You are on page 1of 8

1

MENJAWAB BEBERAPA DAKWAAN SANGAT MENGELIRUKAN DI DALAM


BUKU MAHKOTA PAHLAWAN; Bagi Mereka yang Mahu Menang, Megah
dan Hebat Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia

Oleh: Hairil Irza bin Ramli, UIAM

PERKARA-PERKARA PELIK YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU INI
1. Mengakhiri mana-mana wirid dengan membaca Fatihah Hadiah sebagai
Tabarruk (mengambil berkat) kepada Rasulullah SAW, sahabat-sahabat r.a,
Auliaillahissolihin, ibubapa dan arwah muslimin muslimat dan mukminin
mukminat (muka surat 7).
2. Apa juga wirid dan doa yang disusun mereka (para ulama dan orang-orang
salih), walaupun tidak diketahui bahasa dan maknanya umpama bahasa Siryani
dan Ibrani sah diamalkan (muka surat 13).
3. .......pohon Allah kurniakan berhubung diri Rohani Jasmani dengan Sultan
Aulia Syed Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani dan pohon Allah kurniakan
perhubungan itu sampai kepada Rasulullah SAW(muka surat 14).
4. Pandang di belakang mereka Saidina Ali Karamullahu Wajhah dan sekalian
para sahabat r.a (muka surat 14).
5. Kelebihan seumpama Allah kurniakan pada tangan Guru aku yang Wali Sultan
Aulia Syed Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jailani...(muka surat 14).
6. Segala batang tengkuk mereka itu berada di bawah tumit kiri Guru Aku, di
bawah tumit kiri aku selama-lamanya (muka surat 15).
7. Seterusnya dibaca doa berikut sebanyak tiga kali:
Bismillahirrahmanirrahim..Bangsa lautan bangsa daratan, kamu kena beralih
dengan pesanan wali dan keramat kalau kamu tidak beralih, kamu kena
hancur seumpama garam hancur kena air mutlak. (muka surat 23).
8. .....Diisyaratkan oleh Tuan Guru Syeikh Yusuf Kenali kepada Tuan Guru Syeikh
Mahmud Nasri Osmani, pandang dengan mata hati (bashirah) berhubung
tangan dengan Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
mengaku menjadi murid baginya walau beberapa banyak dosa kesalahan,
pohon diterima menjadi murid baginya selama-lamanya di dunia dan di
akhirat dan mengaku menerima Pusaka Khalifah Wali Agama Islam di atas
makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya daripada baginda seumpama baginda
menerima daripada Rasulullah SAW, seumpama Rasulullah SAW menerima
daripada Allah SWT. Syeikh Yusuf Kenali menerima talqin tersebut daripada
gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathoni.Syeikh Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fathoni menerima talqin tersebut daripada Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jailani dengan wasitah Khidir Alaihissalam. Syeikh
Muhyiddin menerima talqin tersebut daripada Syaidul Akwan Wasuratul
Maadati Tajaaliyatilhak Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (muka
surat 27).
9. Adam wa Hawa Waliyullah (2X) (muka surat 30).
10. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali Zuhdi Waliyullah (2X) (muka surat 30).
11. Abdul Qadir Khalifatullah, Abdul Qadir Waliyullah (2X) (muka surat 30).

2
JAWAPAN DAN HUJAH TERHADAP DAKWAAN
a) Menghadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW, sahabat-sahabat r.a,
Auliaillahissolihin, ibubapa dan arwah muslimin muslimat dan mukminin
mukminat sebagai mengambil berkat (tabarruk) daripada mereka. Tidak
terdapat di dalam mana-mana nas sama ada dari Al-Quran dan Hadith Rasul
SAW menyatakan seseorang yang menghadiahkan Al-Fatihah kepada golongan
manusia yang disebut di atas akan mendapat keberkatan. Bahkan mengakhiri
wirid dengan Al-Fatihah juga satu hal yang direka-reka. Sedangkan Rasulullah
SAW selalu mengakhiri sesuatu majlis dengan membaca Tasbih Kaffarah.

)(

"

" )(

Tidaklah Rasulullah SAW duduk di dalam sesuatu majlis, beliau tidak membaca
Al-Quran, tidak solat kecuali beliau mengakhiri majlis tersebut dengan kalimah
Subhanakallahumma wabihamdik asyhadu an lailaha illa anta, astaghfiruka wa
atubu ilaik (Hadith Sahih daripada Saidatina Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh
Ashabul Sunan).

Jelas, nabi SAW sendiri di dalam hadith ini tidakpun mengakhiri sesuatu majlis
dengan bacaan Al-Quran. Maka, dakwaan mengatakan mengakhiri wirid atau
apa jua majlis dengan Al-Fatihah (salah satu surah di dalam Al-Quran) adalah
perkara yang ditolak. Sesungguhnya petunjuk Rasulullah SAW lah yang paling
benar.

b) Mendakwa wirid dan doa yang direka dan disusun oleh para ulama dan
orang-orang soleh selain daripada bahasa Arab sah diamalkan sekalipun
tidak mengetahui maknanya. Firman Allah SWT:

.^^) +OE4^4O^ ^47O~
1)4O4N 7^UE- ]OUu>
^g
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan
bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (Yusuf: 2).

Sabda Rasulullah SAW:

),(

Doa adalah ibadah (Riwayat At-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)

Kata Al-Imam Asy-Syatibi r.h: Oleh kerana Ar-Rasul SAW telah diutuskan kepada
semua manusia, maka sesungguhnya Allah telah menjadikan kesemua umat dan
segala bahasa mengikuti akan bahasa Arab dalam perkara agama. Dengan
3
demikian itu, maka tidaklah boleh difahamkan Kitabullah melainkan dengan cara
yang ia telah diturunkan dengannya iaitu ibarat dari segi lafaz, makna dan uslub
penyampaiannya (Al-Itisom, juzuk 2, muka surat 294).

Adakah dibenarkan seseorang yang bergelar Tuan Guru, Syeikh atau orang Alim
membuat satu doa yang bukan daripada bahasa Arab dan menyatakan ianya
sah diamalkan? Adakah mereka ini Nabi ataupun Rasul yang mempunyai hak
menyatakan ini sah, ini tidak sah diamalkan. Siapa yang boleh menjamin pahala
bagi sesiapa yang membacanya? Adakah mereka boleh memberi pahala kepada
pengikutnya. Doa adalah ibadah dan perkara ibadah adalah tawqifi iaitu cara
pelaksanaannya mestilah terikat dengan nas Al-Quran mahupun hadith baginda
Rasul SAW. Sekiranya semua umat manusia dibenarkan membuat sesuka hati
doa dalam bahasa masing-masing, maka tiada nilai doa-doa yang didatangkan
oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW
di dalam hadithnya. Adalah tidak masuk akal jika Tuan Guru, Syeikh atau orang
Alim yang dikatakan mempunyai ilmu yang mantap dan banyak di dalam agama
mengutamakan doanya berbanding doa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW
kepada umatnya. Sepatutnya dia berusaha bersungguh-sungguh mengajar
pengikutnya doa-doa yang mathur. Ini berbeza daripada segelintir orang awam
yang sememangnya tidak tahu membaca Al-Quran atau muallaf yang baru
mengenal Islam untuk berdoa di dalam bahasa mereka sekadarnya.

c) Doa untuk berhubung dengan orang yang telah meninggal dunia secara
zahir dan batin. Hal ini termasuk di dalam Yaqadzah yang diamalkan oleh
ajaran sesat Al-Arqam. Yaqadzah bermaksud jaga, yakni lawan pada 'tidur'.
Maksudnya menurut ilmu tariqat/silat kebatinan ialah si fulan boleh menemui
orang yang sudah mati secara realiti. Al-Imam as-Suyuthi r.h (wafat 911 Hijrah)
menyokong perkara ini tetapi bukanlah bermakna beliau menyokong ajaran itu,
tapi menyokong kemungkinan seseorang boleh menemui Nabi SAW dalam
keadaan yaqadzah (jaga) bukan mimpi tapi bukannya menerima aurad atau
ajaran tambahan dalam agama. Tariqat/silat kebatinan selalunya mendakwa
Syeikh atau Tuan Gurunya menemui Nabi SAW dalam keadaan jaga dan
menerima aurad (kumpulan wirid-wirid) serta syariat yang baru. Ada kumpulan
yg mencipta majlis Yaqadzah, di mana syeikh mereka yang sudah mati akan
menjelma secara realiti untuk membersihkan dosa-dasa pengikutnya. Yaqadzah
yang dianuti oleh ajaran tariqat/silat kebatinan begini adalah sesat.

d) Mengutamakan Saidina Ali bin Abi Talib r.a di beberapa tempat dalam
buku ini. Ini sedikit sebanyak mengandungi unsur-unsur ajaran Syiah. Agak
menghairankan juga jika dilihat pada muka surat 5 di dalam buku ini, apabila
penulis berkenaan menyenaraikan semua Itiqad Sesat, tiada tertulis golongan
Syiah salah satu daripada mereka. Adakah terlupa ataupun tertinggal?.

e) Mengaku Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani sebagai guru sedangkan beliau telah
lama meninggal dunia iaitu pada 561 Hijrah/1140 Masihi (Dilahirkan pada 470
Hijrah/1049 Masihi di Jilan. Mempelajari Fiqh Hanbali dan pengasas tariqat al-
4
Qadiriyyah. Pernah bertugas di Baghdad sebagai pendakwah). Bagaimana orang
yang telah mati mengajar orang yang hidup? Adakah melalui ruhnya yang datang
di dalam mimpi? Ingatlah, urusan ruh adalah urusan Tuhan. Bukan urusan anda.
Rasulullah SAW sendiripun tidak tahu perkara ghaib. Firman Allah:

4 NO~ 7 Og4gN
N.-4OE= *.- 4 NUu
=U^O4^- 4 NO~ O)E+)
....._CU4` ^@
(Katakan Wahai Muhammad): Dan Aku tidak pernah berkata kepada kamu: di
sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah Aku mendakwa mengetahui
perkara-perkara Yang ghaib dan Aku tidak mengatakan Bahawa Aku ini
Malaikat. (Hud: 31).

f) Segala nasib musuh (batang tengkuk mereka) berada di bawah tumit kiri
(kekuasaan) Guru yakni Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Ini adalah kedudukan
yang melampau diberikan kepada seseorang manusia. Sedangkan Nabi
Muhammad SAW sendiri melarang umat Islam melampau dalam memujinya.
Sabda baginda SAW:

( )

Janganlah kamu meninggikan aku sebagaimana kaum Nasrani meninggikan (Isa)
anak Maryam. Sesungguhnya aku (hanyalah) hamba Allah maka katakanlah
olehmu (bahawa aku ini adalah) hamba Allah dan Rasul-Nya (Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim).

Allah SWT juga merakamkan kepada kita di dalam Al-Quran bahawa Nabi SAW
adalah manusia biasa yang menerima wahyu. Baginda tiada kuasa menentukan
nasib manusia kerana ia adalah hal Allah SWT.

~ .E^^) 4^ O=E
7Uu1g)` -/EONC O) .E^^
7_) O) /g4 W }E
4p~E W-ON_O4C 47.g gO)4O
Eu4OU 1E44N w)U= 4
')O;+C jEE14lg) gO)4O
-4 ^
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang
satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia
5
mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya" (Al-Kahfi:
110).

Kata Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah r.h: Sesiapa yang melebihkan seseorang
syeikh/tuan guru daripada Nabi SAW atau beritiqad bahawa seseorang tidak
perlu taat kepada Rasulullah SAW diminta bertaubat, jika dia tidak bertaubat,
dipancung kepalanya (Majmu Al-Fatawa, juzuk 2, muka surat 259).


g) Beranggapan bahawa sesuatu itu akan hancur jika tidak beralih kepada
pesanan wali dan keramat.

.E` El4= ;}g` lO4L=OEO
=}g *.- W .4`4 El4= }g`
lOEjOEc }g ElO^^^ _
ElE4UEcO4 + EELUg LOc4O _
O>E4 *.) -4OjgE+ ^__
Apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) yang Engkau dapati maka ia adalah dari
Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan)
dirimu sendiri. dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada
seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). dan
cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini) (An-
Nisaa: 79)

Firman Allah SWT di atas sangat terang kepada kita bahawa segala manfaat dan
mudharat adalah datangnya daripada Allah SWT. Bukan dengan kehendak wali
mahupun karomahnya.

h) Syeikh menerima talqin melalui perantaraan Nabi Khidir a.s. Paling
merbahaya, dakwaan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani bertemu Rasulullah SAW
untuk menerima talqin yang direka-reka. Sanad talqin ini secara jelas adalah
PALSU. Pertama, bagaimana Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathoni
menerima talqin tersebut daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani? Adakah mereka
berdua pernah bertemu? Mengapa melalui Nabi Khidir a.s? Bagaimana pula Nabi
Khidir a.s bertemu mereka berdua sedangkan baginda a.s hidup pada zaman
Nabi Musa a.s? Adakah baginda a.s masih hidup? Jika benar, baginda wajib
mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW kerana Rasulullah SAW diutuskan
untuk semua manusia. Kedua, sepertimana yang kita semua maklumi, bahawa
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani bukan seorang sahabat Nabi SAW kerana beliau
tidak pernah bertemu baginda SAW. Menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalaniy r.h
(wafat 852 H) di dalam kitabnya Al-Ishabah m.s 4, juzuk1, definisi sahabat
adalah Sesiapa yang bertemu Nabi SAW, beriman dengan baginda dan mati dalam
iman. Dr. Muhammad Ajaj Khatib mengatakan di dalam Usul Al-Hadith bahawa
pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan ulama. Rasulullah SAW wafat
pada tahun 10 Hijrah manakala Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani r.h lahir pada 470
6
Hijrah dan wafat pada 561 Hijrah. Jelas, mereka tidak pernah bertemu. Jadi,
bagaimana dakwaan buku ini bahawa talqin ini diambil daripada Nabi SAW? Ia
adalah dakwaan kosong dan direka-reka.

Kita percaya apabila ditanyakan kepada pertubuhan silat ini, mereka akan
mengatakan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani r.h bertemu Rasulullah SAW di dalam
mimpi ataupun ilham. Ini merupakan hujah yang sangat samar dan tidak jelas
kerana mimpi dan ilham boleh jadi benar ataupun salah. Firman Allah SWT:

;4 4L^UE= =}=Oee"-
OUu4^4 4` +EOc4O> gO)
+OOO^4^ W }^44 C4O^~
gO^O) }g` lEO gCjO4O^-
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih
dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaaf: 16)

Ep)4 --gC4OO=- 4pONOONO
-O) )_j*.4Ogu
7O7gENOg W
...dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-
pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu (Al-Anam: 121).

Kata Al-Imam Asy-Syatibi r.h: Selemah-lemah hujah mereka (ahli bidah) ialah
puak yang mengambil amalan agama berdasarkan mimpi-mimpi. Mereka ini
berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi
tersebut. Mereka berkata: Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada
kami: Tinggalkan ini,buat ini. Ini banyak berlaku kepada mereka yang
mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: Aku
melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepadaku sebegini dan
memerintah aku begini. Lantas diapun mengamalkannya dan meninggalkan apa
yang telah ditetapkan oleh syariat. Ini adalah salah kerana mimpi selain para
Nabi tidak boleh menghukum ketetapan syara, dalam apa keadaan sekalipun.
Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika
dibolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak ia ditinggalkan (Al-Itisom, muka surat
198).

Benar, kita boleh melihat Rasulullah SAW di dalam mimpi. Seperti mana sabda
baginda SAW:

),,(

7
Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi,maka hakikatnya dia melihatku kerana
syaitan tidak boleh menyerupaiku (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan
At-Tirmidzi).

Namun, perlu diingat bahawa syaitan boleh menyerupai orang lain yang orang
tersebut mengaku dirinya adalah Nabi SAW. Sekiranya di dalam mimpi, orang
yang ditemuinya memberikan beberapa wirid, zikir mahupun amalan tertentu
dan mendakwa ianya sah diamalkan maka,orang yang ditemuinya itu bukan Nabi
SAW kerana tidak mungkin Nabi SAW akan memberikan panduan baru di dalam
Islam sedangkan agama telah lengkap semasa kewafatan baginda SAW. Al-Imam
An-Nawawi r.h ketika mensyarahkan hadith ini menyebut: Sesungguhnya makna
hadith ini ialah dalam mimpinya yang betul dan bukan mengigau atau gangguan
syaitan. Tetapi tidak dibenarkan menetapkan mana-mana hukum syara dengan
apa yang datang di dalam mimpi itu kerana keadaan tidur bukanlah satu keadaan
yang tetap/sedar dan boleh dipersaksikan (oleh orang lain) akan apa yang telah
didengari oleh orang yang bermimpi (Muqaddimah Syarah Sahih Muslim, Al-
Minhaj, juzuk 1, muka surat 115). Bahkan Al-Imam An-Nawawi r.h juga
mensyaratkan orang yang bermimpi tersebut adalah orang yang komited dengan
ajaran Islam dan soleh serta bukanlah seorang yang lalai, putar-belit dan gemar
melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah seperti merokok.

Manakala persoalan bahawa nabi Khidir a.s hidup selepas wafatnya Nabi
Muhammad SAW adalah dakwaan dangkal. Tidak mungkin beliau a.s hidup dan
menjadi orang tengah antara Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathoni dan
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Firman Allah SWT:-

4`4 4LUEE_ O=4:g }g)`
C)U:~ 4-NC^- W ) Eeg)`
N_ 4p)-C^- ^@j
Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di
dunia ini). maka kalau Engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), Adakah
mereka akan hidup selama-lamanya? (Al-Anbiyaa: 34).

Kata Al-Imam Ibn Kathir r.h: Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil ayat
ini sebagai dalil bahawa Nabi Khidir a.s sudah wafat dan beliau tidak hidup lagi
pada hari ini kerana dia adalah manusia, sama ada beliau seorang wali, atau Nabi
ataupun Rasul (Tafsir Ibn Kathir, juzuk 3, muka surat 225).

Manakala di dalam satu hadith, baginda Rasul SAW bersabda:

.)(

8
Sesungguhnya setiap seratus tahun, tidak ada seorangpun pada hari ini yang
masih hidup lagi di atas muka bumi (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Berpandukan hadith di atas, umur manusia jarang-jarang akan melebihi seratus
tahun. Jika dilihat kepada kisah Anbiya di dalam Al-Quran terutamanya di dalam
surah Al-Kahfi dari ayat 60 hingga 82, secara terang menunjukkan bahawa Nabi
Khidir a.s hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s. Menurut Syeikh Prof. Dr.
Wahbah Az-Zuhaily, jarak antara Nabi Musa a.s dengan Nabi Isa a.s adalah 1800
tahun manakala jarak Nabi Isa a.s dengan Nabi Muhammad SAW adalah 600
tahun. Ringkasnya, anggaran jarak Nabi Khidir a.s dengan Nabi Muhammad SAW
adalah 2400 tahun (1800+600 tahun). (Tafsir Al-Munir, juzuk 3,muka surat 213).

Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani pula hidup sekitar tahun 500 hijrah dan jarak antara
kewafatan Nabi SAW dengan beliau ialah 490 tahun kerana baginda SAW wafat
pada 10 Hijrah. Maka, umur Nabi Khidir a.s ketika menjadi orang tengah dalam
pemberian talqin silat abjad ialah 2890 tahun (2400 +490 tahun). Jadi, adakah
umur sebegini selari dengan kehendak nas dan logik pada akal yang sihat?.

Setelah diteliti sanad talqin ini, didapati ianya tidak sah dan tidak boleh
diamalkan kerana terputusnya rangkaian sanad terutama diantara Syeikh Abdul
Qadir Al-Jilani dan Rasulullah SAW. Bahkan dimaklumi bahawa, Syeikh Abdul
Qadir bukanlah seorang periwayat hadith dan bukan dari kalangan sahabat
baginda SAW. Maka, menyandarkan ianya kepada Rasulullah SAW adalah
perkara yang merbahaya kerana termasuk dalam pendustaan atas nama baginda
SAW. Sabda Rasulullah SAW:

),
Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain.
Sesiapa yang berdusta ke atasku, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Hadith ini mutawatir).

i) Dakwaan Adam dan Hawa sebagai wali. Adam merupakan Nabi Allah SWT
dan Hawa adalah isterinya. Tiada dalil menyatakan beliau adalah wali.

j) Dakwaan Saidina Ali bin Abi Talib r.a wali. Sedangkan dalam lipatan sejarah
Islam, beliau r.a adalah seorang Khalifah terakhir daripada Khulafa Ar-Rasyidin.

Wallahualam. Selesai pada 15 Mac 2007 jam 2.05 pagi.

You might also like