You are on page 1of 8

INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN PUSAT TUGASAN JANGKA PENDEK BAHASA MELAYU

Bahagian A (60 markah) Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis sebuah karangan tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid . Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahagian B (20 markah) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sajak Persahabatan (Mohd Amran Daud) Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan. Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti!

Soalan Pemahaman Jawab semua soalan berdasarkan sajak di atas. 1. 2. 3. 4. Nyatakan maksud baris sajak membina keakraban tanpa curiga. [ 2 markah] Senaraikan tiga usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum. [ 6 markah] Analisis bentuk sajak Pesahabatan. [ 6 markah] Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak. [ 6 markah]

Bahagian C (20 markah) Soalan Tatabahasa Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan. i. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

Subjek Predikat [ 4 markah] ii. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam. Subjek Predikat [ 4 markah] iii. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka. Subjek Predikat [ 4 markah] iv. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

Subjek Predikat [ 4 markah]

v.

Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

Subjek Predikat [ 4 markah]

SKEMA JAWAPAN Bahagian A Peringkat markah Cemerlang 45 - 60 Deskripsi Bahasa baik dan lancar. Berupaya menggunakan ayat sendiri : pemilihan kata tepat : ayat gramatis : penanda wacana yang sesuai Baik 30 - 44 Ejaan dan tanda baca betul. Bahasa masih baik dan masih lancar. Masih berupaya menggunakan ayat sendiri .

: pemilihan kata agak terhad : ayat masih gramatis : penanda wacana masih sesuai. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Bahasa kurang lancar. Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat , ejaan dan tanda baca atau menyalin ayat daripada petikan secara terpilih. Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah . Menyalin ayat secara terus daripada petikan.

Memuaskan 15 - 29

Penguasaan minimum 01 - 14

Jawapan Soalan Bahagian B (20 markah)

1. Maksud baris sajak ialah menjalin hubungan erat tanpa syak wasangka perpaduan [ pilih mana-mana satu jawapan maksimum 2 markah]

2. Tiga usaha mewujudkan perpaduan kaum saling bertegur sapa ziarah-menziarahi antara jiran menghormati perayaan dan amalan kaum lain melalui aktiviti sukan dan riadah jawapan bersesuaian boleh diterima [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

3. Bentuk sajak bentuk bebas jumlah rangkap jumlah baris setiap rangkap jumlah perkataan setiap baris jumlah sukukata setap baris rima akhir [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

4. Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak perpaduan setia kawan kasih sayang hormat-menghormati [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

Bahagian C Tatabahasa (20 markah) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan. i. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi. semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

Subjek Predikat

ii. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam. Subjek Predikat seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

iii. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka. Subjek Predikat Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

iv.

Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah. hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

Subjek Predikat

v.

Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku. Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku kerana hujan lebat [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

Subjek Predikat

Tamat

You might also like