You are on page 1of 12

TAMADUN JEPUN

Ciri-ciri Keunikan Tamadun Jepun


Bahasa: berkaitan langsung dengan gaya sebutan dan gaya badan semasa menyebutnya. Mempunyai kesusasteraan unik dalam karya, puisi, cerita dan banyak berunsur pengajaran. Kesenian: (1) Keunikan alat muzik (eg: Koto-bentuk naga yang mencangkung, terdapat 13 tali panjang 2 meter menggunakan kayu paulownia berongga); (2) Lukisan: menggunakan berus tradisional digunakan sehingga sekarang di Asia & Barat; (3) Kaligrafi: menggunakan berus menghasilkan frasa, puisi, cerita dan sebagainya, membentuk imej tertentu dan unik; (4) Senjata: pedang Samurai dengan ciriciri pembuatan khusus

Ciri-ciri Keunikan Tamadun Jepun


Seni Bina: banyak dipengaruhi oleh seni bina China, tetapi dimasukkan elemen kebudayaan Jepun, mempunyai landskap tertentu dengan tembok yang lebih rendah mempunyai elemen air, batu dan pokok yang disusun supaya kelihatan tenang (eg. Chandi-chandi dan istana-istana) Kesukanan: Sukan Judo, Karate, Sumo dll, mempunyai asas ketepatan, kebolehan dan pengetahuan mendalam tentang anatomi manusia, mempunyai gaya pakaian, perhiasan, teriakan, rambut dan tingkah laku khusus

Ciri-ciri Keunikan Tamadun Jepun


Tradisi: (1) Pakaian Tradisi Kimono, masih dipakai sehingga kini dalam majlis tertentu seperti perkahwinan; (2) Upacara minum teh: menggunakan teh hijau dalam suasana tenang, ada cara tertentu/gerak tubuh menuang teh, meminum dan menggunakan alatan khusus yang disusun mengikut cara tertentu; (3) Geisha: peringkat awal lelaki kemudiannya hanya perempuan, mahir muzik, tarian, nyanyian, berbual dan bermain permainan tradisional. Mempunyai pakaian dan solekan khusus.

Nilai dan Institusi Tamadun Jepun


Nilai utama kehidupan masyarakat Jepun: (1) Mura Ishiki (kesedaran kekitaan); (2) On/giri ninjo (mesti berbudi dan membalas budi); (3) Mesti bersifat pemalu; (4) Nasake (kemanusiaan); (5) Wa (mementingkan kerukunan); (6) Menepati janji; (7) Disiplin; (8) Cintakan ilmu. Konsep Kejayaan : (1) Kaizen: proses penambahbaikan yang berterusan untuk peningkatan prestasi dari masa ke masa dan (2) Mottainai: harta anugerah dari tuhan, mesti diurus dengan berkesan , membazir merupakan suatu kesalahan besar

Nilai dan Institusi Tamadun Jepun


Etika kerja Jepun: (1) Dedikasi; (2) Menepati masa; (3) Prinsip perniagaan yang teguh; (4) Profesionalisme; (4) Mengubahsuai idea; dan (5) Kecekapan pengurusan. Terdapat juga 4 prinsip asas dalam bekerja: (1) Sesiapa sahaja berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak , berjaya meningkatkan dan menghasilkan tugas yang kualiti; (2) Pekerja mesti diberi peluang meningkatkan kualiti kerja mereka; (3) Organisasi pekerjaan adalah satu keluarga besar; dan (4) Kumpulan kerja lebih utama daripada individu pekerja.

(M13) Modenisasi Tamadun Jepun


Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Meiji (1868-1912) merangkumi aspek: (1) Politik: Meiji mengembalikan kuasa politik kepada Maharaja Jepun, pusat pemerintahan dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo), menghapuskan sistem Feudal kepada demokrasi, penubuhan parlimen (Diet) terdiri daripada Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat (2) Ekonomi: ekonomi moden berasaskan Kapitalisme khususnya industri, menggalakkan pertanian, membina saliran dan penghapusan cukai (3) Pendidikan: penghantaran pelajar ke Barat untuk mempelajari sains & teknologi, mengimport tenaga profesional dari Barat, membina pusat pengajian dalam pelbagai bidang.

Implikasi & Sumbangan ke Atas Tamadun Asia


Menyumbang aspek: Perindustrian: (1) Makanan; (2) Pakaian; (3) Barangan elektronik; (4) Automobil; (5) Barangan kimia; (6) Besi keluli Pertanian: menghasilkan teknologi moden yang meningkatkan hasil dan kualiti hasil Perikanan: (1) MoU/MoA dengan negara perikanan lain; (2) menghasilkan teknologi moden dalam perikanan; dan (3) mengemukakan idea baru pengendalian pemasaran hasil perikanan

Implikasi & Sumbangan ke Atas Tamadun Asia


Pembalakan: Penggunaan teratur balak untuk pembinaan, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan aktiviti penanaman semula dan terancang serta menghasilkan pulpa dan arang Penjanaan kuasa elektrik: memajukan cara dan teknologi bagi penjanaan kuasa elektrik dalam geografi Jepun yang bergunung ganang Nuklear: Mula ditubuhkan 1 Januari 1996 (Atomic Energy Commision) di Tokai Mura, penggunaan terhadap perkara yang mendatangkan faedah sahaja

Kesimpulan
Tamadun Jepun mempunyai keunikan yang tersendiri yang masih diamalkan sehingga kini walaupun zaman sudah berkembang dan masih maju dan berupaya mencapai kemajuan Tamadun Jepun banyak menghasilkan teknologi baru yang membatu negara Jepun dan juga negara lain di dunia Jepun juga mengambil teknologi Barat seperti: Meiji mencontohi negara Barat semasa modenisasi Jepun terutamanya aspek kekuatan ketenteraan, penubuhan sektor industri pertahanan (senjata, kapal perang dll)

Kata-kata hikmat Jepun: Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, manusia dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik akan menjadi mulia dan kaya, manakala mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina

Sekian

You might also like