You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU PENULISAN KERTAS 2 UPSR.

Pengenalan.

Terbahagi kepada 3 bentuk: 1. Bahagian A. a. Memindahkan maklumat. b. Mentafsir bahan grafik.

2. Bahagian B. a. Menulis karangan.

3. Bahagian C. a. Membuat ulasan.

Format Pemarkahan. i. Markah penuh ialah 60 markah. Bahagian A : 10 markah. Bahagian B : 30 markah. Bahagian C : 20 markah.

Masa Menjawab. Peruntukan masa yang diberikan ialah 1 jam 15 minit. Bahagian A = 15 minit. Bahagian B = 40 minit. Bahagian C = 20 minit.

BAHAGIAN A (Mentafsir Bahan Grafik). - 10 markah. - Wajib jawab. - Tiada had bilangan patah perkataan. - Tulis 5 ayat berpandukan grafik. - Soalan berdasarkan bahan grafik yang diberikan. Apa itu bahan grafik ? - Gambar tunggal atau bersiri. - Carta. - Graf. - Jadual. - Peta. - Pelan.

Panduan untuk menjawab Bahagian A. 1. Baca dan fahamkan arahan. Contoh arahan : i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. iii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan dengan bahan grafik yang diberi. Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seberapa banyak yang ada dan tandakan atau senaraikan maklumat tersebut.

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi.

You might also like