You are on page 1of 3

TUGASAN 3

___________________________________________________________________________ KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER


NAME MATRIC NUMBER NRIC E-MAIL ADDRESS

: HBEF2703 : KO-KURIKULUM : JANUARI 2013


: LESTER KALUM ANAK SIBAT : 780911135417001 : 780911-13-5417 : les2nocturna@yahoo.com

TELEPHONE NUMBER : 0138178430

___________________________________________________________________________

Reaksi

Untuk tugasan 1 dan 2, saya telah membuat satu kajian dokumen berkenaan dengan majlis perkahwinan masyarakat Minangkabau. Daripada kajian dan tugasan tersebut saya telah mendapat banyak maklumat-maklumat dan informasi baru berkenaan dengan budaya dan adat resam masyarakat Minangkabau di Malaysia. Umumnya, di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang berbilang bangsa hidup bersama didalam satu komuniti yang aman dan damai. Salah satu daripada kaum ini ialah kaun Minangkabau. Saya tidak tahu bahawa kaum Minangkabau ini berasal usul dari Indonesia sehinggalah saya membuat tugasan ini. Saya juga mendapati bahawa orang Minangkabau Malaysia yang terdapat di Negeri Sembilan ini terbahagi kepada 12 suku kaum iaitu Tanah Datar, Batuhampar, Seri Lemak Pahang, Seri Lemak Minangkabau, Mungka, Payakumbuh, Seri Malanggang, Tigo Batu, Biduanda, Tigo Nenek, Anak Aceh dan Batu Belang. Daripada tugasan ini juga saya juga mendapat pengetahuan baru tentang adat resam perkahwinan orang Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan.

Persamaan dan Perbezaan

Didalam tugasan 1 & 2 saya mendapati ada persamaan dan perbezaan diantara upacara perkahwinan masyarakat Minagkabau dan masyarakat lain. Persamaan pertama yang sangat jelas ialah semua kaum di Malaysia mempunyai pakaian tradisionalnya masingmasing dan kebanyakkan pengantin akan memilih untuk menggunakan pakaian tradisional masing-masing pada hari perkahwinan mereka. Persamaan kedua ialah kerjasama di antara sanak-saudara dan sahabat handai menjayakan majlis perkahwinan tersebut. Didalam majlis perkahwinan Minangkabau, kebanyakkan daripada sahabat handai dan sanak saudara membantu sewaktu hari perkahwinan dan begitu juga masyarakat Iban di Sarawak. Persamaan ketiga ialah pasti akan ada jamuan makan pada hari perkahwinan. Contohnya di Sarawak, Penggilan ialah majlis jamuan sewaktu perkahwinan bagi masyarakat melayu Sarawak. Bagi perbezaan pula, yang paling ketara ialah cara adat istiadat perkahwinan itu berlangsung. Contohnya, kebanyakkan keramaian perkahwinan masyarakat Iban berlangsung pada malam hari dan masyarakat Minangkabau pula pada waktu pagi. Perbezaan kedua ialah juadah yang di sediakan pada hari perkahwinan tersebut. Walaupun sesama masyarakat

melayu, juadah yang disediakan tidak semestinya sama dan ianya mengikut tempat. Contohnya, juadah pada perkahwinan masyarakat Minangkabau dan masyarakat Melayu Sarawak tentunya tidak sama.

Rumusan Kesimpulan yang saya dapat daripada melakukan tugasan ini ialah masyarakat di Malaysia ini penuh dengan adat resam dan adat masing-masing. Dengan melakukan tugasan seperti ini kita dapat mengetahui lebih mendalam lagi tentang masyarakat lain di Malaysia. Apabila kita mengetahui lebih banyak informasi berkenaan dengan pelbagai jenis masyarakat di negara kita, kita boleh belajar dan memupuk sikap hormat-menghormati diantara satu sama lain. Selain daripada itu, saya juga merasakan bahawa setiap upacara dan adat istiadat ini perlu di dokumentasikan dan di teruskan kerana takut generasi yang akan datang tidak mengamalkannya lagi dan pada suatu hari ianya akan lenyap. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berbangga dengan kepelbagaian jenis masyarakat yang ada di negara ini dan dengan kepelbagaian ini negara kita ini begitu kaya dengan adat istiadat dan warisan turun temurun yang perlu kita pertahankan dan teruskan.

You might also like