You are on page 1of 2

BAHAN-BAHANNYA

Nasi Impit secukupnya 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) 3 s/b rempah sup/ rempah soto 1 ketul sup bunjut adabi 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat 1 ketul kiub pati ayam 6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis

Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih) 2 biji bwng merah- di hiris 2 ulas bwng putih- di hiris 2 btng serai- di titik 2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar

1 biji bawang besar* 5 ulas bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 inci halia *

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.


1 mangkuk kecil tauge 1/2 cwn kcng tanah- di goreng 1 paket kecil su'un- di goreng sambal kicap secukupnya 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus Sedikit bawang goreng Garam dan sedikit gula

CARA-CARANYA 1. Kisar halus bahan yang bertanda * 2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. 3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing. 4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata. 5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati. 6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan. 7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit. 8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan 1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap. 2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba... Sambal Kicap

10 tangkai cili padi merah 15 tangkai cili padi hijau 3 ulas bwng putih-bakar sebentar 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya 2 sudu besar gula 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya 1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi. 2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati. 3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

You might also like