjadi rendah.

Dua jenis cas pembawa


Kekonduksian elektrik dalam semikonduktor berlaku kerana terdapat dua jenis pembawa cas a) elektron bercas negatif b) lohong bercas positif

Lohong -kekosongan yang dihasilkan apabila elektron valens meninggalkan atom. - Oleh kerana bercas positif , menarik elektron valens yang berhampiran. -

Apakah proses pendopan?


Pendopan ialah proses memasukkan sedikit kuantiti benda asing dikenali sebagai dopan ke dalam semikonduktor tulen untuk meningkatkan kekonduksian elektrik. Atom bendasing yang digunakan dalam pendopan haruslah - saiz yang lebih kurang sama dengan saiz atom bahan konduktor.

Dua jenis semikonduktor


A) jenis n B) jenis p

Jenis n
Apabila atom drp unsur-unsur pentavalen Seperti arsenik, antimoni & fosforus didopkan ke dalam silikon, satu elektron berlebihan akan wujud. Elektron berlebih mengambil bahagian dalam pengaliran arus elektrik. Atom pentavalen dikenali sebagai atom penderma & semikonduktor yang didopkan dikenali sebagai SEMIKONDUKTOR JENIS n.

Apabila aton drp unsur trivalen seperti indium, boron dan galium didopkan ke dalam silikon , kekurangan satu elektron untuk melengkap pembentukan ikatan-ikatan kovalen meninggalkan satu kekosongan iaitu lohong bercas positif. Atom trivalen dikenali sebagai atom penerima & semikonduktor yang telah didopkan dikenali sebagai semikonduktor jenis p.

Jenis p

Diod semikonduktor
diperoleh dengan mencantumkan semikonduktor jenis n dengan semikonduktor jenis p. bahagian jenis p dinamakan anod & bahagian jenis n dinamakan katod. membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.

Apakah simpang p-n ?


Simpang p-n terbentuk apabila jenis n & jenis p dicantum. Sempadan antara kawasan jenis p & jenis n ialah simpang. Pada simpang p-n , elektron dari bahagian n bergerak ke bahagian p bercantum dengan lohong. Lohong dari bahagian p bergerak ke bahagian n bercantum dengan elektron. Dari pengaliran ini, bahagian-n bercas positif & bahagian p bercas negatif.

Apakah lapisan susutan?


Kawasan yang neutral dikenali sebagai lapisan susutan. Kawasan yang tidak mempunyai cas pembawa adalah konduktor elektrik yang lemah.

Pincang ke depan
Hujung anod disambung kepada terminal positif & hujung katod (jenis n) disambung dengan terminal negatif bateri. Diod mengkonduksi arus kerana lohong dari jenis p dan elektron dari jenis n boleh melepasi simpang. Mentol M menyala.

Pincang songsang
Hujung katod(jenis n) disambung dengan terminal positif & hujung anod (jenis p) disambung dengan terminal negatif bateri. Elektron ditarik pada terminal positif manakala lohong ditarik kepada terminal negatif. Penarikan pembawa cas menjauhkan lohong & elektron drp simpang p-n lalu melebarkan susutanya. Arus akan berhenti mengalir apabila voltan simpang di lapisan susutannya semakin bertambah.

Diod sebagai Rektifier


Rektifier ialah alat untuk mengubah sesuatu arus ulang-alik kepada arus terus. Proses penukaran arus ulang-alik kepada arus terus dikenali sebagai rektifikasi. Dua jenis rektifikasi a) rektifikasi separuh gelombang b) rektifikasi penuh gelombang

Rektifikasi separuh gelombang


Proses dimana separuh kitar arus ulang alik mengalir dalam satu arah sahaja.

Rektifikasi separuh menggunakan satu diod.

Apabila diod diletakkan secara selari dengan perintang, arus akan melalui diod. Ketika separuh kitar positif, diod dalam keadaan pincang ke depan arus mengalir melalui diod. Ketika separuh kitar negatif, arus tidak dibenarkan melalui diod kerana diod dalam keadaan pincang songsang. Dinamakan rektifikasi separuh gelombang.

Rektifikasi penuh gelombang

Proses dimana kedua-dua separuh kitar arus ulang alik mengalir dalam arah yang sama. Dlam separuh kitar 1, arus mengalir dari A P TU R B. Dalam separuh kitar 2, arus mengalir dari B S TU Q A. Rektifikasi yang disebabkan susunan beberapa diod utk mengalir arus dalam seluruh kitar pada arah yang sama di rektifikasi penuh gelombang.

Kapasitor sebagai perata arus


Apabila arus melalui perintang dan kapasitor, kapasitor akan mengecas & menyimpan tenaga Apabila tiada arus yang melalui perintang & kapasitor, kapasitor akan menyah cas & tenaga untuk menghasilkan .voltan merentasi perintang.Jadi ia akan menghasilkan dc output yang rata.

TRANSISTOR
Transistor mempunyai 3 elektrod iaitu pengeluar (E), tapak (B) & pengumpul (C) . Pengeluar ,E berfungsi membekalkan pembawapembawa cas kepada pengumpul C Pengumpul ,C berfungsi menerima pembawa cas daripada pengeluar E Tapak ,B lapisan nipis di bahagian tengah transistor mengawal pengaliran pembawa cas daripada pengeluar E kepada pengumpul C.
Terdapat dua jenis transistor a) Transistor npn b) transistor pnp

Dalam transistor npn pengeluar menghantar elektron negatif kepada pengumpul. Dalam transistor pnp, pengeluar jenis- p menghantar lohong positif kepada pengumpul. Arah anak panah pengeluar menunjukkan arah pengaliran arus. Arus output transistor mengalir antara pengeluar & pengumpul. Arus dalam elektrod pengumpul dikenali sebagai arus pengumpul ,IC Arus tapak , IB digunakan untuk mengawal arus pengumpul melalui transistor. Arus tapak juga boleh digunakan untuk menukarkan arus pengumpul tutup dan buka.

Arus tapak sangat kecil berbanding arus pengumpul. Unit arus tapak A Unit arus pengumpul mA. Arus pengumpul ,IE IE = I B + IC

Ie > Ic> IB

Transistor sebagai Amplifier Arus


Transistor bertindak sebagai alat pengawal arus dengan menghasilkan perubahan yang lebih besar pada arus pengumpul apabila perubahan yang kecil berlaku dalam arus tapak. Transistor bertidak sebagai amplifier untuk menguatkan isyarat yang lemah.

Transistor sebagai suis


Jika tiada arus yang mengalir dalam litar tapak, maka tiada arus yang mengalir dalam litar pengumpul.
IB = 0 maka IC = 0 transistor ditutup IB mengalir IC mengalir transistor dibuka

Bagaimana transistor digunakan sebagai suis automatik?


R1 perintang biasa & R2 perintang boleh laras. Voltan pada terminal tapak boleh diubah untuk menukarkan transistor kepada tertutup & terbuka. Jika perintang boleh laras = 0, voltan tapak = 0 & transistor dimatikan. jika perintang boleh laras bertambah, voltan tapak juga bertambah. Apabila

You might also like