You are on page 1of 24

SEK. MEN.

SAUJANA IMPIAN KAJANG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 3

TAHUN 2003

________________________________________________________________

SAINS

Satu jam tiga puluh minit

________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan

1. Kertas soalan ini mengandungi 75 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan berhuruf A, B, C dan


D. Bagi tiap-tiap soalan pilih stu jawapan sahaja. Tandakan semua
jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikirkan dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak
menukar sesuatu jawapan padamkan sehingga bersih tanda yang tidak
dikehendaki itu dan hitamtkan pilihan anda yang baru.

________________________________________________________________
1
P – Membuat rumusan
Q – Membuat hipotesis
R – Menguji hipotesis melalui eksperimen
S – Mengenal pasti masalah

P, Q, R dan S dalam Jadual 1 ialah langkah dalam proses sains. Antara


berikut urutan langkah yang manakah betul?
A S, Q, P, R
B Q, S, P, R
C S, Q, R, P
D Q, S, R, P

2 10 cm³ air dimasukkan ke dalam botol berisi padu 25 cm³ . Sebiji bebola
plumbum boleh menyesarkan 0.2 cm³ air. Berapa biji bebola plumbumkah
yang perlu dimasukkan supaya aras air memenuhi botol itu?
A 35
B 50
C 75
D 125

3 Antara campuran berikut yang manakah dapat diasingkan dengan kaedah


penurasan?
A Pasir dan larutan gula
B Air dan garam biasa
C Minyak dan eter
D Air dan etanol

4 Cacing tanah sentiasa mengekalkan kelembapan kulit luar badannya untuk


A memudahkan penyerapan oksigen
B memudahkan pergerakannya
C membantu proses mengawan
D mengekalkan bentuknya

5 Seekor haiwan mempunyai sifat-sifat berikut:


• Ia mempunyai kulit kering bersisik
• Ia mempunyai paru-paru
• Haiwan betinanya bertelur
• Mengalami persenyawaan dalam
Antara haiwan berikut yang manakah mempunyai sifat-sifat di atas?
A Ikan
B Katak
C Cicak
D Kura-kura
6

Rajah 1

Rjah 1 menunjukkan struktur dalams el tumbuhan. Antara struktur yang


berlabel A, B, C dan D, di struktur manakah berlakuny aprises fotosintesis?
A A
B B
C C
D D

7
Tumbuhan

P Q

Alga Kulat Lumut Paku pakis R S

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan pengelasan tumbuhan. Antara berikut yang manakah


benar bagi P, Q, R, dan S?
P Q R S
A Monokotiledon Dikotiledon Tidak berbunga Berbunga
B Dikotiledon Monokotiledon Berbunga Tidak berbunga
C Berbunga Tidak berbunga Dikotiledon Monokotiledon
D Tidak berbunga Berbunga Monokotiledon Dikotiledon
8 A, B, C dan D ialah susunan atom dalam bahan. Antara berikut
yangmanakah unsur
A

9 Antara berikut yang manakah menunjukkan urutan perubahan tenaga yang


berlaku dalam penghasilan tenaga elektrik di stesen hidroelektrik?
A Tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga mekanik → tenaga
elektrik
B Tenaga kinetik → tenaga mekanik → tenaga keupayaan → tenaga
elektrik
C Tenaga mekanik → tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga
elektrik
D Tenaga mekanik → tenaga kinetik → tenaga keupayaan → tenaga
elektrik
Soalan 10 dan 11 berdasarkan Jadual 1

Keadaan fizik jirim X Y Z


Ciri jirim
Tenaga kinetik zarah Sederhana Paling rendah Paling tinggi
Saiz ruang antara zarah Kecil Sangat kecil Besar
Daya tarikan antara zarah Lemah Sangat kuat Sangat lemah

Jadual 1

10 Jadual 1 menunjukkan ciri bagi keadaan fizik jirim, X, Y, dan Z. antara


berikut yang manakah keadaan fizik Z, Y dan Z?
X Y Z
A Pepeja; Cecair Gas
B Pepejal Gas Cecair
C Cecair Pepejal Gas
D Cecair gas Pepejal

11 Satu bahan didapati bertukar bentuk daripada keadaan fizik X kepada Y.


Antara berikut proses yang manakah menyebabkan perubahan itu?
A Pembekuan
B Peleburan
C Kondensasi
D Pemejalwapan

12

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan ilustrasi proses fotosintesis. Anak panah


menunjukkan keperluan dan hasil dalam fotosintesis. Antara berikut yang
manakah benar bagi J dan K?
J K
A Air Gula
B Gula Kanji
C Kanji Air
D Garam Gula

13 Dalam satu eksperimen, sepuluh ekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah


serkup kaca. Selepas 30 minit, apakah perubahan yang dijangkakan berlaku
kepada peratus kandungan udara dalam sekup kaca itu?
Oksigen Karbon dioksida Wap air
A Bertambah Berkurang Bertambah
B Bertambah Berkurang Berkurang
C Berkurang Bertambah Bertambah
D Berkurang Bertambah Berkurang

14

Rajah 4

Seorang budak mempunyai penglihatan normal. Apabila dia cuba memakai


cermin mata rakannya yang menghidap rabun jauh, didapati objek yang
dilihatnya tidak jelas. Antara berlabel J, K, L dan M dalam Rajah 4, di
kedudukan manakah imej terbentuk?
A J
B K
C L
D M
15

Rajah 5

Tiga biji anak benih kacang hijau L, M dan N diletakkan di atas kapas
lembap dalam sebuah petri yang tertutup dan ditegakkan seperti yang
ditunjukkan alam Rajah 5. Antara gambar rajah berikut yang manakah
diperhatikan selepas 3 hari?
A

B
C

16 Seorang pelajar berada pada jarak 6 m di hadapan sekeping cermin satah.


Jika pelajar itu bergerak sejauh 2 m mendekati cermin itu, berapakah jarak
baru di antara murid itu dengan imejnya?
A 4m
B 6m
C 8m
D 12 m

17 Antara berikut yang manakah menunjukkan urutan yang betul tentang laluan
gelombang bunyi yang memasuki telinga?
A Osikel telinga, gegendang telinga, jendela bujur, koklea
B Osikel telinga, koklea, jendela bujur, gegendang telinga
C Gegendang telinga, osikel telinga, jendela ujur, koklea
D Gegendang telinga, koklea, osikel telinga, jendela ujur
18 Proses pembebasan ovum dari ovari disebut
A Haid
B Penempelan
C Pengovulan
D Persenyawaan

19

Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan satu alur cahaya X ditujukan kepada bongkah kaca.


Antara sudut berikut yang manakah sudut tuju dan sudut biasan?
Sudut tuju Sudut biasan
A P R
B P S
C Q R
D Q S

20 Antara beikut yang manakah perlu diambil oleh wanita hamil untuk
perkembangan tisu fetus?
A Makanan berlemak
B Makanan berprotein
C Zat kalsium
D Zat besi

21 Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah


A troposfera
B stratosfera
C ionosfera
D eksosfera
22

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan struktur sekuntum bunga. Bahagian manakah


membentuk pistil?
A S
B S dan T
C P, S dan T
D P dan S

23 Antara kitar hidup kupu-kupu berikut yang manakah menjadi perosak


kepada tanaman?
A Imago
B Pupa
C Nimfa
D Larva
24

Rajah 8

Rajah 8 menunjukkan sperma manusia, W, X, Y dan Z ialah empat


bahagian sperma. Antara bahagian berikut yang manakah berfungsi
membekalkan tenaga untuk menggerakkan sperma?
A W
B X
C Y
D Z

25 Batu enapan terbentuk daripada


A penyejukan dan pembekuan bahan-bahan lebruan bumi
B enapan yang mengalami tekanan tinggi
C batu igneus yang mangalami tindakan haba yagn tinggi
D batu batan bumi akibat luluhawa

26 Antara berikut yang manakah bukan ciri tanah liat


A Bersifat asid lemah
B Tindakan kapilari yang tinggi
C Menakung air
D Mengandungi banyak humus

27 Antara berikut yang manakah akan mengurangkan keasidan tanah?


A Baja organik
B Ammonium sulfat
C Kapur mati
D Humus

28 Lengkapkan persamaan berikut:


Sulfida logam dipanaskan

A oksida logam + sulfur


B oksida logam + sulfur dioksida
C logam + sulfur
D logam + karbon dioksida
29

Rajah 9

Apabila bahan X dipanaskan seperti ditunjukkan dalam rajah di atas, warna


ungu larutan kalium permanganat berasid dilunturkan. Apakah bahan X?
A Kuprum karbonat
B Plumbum sulfida
C Magnesium oksida
D Kalium sulfat

30 Berikut ialah pasangan organisma dan sokongannya. Pasangan yang


manakah tidak benar?
Organisma Sokongan
A Cacing tanah Rangka luar
B Rumpai air Keapungan air
C Gajah Rangka dalam
D Pokok keembung Segahan air

31 Seorang pelajar menguji larutan J, K dan L dengan menggunakan penunjuk


semesta. Keputusan ujian direkodkan seperti dalam Jadual 2.

Larutan J K L
Warna Hijau Ungu Kuning

Jadual 2

Antara berikut yang manakah benar tentang sifat larutan J, K dan L itu?
Larutan J Larutan K Larutan L
A Neutral Beralkali Berasid
B Beralkali Berasid Neutral
C Berasid Neutral Beralkali
D Berasid Beralkali Neutral
32 Antara berikut yang manakah bukan sifat kalsium oksida?
A Tidak terurai oleh haba
B Tidak larut dalam air
C Bertindak balas denga asid
D Mengeluarkan api merah dan ujian nyalaan

33 Apabila asid hidroklorik cair ditindakbalaskan dengan pita magnesium


didapati satu gas terbebas. Gas ini memberikan keputusan positif apabila
diuji dengan
A Air kapur
B Kayu uni menyala
C Kertas kobalt klorida
D Larutan kalium permanganat

34 Botol kaca dengan penutup logam yang ketat boleh dibuka selepas
mengalirkan air panas ke atas penutupnya selama beberapa minit. Ini
kerana
A Botol kaca mengecut
B Air panas mengurangkan geseran
C Penutup logam mengembang
D Tekanan udara dalam botol bertambah

35
P – Antibodi
Q – Sel darah putih
R – Platlet
S – Sel darah merah

Jadual 3

P, Q, R dan S dalam Jadual 3 ialah komponen darah. Antara berikut yang


manakah terlibat dalam sistem pertahanan badan dengan cara membunuh
bakteria?
A S sahaja
B R sahaja
C P dan Q sahaja
D P, Q dan S sahaja
36
Bumi

U W Z

Hidrosfera Atmosfera V X y

Rajah 10

Rajah 10 menunjukkanpengelasan kerak bumi. Antara berikut yang


manakah mewakili U, W dan Z?
U W Z
A Litosfera Kerak Teras
B Mantel Teras Litosfera
C Kerak Teras Mantel
D Kerak Litosfera Teras

37

Rajah 11

Rajah 11 menunjukkan sebiji bebola X diletakkan di dasar takung yang


berisi air. P, Q, R dan S kemungkinan kedudukan imej bebola X. Antara
berikut yang manakah kedudukan imej bebola X apabila dilihat oleh
pemerhati?
A P
B Q
C R
D S
38
Makanan + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga

Apakah nama proses yang ditunjukkan oleh persamaan di atas?


A Fotosintesis
B Perkumuhan
C Pereputan
D Respirasi

39 Kekurangan garam mineral yang manakah menyebabkan penyakit kurang


zat berikut?
Goiter Anemia Riket
A Besi Iodin Kalsium
B Iodin Kalsium Natrium
C Kalsium Besi Natrium
D Iodin Besi Kalsium

40

Rajah 12

A, B, C dan D dalam Rajah 12 menunjukkan tempat dan aktiviti masing-


masing di sepanjang satu sungai. Didapati wabak taun yang merebak di
satu kawasan di sepanjang sungai itu berpunca dari memakan makanan
dan meminum air yang tercemar. Antara aktiviti berlabel A, B, C dan D yang
manakah merupakan punca pencemaran bagi merebaknya wabak taun itu?
A A
B B
C C
D D
41

Rajah 13

Rajah 13 menunjukkan seorang pelajar yang berjisim 30 kg menaiki tangga


yang tingginya 4 m dalam masa 8 s. Berapakah kuasa pelajar untuk menaiki
tangga itu? [Anggapkan daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah
10 N]
A 96 W
B 150 W
C 600 W
D 1,200 W

42

Rajah 14

Rajah 14 menunjukkan penyepit ais. Antara kawasan berlabel A, B, C dan


D, di manakah memerlukan daya yang paling besar untuk menyepit seketul
ais?
A A
B B
C C
D D
43 Berikut ialah ciri bunga sejenis tumbuhan.

• Mempunyai ranggi yang besar dan berwarna-warni


• Mempunyai bau
• Mempunyai butir debunga yang besar
• Mempunyai stigma yang melekit

Agen pendebungaan bagi tumbuhan yang mempunyai ciri bunga seperti di


atas ialah
A Air
B Angin
C Serangga
D Manusia

44 Urutan yang betul menunjukkan pergerakan gamet jantan bermula dari


vesikel semen haigga gamet itu mempersenyawakan gamet betina ialah
A Faraj → uretra → uterus → tiub Fallopio
B Faraj → tiub Fallopio → uterus → ovari
C Uretra → faraj → uterus → tiub Fallopio
D Uretra → uretra → tiub Fallopio → faraj

45 Berikut ialah beberapa peringkat dalam proses pembentukan biji benih bagi
tumbuhan kacang parang.
J – Percantuman nukleus gamet jantan dengan nukleus gamet betina
K – Perpindahan debunga dari anter ke stigma
L – Pertumbuhan zigot menjadi biji benih
M – Pembentukan tiub debunga
A J, K, L, M
B J, M, K, L
C K, M, J, L
D K, J, L, M

46 Bagaimanakah logam natrium disimpan dengan selamat dimakmal?


A Disimpan dalam botol gelap
B Disimpan dalam minyak parafin
C Disimpan dalam balang pengering
D Disimpan dalam kotak plumbum bertutup
47
Lelaki Perempuan

S T

U

V

W

Bayi
Rajah 15

Rajah 15 menunjukkan gambar rajah skema tentang pembiakan dan


peringkat perkembangan manusia. Apakah yang diwakili oleh S, T, U, V dan
W
S T U V W
A Sperma Ovum Zigot Embrio Fetus
B Ovum Sperma Embrio Fetus Zigot
C Sperma Ovum Fetus Zigot Embrio
D Ovum Sperma Embrio Zigot Fetus

Soalan 48 dan 49 berdasarkan Rajah 16

Rajah 16
48 Giliran tanaman dijalankan untuk memulihkan tanah. Rajah 16 menunjukkan
jadual giliran tanaman seorang petani. Tanaman yang palin gsesuai bagi X
ialah
A Koko
B Tembikai
C Ubi keledek
D Kacang tanah

49 Antara berikut yang manakah merupakan sebab bagi pemilihan X itu?


A Akar tumbuhan itu mengembalikan semula nitrogen ke dalam tanah
B Daun tumbuhan itu dapat mengelakkan kehilangan air tanah
C Daun tumbuhan itu menyerap banyak karbon dioksida
D Akar tumbuhan itu mengelakkan hakisan tanah

50

Rajah 17

Simbol yang ditunjukkan dalam rajah 17 didapati pada satu botol yang
mengandungi bahan kimia. Apakah bahan kimia yang mungkin terdapat
dalam botol itu?
A Alkohol
B Asid
C Merkuri
D Petrol
Bagi soalan 51 hingga 75, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada
satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu
betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada A, B, C dan D
seperti berikut:

A B C D
I, II, III I, II II, III I sahaja

51

Rajah 18

Rajah 18 menunjukkan picagari yang tertutup rapat. Apabila omboh ditolak


dari X ke Y, yang manakah antara berikut akan berlaku kepada zarah udara
di dalam picagari?
I Jarak antara zarah undara menjadi lebih rapat
II Zarah udara menghentam dinding dengan lebih kerap
III Zarah udara terbahagi menjadi dua

52 Pilih bahan yang akan mengalami proses pemejalwapan apabila


dipanaskan.
I Hablur iodin
II Ubat gegat
III Ais kering

53 Antara proses berikut yang manakah termasuk dalam kitar air semulajadi ?
I Penyejatan air laut
II Respirasi yang berlaku pada haiwan
III Fotosintesis yang berlaku pada tumbuhan

54 Antara faktor berikut yang manakah boleh menyebabkan kemandulan


kepada lelaki?
I Menghasilkan bilangan sperma yang sedikit
II Duktus sperma tersumbat
III Pengovulan tidak berlaku
55 Transfusi darah selamat apabila
I Penderma darah mempunyai kumpulan darah yang sama dengan
penerima
II Darah penderma tidak menyebabkan penggumpalan darah penerima
III Penerima mempunyai kumpulan darah AB

56 Antara berikut yang manakah benar tentang penyejatan ?


I Berlaku pada setiap masa
II Berlaku pada sebarang suhu
III Berlaku pada permukaan cecair sahaja

57 Apabila serbuk besi dipanaskan dengan serbuk sulfur didapati satu bahan
berwarna hitam terhasil. Antara pernyataan berikut yang manakah benar
tentang bahan yang terhasil itu?
I Bahan itu ialah besi sulfida
II Bahan itu ialah sebatian
III Bahan itu mempunyai sifat kimia yang sama dengan sifat kimia besi
dan sulfur

58 Air yang tercemar dengan bahan buangan pertanian mengalami


pertambahan
I Oksigen
II Rumpai air
III Bakteria

59 Antara berikut yang manakah sumber tenaga ?


I Arang batu
II Biojisim
III Batu batan

60 Bahagian mata yang membiaskan cahaya ialah


I Iris
II Kornea
III Gelemair
61

Rajah 19
Rajah 19 menunjukkan ilustrasi tentang kejadian sejenis bayu. Antara
pernyataan berikut yang manakah benar?
I Pada waktu siang darat lebih cepat panas daripada laut
II Udara sejuk dari laut menggantikan udara panas di darat
III Udara di laut kurang tumpat berbanding dengan udara di darat

62 Sifat cahaya yang manakah membolehkan gerhana matahari berlaku?


I Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
II Cahaya merambat secara lurus
III Cahaya boleh dibiaskan

63 Jumlah haba yang terkandung dalam satu kuantiti air yang dipanaskan
bergantung kepada
I Jisim
II Suhu
III Tekanan

64 Penyesuaian pada tumbuhan untuk mengawal transpirasi yang berlebihan


termasuk
I Mempunyai daun yang kecil
II Mempunyai bilangan stoma yang sedikit
III Mempunyai kutikal daun yang berlilin

65 Semasa melalui selekoh dengan laju, penunggang motosikal


mencondongkan motosikal dan badannya ke permukaan jalan. Perbuatan
ini dapat
I Merendahkan pusat graviti penunggan dan motosikalnya
II Menambah geseran antara permukaan jalan dan tayar motosikal
III Mengurangkan rintangan udara
66 Antara binaan berikut yang manakah disesuaikan bagi tugas jantung
mengepam keluar darah yang bertekanan tinggi?
I Dinding ventrikel kiri lebih tebal daripada dinding ventrikel kanan
II Terdapat injap yang mengasingkan antara aurikel dan ventrikel
III Jantung mempunyai empat ruang

67 Ciri haiwan yang hidup di kawasan tundra termasuk


I Mempunyai saiz badan yang kecil
II Mempunyai bulu yang tebal
III Mempunyai lapisan lemak yang tebal

68

Rajah 20

Rajah 20 menunjukkan model satu haiwan daripada plastisin. Model itu


menjadi lebih stabil apabila
I Kaki-kakinya dikangkangkan
II Kaki-kakinya dipanjangkan
III Satu lagi bongkah berbentuk badannya diletakkan di atas badan model
itu

69 Karat adalah berbahaya kepada kesihatan kerana mungkin mempunyai


bakteria yang menyebabkan penyakit….
I Tetanus
II Selsema
III Hapatitis B

70 Cara-cara mencegah pengaratan besi ialah


I Menyapu dengan gris
II Mengecat
III Menyalut permukaan dengan zink
71 Fungsi rangka pada haiwan vertebrata adalah untuk
I Menyokong berat badan
II Mengekalkan bentuk badan
III Menjadi tempat tautan otot

72 Berikut ialah peringkat dalam kitar hidup serangga. Peringkat yang manakah
terdapat dalam metamorfosis lengkap?
I Larva
II Kepompong
III Nimfa

73 Antara berikut yang manakah kelemahan persenyawaan luar berbanding


dengan persenyawaan dalam?
I Gamet mudah dihanyutkan oleh air
II Peluang bagi gamet dipersenyawakan rendah
III Emrio terdedah kepada musuhnya

74 Antara logam berikut yang manakah wujud sebagai unsur dalam kerak
bumi?
I Emas
II Platinum
III Merkuri

75 Pengeluaran organisma dari satu sampel tanah dengan menggunakan


corong Baermann bergantung kepada sifat organisma tanah itu. Sifat yang
manakah antara berikut membolehkan kaedah ini digunakan?
I Bergerak menjauhi punca haba
II Bergerak ke arah cahaya
III Bergerak ke arah bahan kimia

SELAMAT BERJAYA

Disediakan oleh: Disemak oleh :

……………………………. …….……………………
Pn. Wan Rahani Wan Jaafar Pn. Wahida Ismail
Ketua Panitia Sains
SMKSI

You might also like