You are on page 1of 13

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

1.0 SENARAI KANDUNGAN

No

Isi Kandungan

Muka surat

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 5.0

Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Iklim dan Cuaca di Malaysia Ciri Iklim di Malaysia Faktor yang mempengaruhi Iklim Pengaruh Iklim terhadap Ekonomi Bencana Alam Rumusan

1 2 3-5 6 6 6-8 8 - 11 11 12 13

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 1

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

2.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan folio bagi mata pelajaran Kajian Tempatan ini . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YM Cikgu Raja Othman yang telah mengajar dan memberi banyak ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara dan hal-hal mengenai bentuk mukabumi,cuaca,iklim, keindahan bumi Malaysia serta bencana yang ada di negara ini . Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Cikgu YM Raja Othman yang telah juga menunjuk ajar saya dalam peryediaan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu dan bapa saya kerana telah turut sama membantu saya dan memberi dorongan untuk menyediakan folio ini. Tidak lupa pada abang saya yang tidak jemu-jemu mengajar saya untuk memuat turunkan data serta gambar-gambar dari internet yang berkaitan dengan kajian saya .Terima kasih abang. Kepada kakak saya terima kasih juga kerana turut membantu menemani saya semasa saya menyiapkan folio. Kepada rakan-rakan kelas Tahun 5 Anggerik , kalian juga memberi sadikit sebanyak idea kepada saya dalam menyiapkan folio ini . Terima Kasih.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 2

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

3.0 PENDAHULUAN

Negara Malaysia terletak di Asia Tenggara di dalam Benua Asia. Selain dari Benua Asia, terdapat Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan, Benua Eropah, Benua Afrika,Benua Antartika dan Benua Oceania. Di dalam Asia Tenggara, Malaysia terletak di tengah Asia Tenggara. Negara Malaysia terdiri daripada Malaysia Barat dan Malaysia Timur . Di utara negara Malaysia terdapat negara Thailand dan Myanmar. Di selatan Malaysia pula terletaknya negara Singapura dan Indonesia sementara negara jirannya di sebelah timur ialah negara Filipina dan Brunei Darulssalam. Selain daripada negara-negara di atas terdapat juga negara-negara lain yang berjiran dengan Malaysia seperti negara Kampuchea,Vietnam dan Laos. Kesemua negara-negara di Asia Tenggara ini telah membentuk satu Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara iaitu Asean pada tahun 1967. Benua - Benua di Dunia

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 3

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Di dalam peta dunia ,kedudukan negara Malaysia di tentukan dengan menggunakan mata angin. Seperti gambar di bawah jelas kedudukan negara Malaysia ialah di timur peta dunia.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 4

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Rajah di bawah menunjukkan pula kedudukan negara Malaysia di Asia Tenggara

Peta Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

Malaysia Barat di pisahkan dengan Malaysia Timur oleh Laut Cina Selatan. Di sebelah timur pula terdapat Selat Melaka yan memisahkan Malaysia Barat dengan Kepulauan Sumatera.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 5

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

4.0 IKLIM DAN CUACA DI MALAYSIA


4.1 Ciri Iklim di Malaysia
a)Suhu Malaysia menerima pancaran Matahari sepanjang tahun. Oleh itu suhu di negara Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. Purata suhu tahunan negara Malaysia ialah 27 C. Perbezaan suhu setiap bulan bagi sesuatu tempat adalah antara 1 C hingga 2 C . b) Angin dan hujan Malaysia menerima tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga bulan September. Manakala angin Monsun Timur Laut pula bertiup dari bulan November hingga bulan Mac. Oleh itu, negara kita menerima hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan di negara kita ialah sebanyak 2600 mm setahun . Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit. Hujan lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan. Sementara Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari bulan Mei hingga September dan Angin Timur Laut November hingga Mac membawa hujan bukit.

4.2

Faktor yang mempengaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan iklim di Malaysia ialah : a) Kedudukan Malaysia adalah terletak di Garisan Khatulistiwa iaitu 0. Di kedudukan garisan lintang Malaysia terletak di antara garisan lintang 1 U hingga 7 U Oleh itu negara Malaysia adalah beriklim Khatulistiwa. Faktor ini menjadikan negara kita mengalami keadaan panas dan lembap sepanjang tahun.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 6

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Gambarajah atas menunjukkan kedudukan Malaysia di Garisan Lintang.

b) Angin dan hujan Tiupan angin monsun juga menyebabkan taburan hujan di negara kita tidak sekata. Bandar di Malaysia yang menerima taburan hujan yang paling banyak adalah bandar Taiping dan Larut Matang di Perak sementara Kuala Pilah di Negeri Sembilan pula ialah bandar yang menerima paling sadikit hujan. Peta di bawah menunjukkan tiupan angin monsun dan taburan hujan di Malaysia.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 7

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

c) Ketinggian dari Aras Laut Selain daripada angin dan hujan, ketinggian,bentuk mukabumi juga mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu tempat itu. Semakin tinggi sesuatu kawasan itu, semakin rendahlah suhunya .Ini ialah kerana ia mendapat kurang pembalikan haba.yakni bahang daripada kepanasan matahari. d) Kepulauan Pulau- pulau merupakan tanah daratan yang di kelilingi oleh laut.. Suhu di pulau lebih rendah dari tempat lain kerana suhunya telah di serdehanakan oleh air.Oleh itu suhu di Pulau Pangkor di Perak contohnya lebih sejuk dari suhu di Kuala Lumpur.

4.3

Pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi

Iklim sesuatu tempat itu akan mempengaruhi kegiatan ekonomi negara atau kawasan. Sebagai contohnya jika iklim di sesebuah negara itu sejuk sedehana saperti Amerika Syarikat penanaman buah-buahan mediteranean seperti epal. anggur,strawberries dan oren sangat sesuai di tanam di sana. Di negara Iran atau Arab Saudi yang iklimnya panas buah kurma sangat sesuai di tanam dan menjadi ekspot utama mereka. Di Malaysia di sebabkan oleh negara kita mengalami iklim Khatulistiwa maka ekonomi kita bergantung kepada berapa sektor seperti di bawah : a) Pertanian. Oleh kerana negara kita mempunyai suhu yang panas dan lembap , pertanian seperti getah, kelapa sawit, nanas, tebu dan padi sangat sesuai di jalankan di negara ini Kawasan atau negeri yang banyak menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di Malaysia di Perak,Selangor,Johor dan Pahang. Sementara penanaman padi pula banyak di giatkan di negeri Kedah, Perlis dan Kelantan. Bagi tebu pula banyak di tanam di Perlis.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 8

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Seorang petani sedang menanam anak pokok padi di sawah

b) Perikanan Selain itu, aktiviti perikanan juga banyak di lakukan di negara ini berikutan dengan negara kita mempunyai kawasan perairan yang sangat kaya dengan hasil laut. Bandar seperti Bachok di Kelantan, Kuala Terengganu di Terengganu Kuala Selangor di Selangor, Pulau Pangkor dan Lumut di Perak sebagai contohnya kegiatan perikanan di lihat sebagai aktiviti dan sumber mata pencarian penduduk tempatan. Di Dungun dan Kemaman di Terengganu kita boleh membeli banyak makanan dan hasil laut seperti ikan, ketam, siput, udang dan sebagainya. Keropok udang, ikan serta keropok lekor juga merupakan sumber rezeki nelayan dan penduduk di situ.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 9

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Dua orang nelayan sedang meyediakan pukat untuk di tebarkan ke laut di Pulau Pangkor

c) Pelancongan Cuaca dan iklim di Malaysia ini yang sentiasa panas juga menjadikan negara ini mempunyai banyak tempat pelancongan yang cantik dan menarik. Di pantai timur Pantai Rhu Muda di Terengganu merupakan destinasi pelancongan yang di minati untuk dikunjungi bukan sahaja pelancong dari luar negara malahan ianya tempat percutian yang hebat untuk penduduk Malaysia. Banyak hotel dan resot di bina bagi menarik pelancong datang bercuti. Begitu juga Batu Feringgi di Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi Cuti- Cuti Malaysia. Kawasan-kawasan yang menarik ini menjadi sumber pendapatan bagi penduduk setempat mahupun luar Pemandangan indah di pantai dan pepohon yang menghijau sepanjang tahun sentiasa menarik minat penghujung dan menjadikan industri pelancongan sangat lumayan di Malaysia.

Pemandangan pantai yang indah dan permai di Pualu Pangkor d) Pembalakan Iklim Khatulistiwa memberi banyak kebaikan kepada negara kita dari segi pertumbuhan pokok yang berkualiti tinggi. Di sebabkan oleh hal ini, aktiviti pembalakan juga merupakan satu lagi sumber ekonomi yang baik untuk negara ini. Hutan tropika Malaysia banyak menghasilkan jenis pokok seperti cengal, keruing rasak dan merbau. Kebanyakan kayu kayan ini dibuat perabut dan dijual di dalam negara dan tidak kurang juga dieksport keluar negara. Hasil penjualan kayu kayan

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 10

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

dan perabut Malaysia ke luar negara sangat tinggi dan memberi pulangan pendapatan yang tinggi kepada ekonomi negara.

Pembalakan yang merupakan sumber ekonomi yang lumayan di Malaysia

4.4 Bencana Alam


Pada hakikatnya walaupun negara kita kaya dengan pelbagai sumber ekonomi di sebabkan oleh keadaan iklim dan cuacanya yang panas dan lembap sepanjang tahun , namun cuaca dan iklim di Malaysia juga boleh mengundang bencana alam. Antara bencana alam yang menimpa negara kita ialah:

a) Banjir Negara Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami bencana banjir. Apabila hujan turun dalam masa yang panjang air di sungai boleh melimpahi tebing dan mengakibatkan banjir. Musim hujan yang berpanjangan yang di panggil musim tengkujuh akan membuatkan kawasan atau bandar yang rendah aras tanahnya mengalami banjir. Negeri-negeri di pantai timur seperti Kota Bharu, Kelantan, Seberang Takir, Terengganu dan kawasan yang berdekatan dengan laut akan mengalami banjir bila musim tengkujuh. Biasanya bagi negeri pantai timur banjir berlaku pada bulan November dan Disember. Bila banjir berlaku banyak harta benda, binatang ternakan, tanaman rosak malahan ada juga meragut nyawa.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 11

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

Banjir yang melanda sebuah kampung di Kelantan

b) Tiupan Angin Kencang Bencana berpunca dari tiupan angin kencang juga boleh menyebabkan rumah dan kediaman rosak dan musnah. Ribut yang kuat boleh menumbangkan pokok dan melayangkan atap rumah. Kejadian ribut dan angin kencang banyak berlaku di Terengganu, Kelantan, tidak kurang juga di Kedah dan Perak.

Angin ribut yang merosakkan harta benda

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 12

Folio Kajian Tempatan Cuaca dan Iklim di Malaysia

2013

5.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan cuaca dan iklim sesebuah negara itu bergantung kepada beberapa faktor seperti kedudukannya, ketinggian dari aras laut, angin dan hujan yang turun serta kepulauan di tempat berkenaan. Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa menjadinya sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa. Malaysia mendapat cahaya matahari dan panas sepanjang tahun. Malaysia juga mempunyai suhu yang sekata dan hujan yang agak banyak. Di sebabkan cuaca yang panas dan lembab ini negara kita di anugerahkan dengan pelbagai sumber ekonomi yang pesat pertumbuhan dari segi pertanian, perikanan, pelancongan dan pembalakan. Di samping itu anugerah di atas, Malaysia juga menghadapi malapelaka seperti banjir dan angin kencang. Walau apapun juga kita patut bersyukur kerana negara kita kaya dengan sumber ekonomi yang memberi pendapatan dan rezeki yang lumayan kepada penduduknya.

Muhammad Ilmi Hakam 5 Anggerik

ms 13

You might also like